- Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air diluar rumah utk kucing-kucing yang datang.
- Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji atau upah jerih payahmu, untuk disumbangkan kepada anak yatim dan orang miskin.
- Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet utk diberikan kepada yang memerlukan.
- Letakkanlah di bilikmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil ke dalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu dan sedekahkan wang tersebut.
- Jika kamu hadir dlm acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat), belilah 1 atau 2 kotak air mineral, niatkan utk sedekah kepada yang memerlukannya (orang tua, sakit, kanak-kanak dan lain-lain).
- Jika kamu membeli barang dari peniaga-peniaga kecil kemudian kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah).
- Belilah mushaf (al quran). Letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yang akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yang membacanya.
- Berikanlah perasaan gembira kepada setiap orang, khususnya kepada mereka yang sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yang tulus.
- Lemparkanlah senyuman kepada orang yang kamu temui, berilah salam kepada orang yang duduk dan bertuturlah dengan ucapan yang baik kerana semuanya adalah sedekah.
- Jangan biarkan kamu tertidur, melainkan telah kamu ampuni setiap orang yang telah berbuat jahat kepadamu dari menghinamu, menyebarkan fitnah dan menzalimimu.
- Setkan pada handphone kamu, penggera peringatan pada masa masa tertentu untuk anda baca surah al-fatihah atau al ikhlas untuk di sedekahkan kepada kedua ibubapa kita, sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia.
Jumaat, 28 Oktober 2016
2017 : Petua Murah Rezeki
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan