Ahad, 31 Januari 2010

Starting the Day



Starting the Day

“Anta percaya tak kalau ana katakan bahawa 1 jam pertama setiap pagi, adalah penentu kepada keseluruhan hidup kita dalam sehari?” saya berbual dengan seorang teman.

“Percaya. Pengalaman kita semua ke arah itu. Jika mulakan pagi dengan tenang, tertib, elok Solat Subuhnya, elok mood, minda dan fizikal, maka Insya Allah eloklah keadaan diri sepanjang hari” katanya.

“Kalau mulakan hari dengan Subuh Gajah?” saya bergurau.

“Turun minyak naik minyak sahajalah kerjanya. Seperti gajah!” beliau membalas.

Memang benar.

www.saifulislam.com

ke MAIWP 2009 -dari BKAKLM 98


MAJLIS ILMU - KULIAH AGAMA ANJURAN BADAN KEBAJIKAN, BAHAGIAN PEMBANGUNAN DAN PELABURAN


20 November 2009 (Jumaat) -

Bertempat di bilik mesyuarat aras 7, Bangunan PERKIM telah berlangsung satu sesi kuliah agama untuk bulan November yang bertajuk 'Berkerja Adalah Satu Amanah' yang disampaikan oleh Ustaz Hasnol dari Majlis Sukan Negara.

Secara lazimnya Badan Kebajikan, Bahagian Pembangunan Dan Pelaburan akan menganjurkan kuliah agama sekali pada setiap bulan.Antara isi kandungan dalam kuliah tersebut adalah seperti berikut Allah S.W.T telah berfirman dalam Hadist Qudsi yang bermaksud;

Wahai Adam! Sesungguhnya Aku telah menawarkan "amanah" kepada langit dan bumi, namun mereka tidak mampu.Apakah engkau sanggup memikulnya dengan segala akibatnya?

Adam Berkata: " Apa yang saya dapat daripadanya?" Allah menerangkan: "Jika engkau sanggup memikulnya, engkau akan diberi pahala, tetapi jika engkau menyia-nyiakannya, engkau akan disiksa."

Adam Berkata: "Baiklah saya pasti dapat memikul dengan segala akibatnya".

Tidak berapa lama kemudian (sekadar selama waktu antara solat syubuh dan ashar ia berada di Syurga) terjadilah peristiwa dengan syaitan sehingga ia dikeluarkan dari syurga.

Ada beberapa pendapat yang mengatakan bahawa amanah itu ialah Agama, Hal-hal yang difardhukan, Batas-batas yang telah ditentukan oleh Allah, Taat kepada Allah, Solat, Puasa, dan wanita yang diamanahkan menjaga kehormatannya.


Warga Bahagian Pembangunan Dan Pelaburan yang mengikuti sesi kuliah


Bacaan doa sebelum selesai sesi kuliah


Komen

Sejarah sebagai YDP BKAKLM yang pertama dapat masuk Ke MAIWP untuk berjihad..

layar web http://www.maiwp.gov.my/index.php?

Sejarah Atlit dahulu - terbongkar

Tiada jalan singkat

Oleh Lokman Zainal Abidin
lockman@nstp.com.my
2010/01/30

ADA lagi ke perkara macam itu? Itulah reaksi awal bekas pemain bola sepak kebangsaan, Reduan Abdullah ketika diminta mengulas mengenai penggunaan tangkal serta bomoh di kalangan atlit Malaysia ketika ini.


TENANG...asrama atlit di MSN yang dikatakan diganggu makhluk halus.
“Kalau masa dulu, penggunaan tangkal serta bomoh memang lumrah dan saya sendiri tahu perkara itu. Tapi di zaman sains dan teknologi sekarang, sukar untuk kita percaya masih ada atlit taksub dengan perkara sebegini.


“Kita sudah memiliki sains sukan dan sebagainya. Mengapa kita masih taksub dengan hal-hal mistik seperti ini? Nasihat saya kepada atlit adalah mereka sepatutnya meningkatkan latihan serta disiplin kerana faktor itulah yang boleh membantu perkembangan mereka,” kata Reduan.


Kelmarin, 20 atlit yang menginap di asrama Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil dikatakan terkena histeria akibat kehadiran makhluk halus, sekali gus menimbulkan kebimbangan kira-kira 400 atlit yang menginap di asrama berkenaan.


Penggunaan ilmu hitam di kalangan atlit dan keluarga mereka dengan tujuan makhluk halus berkenaan membantu menjaga keselamatan atlit dipercayai menjadi antara punca yang mendorong kepada berlakunya insiden berkenaan.


Difahamkan, ada juga atlit yang percaya ‘tangkal’ di badan mereka itu boleh membantu meningkatkan prestasi masing-masing selain menjadi penguat semangat setiap kali berdepan lawan dalam acara disertai.


“Saya pernah mendengar ada atlit bola sepak, basikal, olahraga dan sepak takraw terbabit dengan perkara mistik ini, tapi itu dulu. Apabila saya mendengar perkara sebegitu berlaku lagi sekarang, ia seolah-olah tidak masuk akal langsung.


“Mengapa kita mesti percaya dengan benda-benda ini? Adakah kita merelakan nasib atau kemenangan kita ditentukan tangkal atau bomoh?” katanya yang bagaimanapun tidak menolak kemungkinan masih ada atlit berfikiran ‘kuno’ ketika ini.


Suatu ketika dulu, atlit yang paling kerap dikaitkan dengan penggunaan pelbagai tangkal ialah bola sepak dan sepak takraw. Bukan sesuatu yang menghairankan apabila melihat ada kepulan asap kemenyan di belakang pintu gol atau di luar gelanggang setiap kali pertandingan berlangsung.


Bagi bola sepak, seorang bekas pemain kebangsaan yang enggan namanya disiarkan berkata, ada pemain menggunakan minyak babi untuk disapu ke kasut bola bagi mengelak diganggu ‘jin’ digunakan pasukan lawan.


“Ketika itu, penggunaan minyak babi memang berleluasa kerana kita tahu setiap pasukan yang bertanding memang membawa bersama ‘jin’ masing-masing. Kalau tidak, mengapa gawang mereka terlalu sukar untuk ditembusi dan kalaupun penjaga gol mereka sudah tertewas, bola pasti akan terkena tiang atau palang.


“Justeru, ramai pemain menggunakan minyak babi yang disapu ke kasut masing-masing kononnya boleh mengelak daripada diganggu ‘jin’ pasukan lawan. Saya tidak tahu sejauh mana keberkesanannya, tapi ia menjadi satu lumrah ketika itu,” katanya.

Komen Ana

Syukur dengan keperihatin Dato KP Mazlan bhw penubuhan Uhei di MSN pada 1999 sebagai usaha berperingkat menjauhkan atlit dari berkecimpung dengan dunia tahyul dan khurafat dalam mendapat sebuah kejayaan dan diteruskan dengan kperihatinan Datok Zolkples embong dan PBT Encik Abdul Rashid Yaakob sekarang

..Tq Datok..

Tahniah di atas ucapan Dato Kp dalam perhimpnan Bulan bulan januari MSN yang berlangsung pada 29hb Jan 2010 pagi jumaat yang bersejarah buat dri ini dan sahabat UHEI serta PBT yang terharu dengan ucapan mantop datok KP..

respon Mantan Mufti Johor - atlit bertangkal berbomoh


Perbuatan syirik

Oleh MOHD AZAM SHAH YAACOB
mohdazam@hmetro.com.my
2010/01/31

KUALA LUMPUR:


“Perbuatan ini adalah syirik dan sesiapa yang mempercayai kekuasaan selain Allah, maka secara tidak langsung dia menjadi murtad,” kata Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut, mengenai amalan ilmu hitam segelintir atlit bagi melindungi diri atau memenangi pertandingan.

Noh berkata, Islam secara terang melarang manusia berkawan dengan makhluk ghaib, khususnya jin dan syaitan, bagi mendapatkan perlindungan, apatah lagi jika menganggap makhluk berkenaan berkuasa.


“Jika melihat dalam surah Al-Jin ayat keenam, jelas menerangkan bahawa perbuatan seseorang itu berkawan dengan makhluk ghaib membabitkan jin dan syaitan bagi tujuan tertentu membuatkan golongan makhluk berkenaan menjadi bertambah sombong dan menafikan kekuasaan Allah.


“Sebagai umat Islam, kita sepatutnya bergantung dan reda dengan ketentuan Allah dan setiap kejadian yang dialami kerana sebagai manusia, kita memang tidak sempurna,” katanya.


Menurutnya, dengan berniat di dalam hati bahawa sesuatu makhluk seperti jin atau syaitan itu berkuasa dan boleh melindungi dan memberi kejayaan kepada mereka, seseorang itu perlu bertaubat kerana sudah menyekutukan Allah.


“Niat saja sudah cukup membuatkan seseorang itu murtad, apatah lagi jika mereka mengamalkan perbuatan salah seperti pengamalan ilmu hitam.


“Sepatutnya mereka (atlit) perlu sedar mengenai perkara ini kerana larangan itu adalah sebesar-besar tanggungjawab yang perlu dipikul berbanding tanggungjawab terhadap memperoleh kemenangan dalam pertandingan,” katanya.


Beliau berkata, setiap atlit seharusnya berusaha mempertingkatkan potensi diri selain perlu mendekatkan diri dengan amalan Islam berikutan faktor kemenangan itu adalah atas ketentuan Allah.


“Tidak ada yang lebih berkuasa selain Allah. Ini kerana tanpa keredaan Allah, sebesar mana usaha yang kita lakukan, setiap daripadanya pasti menemui kegagalan.


“Disebabkan itu, di dalam Islam kita perlu sentiasa berusaha tanpa jemu di samping tidak meninggalkan setiap amalan yang dituntut oleh Islam,” katanya.


Harian Metro semalam melaporkan pendedahan Pegawai Agama Majlis Sukan Negara (MSN), Mohd Hasnol Abu Bakar, mengenai gangguan makhluk halus di asrama MSN Bukit Jalil sejak beberapa bulan lalu.


Dalam laporan itu, Mohd Hasnol berkata, gangguan berkenaan berpunca daripada segelintir atlit yang mengamalkan ilmu hitam bagi melindungi diri serta memenangi setiap pertandingan yang disertai.

Sabtu, 30 Januari 2010

isu lagu nasyid cinta berlebihan

Assalamualaikum Al Fadhil Ustaz

Barangkali ustaz tak berkesempatan untuk membaca email saya ini.. Namun doa dan harapan saya agar ustaz dan keluarga terus dalam rahmat dan barokah Allah..

Kebelakangan ini, dalam artikel ustaz ada menyebut tentang kalangan penasyid yang menyanyikan lagu 'cinta islamik' dan 'memuja wanita.. suara mendayu-dayu'

Sedikit soalan andai ada kelapangan ustaz tolong jawabkan ya..

