Ahad, 21 November 2010

Hidup untuk 'berkurban' !






Udhiyyah : Berkorban atau Terkorban

Meniti hari hari awal di bulan Zulhijjah cukup mencabar..Jika 30 sebulan di bulan Ramadhan tip top..kemudian 6 hari berhempas pulas berpuasa di bulan Syawal pula..

terkenang arwah nenda yang telah kembali kerahmatullah Hjh Rajiah bt hj Bandoro Sutan yang banyak memberi inspirasi kerohanian dengan amalalan nawafilnya sebelum kembali beberapa tahun yang lalu..

kini hari2 ayamil tasyrik dengan sumpahan allah "wa layalin asyr" pula dan baitul hidayah Puchong menjadi saksi agihan bahagian qurban jamaah MSN berjaya disampaikan. Ustaz ghazali dan keluarga menjadi saksi..Pokonl cheri berpangkin dengan desiran sungai puchong lagenda buaya pitih menjadi saksi kepada 4 pemuda menghiduo air kelapa asli menghikang kepenatan tugas kerdil..pulang berasar di bukit Jalil seterus melayani jemaah masjid sri petaling dengan wajah ceria ustaz fauzi dan ustaz khairy sekuarga hadir menghirup sup kurban panas

Ketika tulisan ini tersiar, keletihan menghambat sunyi. Mahu saja kepala ingin bersemayam diperbaringan bersama nada syahdu daie. Namun jiwa berkata ku ingin sekali berkongsi, minda berputar menyusun bicara. Kawanku yang kukasihi lekas bangun daripada tidur singkat menuju bangkit yang panjang. Lihatlah derita mereka disekelilingmu, lekas bangkit bersama mereka. Peganglah tangan mereka, belai dan pimpin mereka. Jika sekalipun tidak mengikutimu, pimpinlah bersamamu.

Pagi itu bergegass ke Taman Koperasi Cuepacs Kajang gikiran kuliah suboh dengan wajah Haji Harun tergambar reruang mata..Hadis qudri bertajuk "ganjaran kebajikan" menjadi perbincangan..

Kasih Nabi Membawa ke Syurga Kisah nabi Ibrahim masih segar apabila menjengah Iduladha. Signifikasi daripada Iduladha adalah perjalanan kisah Nabi Allah Ibrahim A.S dan Anak Nya Ismail A.S menggambarkan pengorbanan yang tinggi, meletakkan taqwa pada Allah pada tahap tertinggi. Ismail A.S adalah anak kesayanyan nabi Ibrahim. Jika dilihat bagaimana seorang ayah yang begitu sayang kn anaknya sanggup mengorbankan permata hatinya. Anak yang ditunggunya pada sekian lama dan Nabi Ismail hadir dikala umur Nabi Ibrahim yang telah di penghujung. Anak itu dikorbankan kerana perintah Allah menunjukkan kecintaan pada Allah mengatasi nikmat yang diberikan Allah. Cinta akan menghasilkan kerelaan yang menyenangkan.


Ya, kerelaan Nabi Ismail yang pada usia yang kecil berkata : “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang bersabar”. Bayangkan perasaan Nabi Ibrahim dalam menghadapi ujian, Ujian pengorbanan yang pastinya meruntun jiwa mengenangkan sayangnya pada anaknya Ismail A.S. Rakaman peristiwa ini tertulis pada surat cinta Allah kepada kita :

" Maka tak kala anaknya ini sampai (keperingkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata : " Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi ku bahawa aku akan menyembelih mu, maka fikirkanlah apa pendapatmu? anaknya menjawab : " Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insaya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang bersabar. ( Surah al –Shaafat ayat : 102)


Saksikanlah betapa kualiti jiwa mengatasi kualiti umur. Umur yang sedikit yang digunakan dalam mentaati Allah adalah Lebih bermakna daripada panjang tapi melalaikan Allah. Jelaslah umur tidak menjadi ukuran dalam konsep kehormatan darisegi ilmu. Konsep “aku makan garam dulu daripada kamu” tidak boleh dipakai darisudut agama. Akhirnya mengorbanan itu terlaksana, Ismail ditebus dengan seekor binatang yang sebenar.

" Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan dan engkau melihat manusia beramai-ramai masuk agama Allah. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya sesungguhnya ia sangat-sangat menerima taubah ". ( Surah al-Nasr : 1-3 )


Bandingan Takwa dan Maksiat

Jika diselusuri daripada sejarah, adakah kita pada zaman thoghut ini berkorban atau terkorban. Nabi Allah Ibrahim A.S mengorbankan Anaknya Ismail A.S dengan Taqwa dan Ketaatan. Tapi sebaliknya manusia berhati binatang mengorbankan anak Kerana Maksiat dan Kejahilan. Tatkala Nabi Allah berkorban dalam mentaati perintah Allah, Masyarakat zaman sekarang terkorban dalam Maksiat dalam mentaati larangan Allah. Dalam konteks ini, selusurilah perbezaan umat sekarang berbanding nabi-nabi. Sungguh jauh.. sungguh jauh..



Raya yang Penuh Pengorbanan

Seringkali apa yang kita cintai menjadi sebab untuk Allah menguji kita dengannya. Sayang kita kepada Ibu dan ayah, sahabat handai, Isteri, anak dan barangkali harta dunia yang sementara menyebabkan kita terlalu menderita bila tiada. Berapa ramai yang kehilangan kecintaan mereka, meronta bagai tiada apa untuk berpaut. Sebagai seorang yang lebih dewasa maka keperibadian yang mulia perlu diterjemahkan dalam segala perkara. Namun ini sesuatu yang sukar jika ianya bersandarkan kepada diri kita sahaja. apalah daya diri kita untuk menolak kesedihan yang ada dalam diri? sedangkan manusia itu dijadikan dalam keadaan lemah dan daif. maka, kepada siapalah pula harus kita sandarkan untuk mendapat kekuatan?


Sandarlah diri kita pada Alah SWT. Semoga lebih tabah, lebih bersemangat, lebih kuat untuk menjauhi sesuatu yang boleh merosakkan diri kita. Ayah dan ibu adalah harta yang tak mungkin kita cari selepas ketiadaan mereka. kita tidak berasa kehilangan mereka kerana mereka masih ada. begitu juga dengan sahabat handai, teman taulan, adik dan abang, guru dan pendidik serta ramai lagi manusia yang pernah kita berbicara dengannya.


Lelaki menangis kerana bahagiaRaya ini menjanjikan pengorbanan yang bakal ku lakukan. Terasa bagai semuanya akan berlalu pergi. Itulah yang harusku lakukan. Kebenaran “makna hidup pada pengorbanan” akan terus terukir sebagai “tagline” blog ini. Pengorbanan akan membawa tangisan dan tidak kurang jaga kebaikan. Elemen keredhaan sukar untuk digapai dek akal dan iman yang nipis. Ingatlah, Lelaki yang selalu mengalirkan air mata kerana dosa adalah lelaki yang kuat imannya. lelaki yang biasanya menangis tatkala mengingatkan dosa-dosanya yang lalu. Dia jua akan menangis kerana terlalu bersyukur, merasa amat berterima kasih pada nikmat pemberian Allah.

Lelaki yang tidak malu untuk menitiskan air mata adalah lelaki jujur berhati bersih. Adakah anda lelaki jenis ini? Kebanyakan lelaki yang ada di sekeliling Anda adalah lelaki bersikap ego, maka menangis sebab teringat dosa pun dia tidak akan mahu buat, apatah lagi menangis sebab merasa terlalu bersyukur.

Ulama pernah berkata :


" siapa yang mahukan kebaikan dan membaikan kemuliaan dan ketinggian tanpa jihad dan pergorbanan maka ia bagaikan seorang yang bermimpi kosong ".

Ulasan Kata

Lama aku berfikir dan mahu berfikir merenung...aku tersandung..apa lagi dan lagi WAJIB aku 'korbankan'! Ya Rabb.. dunia mengila, nafsu serakah (akan ku korban buat sebuah perjuangan 1keyakinan)

Merenung maksud kata-kata itu. Benarlah kata orang: "Jika kita dapat sesuatu maka kita akan kehilangan sesuatu."

Sambutlah Pengorbanan dengan laungan takbir, semoga dengannya akan lembut lurus hati dan jiwa. Dalam kejauhan lambaian Baitul Allah menanti, menanti anda untuk menggapai tulus Ilahi.


Hari ini KT pertama 21hb kepulangan jamaah haji pertama..
Angah! bilakah kepulanganmu

Hidup penuh dengan pengorbanan NAMUN benar2 kah kita berkurban..
Sukan Asia-Atlet takraw kita kalah lagi dengan Siam..buat chief coach Iskandar, ustaz ada ramuannya! sebenarnya masih jauh lagi atlet kita begitulah reply Dato Kp kepada sms ustaz mengenai takraw Msia.. dari sudut kerohanian, benar atlet Msia belum benar2 mahu berkurban! benarkah ! fikirkan bersama!


Ahad, 14 November 2010

Atlet Billiard Masuk Islam!




