Selasa, 29 Jun 2010

Beberapa Persoalan Isu Semasa : Fikirkan!



1. Asalnya 100 orang, turun 40, kemudian yang hadir hanya 16 orang. Mengapa angka makin turun?


2. Benarkah mereka isi borang dengan rela hati? atau terpaksa, dipaksa, dipujuk, terpujuk?

3. Siapakah yang dikatakan ulama muda ini? ulama tersohor, mereka yang glamour dan popular, atau lepasan agama mana-mana institusi?


4. Macamana pensyarah UKM boleh terang-terang isytihar masuk parti? Kalau macam ni benarkan semua pensyarah IPT dan penjawat awam aktif dalam parti tanpa sekatan.

"


Sabtu, 26 Jun 2010

Isu Saman Ekor



Saya teramat bersetuju dengan artikel Utusan Malaysia 12 Jun 2010 yang meminta SAMAN EKOR PDRM DIHARAMKAN. Apa pandangan JAKIM ?

Saya sendiri beberapa kali menerima saman ekor kerana semasa musim cuti persekolahan ke terengganu baru ini dan yang dahulu..

saya yakin ramai rakyat 1Malaysia diluar sana menjadi mangsa saman ekor.

Ramai yang menjadi mangsa saman ekor kerana :

1. Kenderaan yang dijual belum ditukar milik
2. Kenderaan dipinjam oleh sahabat handai dan saudara mara
3. Kereta syarikat yang dipandu oleh pekerja syarikat yang tidak bertanggungjawab
4. Plet kenderaan palsu, kerana plet kenderaan di Malaysia adalah paling mudah ditiru di dunia ini, hanya dengan modal RM 10.

Bukan setakat SAMAN EKOR DIHARAMKAN , saman letak kereta tanpa pemandu juga harus DIHARAMKAN.

Oleh itu disarankan kepada PDRM dan Pihak Berkuasa Tempatan agar mengenakan tindakan saman berikut :

1. Saman pemandu pada masa kejadian, terus saman pemandu yang memandu kenderaan tersebut.

2. Untuk saman tempat letak kereta, PBT terus Kunci atau Clamp kenderaan tersebut, supaya yang menandu kereta tersebut sendiri yang membayar saman atau pun terus tunda kenderaan tersebut sepertimana yang banyak dilakukan di negara barat.

Ayuh bangkit semua rakyat Malaysia, nyatakan bantahan anda terhadap saman ekor dan saman letak kereta yang semakin menindas rakyat.

YANG KAYA BERTAMBAH KAYA , YANG MISKIN PAPA KEDANA
YANG PENJENAYAH BERTAMBAH JAHAT , YANG RAKYAT BERTAMBAH DERITA.

AHLI PARLIMEN KITA BAIK YANG BARISAN NASIONAL DAN PAKATAN RAKYAT TAK MAHU BANGKITKAN KE MASALAH RAKYAT DI DI DEWAN RAKYAT ?

Atau orang Politik dan anak beranak mereka kebal saman, sebab itu mereka tak kisah nasib rakyat macam kita yang kena saman ekor ?

****************************
HARAMKAN SAMAN EKOR
Utusan Malaysia 12 Jun 2010

SAYA ingin melahirkan pandangan berhubung saman ekor yang dikeluarkan oleh polis trafik. Sepatutnya sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan berasaskan ketelusan, perbuatan saman ekor boleh dijalankan.

Saman ekor boleh dibuat dengan syarat anggota polis yang bertugas perlu menahan kenderaan terbabit di hadapan pada jarak 1 atau 2 kilometer dari tempat kenderaan tersebut ditembak dengan alat mengesan kelajuan (pada arifnya disebut saman ekor). Dari situ, pemandu yang melakukan kesalahan trafik dapat diambil butiran peribadinya. Jadi, tidak perlu pihak polis trafik bersusah payah mengesan pemandu kenderaan dengan menghubungi JPJ.

Kesan dari saman ekor ini menyusahkan rakyat terutama pemilik kenderaan.

Lebih malang lagi kesalahan-kesalahan ini dihubungkait oleh pihak polis trafik dengan JPJ negeri atau daerah. Sistem yang diwujudkan sejak April 2010 ini membolehkan JPJ menyenarai hitamkan mana-mana kenderaan lain yang didaftar atas nama yang sama untuk membayar cukai jalan. Di mana letak keadilan untuk rakyat.