"Apakah salah (hukum) menyanyi lagu cinta walau buat isteri, atau buat ibu.. atau buat guru wanita yg bukan muhrim.. dengan alasan sebagai medium luahan perasan untuk mengerat lagi kasih sayang dan silaturrahim... Bagaimana pula kalau mereka yang dipuja adalah ahli agama tersohor lampau seperti saidatina khadijah, aishah, tokoh sufi rabiatul adawiyah dan lain"



Saya yang kurang ilmu..

- Azalinor Saujana

www.saujana.net.my



JAWAPAN



Wa'alaikumussalam akhi Azalinor,



Terima kasih atas doa dan ana mendoakan antum sekeluarga dan sahabat juga sihat wal afiat.

Terus terang saya katakan, bagi saya, kumpulan nasyid perlu lebih berhati-hati ketika mendendangkan lagu-lagu yang berkaitan cinta dan kasih.

Begini, jika jelas dan terang dari lirik cinta dan kasih sesuatu lagu itu merujuk kepada Allah, Rasul, sahabat Nabi sama ada lelaki atau perempuan, tokoh-tokoh ilmuan atau ikon Islam popular seperti Rabiatul Aadwiyah, tokoh seperti Ratu Balqis, ibu dan bapa serta keluarga, maka saya berpandangan hukumnya adalah HARUS.

Apa yang menurut pandangan saya TIDAK HARUS adalah laungan-laungan cinta dan kasih yang tidak jelas watak yang ditujukan, sehingga memungkinkan 'double meaning" berlaku serta mengasyikkan para wanita dan lelaki yang sedang dilamun cinta. Contoh pada hemat saya adalah seperti lagu 'Siti Munawwirah', ‘Nur Syahada' dan ‘Cinta Pertama' dan banyak lagi, Cuma cukuplah dua tiga lagu sebagai contoh.


Saya pasti rakan-rakan penasyid telah melihat konsep lagu-lagu Sami Yusuf dan Maher Zain terbitan The Awakening, ia tetap hebat dan popular walau tidak berkisar hal cinta wanita. Konsep sebegini perlu lebih dipopularkan berbanding dendangan cinta.

Saya faham kumpulan naysid kita juga telah banyak menghasilkan lagu-lagu berkonsep perjuangan, nasihat umum dan lain-lain yang tidak berkisar persoalan cinta, cuma apa yang kita focus kini adalah bagaimana boleh menghindari syubhah dalam lagu nasyid sebaik mungkin.

Hujjah mendendangkan lagu sebegitu bagi menyediakan alternatif cinta hitam dan maksiat dendangan penanyi biasa juga tidak dapat terima, kerana ia tetap boleh membawa kesan buruk yang serupa bagi pendengar.

Hujjah bahawa lirik lagu cinta Islamik itu mengajak kepada cinta yang tulus dan bersih juga sukar bagi saya. Menurut penilaian saya, segala nasihat-nasihat yang disebut di dalam nasyid cinta akan menenggelamkan pendengar yang sedang berkasih dek keasyikan dendangannya, malah ia lebih mendorong kepada keasyikan yang lebih membuta dan memekakkan mereka dari segala nasihat. Tatkala itu, tiada perlu nasyid disediakan bagi golongan ini kerana ia tetap negatif secara umumnya dan mudarat melebihi manfaat. Kaedah fiqhi menyebut " menolak mudarat melebihi target mencapai manfaat"

Mungkin lagu dan lirik itu bukan pilihan penasyid tetapi adalah pilihan penerbit, jika benar demikian saya kira penasyid juga mempunyai haq untuk memberikan pandangan dan menetapkan pendirian, justeru buatlah sesuatu agar penerbit boleh memahami.



Sekian



Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

28 Januari 2010

Jumaat, 29 Januari 2010

Gangguan asrama MSN




Gangguan asrama MSN

Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my
2010/01/29

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Dirasuk, diusik ketika tidur dan komputer dihidupkan sendiri pada tengah malam antara ‘gangguan’ dialami kira-kira 400 atlit dan jurulatih yang menginap di asrama Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil, di sini.

Lebih membimbangkan apabila hampir 20 atlit yang menginap di asrama itu pernah mengalami histeria sejak dua bulan lalu.


Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan MSN, Abdul Rashid Yaakub berkata, gangguan itu berlaku sejak kompleks itu dibuka pada 1996, tetapi tidak sekerap dalam tempoh dua bulan ini.


“Ia bukan hanya mengganggu atlit, tapi juga jurulatih sehingga ada yang diserang histeria dan meracau pada waktu malam.


‘Makhluk’ itu jarang menjelmakan diri ketika mengacau penghuni asrama sedang tidur, cuma ada beberapa kali kelibatnya dilihat atlit dan pegawai di sini.


“Atlit yang menginap di bangunan Casa 1 paling teruk diganggu.


Bukan hanya di asrama, malah pejabat MSN turut menjadi mangsa.


Dalam satu kes, seorang jurulatih yang sedang tidur terkejut apabila kakinya diusik secara tiba-tiba, manakala komputer di pejabat tingkat lima dihidupkan sendiri pada waktu malam.


“Kejadian seperti ini sudah lama tidak berlaku.


Kali terakhir apabila kompleks ini mula beroperasi 14 tahun lalu, namun selepas kami ‘memagar’ kawasan ini, insiden itu tidak berlaku lagi sehinggalah ia menyerang kembali, baru-baru ini,” katanya yang dihubungi semalam.


Bimbang gangguan itu terus berlarutan, pengurusan MSN mengambil keputusan melakukan upacara ‘memagar’ kompleks itu yang dilakukan tiga malam berturut-turut sejak Sabtu lalu.

Jumaat, 15 Januari 2010

Jom tanya siapa anda dan kita !


Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya. ..

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT ? Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain.

Sejarah pasti berulang!!

Betapa pentingnya sejarah..

Kekadang sesuatu isu kena juga tengok melalui pendekatan sejarah

hukum atau dalil juga tidak cukup sebab itu..itu terbukti melalui kaedah usul fiqh

maka tubik istilah uruf dan maqasid syariyyah..

Saya tidak akan membahaskan dari sudut agama. Banyak pandangan yang boleh dikemukakan dari agama dari sudut pro dan kontranya isu ini. Saya juga tidak akan membicarakan dengan bahasa politik. Saya tak pandai menilai dari sudut pandang politik, lagi pun, ramai orang telah membicarakan dari kaca mata ini.

Saya cuma ingin mengajak untuk kita melihat dari sudut sejarah dan kebiasaan manusia.

1. Ketika orang Yahudi meminta untuk diiktiraf pembelian tanah mereka di Palestin, pada awal kurun ke 19, Sultan Abdul Hamid tidak sekali-kali memberikan pengiktirafan pada mereka. Emmanuel Carasso yang bersekongkol dengan Theodor Herzl telah cuba mendapatkan izin menempatkan Yahudi di Palestin sejak 1898 lagi. Sultan tetap bertegas. Yahudi menawarkan untuk membeli ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak Palestin dengan harga yang tinggi. Sultan tetap menolak. Yahudi menawarkan pula untuk menyewa tanah itu selama 99 tahun dengan harga yang cukup tinggi. Sultan tetap menolak.

“Kami bukannya mahu membuat Negara di sana, kami hanya mahu Tuan yang mulia mengiktiraf tanah yang kami hendak beli” kata Emmanuel Carasso.

“Jika ada langkah pertama, maka akan ada langkah seterusnya”, tegas Sultan.

Ketika Sultan Abdul Hamid digulingkan pada 1909, Yahudi paling gembira. Benarlah telahan Sultan,

“Jika ada langkah pertama, maka akan ada langkah seterusnya”.

40 tahun selepas kejadian ini, Yahudi bukan sahaja mendapat pengiktirafan duduk, malahan mendapat sebuah Negara.

2. Ketika British datang ke Negara kita, dia tidak pernah sekali-kali menyebut untuk menjajah. Sultan yang telah dijinakkan dengan sedikit pemberian selesa dengan pendekatan mereka. Akhirnya Sultan menerima Residen sebagai penasihat. Bermula sebagai penasihat, akhirnya segala keputusan pentadbiran mesti mendapat nasihat Residen. Seterusnya, kuasa Sultan dibataskan hanya pada agama Islam dan Adat Istiadat Melayu. Akhirnya, kita diisytiharkan di bawah jajahan British.

3. Kejatuhan Filipina terhadap Spanyol merupakan satu titik hitam kepada Islam di Timur Jauh. Sultan Sulaiman yang menguasai Manila (dahulu Fi Amanillah bermakan negeri di bawah keamanan Allah) syahid di dalam pertempuran dengan tentera Kristian ini. Bermula dengan Manila, pengaruh agama Kristian kemudiannya telah berleluasa ketika era penjajahan mereka ke atas bumi ini.

Cuba lihat contoh di atas. Bermula dengan permintaan yang kecil, ia akan membawa kepada langkah seterusnya.

Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) hari ini diberitahu bahawa penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitan berkaitan agama Kristian bukan lagi satu larangan.

Perintah tersebut berbunyi: ‘‘Percetakan, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran dan pemilikan sebarang dokumen dan penerbitan berkaitan agama Kristian yang mengandungi perkataan ‘Allah’, ‘Kaabah’, ‘Baitullah’ dan ‘Solat’ adalah dilarang melainkan di muka hadapan dokumen dan penerbitan itu ditulis dengan perkataan “Khusus Untuk Penganut Agama Kristian’’.

Ia satu keputusan yang kecil bagi sesetengah pihak tapi satu permulaan yang baik bagi sesetengah pihak.

Semua orang ada sudut pandang yang tersendiri. Malahan ada sesetengah ahli agama yang bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah pada penerbitan Kristian ini. Saya tidak menulis dari sudut kepelbagaian pendapat. Saya hanya mengutarakan dari sudut sejarah yang pernah berlaku.

Saya percaya seperti yang diyakini oleh Sultan Abdul Hamid. “Dunia ini mempunyai sifirnya, sejarah pasti berulang. Jika ada langkah pertama, maka akan ada langkah seterusnya”.

Khamis, 14 Januari 2010

Gerhana matahari

Gerhana matahari akan berlaku lagi dan akan dapat di lihat di Malaysia pada Hari Jumaat 15 Januari 2010 antara pukul 3 petang - 5.30 petang.

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betul kamu hanya menyembah kepada Allah." (Fussilat: 37)

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,”Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi karena kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika berlaku gerhana maka berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah solat dan bersedekahlah.” (HR. Bukhari)


Cara sembahyang gerhana berbeza sedikit daripada sembahyang biasa.