MASHAD (Iran):

Pemain billiard tersohol dunia, David John memeluk Islam dalam satu upacara di bandar Mashad, timur laut Iran.Upacara itu turut dihadiri oleh Ketua Pendidikan Jasmani, Ali Saeid Lou dan Imam Sayyed Reza Taghavi, menurut Taqrib News Agency (TNA).David pernah menjadi juara EBSA, kejohanan billiard popular di peringkat global, pada tahun 2002 dan 2003.

Sebelum ini, adik ipar bekas Perdana Menteri Britain Tony Blair, Lauren Booth, memeluk Islam selepas menziarahi makam Fatimah al-Masumeh di bandar Qom, Iran sekembalinya ke Britain baru-baru ini.
Booth, 43, wartawan penyiaran di Press TV, saluran berita bahasa Inggeris Iran adalah adik kepada Cherie Blair, isteri bekas perdana menteri Britain itu.

"Setelah menziarah makam Fatimah Al-Masumeh itu, saya merasa suatu kejutan spiritual, nyaman dan tenteram," katanya kepada akhbar The Mail.

David John menukar namanya menjadi Davood setelah memeluk Islam (Davood sama dengan David mengikut nama Iran).

Beliau berkata, "revolusi terjadi dalam diri saya ketika saya sampai di Mashad. Saya berharap bahawa selama ini saya boleh menjadi seorang Muslim lebih baik," katanya.

"Saya pernah menjadi jurulatih di Dubai, Qatar dan Bahrain untuk beberapa tahun dan selama itu saya sudah begitu akrab dengan Islam," tambah David.

"Ketika saya datang ke Iran, saya tertawan dengan budaya Iran dan setelah menuju ke Mashad saya memutuskan untuk memeluk Islam," tegas David.

Imam Sayyed Reza Taqhavi mengucapkan selamat kepada kemasukannya dalam Islam sambil menyebut, "pandangan kita terhadap Non-Muslim dan Muslim adalah bersifat kemanusiaan."

"Menghormati semua manusia adalah salah satu peraturan dalam Islam," katanya

rujuk http://freemalaysiatoday.com

______________________________________________________________

Ulasan

Masuk ISLAM bermakna telah berjumpa dengan 1Keyakinan
Manusia sedang dilanda krisi keyakinan yang tidak kesudahan
yang muslim tak yakin kepada din sendiri
yang non muslim tercari-cari lalu berjumpa..contoh di atas

Semoga Pemenang Bronze SEA GAMES 2009 Ricky Yang disiplin (Ball Pool Single) juga diberi hidayah urntuk menjadi saudara kita..
Ameen




Rabu, 10 November 2010

Jangan Lepaskan Spirituality Time (ST)






Jika anda di bulan Ramadan telah buat yang terbaik..Anda bertuah..

Selepas itu si Syawal ,Anda selesaikan berpuasa 6 hari..Tahniah!

Kini tiba pula bulan Zulhijjah..perbanyakan zikir,tahmid,tahlil dan perkara yang mendekatkan diri kepadaNYA..

Kita berada di antara dua(2) hari Raya..

Ya rabbb..Hati ini bagai kan menjerit..

Aku amat merinduimu wahai labaian Hajj..

Entah tetiba selepas kursus Power point 2003, hati ini terpanggil dengan LABBAIK LABBAIK..terus memecut ke Bangi mendapat TH Bangi yang terletak di PKNS untuk memasukkan wang untuk diri dan isteri bagi memenuhi pra syarat...

Ya Allah berkatikanlah dan terima kami menjadi tetamu mu..


Keutamaan Bulan Zulhijjah


BulanTidak Mem Yang ilik Kekurangan

(شهران لا ينقصان، شهرا عيد: رمضان وذو الحجة)
.


Dari Abî Bakrah radhiyallâhu ‘anhu, dari Nabî Shallâllâhu ‘alaihi wa Sallam beliau bersabda : “Dua bulan yang tidak memiliki kekurangan, adalah bulan ‘îd :Ramadhân dan Dzul Hijjah.” (Muttafaq ‘alaihi).



2) Bulan Penyempurnaan Agama Islamيا أمير المؤمنين، آية في كتابكم تقرؤونها، لو علينا معشر اليهود نزلت
لاتخذنا ذلك اليوم عيدا. قال: أي آية؟ قال: {اليوم أكملت لكم دينكم وأتممت عليكم نعمتي ورضيت لكم الإسلام دينا}. قال عمر: قد عرفنا ذلك اليوم، والمكان الذي نزلت فيه على النبي صلى الله عليه وسلم، وهو قائم بعرفة يوم جمعة