TEROPONG RUSIA
Perlis
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0612&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_05.htm

******************************
BERNAMA Sabtu Jun 12, 2010
Pesalah Trafik Tetap Disenaraihitamkan Walaupun Tidak Terima Notis Saman

KUALA LUMPUR:
Pesalah trafik yang gagal membayar saman dalam tempoh dua bulan akan disenaraihitamkan walaupun mereka tidak menerima notis saman kerana telah bertukar alamat tempat tinggal.

Timbalan Ketua Trafik Persekutuan, ACP Mohd Fuad Abd Latiff berkata, pemilik kenderaan perlu mengemaskini alamat terakhir mereka dalam kad pengenalan dan lesen memandu bagi mengelak daripada tidak menerima notis saman.

Katanya, kegagalan mengemaskini alamat akan menyukarkan proses penghantaran surat atau notis saman yang telah dikeluarkan kepada pesalah trafik.

"Dari sudut perundangan, selepas kamera merakam gambar nombor pendaftaran kenderaan yang dikenalpasti melanggar had laju, misalnya, surat akan dihantar kepada pemilik kenderaan berdasarkan alamat terakhir mereka," katanya kepada Bernama di sini semalam.

"Sama ada pengguna terima atau tidak (notis saman), kita sudah menjalankan tugas dan dalam tempoh dua bulan, jika gagal memberikan respons, nama mereka akan disenaraihitam," katanya.

Beliau berkata, saman yang dikeluarkan itu atau 'saman ekor' perlu dijelaskansebelum dapat memperbaharui cukai jalan dan insurans kenderaan.

Bagi kesalahan pada beberapa tahun lepas, kompaun atau diskaun masih lagi dalam perbincangan bersama pihak berkuasa lain termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), katanya.

Mengenai cadangan JPJ untuk mengenakan kompaun minimum RM300 bagi semua pesalah trafik yang liat menjelaskan kompaun dalam tempoh yang ditetapkan, beliau berkata itu bukan hukuman sebaliknya cara bagi menyedarkan masyarakat supaya menjelaskan saman.

Mohd Fuad berkata, ketika ini belum ada kesedaran atau peningkatan jumlah bayaran saman bagi kesalahan trafik walaupun cadangan yang dikemukakan JPJ itu telah bermula bulan lepas.

"Saman dikeluarkan apabila mereka telah melanggar undang-undang..samada dapat diskaun atau tidak, adalah menjadi tanggungjawab pengguna jalan raya untukmembayar saman."

Pengguna jalan raya boleh memeriksa sama ada mereka mempunyai saman trafik atau disenaraihitamkan dengan melayari laman web http://www.rilek.com.my/ , http://www.myeg.com.my/ atau http://www.eservices.com.my/ - BERNAMA

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/6/12/mstar_berita/20100611193707&sec=mstar_berita

http://waghih.blogspot.com/2010/06/haramkan-saman-ekor-pdrm.html

Jumaat, 25 Jun 2010

Aliran Pemikiran Al_'Asyairah & Al-Maturidiyah


SENARAI ULAMA' AL 'ASYA IRAH DAN AL MATURIDIYAH.

-----------
sempena Program 20-21 Julai di Um anjuran Jab Aqidah UM


Semua para ulama' Mazhab al-Shafie adalah Al-Ashairah.
Semua para ulama' Mazhab al-Maliki adalah Al-Ashairah.
Dua pertiga ulama' Mazhab al-Hanbali adalah Al-Ashairah.
Satu pertiga ulama' Mazhab al-hanafi adalah Al-Ashairah.
Para ulama' Melayu kita sejak kemasukan Islam ke Kepulauan Nusantara semuanya adalah Al-Ashairah.
Dua pertiga ulama' Mazhab al-Hanafi adalah Al-Maturidiyyah.
Sebahagian kecil ulama' Mazhab al-Hanbali adalah Al-Athariyyah; dan sebahagian kecilnya pula ada yang terjebak di dalam beberapa bid'ah di dalam aqidah sehingga sebahagian ulama' ada menggelar mereka sebagai "Hanabilah Mujassimah."

Para ulama' dalam pelbagai disiplin ilmu Islam seperti para ulama' Tafsir, para ulama' Hadis, para ulama' Fiqh, para ulama' Bahasa Arab, para ulama' Usuluddin, para ulama' Usul Fiqh, para ulama' Tarikh (Sejarah), para ulama' Falsafah Islam seperti aliran Hikmah al-Ishraqi dan lain-lain bidang adalah Al-Ashairah dan Al-Maturiddiyyah.

Khamis, 24 Jun 2010

Buat Yang Betul dengan Betul-Betul




Ini yang dimaksudkan dengan JIHAD

Bersungguh dalam kerja kita , atau bidang kita..