Ustaz Melayu Masjidil Haram



Setiap kali selepas solat maghrib satu sudut diMasjidil Haram bergema bagaikan suasana masjid kampung apabila Mohammad Abdul Kadir Mandili muncul untuk memberi ceramah. Seperti biasa , awal awal lagi jemaah Malaysia menyerbu sudut itu yang terletak berhampiran kaabah dan selari dengan hajaratul Aswad.

Kebanyakan jemaaah yang pernah menjejakkan kaki di Masjidil Haram cukup mengenali beliau yang sudah lebih 30 tahun menjadi guru agama di masjid terulung itu. Mohammad yang berasal dari Alor Setar, Kedah sudah menempa nama sebagai tokoh agama yang disegani di Mekah. Beliau yang sudah lebih 50 tahun menetap di tanah suci, sebenarnya mengikut jejak arwah bapanya yang pernah menjadi guru agama di masjid yang sama.

Setiap tahun lebih dua juta umat Islam menunaikan haji berkunjung ke Masjidil Haram dan sebab itu mereka yang dipilih menjadi guru agama disitu bukan calang calang orangnya. Daripada 15 guru agama yang mengajar secara tetap, Mohamad adalah satu satunya anak melayu yang terpilih memikul tugas berat itu.

Sesuai dengan kebolehan Mohammad, pihak pentadbir masjid turut menyediakan kerusi khas untuknya di sudut masjid itu. Kerusi khas itu diwujudkan enam tahun lalu dan turut meliputi penceramah dalam bahasa Cina dan Urdu di sudut berlainan.

Mohamad kelihatan begitu segak apabila vberjubah dan berkopiah yang ditutup kain serban serba putih setiap kali beliau muncul untuk memberi ceramah. Dengan raut wajahnya yang bersih dan tenang, beliau menyampaikan ceramahnya dengan cara bersahaja dan sekali sekala menggunakan loghat utara.

“Kawan kawan hairan bagaimana setelah lebih setengah abad saya tinggal di Mekah, saya masih fasih berbahasa melayu.” Katanya yang kini berusia 65 tahun.

Selain program ceramah selepas Maghrib, jadual tugas hariannya meliputi mengajar anak tempatan daripada bangsa Pakistan, Bangladesh dan Melayu pada sebelah pagi. Menyorot kisah hidupnya, Mohamad mempunyai lapan adik beradik, tujuh daripadanya menjadi rakyat Arab Saudi. Hanya adik perempuannya yang tinggal bersama keluarga di Sabah.

Ayahnya berasal daripada Mandiling, Indonesia dan berhijrah ke Malaysia ketika berusia 14 tahun. Beliau belajar agam di pondok Gajah Mati, Kedah dan ketika itu hidupnya sering dihimpit kesulitan. Ada kala kerana sukar mendapat makanan. Beliau terpaksa makan pucuk ubi serta tidur pula hanya berbantalkan buah kelapa.

Sebelum penjajahan Jepun, ayahnya berhijrah ke Mekah dan meneruskan pengajian di Masjidil Haram. Ketika itu belum wujud universiti dan Masjidil Haram dianggap universiti. Selepas mendapat bimbingan alim ulamak di Masjidil Haram, beliau kemudian ditawarkan menjadi guru agama disitu hinggalah beliau meninggal dunia ketika berumur 56 tahun.

Bagi Mohamad pula, pendidikan awalnya bermula di Madrasah Darul Ulum, Mekah yang diasaskan oleh rakyat Malaysia/Indonesia. Selepas itu mendalami lagi ilmu melalui bimbingnan ayahnya sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Madinah.

Mengikut ceritanya, dulu ramai keluarga enggan hantar anak mereka ke sekolah agama kerana bimbang mereka sesat tetapi bapanya bertegas mahu menghantar anaknya mengikuti pengajian agama dengan alas an “Kalau belajar hadis dan al-Quran pun mereka boleh sesat, biarlah mereka sesat”.

Beliau kini tinggal di sebuah banglo dua tingkat yang mempunyaiu 16 bilik, dikawasan Awali, tidak jauh daripada kota Mekah. Hasil perkongsian hidup dengan dua isterinya beliau dikurniakan 18 anak dan 42 cucu.

Cara hidup melayu masih sebati dengan jiwanya walaupun sudah lama di perantauan. Ketika di rumah, beliau lebih selesa memakai kain dan baju melayu serta bercakap Melayu dengan anggota keluarga. Bagi mohamad, kemewahan tidak dating bergolek dan masih teringat ketika mula mula menjadi guru agama dulu, beliau terpaksa mengambil upah menjahit kerana gaji terlalu kecil.

Pengalaman lampau membuatkan beliau bersikap pemurah dan menurut teman temannya, boleh dikatakan hampir setiap kali selepas ceramah, beliau akan menjemput orang ramai kerumahnya dan menjamu mereka dengan nasi bokhari.

Ketika musim haji baru baru ini, beliau mempelawa jemaah ke rumahnya sambil berkata: “Kita makanlah apa yang ada… sikit sama sikit… banyak sama banyak.” Pelawaan itu tidak mahu dilepaskan begitu sahaja dan akhirnmya beliau terpaksa menyediakan tiga bas untuk mengangkut jemaah kerumahnya. Bagi Mohamad, siapa sahaja yang berkunjung kerumahnya dianggap saudaranya.

Walaupun perjalanan hidupnya sudah jauh, Mohammad tidak lupa kampung halamannya di Malaysia serta masih segar di ingatannya kata kata semangat pejuang kemerdekaan Datuk Onn Jaafar, iaitu “Pemuda harapan bangsa, hidup melayu”.

“Teringatkan kata kata keramat inilah membuatkan saya balik ke Malaysia setiap tahun bagi memenuhi tanggungjawab sebagai pemuda harapan bangsa. Tidak kiralahj sama ada saya ada cuti panjang atau pendek, saya dan keluarga akan balik ke kampung.

“Tuhan sudah memberi saya sedikit sebanyak ilmu dan ia bukan untuk manfaat diri sendiri. Saya juga balik bukan untuk berseronok seronok atau cari wang tetapi mahu mengajak umat Islam balik kepada al-Quran dan Sunnah Rasulullah yang sebenar.”

Mohamad berpendapat masih banyak perkara khurafat mencengkam masyarakat Islam hingga menjadi bebanan atau tekanan mental. Orang barat turut mempercayai pelbagai khurafat tetapi mereka boleh maju, sebaliknya orang Islam tidak boleh maju. Sebabnya khurafat mereka walaupun lebih besar, seperti tidak percaya Allah dan Rasul, tidak menekan kepada akal… hanya menekan kepada rohani.

Tetapi bagi orang Islam, khurafat menekan mental mereka… hingga tidak boleh fikir. Sebagai contoh, dalam isu keramat, ada yang sanggup makan ulat kaki tok guru yang sudah buruk kononnya tok guru itu wali.
“Sebab khurafat menekan mental, mereka tidak dapat berfikir dan pernah berlaku dalam satu kes anak murid seorang tok guru sanggup makan ulat daripada kaki guru itu yang sudah busuk kerana percaya tok guru itu seorang wali. Dengan berbuat demikian dia yakin boleh jadi wali.”

Ada orang akan menuduh saya tidak hormati wali. Bukan kita tidak percaya wali. Kita tahu siapa wali dan apa itu keramat. Wali ialah mereka yang menjunjung perintah Allah, manakala keramat ialah pemberian Allah kepada hamba yang dia kasih. Wali bermakna kekasih Allah. Apabila Allah kasih, Da beri sesuatu yang luar biasa.”

Selain itu, Mohammad bimbang kerana berlaku banyak perkara bidaah dalam ibadat harian. Banyak perkara dilakukan tidak mengikut cara Rasulullah atau sunnah tetapi sebab sudah menjadi kebiasaan, ia diterima sebagai cara yang betul.

Sebagai contoh, pernah satu ketika dulu ketika balik ke Malaysia, beliau diminta mengimamkan solat dan apabila selesai, beliau terus bangun untuk wirid serta berdoa secara sendirian. Tindakannya itu dianggap ganjil serta mengundang pandangan serong jemaah masjid berkenaan. Menurutnya, berdoa memang digalakkan dan menjadi bidaah kalau tidak mengikut cara yang ditunjukkan Rasulullah.

Mohamad mengingatkan sesiapa yang menokok tambah perkara yang tidak ada dalam ibadat, hanya melakukan kerja sia sia kerana amalannya tidak diterima. Kalau ada yang berani tegur, mereka akan tuduh kita ekstrimis atau pengikut mazhab baru. Sejak balik ke Malaysia pada 1974 sehingga sekarang, tuduhan yang sama dilemparkan terhadap saya apabila ada usaha hendak membawa jemaah kembali kepada sunnah Rasulullah dan syariat sebenar.

“Lain kali, jika ada pihak mempertikaikan atau membuat tuduhan melulu, saya akan menasihatkan mereka supaya merujuk kepada kitab. Jika apa yang mereka dakwa itu memang ada dalam kitab, kita kena terima tetapi kalau salah, kita hokum dia… kenapa berbohong dan mahu merosakkan agama.”

Soalnya Siapa Kamu


SIFIR HIDUP

Itulah yang dikatakan, siapa kamu menentukan cara kamu melihat.

Kesannya pula adalah, cara kamu melihat menentukan apa yang kamu dapat.

Ada yang pergi Turki dapat dosa, ada yang pergi Turki dapat pahala.

Pergi tempat yang sama, akibat tidak sama. Bukan salah Turki, tapi soal siapa kamu yang pergi itu tadi.

KE SUNGAI

Di sungai, bunyi air, bunyi unggas, bunyi angin, bunyi cengkerik, semuanya menghasilkan tenang. Sebabnya mudah, semua yang berbunyi itu sedang memuji Allah [Al-Israa' 17: 44]. Sedang berzikir.

Justeru, ada yang datang ke sungai menyertai zikir alam, lalu mendapat pahala.

Ada pula yang datang ke sungai, kepalanya hanya berfikir satu perkara, “apa dosa yang aku nak buat di sini, ya?”

Tulis pula di batu, “Ina & Din Were Here!”

Takut Malaikat ‘lupa’ dosa-dosanya yang dilakukan di situ. Jangan sampai tiada habuan Akhirat. Lupa yang habuan itu adalah dosa dan Neraka.

Ada yang ke sungai dapat pahala dan bahagia, ada yang ke sungai dapat dosa dan sengsara.

Bukan salah sungai. Tapi salah manusia yang datang ke sungai.

Semuanya bergantung kepada cara melihat, yang menentukan apa yang kamu dapat.

Cara melihat pula bergantung kepada siapa kamu.

UNIVERSITI

Sama juga dengan universiti.

Ada yang datang ke universti dapat ilmu. Dapat pengalaman. Dapat bekalan hidup yang tiada di luar universiti. 4 tahun penuh kesungguhan, hasilnya dapat kebaikan Dunia dan dapat kebaikan Akhirat.