Dari ‘Umar bin al-Khaththâb radhiyallâhu ‘anhu, bahawa seorang Yahudi berkata kepada beliau, “Wahai Amîrul Mu’minîn, ada satu ayat di dalam kitab kalian yang kalian membacanya, sekiranya ayat tersebut turun pada Yahudi nescaya akan kami jadikan hari ‘îd (perayaan) kami.” ‘Umar bertanya, “Ayat yang manakah?” Yahudi itu berkata, “iaitu ayat yang berbunyi, “Pada hari ini telah kusempurnakan untuk kalian agama kalian dan aku cukupkan nikmat-Ku kepada kalian serta Aku Redhai Islam sebagai agama kalian.’ ‘Umar radhiyallâhu ‘anhu berkata, “kami telah mengetahui hari dan tempat diturunkannya ayat ini kepada Nabî Shallâllâhu ‘alaihi wa Sallam, dan beliau saat itu sedang berdiri (berkhutbah) di ‘Arafah pada hari Jumaat.” (Muttafaq ‘alaihi, ini adalah teks di dalam al-Bukhari) . Penerangan: Hari ‘Arafah adalah hari ke 9 pada bulan Dzul Hijjah.


3) 10 Hari Di Mana Amalan Lebih Mulia Daripada Jihad

(( مَا مِنْ أيَّامٍ ، العَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أحَبُّ إِلَى اللهِ مِنْ هذِهِ الأَيَّام )) يعني أيام العشر . قالوا : يَا رسولَ اللهِ ، وَلاَ الجِهَادُ في سَبيلِ اللهِ ؟ قَالَ : (( وَلاَ الجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيءٍ ))


Dari Ibnu ‘Abbâs radhiyallâhu ‘anhuma beliau berkata, Rasūlullâh Shallâllâhu ‘alaihi wa Sallam bersabda : “Tidak ada hari-hari untuk beramal shâlih di dalamnya yang lebih dicintai oleh Allah melebihi daripada hari-hari ini.” (iaitu sepuluh hari) Para sahabat bertanya, “Wahai Rasūlullâh, tidak pula jihâd fî sabîlillâh?”. Rasūlullâh Shallâllâhu ‘alaihi wa Sallam menjawab, “Tidak pula jihâd fî sabîlillâh melainkan seorang lelaki yang keluar jiwa dan hartanya (untuk berperang), dan dia tidak kembali membawa sesuatu apapun.” (HR Bukhârî). Penerangan: Maksudnya sepuluh hari pada awal bulan Dzul Hijjah.


4) Bulan yang di dalamnya terdapat hari Arafah (9 Zulhijjah) yang apabila berpuasa pada hari tersebut, nescaya dosanya sebelumnya dan sesudahnya diampuni oleh Allah:


Dari Abî Qatâdah radhiyallâhu ‘anhu, Rasūlullâh Shallâllâhu ‘alaihi wa Sallam bersabda :

صيام يوم عرفة، أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله. والسنة التي بعده

Dari Abî Qotâdah radhiyallâhu ‘anhu, Rasūlullâh Shallâllâhu ‘alaihi wa Sallam bersabda : “Puasa Arafah, saya mengharapkan kepada Allah agar mengampuni dosa setahun sebelumnya dan setahun setelahnya…” (HR Muslim)


5) Bulan yang tidak ada hari di dalamnya, Allاh menyelamatkan lebih ramai hamba-Nya daripada seksa neraka



من يوم أكثر من أن يعتق الله فيه عبدا من النار، من يوم عرفة


Dari ‘A`isyah radhiyallâhu ‘anhâ beliau berkata : Sesungguhnya Rasūlullâh Shallâllâhu ‘alaihi wa Sallam bersabda : “Tidak ada hari yang lebih ramai Allah membebaskan hamba dari neraka selain pada hari ‘Arafah.” (HR Muslim).


7) Hari Haji Yang Besar

وقف النبي صلى الله عليه وسلم يوم النحر بين الجمرات، في الحجة التي حج، بهذا، وقال: (هذا يوم الحج الأكبر)

Dari ‘Abdullâh bin ‘Umar radhiyallâhu ‘anhumâ, bahwa Rasūlullâh Shallâllâhu ‘alaihi wa Sallam berwukuf pada hari an-Nahar (hari penyembelihan/’îdul adhhâ) di antara tempat melempar jumrah (baru kerikil) pada saat beliau sedang berhaji, kemudian beliau berkata : “Hari apa sekarang?” Para sahabat menjawab, “hari an-Nahar”. Lantas Nabî bersabda : “Hari ini adalah hari haji besar.” (HR Bukhârî




Jumaat, 5 November 2010

Kerohanian Seiring Kejayaan !








Cabaran persiapan kerohanian manusia memang tidak pernah sudah-sudah.sama dengan fizikal dan minda. Sebagaimana seorang atlet yang mahu berjaya dan meraih emas pastinya persiapan fizikal, minda pada tahap terbaik. Sebagaimana seorang ayah yang mahu anaknya menjadi itu dan ini, lalu itu dan ini wajar diisikan oleh ayah itu tadi.