Orang kampung saya kata " Do the best " ;-)

Jom menjelang dengan 48 Hari lagi masul bulan Al-Mubarak ..

kita persiapkan jihad diri dengan amal wajib solat awal waktu

Amalan sunat usahakan dan jaga..

Selasa, 22 Jun 2010

hidup adalah pencarian


Tentukan sikap kita atau kita ditentukan oleh....

21 JUN — Hari ni heboh kononnya Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan masuk Umno Jumaat ini bersama 100 orang ulama termasuk yang berkelulusan Phd. Berita Harian memetik kata-kata Setiausaha Kerja Umno dan Ketua Umno Bahagian Bukit Bintang sebagai berkata bahawa kemasukan Asri dan kumpulannya ini akan menyemarakkan sokongan orang Melayu kepada Umno. Beliau ini dilaporkan sebagai turut terlibat untuk membawa masuk Asri. Asri sendiri dalam kenyataan ringkas dalam laman webnya menafikan telah membuat keputusan untuk masuk mana-mana parti politik.

Sebelum timbulnya berita ini, akhir-akhir ini, Asri nampaknya lebih mesra dengan PAS. Ketika panas isu beliau ditahan, beliau membuat kunjungan strategik melawat Mursyidul ‘Am PAS di Kelantan. Gambarnya menghadiri Muktamar Pemuda PAS baru-baru ini tersiar di akhbar perdana. Beberapa kali beliau dijemput mengisi forum anjuran kerajaan Kelantan. Jadi berita terbaru ini mungkin mengejutkan dan menggusarkan peminat beliau di dalam PAS atau Pakatan Rakyat.

Mengenali beliau, saya tidaklah terlalu terkejut dengan semua gerak-geri Asri dengan orang-orang politik seperti di atas. Cuma saya simpati kepada mereka yang terlalu lurus dalam membaca gerak-geri politik Asri. Izinkan saya buat komen ringkas untuk bagi membantu menjelaskan letak duduk perkaranya...

1. Tentang benar atau tidak berita ini, saya rasa kalaupun tidak benar tetapi mesti ada asasnya. Kalau tak ada angin takkan pokok bergoyang. Yang bercakap ini bukan sebarang orang. Dalam majlis yang sama ada Datuk Seri Shahidan Kassim, gandingan utama dan penyokong kuat Asri.

2. Bagi mereka yang cenderung kepada PR, sukakan Asri dan marah dengan berita ini saya katakan: Takkanlah tak tahu lagi hubungan rapat selama ini antara Asri dengan beberapa tokoh Umno terutama Shahidan Kassim yang merupakan “promoter” dan pendokong Asri yang sangat komited dan aggresif. Dari dulu saya agak hairan dengan bacaan politik pemimpin dan pendokong PR yang terlalu “berminat” dengan Asri.

3. Tentang dakwaan bahawa kemasukan Asri akan membawa keuntungan, seperti yang saya tegaskan dan jelaskan dalam beberapa tulisan saya sebelum ini ialah, Asri, aliran dan kumpulannya adalah merupakan suara minoriti dan janggal (syaz) dikalangan para ulama dan ilmuwan Islam di negara kita dan dalam peta aliran Islam global amnya. Cuma tak semua ulama dan ilmuwan arus perdana itu mahu bersuara secara terbuka. Jadi hakikatnya, mana-mana parti yang memberi ruang kepada Asri dan mereka yang seumpamanya sebenarnya telah tidak peka dan sensitif kepada pandangan dan perasaan sebegitu ramai ulama dan ilmuwan Islam yang lain. Para ulama dan ilmuwan ini bersikap demikian terhadap Asri berasaskan ilmu dan iman yang ada pada mereka. Mereka ini pula semuanya ada ruang pengaruh mereka masing-masing dan tidak hanya berdiam diri melihat sesuatu yang pada ilmu dan Iman mereka diyakini salah. Oleh itu, dalam realiti politik Malaysia, mana-mana parti politik yang memberikan ruang dan tempat kepada Asri dan mereka yang seumpamanya adalah sebenarnya mendedahkan diri mereka kepada risiko kehilangan sokongan dan bahkan tentangan daripada suatu kelompok yang begitu penting — baik dari segi prinsip agama mahupun perkiraan politik.

Maka, eloklah parti-parti politik yang berminat sangat untuk memberi ruang kepada Asri lebih banyak mengkaji, meneliti dan mengambil pandangan-pandangan yang patut diambil.