Ada yang datang ke universiti dapat jantan. Dapat betina. Dapat ‘pengalaman’. Dapat ‘nikmat hidup’ yang payah nak cari di luar universiti. 4 tahun penuh sial, hasilnya dapat celaka Dunia dan dapat celaka Akhirat.

Bukan salah universiti. Tapi salah manusia yang datang ke universiti.

Semua bergantung kepada cara melihat, yang menentukan apa yang kamu dapat.

Cara melihat pula bergantung kepada siapa kamu.

FACEBOOK

Sama juga dengan Facebook.

Ada yang masuk ke Facebook dapat pahala.

Bertanya khabar, menghubungkan persahabatan ‘menjejak kasih’, menguruskan ceramah dan soal jawab, berkongsi ilmu dan macam-macam amal maaruf.

Ada pula yang masuk ke Facebook tetapi dapat dosa.

Tunjuk aurat, dedah keaiban diri dan kenalan juga rumahtangga, kutuk orang, main kuiz Syirik, main kuiz lagha, sampai belajar entah ke mana, sampai melingkup Akhirat dan Dunia.

Bukan salah Facebook.

Tapi salah manusianya.

Bagaimanakah cara dia melihat Facebook dan siapakah dia dalam melihat dirinya itu?

Kamu boyfriend?

Kamu girlfriend?

Kamu bos?

Kamu pakar?

Kamu sampah?

Siapa sahaja kamu, kita hanya satu. Kita adalah HAMBA.

Hamba Allah yang kejayaan hidupnya ialah pada melihat dengan pandangan hamba, dan berperanan dalam hidupnya sebagai hamba, hingga mati sebagai hamba.

Kalau ada yang sudah lupa dirinya hamba, dan hidup di dunia seperti tuan, dia telah bertuhankan diri.

Nantikan sahaja balasannya di Akhirat nanti.

Rabu, 13 Januari 2010

Isu pendidikan Anak kita




Alhamdulillah, dalam kesibukan menguruskan persekolahan dan pengajian anak pada awal tahun, ditambah dengan kerja-kerja perancangan dakwah warga sukan dan pengisian program-program ceramah,

akhirnya penulisan blog mendapat keutamaannya juga.

Namun, sebagai hamba Allah, saya juga sama dengan saudara-saudari, sentiasa berharap dan berdoa semoga Allah membantu kita. Masih jatuh bangun dalam bermujahadah. Kekadang saya mengajar, banyak kali pula saya belajar. Bertemu berbagai guru… pengajarannya cuma satu, ikhlaslah dalam belajar dan mengajar.

Jika tidak ikhlas, kita akan terbabas. Baik setinggi manapun kedudukan kita, samada sebagai pemimpin, hartawan, guru atau sebagainya… tanpa ikhlas, kita akan jatuh. Terhina di dunia dan di akhirat, walaupun pernah di selaputi nama, kuasa, harta dan ilmu.

Jangan persoalkan keikhlasan orang lain, tetapi telek dan beleklah keikhlasan diri sendiri. Rahsia hati yang tidak diketahui oleh sesiapa, melainkan oleh Allah sahaja. Ya Allah, bantulah kami untuk ikhlas.

Sahabat, saudaraku, kini saya kembali di lapangan latihan – dakwah dan tarbiah.

Berada di kehijauan belantara dan kedinginan aliran sungai Hulu Yam ini menghadiahkan saat termahal untuk bermuhasabah.

Di pagi ini sebelum memulakan tugasan, saya berkesempatan singgah dan meninggalkan bekas di blog ini. Pada kesempatan ini saya ingin mengingatkan diri saya dan semua tentang amanah. Sesungguhnya hidup adalah satu amanah.

Amanah sebagai ibu-bapa, anak, guru, murid, pemimpin dan pengikut. Berat sekali amanah ini, tapi hidup perlu diteruskan… dan amanah perlu digalas.

Sahabat saya, seorang bekas qadhi, pernah men¬ceritakan be¬tapa seorang ibu mengeluh tentang kelakuan buruk anak¬nya. Anak tersebut suka sangat mencuri. Habis semua barang milik teman-teman dicurinya. Kata ibu tersebut, “Entah¬lah, bagaimana saya harus menyelesaikan masalah ini. Hari-hari ada sahaja barang orang lain dicurinya semasa bersekolah. Hari ini pensil, esok pemadam… Puas saya nasihat tidak juga berkesan. Sudah saya ambil pensil dan pemadam pejabat saya bekerja, saya berikan kepadanya, tapi dia tetap mencuri juga.”

Saya kira anda pasti tersenyum mendengar cerita ibu ini. Ibu yang umpama ketam mengajar anaknya berjalan betul. Inilah perihal, ibu yang ‘mencuri’ harta pejabat, untuk menyelesaikan masalah anaknya yang ‘mencuri.’

Mungkin sesetengah pihak menganggap adalah tidak logik untuk mengaitkan antara perlakuan seseorang dengan sumber rezeki yang dimakan, digunakan atau di-manfaatkannya.

Mana rasionalnya me¬ngait¬kan perlakuan anak yang mencuri dengan perlakuan ibu yang mencuri misalnya? Itu anggapan kebanyakan kita yang hanya melihat secara tersurat. Tetapi itu berbeza dengan pandangan ulama-ulama Islam khususnya para pendidik yang melihat secara tersirat – maksudnya selaras dengan pandangan syariat.

Mengikut para ulama ter¬utamanya yang begitu me¬ngambil berat soal sumber rezeki, perlakuan seseorang adalah ditentukan faktor ibu bapa, guru-guru, corak pendidikan yang diberi, persekitaran dan termasuk sumber rezeki yang membesarkannya. Ini bersandarkan firman Allah yang maksudnya:

“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.” (Surah al-Baqarah: 168)

Rasulullah s.a.w. me¬nguatkan lagi hakikat ini me¬nerusi sabdanya:
“Sesungguhnya daging yang dibesarkan dengan perkara yang haram, maka nerakalah yang lebih utama untuknya.” (Riwayat at-Tabrani)


Menghayati hakikat ini¬lah yang men¬ye¬babkan Sayidina Abu Bakar pernah memuntahkan semula susu yang di¬minum¬nya apabila mengetahui sumber wang untuk membeli susu itu dari¬pada hasil kerja bertenung nasib. Umar Ibn Aziz mengorek semula epal sedekah untuk rakyat yang sedang dikunyah oleh anaknya.

Begitu juga ayah kepada Syeikh Abdul Qadir al-Jailani yang rela menghambakan diri kepada tuan punya ladang apabila dia termakan sebiji epal yang hanyut di sungai dari ladang tersebut. Imam Syafie pernah berhenti memakan kambing apabila didapati ada kambing zakat yang terlepas lalu bercampur gaul dengan kambing-kambing biasa.

Timbul persoalan, apa¬kah kita mematuhi syariat di¬sebabkan faktor iman atau hanya faktor adat se¬mata-mata? Mungkin, kita menyembelih ayam hanya berasaskan adat kita makan ayam sejak nenek moyang dahulu lagi mesti disembelih. Lalu adat itu dipatuhi secara turun-temurun menjadi budaya yang hilang makna dan falsafahnya. Masyarakat kita sudah tidak tahu kenapa, mengapa dan kepada siapakah kita tujukan pematuhan syariat itu. Kalau kita sedar bahawa pematuhan syariat adalah berasaskan keimanan kepada Allah, maka kita akan memandang serius perbuatan mencuri ayam sama dengan memakan ayam yang tidak disembelih.

Justeru, jika curi ayam itu dianggap dosa seberat (malah sebenarnya lebih berat) daripada dosa makan ayam tanpa sembelih, bagaimana pula dengan dosa ‘curi tulang’ (tenaga), curi masa dan berbagai-bagai lagi curi semasa kita menjalankan kerja sama ada di sektor swasta ataupun kerajaan?

Bagaimana ‘despatch boy’ yang ‘warmak’ (maksudnya melencong ke warong mamak) semasa menghantar surat atau pesanan? Begitu juga para eksekutif yang membuat kerja-kerja MLM (multi level marketing) peribadi mereka dengan menggunakan waktu pejabat? Atau pengarah yang melakukan rasuah semasa menjalankan amanah pengurusan dan pentadbiran syarikat?

Ramai yang beranggapan, selagi tidak ditangkap, dibuang kerja atau dihukum, semua perlakuan negatif di atas tidak ada masalahnya. Yang salah, kalau ditangkap.

Tetapi sedarkah kita bahawa setiap perlakuan haram itu adalah berdosa? Mungkin kita terlepas daripada hukuman di dunia, tetapi masakan kita boleh lepas daripada hukuman di akhirat? Itu suatu yang pasti. Individu yang terlibat dengan rasuah misalnya, akan dihumban ke dalam neraka.
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang yang memberi dan me¬nerima serta perantara rasuah akan dimasukkan ke neraka.” (Riwayat Abdullah Ibn Umar)

Begitu juga mereka yang terlibat dengan usaha pe¬nipuan, mencuri, merompak, riba, penzaliman dan sebagai¬nya.

Mereka yang benar-benar beriman akan menjaga sumber rezeki dengan berhati-hati. Apa lagi dengan yang haram, yang syubhat pun dijauhi sedaya mungkin. Bahkan bagi mereka yang muqarrabin (orang yang sangat hampir dengan Allah) yang halal itu pun masih ditangani secara berhati-hati, bimbang terjebak dalam perbuatan yang membazir, menimbulkan fitnah atau perkara yang sia-sia. Sesetengah mereka begitu takut untuk ‘tertawan’ oleh nikmat dunia hingga berkata:
“Aku takut akan nikmat dunia kerana halalnya di¬hisab, manakala haramnya pula diazab.”

Perlu juga diingat bahawa satu kejahatan dan perlakuan haram itu bukan sahaja di¬balas di akhirat, malah di dunia lagi kita akan menerima bahananya. Bagaimana?

Jawabnya, perlakuan haram dan berdosa itu memberi kesan langsung kepada pembentukan peribadi kita, ahli keluarga bahkan generasi kita! Akibat sumber rezeki yang haram, anak, isteri malah diri kita sendiri akan cenderung untuk melakukan kejahatan. Isteri mungkin curang. Anak-anak mungkin menjadi degil dan payah diatur. Pendek kata, individu yang dibesarkan oleh sumber rezeki yang haram akan mudah melakukan ke¬jahatan dan sukar melaku¬kan kebaikan.