Ini kerana mahu menang dan mahu Be The Best..

Bagaimana pula dengan makanan kerohanian diri kita..ramai yang alpa dan lupa kan! Adakah cukup bagi makan 5 kali dan cukup pakaian sahaja. Namun dalam jiwa hati sanubari apa pula modul dan pengisiannya? kosongkah! Gersangkah!

Apakah ianya penting atau sebaliknya!

Atau sekadar tempelan semata-mata..

Atau ianya memang penting dan sangat penting hanya pada masa tertentu sahaja..

Maka MAJLIS KEROHANIAN untuk persiapan sukan Asia bertempat Dewan Komanwel MSN pada 3hb November (Rabu)adalah jawapannya. Acuan mana jika tidak acuan sendiri. Sesunguhnya canaian fizikal, mental dan ruhiyyah wajar bersatu bergabung mencetus acuan sebenar atlet malaysia. Ini yang sebenarnya.

Jemputan Ustaz Ahmad Tarmizi Ali Johan AQ sekali lagi bersama atlet sukan asia bersama tidak menghampakan. Hajat Datok KP MSN yang juga CDM kali ini yang istimewa buat warga sukan khasnya atlet yang bakal berjuang. Syukran daun keladi khas kepada Datok Kp yang prihatin keperluan rohaniyah yang mantop. Manakala penceramah jemputan khas pula Ustaz Mohd Gunawan Aziz yang tidak asing lagi. Beliau adalah Pegawai KPI menteri di JPM menyampaikan ceramah bertajuk bermultimedia ialah " Kekuatan kerohanian Seiring Kejayaan"

Antara point ceramah beliau ialah memulakan dengan beberapa soalan asas iaitu siapakah diri ini,siapakah pemilik alam ini dan apa tugas kita? Mendapat jawapannya adalah sebuah kekuatan agung. Jika kita mampu menjawap dengan benar maka itulah kekuatan sebenar kekuatan rohaniyyah.

Beberapa persoalan antaranya -Siapa dia Allah? Beliau mensyarahkan Ayat ke 2 dalam surah fatihah bahawa Allah adalah Tuhan Semesta Alam (THE AL-MIGHTY)dengan membawa tafsir ulamak yang ada menyebut bahawa alam ini adalah 80 ribu alam seperti alam semut, alam jin,alam itu dan alam ini..maknanya betapa hebatnya Allah menguasai segalanya. Jika Atlet yang sedar tidak hanya yakin dengan fizikal yang hebat tetapi menyakini sepenuhnya Allah yang memberi kejayaan dan menanugerahkan kemenangan dengan menjaga hubungan dengan Allah dan berusaha akhirnya bertawakkal kepadanya.

Selain daripada itu, persoalan hati murni dan suci juga disentuh penceramah. Hati yang hebat ialah hati yang ada hubungan (attach) dengan Allah. Sebanyak mana dan sejauh mana dan seserius manakah dah hubungan itu sudah dijalani kepada pemilik Alam ini oleh manusia?

persoalan wajar ditanya oleh setiap atlet..?

Itu pun jika mahu menempa kejayaan yang tulen lagi suci dan lagi penting diberkati Allah selalu Insyallah. Bagi yang telah mendapat skim kemenanganSHAKAM di dewan banquet Parlimen jangan lupa bahawa ZAKAT adalah wajib. semoga terus diberkahi allah selama mana ANDA ingat Allah.

kita sudah,sedang dan akan melaksanakan terus AMANAH ini namun ANDA wajib membantu dan berusaha dan mempraktikkan AMANAH ini kerana ANDA adalah muslim dan akan ditanya Allah mengenai usaha ANDA. bukan natijah tetapi usaha dan usaha.

Terimakasih alfa syukur kepada Dato Musa Omar Timbalan CDM,Ketua Urusetia Arrifin Abdul Ghani dan Encik Abd Rashid Yaakub serta pengarah MSN yang hadir seperti Tuan hj Ab Razak, Suhardi dan Ahmad Syafawi..

Buat atlet akan akan bergerak berjuang ke Sukan ASIA, ustaz hadiah lagu Samy Yusuf bertajuk 'Healing"

Ubatilah jiwa kita dengan syifa' pemyembuh yang asli dengan mengingatiNYA selalu


Selamat berjuang..jika dapat 12 Emas sama seperti Sukan komanwel, Anda tip top...

ULASAN..

Rindu bertemu menyapa Hafiz Hashim kerana lama tak jumpa..tak ingat lagi ustaz nie,bile free kita makan ikan bakar lagi di Sg Merab tau! dan kali ini ustaz pula nak belanja..hehehe

dan 3hb Nov 2010 hari bersejarah..tangan ini memimpin sekudus doa semurni munajat dewan banquet dalam bangunan Parlimen Malaysia, semoga doa membuka hidayah agar pemimpin-pemimpin negara terus mendapat bimbingan petunjuk dalam melaksanakan AMANAH ilahi memimpin Malaysia tercinta kearah keredaannNya.Ameen.

Ohya syukran kepada Jurulatih Iskandar dan coach Amir..komitmen kalian bersama menjayakan Majlis Khas Kerohanian bersama atlet Sepaktakraw M'sia pada 9 Nov Selasa akan diberkati dan dimaqbulkan doa dan hajat kalian bhw 11 pagi mereka berangkat ke Guangzhou. Normanizam,Abu dan Putra dan tak lupa kepada Syawan,hafizi (sekadar menyebut beberapa nama). Anda adalah wirawan negara. Buktikan kali ini bahawa DOHA-Guangzhou menjadi saksi kesungguhan kalian EMAS buat MSIA.

Rabu, 3 November 2010

Sardin : Fikirkan !!




BARU KUTAHU BAHAYA SARDIN

Erm...terjumpa artikel ni setelah dinasihati seorang sahabat supaya berhenti makan sardin....ups, this is my last menu mkn sardin...cuba sedaya upaya...takut lak baca artikel di bawah :-

Penemuan menakjubkan. .

JANGAN MAKAN SARDIN

Assalamualaikum wbh

Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.

Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 – RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar, rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempuh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin.
Tabiaat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin.

Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa berhenti terus dari makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya “JANGAN MAKAN IKAN SARDIN”. Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.

Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin. Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin. Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya.

Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut??. Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.

Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.

Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.


Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser samaada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.

Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja aak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiaat gemar makan ikan sardin.

Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.

Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.

Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan ikan sardin.

Setakat mana kebenaranya

Wassalam wallahualam




Selasa, 2 November 2010

tips Muaturun Youtube





Ramai yang masih keliru atau tak tahu untuk memuaturun walau sudah beberapa pernah buat temasuk diri saya.

Namun apabila terjumpa website pakarhowtwo semua terjawab..syukran saudaraku

Anda boleh mencuba jika Anda macam saya( tak berapa pandai ICT)Tips...


http://pakarhowto.com/cara-bagaimana/%E2%80%9Ccara-untuk-download-video-youtube-ke-pc-anda%E2%80%9D.html


Isnin, 1 November 2010

Perjuangan "Melaksanakan kata-kata"


Pelajaran yang paling penting adalah bagaimana untuk melaksanakan segala kata-kata.

Sepertimana kata Rendra, seorang penyajak ulung dari Indonesia, "perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata".

Bersama-Nya. Bersama Dr Burhanuddin Helmy, Ahmad Boestamam, John Lennon Che Guavara.

Dan yang paling penting bersama Muhammad SAW dan Ali bin Abi Talib.

Selamat jalan kepada Allahyarham Ustaz Haji Razab Abdulah. Beliau merupakan Imam Di masjid Kg Batu Batu 5 Jalan Ipoh KL. Al-Fatihah. Teringat semasa diri ini masih kecil namun kelibatnya selalu terbayang dalam hidup ini. Caranya mengimami solat kekal segar dalam minda bawah sedarku. Semoga jasanya mengalirkan pahala yang besar buat dirinya di alam sana.

Takziah juga kepada Encik Nong yang kematian ibu tercinta di Kota Rembau Negeri Sembilan. 3 kenderaan ke sana, ana bersama sekeluarga ke Rembau setelah menyaksikan anakanda ku menyertai pertandingan Azan peringkat PASTI Puchong di UPM ( Tak sangka dapat pingat Perak)..Hadiah nya pergi mandi sekuarga di kolam Ayer Panas..

Presiden Kelab berkata bahawa Ibu Encik Nong mahir dalam membuat lemang.....
Semoga ruhnya di tempat Alah di kalangan As-Solihin. Mereka 4 beranak dan Encik Nong bahawa Ayahnya telah meninggal semasa dia berusia 5 tahun.
Ini maknanya ibunya yang meninggal dalam 80 tahun sudah lama bersendirian berjuang membesarkan 4 orang anak..jika sekarang tentu sukar dan payah...

Yer benar perjuangan dalam melaksanakan kata-kata bukan mudah bagaikan dikata atau bagai di ceramah (jika anda penceramah la...)

Itulah jasa seorang yang bernama IBU O IBU

..Ayah bagaimana pula..




Soalan untuk difikirkan !


Benarkah Kita Khairu Ummah?