(Dalam konteks PAS, saya teringat Subki Latiff, tokoh veteran PAS yang luas pengalamannya, telah menulis dalam kolumnya di Harakah tentang Asri ketika hangat isu penangkapannya dulu. Secara halus dan berlapik, Subki menyatakan pandangannya bahawa PAS tidak sesuai bagi seseorang yang seperti dan mempunyai agenda seperti Asri.)

4. Tentang dakwaan bahawa ada 100 orang ulama berkelulusan tinggi yang akan bersama-sama Asri menyertai Umno, saya agak sangsi dengan maklumat ini. Tak semua maklumat yang berkaitan Asri mestinya benar seperti dalam kes “minum air ludah ustaz” yang beliau timbulkan baru-baru ini. Kalau dihitung-hitung rasanya tak cukup 100 orang ulama yang benar-benar ulama yang bersama dengan Asri. Memang ada mereka yang berkelulusan agama yang bersama Asri, tetapi hatta mereka ini belum tentu akan mengikuti langkah Asri jika betulpun beliau akan masuk Umno atau PAS. Saya ketahui dengan pasti bahawa hatta mereka yang berkongsi beberapa fahaman agama dengan Asri tidaklah sentiasa bulat menyokongnya.

Begitulah komen ringkas saya. Moga-moga ada manfaatnya dalam membentuk persepsi yang lebih betul. WaLlahu a’lam.

* Dr Yusri Mohamad ialah Bekas Presiden ABIM, Naib Presiden Majlis Amal Islami Malaysia, dan pensyarah UIAM.

_________________________________________________________________

Begitulah perjalanan hidup.....
Anda bagaimana maybe undi itu RAHSIA BESAR anda
namun di hati kecil tentukan hati bersama ISLAM kerana itulah hakikat hidup
bukan perjuangnan makan, minum mahupun warna kulit atau yang lain

Mari bersama perjuangan ISLAM walau dimana anda berada

Jumaat, 11 Jun 2010

Ahlan Ya Rejab Bulan Allah



Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Demikianlah keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

------------------------------------------------------------------------------------

Walau kita sibuk dan itulah alasan yang sering dikumandangkan..
namun masa terus berlari dan kini kita dah hampir dengan Rejab pastu Sya'ban serta Ramadhan..
adakah kita seperti dulu ..

Sedarlah wahai Insan!

Khamis, 10 Jun 2010

Teks Khutbah Isu Palestine


Marilah kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah, iaitu dengan melaksanakan dan memperbanyakkan apa yang disuruh oleh Allah, dan meninggalkan yang dilarang oleh Allah. Mudah-mudahan kita beroleh kejayaan di dunia lebih-lebih lagi di akhirat kelak.

Sesungguhnya antara cara untuk meningkatkan ketaqwaan itu ialah dengan memperbanyakkan zikir dan doa, bertaubat dan beristighfar, menghadiri solat berjemaah di masjid dan surau, membaca al-Quran, menghadiri majlis ilmu, menghampiri orang-orang alim ulama, bertafakur memerhati kebesaran Allah dan mengingati dosa-dosa yang telah dilakukan. Dengan memperbanyakkan amalan sedemikian, diharapkan kualiti ketaqwaan kepada Allah akan meningkat. Sebaliknya, mengabaikan perintah Allah akan mengundang kesusahan dan kesengsaraan terhadap diri kita sendiri

Tajuk khutbah pada hari ini ialah “Isu Palestine; Apa tindakan kita”

Norway pun boikot ! kita agak lambat!


"
http://img156.imageshack.us/img156/5741/boikot7002826.jpgLanjutan daripada serangan terhadap Freedom Flotilla, suatu kaji selidik yang dilakukan menunjukkan bahawa 40% orang Norway mahu produk Israel diboikot.

Berdasarkan kaji selidik yang dilakukan oleh InFact Institute, 9.5% orang Norway sudah memboikot produk Israel.

Manakala, Menteri Kesihatan Norway dan Ketua Parti Sosialis, Krictin Halvorsen mendesak masyarakat antarabangsa untuk menghentikan urusan perniagaan senjata dengan Israel.

Pada Isnin lalu, Norway telah memmanggil Duta Israel ke Oslo untuk menyatakan bantahan dan kecaman terhadap serangan yang mengorbankan nyawa aktivis Freedom Flotilla. Norway juga mendesak siasatan antarabangsa yang bebas dan segera terhadap peristiwa berdarah itu.

Orang Malaysia bila mahu memboikot barangan Israel dan sekutunya secara besar-besaran? Tidak malukah anda dengan orang Norway yang rata-ratanya beragama Kristian?

(Berita asal di http://duniacacamarba.blogspot.com/2010/06/orang-norway-mahu-produk-israel.html)

"