Sayang sekali, sekiranya seorang ibu bapa menyedari benar-benar akan hakikatnya ini, pasti dia akan berhati-hati dalam memberi rezeki untuk anak-anaknya. Sekiranya, seorang sebaik Syeikh Abdul Qadir al-Jailani telah dilahirkan hasil menjaga sumber rezeki yang halal oleh ibu bapanya, maka perkara sebaliknya boleh berlaku apabila anak-anak diberi

10 Pepatah Tentang Masa:


Mari Kita Menghayatinya

aik..
dah masuk setengah bulan di Bulan Januari 2010..cepatnya masa bergerak berjalan dan berlariii

1. Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Mereka menyeru kepada kebenaran dan menyeru kepada kesabaran. (al-Qur’an)
2. Bila anda menguasai masa, anda akan memahami kebenaran bahawa kebanyakan orang terlebih jangkaan terhadap apa yang mereka mampu capai dalam setahun dan juga apa yang mereka mampu capai dalam sedekad! (Anthony Robbins)
3. Anda tidak akan berjumpa masa untuk sesuatu. Jika anda mahukan masa, anda mesti mencipta masa. (Charles Buxton)
4. Mereka yang teruk dalam mengurus masa sentiasa mengeluh bahawa mereka kesuntukan masa. (La Bruyere)
5. Tiada apa milik kita kecuali masa. (Geothe)
6. Mereka yang memiliki masa memilii segalanya. (Benjamin Disraeli)
7. Semua bunga yang bakal berkembang pada hari esok adalah benih pada hari ini. (Pepatah Cina)
8. Masa ibarat pedang! Jika kita tidak menggunakan untuk memotong, ia akan memotong kita (Dalam peperangan) (Pepatah Arab)
9. Anda sentiasa menangguh, tetapi masa tidak berbuat demikian. (Benjamin Franklin)
10. Masa yang hilang tidak akan ditemui lagi. (Benjamin Franklin)

bagaimana menjadi HARAM membakar gereja




Sebuah Negara Islam di zaman silam dan sejarah pembukaan Islam ke negara-negara yang mempunyai gereja, Nabi s.a.w dan para sahabat tidak sama sekali mengarahkan meruntuhkannya, Nabi hanya tidak membenarkan pembinaan gereja baru sahaja. Namun gereja-gereja yang telah wujud dan tidak digunakan untuk mencetus peperangan dan tidak menjadi perkubuan tentera, tidak sama sekali dirosakkan dan dirobohkan.

NABI DAN SAHABAT TIDAK ROBOHKAN GEREJA

Sahabat besar, Imam Ibn Abbas r.a pernah dicatatkan berkata "mana-mana kawasan 'ajam' (bukan Arab) yang dibuka dengan izin Allah melalui kekuatan Islam, maka penduduk asal bukan arab boleh mengekalkan binaan mereka"

Ibn Qudamah kemudian mengulas :

ولأن الصحابة فتحوا كثيرًا من البلاد عنوة فلم يهدموا شيئًا من الكنائس، ويشهد لصحة هذا وجود الكنائس والبيع في البلاد التي فتحت عنوة. ومعلوم أنها ما أحدثت، فيلزم أن تكون موجودة فأبقيت. وقد كتب عمر بن عبد العزيز إلى عماله ألا يهدموا بيعة ولا كنيسة ولا بيت نار، ولأن الإجماع قد حصل على ذلك، فإنها موجودة في بلد المسلمين من غير نكير

Ertinya : Itu adalah kerana walaupun para sahabat membuka banyak negara baru melalui jalan peperangan, tidak sama sekali mereka merobohkan mana-mana gereja...dan Khalifah Umar Abd Aziz menulis kepada petugas-petugasnya agar TIDAK MEROSAKKAN GEREJA, BIARA-BIARA, RUMAH API (TEMPAT IBADAH) , kerana kerana telah Ijma' atas perkara itu, dan tidak dapat dinafikan wujud di negara-negara umat Islam ( Al-Mughni, Jld 10, hlm 609)

Itulah pendirian Islam khususnya di dalam keadaan Islam begitu kuat dan menguasai sebahagian besar dari peta dunia. Berbeza di zaman serba moden ini, tatkala penganut Islam tidak seperti dahulu, mereka tidak benar-benar ‘menguasai' seperti para sahabat dahulu, mereka hanya berkongsi kuasa bersama golongan bukan Islam. Dalam keadaan seperti itu, kehormanian melalui kefahaman untuk tidak menganggu tempat ibadah agama pihak lain tentulah menjadi amat PENTING DAN UTAMA. Khususnya, apabila penduduk bukan Islam di sesebuah negara tersebut telah mengikat satu janji taat setia kepada negara, malah menjadi warganegara.

MEMBAKAR INI TINDAKAN ZALIM, BOLEH BAWA BANYAK KEZALIMAN

Allah taala menyebut :

الَّذِينَ أُخْرِجُوا مِن دِيَارِهِمْ بِغَيْرِ حَقٍّ إِلَّا أَن يَقُولُوا رَبُّنَا اللَّهُ وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُم بِبَعْضٍ لَّهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيرًا وَلَيَنصُرَنَّ اللَّهُ مَن يَنصُرُهُ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ

Ertinya : orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata: ""Tuhan kami hanyalah Allah"". Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain[1], tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadah orang Yahudi dan mesjid-mesjid, yang di dalamnya (masjid-masjid) itu banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama) -Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa." ( Al-Haj : 40)

Imam Al-Tabari ketika mengulas ayat ini berkata :-

كل ذلك دفع منه الناس بعضهم عن بعض ، لولا ذلك لتظالموا ، فهدم القاهرون صوامع المقهورين

Ertinya : itulah hasil dari kerana Allah taala menolak keganasan antara satu sama lain, jika tidak kerana itu, mereka akan saling zalim menzalimi, maka yang kuat akan merobohkan tempat ibadah yang lemah ( Tafsir At-Tabari, Jil 18, hlm 648)

Imam Al-Qurtubi pula membawakan kata-kata ulama sebelumnya yang berkata:-

تضمنت هذه الآية المنع من هدم كنائس أهل الذمة ، وبيعهم ، وبيوت نيرانهم

Ertinya : Ayat ini mengandungi larangan meroboh dan merosakkan binaan gereja kafir ahli zimmah, dan biara-biara mereka ( Tafsir Al-Qurtubi, Jld 12, hlm 67)

Walaupun status ahli zimmah mungkin sukar diterima pakai untuk penganut bukan Islam di zaman ini, namun yang jelas, dalam sebuah negara moden berbilang agama dan bangsa. Kekuatan Negara yang dikongsikan secara bersama. Kurang tepat untuk mengambil bulat-bulat beberapa pandangan ulama silam, yang dilakukan berdasarkan situasi politik dan agama yang ada di hadapannya, di ketika kekuatan Islam yang sangat berbeza.

Justeru itu, Muslim tidak boleh sewenang-wenangnya mengganggu gereja dan YAHUDI SERTA KRISTIAN dan lain-lain penganut selainnya pula tidak boleh MEROSAK DAN MENGGANGGU MASJID.

TINDAKAN YANG MESTI DIKUTUK

Maka dengan itu, saya malah kita semua patut mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pelaku pembakaran gereja ini.

Namun begitu, saya juga ingin melahirkan kebimbangan jika tindakan itu dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab untuk memberi gambaran buruk kepada penganut Islam dan Islam itu sendiri. Lebih merbahaya jika ia sebuah provokasi untuk menyeru tindakbalas dari pihak Kristian.

Hakikatnya, jika ia dilakukan oleh orang Islam, itu adalah akibat ketidakfahamannya terhadap maksud sebenar kehendak Islam, jelasnya tindakan sebegitu bukan sama sekali arahan Agama, khususnya apabila ia hanya bakal mencetuskan kemudaratan yang lebih besar. Ini sekali lagi menjadikan tindakan 'bakar gereja' sebagai HARAM.

YANG INGIN TERUS MEMBANTAH PENGGUNAAN NAMA ALLAH

Kepada semua YANG MEMBANTAH, SEBELUM TERUS MENERUS MENERUSKAN BANTAHAN, AMAT BIJAK LAGI ELOK JIKA KERAJAAN ATAU MANA-MANA PIHAK BERAUTORITI MENGADAKAN DISKUSI TERTUTUP ANTARA WAKIL MUSLIM DAN KRISTIAN. Terangkan dengan jelas situasi dan keadaan di Malaysia dan beritahu permintaan kita dengan diskusi. Saya kira cara itu mungkin jalan terbaik dan paling tepat di ketika ini.

Bagi yang ingin terus membantah, bantahan boleh dibuat namun jangan sesekali memulakan pergaduhan dan pemusnahan fizikal, kerana ia bakal mencetuskan kesan yang jauh lebih buruk, bukan di peringkat Malaysia sahaja, malah di seluruh dunia. Malah, berita ini sudah pun tersebar meluas di Negara barat ini, menampakkan seolah umat Islam sentiasa wajar digelar pengganas. Padahal tidak mampu dipastikan lagi siapa pelakunya dan apakah agamanya.

Oleh itu, bagi saya, apa yang perlu, boleh nyatakan bantahan secara aman melalui Facebook, blog persendirian, demonstrasi aman, memorandum dan selebihnya, TUNGGU KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN.

Jika keputusan masih tetap menghala kepada mengharuskan, DESAK DAN BERIKAN IDEA KEPADA pihak kerajaan untuk MELETAKKAN SYARAT PENGGUNAAN ATAS NAMA KESELAMATAN NEGARA. Mereka perlu mencari peruntukan undang-undang sesuai yang boleh digunakan bagi tujuan tersebut.



Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

10 Jan 2010

Gereja dibakar : Berdosa HARAM

Rentetan kerja-kerja Haram


8 Januari 2010

* Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati dibakar
* Gereja Assumption di Petaling Jaya dibaling bom api
* Gereja Life Chapel di Petaling Jaya dibaling bom api

9 Januari 2010

* Gereja Good Shepherd Luthern di Petaling Jaya dibaling bom api

10 Januari 2010

* Gereja Baptist Melaka di Durian Daun, telah disimbah dengan cat hitam.
* Gereja All Saints di Taiping dibaling bom api
* Pos pengawal SM Convent di Taiping dibaling bom api
* Gereja St Louis yang terletak bersebelahan SM Convent juga dibaling bom api
* Gereja Good Sheperd dekat Lutong Bazaar, Miri di baling bata

11 Januari 2010

* Pintu utama Gereja, Sidang Injil Borneo (SIB) di bangunan rumah kedai dua tingkat di Lake View Square, Seremban dibakar

Rabu, 6 Januari 2010

teka teki siapa dapat jawab!


Al-Kisah

Tiba-tiba seorang sahabat lama memulakan bicara dengan malu-malu kucing "Assalamualaikum, ustaz sihat? Saya hendak bertanya ustazlah?"