Banyak pertanyaan yang terlintas dalam benak kita, manakala menatap eksistensi ummat Islam pada saat ini. Memikirkan kembali keberadaan kita – umat Islam – yang digelari ALLAH SWT sebagai khairu ummah (sebaik-baik umat), dengan realiti di mana posisi umat Islam dewasa ini.

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.”

(Surah ali-Imran 3: 110)


Benarkah kita Khairu Ummah?

Umat yang mampu tampil sebagai pemimpin dunia, mengarahkan peradaban dan menyelamatkan umat manusia? Yang pada kenyataannya umat Islam yang 1 million ini tidak berdaya menghadapi keganasan Yahudi yang hanya berjumlah 11 juta di dunia ini. Negeri-negeri Islam dengan berbagai sumber daya alamnya terkuras untuk kepentingan umat lainnya dan sebahagian besar lainnya terjerat oleh hutang-hutang yang membelenggu kemerdekaannya. Dan kita pun tak mampu berbuat banyak tatkala saudara-saudara kita sesama Muslim mengalami penindasan, pemerkosaan dan pembantaian di berbagai belahan bumi ini.

Benarkah kita Khairu Ummah?

Umat yang memiliki persatuan yang kokoh dan persaudaraan bagai tubuh yang satu, di mana bila sakit salah satu anggota tubuh itu akan terasakan oleh anggota yang lainnya? Tetapi realiti menunjukkan bahawa perselisihan dan persengketaan seolah telah menjadi candu bagi negara-negara Islam. Kita gemar berselisih dalam hal-hal kecil dan berperang untuk masalah-masalah sepele (remeh). Apakah gerakan yang menggerakkan Iraq satu masa dulu untuk menyerang Kuwait yang sama-sama Muslim? Apakah yang ada dalam benak Perikatan Utara yang menyatakan dirinya Muslim tatkala mereka menggempur Taliban yang juga Muslim? Apakah yang difikirkan oleh sesebuah negara Islam yang membenarkan tentera kuffar untuk berpengkalan di negaranya untuk menyerang anggota tubuhnya yang lagi satu?


Benarkah kita Khairu Ummah?

Umat yang meraih kejayaan hidup di dunia dan di akhirat? Padahal sebahagian besar dari umat ini telah tertipu oleh kehidupan dunia yang menipu dan melenakan dengan melepaskan Islam dari kehidupannya dan menukarkannya dengan berbagai macam ideologi sesat yang diimport dari Barat, yang dibuat oleh manusia, yang menghasilkan kerosakan akhlak dan kebejatan moral serta bertaqlid buta kepada Barat. Sementara sebahagian lainnya mengurung diri di masjid dan asyik berpuas diri dengan beragam bentuk ibadah ritual, tanpa peduli terhadap kondisi umat Islam yang menyedihkan. Sehingga Islam tak lebih dari serangkaian dogma beku tentang hal-hal metafisis, dan menjadi rekreasi rohani sebagai pelarian dari tekanan kehidupan.

Itukah yang dimaksud ALLAH sebagai khairu ummah? Ataukah kita perlu mendefinisikan kembali Islam dan umat Islam? Atau merevisi kembali ayat-ayat ALLAH, agar kita dapat ‘memahami’ realiti umat Islam yang kontradiktif (banyak pertentangannya antara keinginan dan kenyataan yang dilakukan) ini?

Sejenak bersama khairu ummah terdahulu

Sesungguhnya khairu ummah bukanlah suatu gelar warisan yang akan secara turun-temurun disandang oleh setiap generasi yang mengklaimnya (mengakuinya), sehingga orang jahil akan sama dengan orang ‘alim; dan orang-orang yang lalai sedarjat dengan mereka yang berjihad. Khairu ummah bukan pula suatu predikat murah yang cum-cuma diberikan kepada umat yang mengaku Muslim, tanpa adanya pembuktian dari keimanannya dalam perkataan mahupun perbuatan/perilaku.

ALLAH SWT tidak memberikan predikat/gelar ini kepada suatu kelompok masyarakat yang mengaku Muslim, tetapi dalam sehariannya mereka membuang Islam dalam kehidupannya. Predikat khairu ummah pun tidaklah layak bagi umat yang berpangku tangan terhadap problematika umat Islam dan duduk bersenang-senang tanpa beranjak untuk berjihad membela Islam dan menghancurkan musuh-musuhnya. Tetapi umat ini akan menjadi khairu ummah selama mana mereka berpegang teguh dengan ajaran Islam, menjadikan Islam sebagai aturan dan pedoman hidupnya serta tak henti-hentinya menyerukan umat manusia menuju kebaikan dan taqwa, serta meninggalkan kemaksiatan dan kemungkaran sejauh-jauhnya.

Sebagaimana firman ALLAH SWT dalam QS. 3: 110 tadi di atas:
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.”

