Sabtu, 5 Januari 2013

Anak-anak ber'Hijrah' 1434 H




Masa terus berjalan sudah 2 tahun dengan pantas dimana 'Izzah kak long berada di MIA Sg Kelambu banting akan ke MT B.Changgang dan juga Angah di RTA Batu 16 Hulu Lanat akan ke DH Rantau panjang Klang.. Disebabkan beberapa maklumat terkini maka berlakulah penghijrahan ilmu along dan angah. Kalau diikutkan biarlah disitu bermula dan berakhir dengan 30 juzuk namun apabila di mesyuarat dan di istikhorahkan maka terjadilah penghijrahan.
Memang tujuan pembelajaran ialah untuk keselesaan dan keselamatan anak-anak itulah yang menjadi keutamaan. Tiada ibuayah yang menjadi penjaga menghantar anak ke sekolah swasta pastinya dengan komitmen yuran yang agak tinggi dengan cita-cita terbesar pasti akan mencari yang terbaik untuk anak-anaknya.
Kini along akan ke Mumtazatuqwa Bukit Changgang dengan bekalan 10 juzuk manakala Angah sudah ke MAAHAD TAHFIZ DARUL HAFIDZIN Rantau Panjang dengan bekalan 7 juz.
Selamat berjuang along dan angah. Masa yang diperuntukan ialah 2 tahun dari sekarang. Itu yang kita sama-sama persetujui. Ibu ayah akan usahakan komitmen yuran semampu mungkin. Kita tetap menebalkan keyakinan bahawa Allah ArRazaq. Ada rezeki untuk yang mahu belajar dan terus menimba ilmu Allah..

Manakala buat guru mualimun yang telah mendidik  along angah, sungguh kalian dalam reruang mata ku. Ku berdoa untuk kesihatan dan kekuatan antum terus berjihad dalam dunia pendidikan. Namun dalam kesungguhan itu teruskan mendengar komentar ibuayah kerana hidup kita tiada sempurna melainkan mengambil tahu idea penambahbaikan dari ibu ayah.

Adanya instistusi PIBG sebenarnya cukup membantu guru dalam menjayakan pendidikan bukan sebaliknya. Hidup menjadi sempurna beriringan dengan ada pandangan kedua dan seterusnya.