Saya pun menjawab "al-Hamdulillah, tanyalah. Kalau saya boleh jawab, saya akan cuba jawab tetapi jika saya tidak tahu, saya mohon tangguh"

"Begini... anak saya berumur 5 tahun di tadika PASTI di.... Dia tanya pada saya, siapa nama nenek Rasulullah saw. Muallimah cuma bagitau nama datuk nabi, Abdul Mutallib"

Hari Sabtu lepas, 8 November saya pergi gotong royong rumah jiran yang mengadakan kenduri kahwin.

Sambil memproses ayam saya pun melontarkan soalan yang sama kepada beberapa teman yang berhampiran saya. Saya cuba memulakan bersembang topik 'ilmiah' daripada cerita-cerita yang tidak tentu hujung pangkal, kutuk orang sana sini.

"Saudara, kita tahu nama datuk nabi, Abdul Mutallib tetapi ada sesiapa yang tahu atau tidak nama nenek nabi?"

Masing-masing tercengang, seolah-olah dilempar soalan maut. Memang maut pun sebab tidak ada yang berjaya menjawab.

"A, saya bagi satu minggu... B, saya bagi 2 minggu, trylah cari jawapannya" Saya cuba meredakan gelodak jiwa saudara-saudara saya.

Tuan-tuan pula bagaimana?

Siapa nama nenek nabi saw?

Jangan ke mana-mana, saya akan kongsi jawapannya pada minggu hadapan di tempat yang sama (blog ini) yang mungkin diwaktu yang tidak sama.

Saya juga akan beri bonus lain, nama sepupu-sepupu Rasulullah dan makcik-makciknya.

Insya Allah... Kalau saya lupa, ingatkan saya.

Isnin, 4 Januari 2010

Antara Hukum(Dalil)& Ilmu Siyasah..Keutamaan mana?




Dalam konteks penelitian dalil dan nas, atau konteks ilmiah. Dalam konteks kesesuaian dan Siyasah Syari'yyah khususnya bagi mengelakkan salah guna dan kekeliruan khususnya di Malaysia, BERSETUJU LARANGAN PATUT DIBUAT oleh pihak kerajaan atau Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Selain itu, kita juga tidak setuju istilah lain seperti solat, kaabah, masjid digunakan oleh pihak selain Islam untuk ibadat dalam agama mereka.

Memang benar, mudarat dan maslahat mungkin sahaja berbeza mengikut penilaian masing-masing, dan tentunya ia bakal memberikan kecenderungan berbeza-beza. Namun pada hemat dan penilaian saya, unsur kemudaratan lebih wajar dielakkan dalam hal ini.

Kaedah "Menolak kemudharatan adalah lebih utama berbanding dengan menerima maslahah"

Justeru itu, penggunaan nama Allah oleh pihak Kristian khususnya dalam penulisan mereka, amat wajar dilarang oleh pihak kerajaan. Di dalam hukum Islam, kerajaan berhak memutuskan hukuman di dalam konteks menghalang mudarat yang dijangkakan.

Jangan samakan dengan situasi Malaysia seperti keadaan penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di Mesir dan di indonesia

Dalam konteks Malaysia menurut perkiraan saya, penggunaan kalimah Allah bagi penganut agama Kristian amat dibimbangi boleh mencetuskan ketegangan antara penganut agama seterusnya boleh membawa pergaduhan yang serius jika gagal dikawal.

Lebih lagi, apabila mengenang keadaan umat Islam yang ada hari ini terlalu amat lemah. Keadaan missionary bukan Islam yang amat galak untuk menggunakannya dengan tujuan-tujuan tertentu serta kemunculan beberapa kumpulan bukan Islam yang diyakini akan menyalahgunakan nama Allah dalam tulisan mereka secara berleluasa sehingga membawa kekeliruan bagi penganut Islam. Jika dilakukan kajian teliti terhadap hal mudarat ini, elok benar tindakan KDN untuk melarang.

Sekali lagi perlu diingatkan, perlu diperbezakan keputusan hukum dan siyasah syar'iyyah. Sekuat manapun hujjah untuk membenarkan kristian menggunakan nama Allah, namun hujjah dari sudut mudarat dan kesesuaian konteks di Malaysia, larangan amat patut dilakukan, sama ada untuk tempoh tertentu atau berterusan atau mungkin boleh dibenarkan tetapi dengan syarat-syarat tertentu seperti semua bahan cetak yang ingin diedarkan itu perlu mendapat kelulusan KDN bagi setaip keluarannya dan juga dilaksanakan sekatan pengedaran secara terbuka (hanya terhad kepada penganut Kristian). Ini penting bagi menghindarkan mudarat yang boleh menimpa orang awam Islam yang sedang lemah, dan ruang konflik antara agama yang amat mudah ternyala api pergaduhan.


Artikel Asal

www.zaharuddin.net

Sabtu, 2 Januari 2010

Penggunaan Nama Allah oleh Agama-agama Lain.


* Artikel ini ditulis sebelum keputusan mahkamah tinggi yang membenarkan Harold Weekly menggunakan kalimah 'Allah'

Artikel 1

Sehingga Mac 2009 polimik penggunaan nama Allah berterusan di Malaysia apabila Gereja Kristian di Malaysia mahu menggunakan nama tersebut dalam penerbitan mereka di atas dakwaan kebebasan beragama yang dijamin oleh perlembagaan. Dalam konteks Malaysia, Islam sebagai agama rasmi di negara ini, telah mempunyai beberapa peraturan untuk menjaga kesucian agama Islam dan ia dijamin juga oleh perlembagaan. Bahkan di negeri-negeri, Raja-Raja Melayu memiliki kekuasaan untuk menjaga isu-isu agama termasuklah hak esklusif penggunaan nama Allah untuk agama Islam.

Perdebatan berkenaan dengan penggunaan nama Allah oleh agama lain mengundang dua pandangan berbeza di kalangan umat Islam samada di kalangan ahli agama, mahupun masyarakat awam.

Terdapat golongan memandang nama ‘Allah’ sememangnya digunakan oleh al-Quran untuk menceritakan bagaimana kepercayaan umat-umat terdahulu. Sebagai contoh, dalam surah Luqman, ayat 25. Allah SWT bermaksud:

Sekiranya kamu bertanya mereka (orang-orang kafir), siapakah yang menjadikan langit-langit dan bumi, nescaya mereka mengatakan Allah. Katakan (wahai Muhammad): Segala puji bagi Allah. Bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui.



Demikian juga dalam surah al-Ankabut, ayat 61, Allah SWT berfirman bermaksud:

Dan sekiranya kamu bertanya mereka siapakah yang menjadikan langit-langit dan bumi dan yang mengaturkan matahari dan bulan, nescaya mereka mengatakan Allah. Justeru kenapakan mereka berpaling (dari) mentauhidkan Allah?


Golongan ini mengatakan bahawa al-Quran sendiri menyebut bahawa masyarakat bukan Islam menggunakan istilah ‘Allah’ untuk tuhan.

Pada saya, ada beberapa perkara yang perlu diteliti dalam memperbahaskan isu penggunaan nama Allah.

Pertamanya,

kitab-kitab agama-agama langit terdahulu tidak diturunkan dalam bahasa Arab, justeru tidak timbul langsung penggunaan istilah ‘Allah’ untuk agama-agama langit seperti ‘Yahudi’ dan ‘Kristian’. Al-Quran kemudiannya menjelaskan bahawa konsep tauhid agama tersebut yang asal ialah kepercayaan kepada Allah SWT walaupun telah diselewengkan oleh para pendeta dan paderi. Hakikat bahawa kitab-kitab Yahudi dan Kristian bukan berbahasa Arab iaitu taurat dan injil (bible), keduanya tidak menggunakan nama ‘Allah’ untuk merujuk tuhan mereka. Sebaliknya Islam tidak pernah menggunakan istilah yang mereka gunakan terhadap Allah sebagai nama kepada tuhan di dalam ajaran Islam.

Keduanya,

ayat-ayat yang disebutkan di atas adalah berkaitan dengan ayat-ayat sebelumnya. Contohnya, ayat 23 dan 24 Surah Luqman menceritakan orang-orang yang kufur terhadap Allah SWT dan mereka ditimpakan dengan azab yang pedih. Justeru, di kalangan mereka yang kufur (menyembah selain dari Allah SWT), jauh di sudut hati mereka mengakui adanya tuhan yang esa yang menjadikan langit dan bumi. Ini tidak menandakan orang-orang kafir menggunakan lafaz Allah dan menyembah Allah sebagai tuhan mereka.

Demikian juga dalam surah al-Ankabut, ayat sebelumnya menceritakan rahmat Allah.

Sekiranya ditanya kepada orang-orang kafir siapakah tuhan mereka, nescaya mereka akan mengatakan Allah. Namun mereka tetap berpaling. Iaitu mereka masih berpaling dengan tidak meyembah Allah SWT

Justeru, ayat ini tidak boleh digunakan untuk menunjukkan tuhan mereka ialah Allah SWT.

Ketiganya,

kemungkinan ada pandangan mengatakan ‘orang-orang Arab Jahiliyah’ menggunakan perkataan ‘Allah’ untuk merujuk kepada ‘tuhan’. Benarkah begitu? Sebaliknya orang-orang Arab sebelumnya banyak menggunakan perkataan ‘ilah’ untuk merujuk kepada tuhan, contohnya ilah latta dan ilah al-uzza.

Sebaliknya, al-Quran datang menggunakan perkataan ‘Allah’ dan bukan perkataan ‘ilah’ bersama penafian Allah itu mempunyai anak, dan penafian Dia mempunya pembantu yang terdiri dari ilah-ilah yang lain sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Mukminun, ayat 91 yang bermaksud:


Dan tidaklah Allah mempunyai anak, dan tidaklah bersamanya tuhan yang lain (sebagai pembantu). Oleh itu, sekiranya setiap tuhan memutuskan keputusannya sendiri, nescaya sesetengahnya di atas sesetengah yang lain (menguasai yang lain), mahasuci Allah daripada apa yang mereka sifatkan.



Keempatnya, umat Islam perlu mempertahankan penggunaan nama ‘Allah’ hanya untuk orang-orang Islam kerana beberapa sebab, antaranya:

i. Antaranya penggunaan perkataan ‘Allah’ telah melalui proses penyucian dari segala kesyirikan yang muncul dari zaman selepas nabi-nabi sebelumnya sehingga hari ini sehingga diiktiraf sebagai tuhan orang-orang Islam. Sila lihat kamus-kamus moden bagi membuktikan perkara ini. Justeru itu, membenarkan penggunaan istilah itu kepada bukan Islam adalah satu tindakan ke belakang untuk kembali ke zaman penggunaan nama Allah yang dipenuhi kesyirikan. Sekaligus, ia mengenepikan usaha al-Quran yang berulang kali menafikan sifat-sifat kesyirikan (mempunyai anak dan pembantu-pembantu) yang ada pada zat Allah SWT.

ii. Berpegang pada pandangan bahawa dalam al-Quran menyebut orang-orang kafir menggunakan penggunaan nama Allah, adalah pandangan yang cetek. Tidakkah mereka membaca bersama bahawa al-Quran berulang-kali mensucikan nama ‘Allah’ dari bersifat dengan sifat kelemahan.

iii. Kalau benarpun, ada penggunaan ‘Allah’ sebelum Islam, ia adalah nama umum, yang kemudiannya menjadi nama khusus untuk tuhan orang-orang Islam setelah melalui proses mensucikan nama Allah SWT dari segala sekutu yang tidak layak untuknya.