Gambaran yang jelas tentang profil khairu ummah adalah pada masyarakat Islam pertama, iaitu generasi para sahabat/salafus shalih. Merekalah umat yang secara ekplisit dinyatakan ALLAH dalam al-Quran sebagai khairu ummah, dan dalam kenyataannya sejarah mencatat kemuliaan mereka. Selama lebih dari 7 abad lamanya umat Islam kemudian memimpin peradaban dunia dan menyelamatkan umat manusia dan mengeluarkannya dari kesempitan hidup dunia kepada keluasan rahmat ALLAH SWT.


Profil mereka adalah sebagaimana yang ALLAH gambarkan dalam firman-Nya:

“Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka, kamu lihat mereka rukuk dan sujud mencari karunia Allah dan keridaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, yaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya karena Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mukmin). Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh di antara mereka ampunan dan pahala yang besar.” (Surah al-Fath 48: 29)

Pada ayat yang lain ALLAH menerangkan karakteristik mereka:

“Hai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Maidah 5: 54)

Generasi sahabat telah tampil menghiasi sejarah dengan penuh ‘izzah (kemuliaan) dan keberanian, dan generasi semacam itu tidak mustahil untuk muncul kembali menggantikan suatu kaum yang telah berpaling dari ajaran Islam dan diliputi kehinaan sebagaimana yang dinyatakan oleh ALLAH pada awal surah tersebut di atas, asal merekapun berusaha dan berjihad seperti halnya yang dilakukan oleh para sahabat dan memenuhi syarat-syaratnya sehingga mereka mampu tampil sebagai mengemban risalah Islam yang akan memimpin dan menyelamatkan dunia dan umat manusia. Dengan demikian mereka layak untuk menyandang predikat khairu ummah.

Menjadi Khairu Ummah

Ketika membaca surah ali ‘Imran ayat 110 di atas, ‘Umar Ibnu Khattab RA berkata: Barangsiapa yang redha dengan gelar ini, maka perhatikanlah syarat-syaratnya”.

Ada 3 syarat tercantum dalam ayat itu, agar umat Islam kembali meraih gelar khairu ummah iaitu: menyuruh kepada yang ma’ruf, mencegah dari yang munkar dan beriman kepada ALLAH.

Iman kepada ALLAH merupakan landasan pertama bagi setiap Muslim untuk mengimani pokok-pokok keimanan beserta cabang-cabangnya. Di atas landasan inilah tegaknya bangunan Islam yang meliputi segala aspek kehidupan. Bangunan Islam yang utuh yang mengatur masalah ibadah dan mu’amalah, aqidah dan syari’ah.

Iman kepada ALLAH merupakan titik tolak pembebasan manusia dari segala belenggu kehidupan; kemerdekaan akal dan perasaan dari berbagai khurafat, tahyul dan kemusyrikan. Hati yang hidup dengan iman dan ma’rifatullah adalah hati yang tak pernah takut dan tunduk kepada selain ALLAH. Hati yang sentiasa tenteram, tak pernah gelisah dan jiwa selalu optimis terhadap pertolongan ALLAH. Di sinilah letak kebahagiaan dan ketenangan hati itu.

Kerana itu orang yang beriman akan memandang kekufuran sebagai kesengsaraan dan kehinaan. Mereka akan bangkit memimpin dunia menuju kesejahteraan, mengangkatnya dalam kemuliaan dan mengeluarkannya dari kegelapan jahiliyyah. Mereka – dengan keimanannya – akan menyeru umat manusia agar hidup sejahtera di bawah naungan Islam. Inilah landasan kedua yang akan mengangkat darjat umat Islam.

Dan landasan ketiganya adalah mencegah manusia dari perbuatan mungkar. Ini adalah lebih sulit daripada sekadar mengajak kepada kebaikan, kerana mencegah kemungkaran menuntut adanya kekuasaan dan kekuatan.

Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa dari kalian melihat kemungkaran, maka ubahlah dengan tangannya. Bila tidak mampu, maka ubahlah dengan lisannya. Bila tidak mampu, maka ubahlah dengan hatinya… yang demikian itulah selemah-lemahnya iman.”

Merubah kemungkaran dengan kebaikan merupakan bukti kukuhnya iman, membiarkan kemungkaran dengan sekadar membencinya dari hati adalah suatu tanda kelemahan iman, sedangkan orang yang meredhai kemungkaran menandakan ketidakberadaan iman pada dirinya walau sebutir pasir pun.

Itulah 3 sifat yang menjadi karakteristik khairu ummah dan umat Islam akan tetap menjadi umat terbaik apabila ketiga-tiga sifat tersebut ada dalam dirinya

Rujukan asal dari website masjid negara