Semoga membantu kita memahami kepentingan isu ini. Untuk tidak mengulang perbahasan lanjut, saya suka juga merujuk kepada artikel di bawah yang boleh dijadikan rujukan dalam isu ini.

Sekian, wallahu a’lam.

Dr Asmadi
4 Mac 2009


Artikel 2

Isu Nama Allah: Persoalan Aqidah Bukan Perebutan Nama

Isu Herald Tribune telah mengundang reaksi pelbagai pihak sejak awal tahun ini. Setelah Kementerian Dalam Negeri memutuskan untuk melarang penggunaan nama Allah oleh surat khabar tersebut, Dewan Ulama Pas (Harakah, 1 Januari 2008) menyatakan Islam tidak melarang penganut agama lain menggunakan kalimat Allah bagi Tuhan mereka. Sebagai reaksi saya juga telah membahas isu ini dalam artikel yang diterbitkan dalam laman web khairaummah. com pada 20 Januari 2008 dengan harapan ia dapat membantu umat Islam di negara ini memahami persoalan yang sebenar.

Namun isu ini ternyata menjadi hangat kembali apabila Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin, menulis dalam Mingguan Malaysia pada 27 April 2008 bahawa Umat Islam tidak perlu berebut nama Allah dengan penganut Katolik. Mereka berhak menamakan Tuhan mereka dengan nama Allah kerana dalam al-Qur'an pun kaum Musyrikin menggunakan nama Allah. Mufti juga menegaskan bahawa yang menjadi permasalahan adalah bukan nama Tuhan tetapi kesyirikan penganutnya. Saya terpanggil untuk memberi tanggapan kerana hal ini akan mengundang kekeliruan jika tidak diperjelaskan dengan tuntas.

Yang paling penting kita perlu jelas bahawa nama Allah telah menjadi nama khas bagi Tuhan umat Islam. Perlu dibezakan antara kalimat Allah dari sudut bahasa yang telah wujud sejak zaman Jahiliyyah dengan kalimat Allah yang telah diIslamkan setelah menjadi istilah atau nama khas. Jika kita perhatikan kalimat tawhid: la ilaha illa Allah. Ia tidak bermakna tiada tuhan melainkan Tuhan, tetapi tiada tuhan melainkan Allah. Kerana jika ia bermakna tiada tuhan melainkan Tuhan maka tidak ada maknanya seseorang mengucapkan kalimat tawhid itu. Oleh kerana itu sarjana-sarjana Islam tidak bersetuju untuk menggantikan Allah dengan God dalam bahasa Inggeris. Pengislaman nama Allah ini juga jelas apabila kita lihat surah al-Ikhlas, antara surah terpenting dalam al-Qur'an, yang menjelaskan siapakah Allah dan apakah sifat-sifatnya:

"Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan, dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia"."(al-Ikhlas: 1-4).

Berdasarkan Surah dia atas, sebagai orang Islam kita mesti yakin bahawa yang bernama Allah adalah yang mempunyai sifat-sifat tersebut. Dalam erti kata lain kita tidak mengakui bahawa yang tidak mempunyai sifat-sifat tersebut juga adalah Allah.

Seperti yang dinyatakan oleh Dr. Asri memang masyarakat Jahiliyyah menggunakan nama Allah, tetapi nama Allah di situ digunakan dari sudut bahasa sahaja dan sebelum perkataan itu diIslamisasikan. Ia kemudian menjadi nama khusus yang merujuk kepada sifat-sifat di atas. Kata-kata solat, contohnya, dari segi bahasa adalah doa dan telah digunakan oleh orang Arab sejak pra-Islam lagi, ia kemudian menjadi istilah yang merujuk khusus kepada apa yang dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w. Oleh itu kita tidak boleh mengatakan orang Katolik juga melakukan solat hanya kerana mereka berdoa di gereja.

Umat Islam perlu melihat apa yang berlaku di sebalik persoalan nama Allah ini. Jika kita lihat dengan teliti isu ini dengan isu-isu yang sebelumnya kita akan dapat melihat hubungannya. Contohnya isu pluralisme agama yang giat dipromosikan oleh orang bukan Islam dan sebahagian orang Islam sendiri iaitu Islam Liberal. Para pendukung pluralisme agama ini berusaha untuk mendangkalkan makna-makna atau kata kunci dalam agama. Mereka mengatakan bahawa Tuhan dalam agama manapun pada peringkat tertinggi (transcendental) adalah sama. Bagi umat Islam, konsep Tuhan kita jauh berbeza dengan konsep Tuhan dalam agama mana pun. Pendukung pluralisme agama juga menekankan wujudnya persamaan antara agama-agama dan perbezaan perlu diketepikan untuk kebaikan bersama. Padahal bagi kita perbezaan fundamental antara Islam dengan agama lain walaupun sedikit adalah sangat penting dan tidak boleh dipinggirkan. Sebahagian orang bukan Islam bahkan mengaku telah Islam tanpa perlu masuk Islam. Kerana mereka merasa telah 'berserah diri' kepada Tuhan. Di sini mereka merujuk perkataan Islam dari sudut bahasa ialah berserah diri. Jika Allah hanya bermakna Tuhan maka kini mereka akan mendakwa bahawa mereka juga telah beriman kepada Allah. Padahal mereka hanya percaya pada Tuhan.

Contohnya lagi kita tidak boleh menggunakan kata 'liberal' untuk makna terbuka kerana ia memberi konotasi yang dalam. Kita pun tidak akan mengatakan bahawa mereka telah memonopoli perkataan liberal. Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas adalah sarjana Islam yang paling tegas dalam hal pemberian nama atau istilah ini. Bagi beliau banyak kekeliruan berpunca daripada penamaan. Contohnya pelajaran berbeza dengan pendidikan dan ta'dib. Istilah moden dan klasik dalam pembahagian sejarah bagi beliau tidak relevan dengan sejarah Islam dan lain-lain lagi.

Sebenarnya tidak ada nas sorih dan qat'i dalam persoalan ini. Nas dan dalil yang dikemukakan oleh Dr. Asri hanya menunjukkan bahawa masyarakat Jahiliyyah telah menggunakan kalimat Allah untuk merujuk kepada Tuhan mereka. Kita perlu melihat ayat-ayat dan hadis-hadis seumpamanya dalam konteks penggunaannya dari sudut bahasa. Dari sudut bahasa Allah bermakna Tuhan. Ayat-ayat tersebut turun ketika Islam mula diperkenalkan sebagai proses berdialog dengan kaum musyrikin. Setelah konsep-konsep penting dalam Islam jelas dan worldview Islam terbentuk maka di sini proses Islamisasi berlaku baik terhadap bahasa, budaya dan pemikiran masyarakat Arab. Oleh kerana itu dengan mendangkalkan makna Allah maka kita telah menafikan proses Islamisasi tersebut dan kembali seolah-olah Islam belum bertapak. Memang kita boleh membuat kesimpulan tidak menjadi masalah orang bukan Islam menggunakan nama Allah kerana hal tersebut "tampak" secara literalnya wujud dalam al-Qur'an. Namun, dalam berijtihad seseorang ilmuwan tidak boleh hanya bersandarkan kepada makna literal teks atau nas tetapi perlu juga melihat kepada maqasid dan falsafah yang mendasarinya sebagaimana telah ditegaskan oleh al-Shatibi.

Persoalan nama Allah tidak boleh dilihat dari sudut fiqh sahaja khususnya kerana ia menyangkut aqidah. Ia mesti melibatkan kepakaran dalam bidang falsafah Islam, dan lebih spesifik metafizik Islam dan epistemologi Islam. Dalam perbualan peribadi dengan seorang tokoh pemikiran Islam, Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud, beliau memberitahu dan menyambung hujah Prof S.M.N al-Attas bahawa al-Qur'an telah merubah dan memperbaiki kekeliruan dan kerusakan yang telah terjadi kepada hakikat-hakikat penting yang berkisar di sekitar ketuhanan, kemanusiaan dan kejadian. Dalam hal ini yang terjadi ialah proses Islamisasi terutama tentang hakikat ketuhanan yang merupakan tiang seri agama Islam. Menurut beliau lagi sekarang ini yang kelihatan sedang berlaku ialah proses deislamisasi dengan membawa makna-makna yang asing dan berlawanan dengan aqidah dan pandangan alam Islam, samada aliran-aliran sekular atau dari agama-agama lain.

Prof Wan Mohd Nor juga berkata setiap istilah dalam semua bahasa mempunyai batas-batas makna yang sah yang mencerminkan pandangan alam tertentu, dan yang membezakan sesuatu istilah itu dengan yang lain. Persamaan yang banyak pun masih memerlukan istilah atau nama yang berbeza jika terdapat hanya satu perbezaan yang penting.

Sebab itulah semua bahasa-bahasa yang tinggi mempunyai kamus. Keldai, kuda, baghal banyak persamaan tetapi terdapat perbezaan; dua manusia kembar siam juga diberi nama yang berbeza. Orang bukan Islam boleh mempekayakan kamus peristilahan Bahasa Melayu dengan menggunakan nama lain bagi Tuhan mereka. Dalam konteks Kristian, mereka boleh gunakan Tuhan, Dewata, Deus, Theos, atau God. Selama ini gereja, kuil, sami, paderi, uskup dan lain telah memperkayakan Bahasa Melayu dan tidak menimbulkan kekeliruan dan kemarahan masyarakat yang beragama lain. Di sini jelaslah bahawa seseorang yang bercakap tentang persoalan aqidah mesti faham kaitannya dengan worldview, tasawur dan pemikiran Islam. Dalam hal ini, aqidah tidak hanya bermakna kepercayaan dan keimanan dalam ertikata yang sempit seperti biasa difahami oleh masyarakat umum, namun ia adalah satu set keyakinan yang dapat memberi kesan kepada cara berfikir (worldview) dan cara hidup (way of life) seseorang Muslim.

Kita juga perlu berfikir mengapa kaum Katolik ingin menggunakan nama Allah? Kita tidak boleh tertipu dengan hujah persamaan nama yang bagi sesetengah orang hanya bersifat luaran. Kita tahu pada hakikatnya nama Tuhan mereka bukan Allah. Nama Allah mungkin relevan bagi penganut Kristian di negeri-negeri Arab tetapi tidak di selain negeri Arab. Oleh itu jelas terdapat agenda yang tersembunyi yang tidak boleh luput dari perhatian umat Islam. Isu ini juga dibangkitkan dengan memanfaatkan toleransi dan dialog antara agama yang semakin mendesak ketika ini.

Tindakan membiarkan pihak Kristian menggunakan kalimat Allah bukan satu toleransi tetapi satu penggadaian hak dan kedaulatan. Ia adalah satu kerugian yang besar dan kelemahan yang nyata apabila umat Islam membiarkan penganut agama lain mendangkalkan konsep dan istilah penting dalam Islam. Perkataan Allah, solat, tawhid, rasul, bahkan istilah Islam itu sendiri membawa makna yang tersendiri setelah diislamisasikan. Kalimat-kalimat ini telah menjadi bahagian penting daripada pandangan sarwa Islam (Islamic worldview). Jika ia dikaburkan maka sudah tentu akan memberi kesan kepada pemikiran dan aqidah umat Islam.

Sesiapa pun yang ingin memahami persoalan ini perlu sedar bahawa beberapa istilah keagamaan tertentu telah menjadi 'milik' umat Islam. Sebarang tindakan meng-'import' nya boleh dianggap sebagai penyalahgunaan dan pencabulan terhadap agama Islam. Istilah-istilah keagamaan mesti dihormati, dari agama manapun ia datang, oleh penganut agama lain. Toleransi mungkin berlaku jika wujud penghormatan terhadap agama lain. Nama dan istilah tertentu seperti Pope, Paderi (priest), Sami (Monk) dalam agama-agama tertentu tidak boleh digunakan sewenang-wenang oleh penganut agama lain. Ini bukan sahaja kerana ia telah sinonim dengan agama penggunanya tetapi juga kerana kalimat ini telah diwarnai atau mengandungi pandangan sarwa penggunanya.

Oleh itu tindakan Kementerian Dalam Negeri pada 31 Disember 2007 melarang penggunaan nama Allah dalam surat khabar Herald adalah tindakan tepat dan positif yang bermakna bagi umat Islam. Ia perlu disokong dan orang-orang agama tidak sepatutnya mengeruhkan lagi keadaan. Umat Islam mesti mempertahankan nama Allah untuk tidak digunakan oleh orang bukan Islam selagi termampu. Masyarakat Islam di negeri-negeri Arab tidak mempunyai kemampuan untuk mempertahankan hal ini kerana ia berlaku secara halus dan di luar kawalan mereka. Kebelakangan ini tampaknya ketidaksepakatan orang Islam dalam hal ini telah membuka ruang kepada Herald Tribune untuk menggugat keputusan Kementerian tersebut.

Maka dapat disimpulkan bahawa jika dilihat dari sudut falsafah dan pemikiran, dan bukan hanya dari sudut fiqh, kita akan melihat bahawa nama memberikan seribu makna. Jauhnya perbezaan antara Allah dengan Tuhan ibarat langit dengan bumi. Jelaslah isu ini bukan isu perebutan nama tetapi isu yang menyangkut jantung aqidah. Ia juga berkaitrapat dengan pendangkalan makna Allah untuk menjustifikasikan pluralisme agama. Kita tidak boleh membiarkan pendangkalan makna tersebut berlaku tanpa penolakan umat Islam. Adalah menjadi tanggungjawab semua ilmuwan Islam untuk menentang segala usaha mendangkalkan makna dalam Islam.

*Penulis adalah Felo Penyelidik ATMA (Institut Alam dan Tamadun Melayu), UKM.

Sumber : Dr Asmadi Mohamed Naim

Jumaat, 1 Januari 2010

Teknik Menggaji Bibik


Merapatkan jurang budaya di antara dua benua dan persehaman antara dua darjat adalah suatu tugas yang amat sukar. Namun toleransi dan persefahaman mampu meredakan tegangan. Tips-tips di bawah mungkin boleh membantu anda bagi memahami pembantu dan mengurangkan jurang persefahaman terutama dalam tempoh penyesuaian di tahun pertama.


"Ya Allah, jauhkan kami daripada majikan yang kejam kepada pembantu seperti menyisihkan pembantu kerana sombong, kikir dalam hal kebajikan dan makan minum, dan mengkhianati pembantu dalam apa jua bentuk. Jauhkan kami daripada pembantu yang berniat jahat dan tidak ikhlas untuk bekerja. Berikankan kepada kedua mereka keserasian dan keselesaan hidup. Hindarkan kami daripada mana-mana pihak yang khianat dan mengkhianati. Lapangkan dada semua pihak agar memudahkan segala urusan demi mencapai keredhaanMu. Amin"


1) Benarkan pembantu menghubungi keluarga di Indonesia apabila tiba memulakan kerja dirumah majikan. Kod panggilan murah Celcom 1310062xxxxxx Maxis 1320062xxxx. Digi 0062... Biasanya hp bermula dengan 8xxx . jika nombor yang diberikan bermula 08xx, abaikan 0. Contoh : 081375869008 ditukar kepada 132006281375869008 . Kod Indonesia ialah 0062 jika menggunakan Ring-Ring Card.

2) Pastikan makanan ruji (nasi) yang mencukupi untuk pembantu. Majikan selalu mengharapkan pembantu membuat seperti rumah sendiri. Sebaliknya pembantu biasanya segan untuk makan apa lagi dengan kehadiran majikan. Bertanyalah sekiranya pembantu belum makan dan suruhlah mereka makan dan rehat walaupun kadang-kadang mereka segan.

3) Pastikan rehat dan tidur yang mencukupi untuk pembantu. Pembantu biasanya segan untuk berehat dengan kehadiran majikan.Waktu bekerja yang lazim 5.30 am hingga 10.00 pm. Rehat sewajarnya dalam tempoh itu.

4) Cuti sehari seminggu seperti peraturan imigresen boleh diganti dengan bayaran ganjaran sewajarnya oleh majikan seperti pemberian bonus pada akhir tahun atau cuti bergaji penuh pada akhir tahun. (misalnya pembantu balik bercuti awal sebulan daripada tamat kontrak).

5) Majikan sebaiknya jangan membawa masalah dan tekanan ditempat kerja ke rumah sehingga bertindak kasar dengan pembantu kerana masalah di tempat kerja.

6) Pembantu adalah manusia biasa yang bersosial. Jangan menyisihkan pembantu dan anggap mereka sebahagian keluarga yang harmoni. Jika membeli jajan, jangan hanya dibeli untuk kita sekeluarga sahaja. Beri mereka makan apa yang kita makan. Jangan sampai kita kenyang mereka lapar, kita gembira mereka bersedih, kita makan mereka lihat sahaja. Contohi Rasullulah SAW melayani hamba abdi baginda.

7) Jangan mudah menengking dan meninggikan suara jika pembantu membuat kesalahan. Pembantu mungkin sensitif tetapi memendam rasa. Mereka manusia biasa yang ada perasaan dan perlu dihormati sebagai pekerja. Ajari dan teguri secara berhemah.

8) Selalu bertanya keperluan asas mereka seperti perubatan, ubat dan berus gigi, sabun, tuala wanita dan lain-lain. Mereka mungkin segan untuk memberitahu majikan. Jangan sampai sehingga mereka mencuri guna barang majikan. Perbelanjaan keperluan asas, perubatan dan urusan permit mereka adalah tanggunggan majikan.

9) Pastikan pembantu tidak terlalu bebas. Pantau pergaulan sesama mereka mungkin mereka selalu bercakap perkara buruk tentang majikan dan membanding-banding. Tidak digalakkan pembantu memiliki handphone kecuali dirasakan sangat perlu. Awasi penggunaan dan bil telefon rumah anda.

10) Awasi pembantu sekiranya terdapat pekerja Indonesia yang berhampiran biasanya pekerja kontrak. Pembantu boleh cepat terpengaruh dengan pujukan lelaki. Jangan mudah percaya jika pembantu mungkin menyatakan mereka adalah saudara terdekat.

11) Awasi jika ada sindiket yang mendekati pembantu menawarkan pendapatan yang lumayan, memujuk pembantu melarikan diri.

12) Keinginan untuk bersosial dan seks adalah naluri biasa manusia, namun pantau agar ianya berada di landasan yang dibenarkan syarak. Jangan sampai tindakan mereka melampaui batas seperti bergaul atau berkhalwat dengan bukan muhrim.

13) Jangan terlalu percaya kepada pernyataan pembantu rumah. Pembantu mungkin tidak bercakap benar demi menyembunyikan kesilapan dan kelemahan kerana mungkin takut kepada majikan.

14) Jangan menimbulkan kesangsian yang sembarangan kepada pembantu kerana ia akan menimbulkan ketidakselesaan untuk pembantu bertugas seterusnya. Sediakan bukti yang kukuh jika terdapat kes-kes kehilangan barang atau kes-kes lain.

15) Simpan passport dan buku bank pembantu ditempat yang selamat jangan sampai diambil oleh mereka. Passport jatuh ke tangan pembantu adalah peluang untuk berlakunya kes lari.

16) Majikan perlu membuka akaun bank, disarankan nama bersama majikan dan salah satu untuk transaksi. Tunjukkan resit kemasukan duit pada setiap bulan.

17) Jika pembantu menyatakan keinginan untuk pulang ke Indonesia kerana sebab-sebab yang dinyatakan, awasi, mungkin dia mempunyai masalah lain dengan majikan dan tidak akan kembali lagi.

18) Jika perlu pegang gaji pembantu sekitar 3 bulan gaji untuk mengelakkan kes-kes lari. Kadang-kadang pembantu memerlukan pinjaman daripada majikan untuk dihantar ke Indonesia, bersederhanalah dalam menghulurkan pinjaman tersebut.

19) Kebanyakan pembantu adalah daripada golongan miskin dan perantau mencari rezeki yang halal. Berlebih kuranglah dalam urusan kewangan dengan mereka, jangan terlalu berkira, semoga kita dimurahkan rezeki oleh Allah. Anggap yang kita terlebih beri sebagai sedekah atau sebahagian zakat.

20) Pembantu anda adalah manusia yang unik sifat-sifat dan kebolehan masing-masing. Elakkan membanding-bandingkankan dengan pembantu sebelumnya atau pembantu orang lain yang lebih baik. Jangan terlalu memikirkan sikap buruk pembantu sebaliknya hargai sikap baik mereka dan manafaat yang kita perolehi. Terlalu memikirkan dan memperhatikan kelemahan tanpa memperbetulkannya hanya akan menambahkan masalah rumahtangga.

Pembantu adalah asset anda. Uruskan mereka dengan baik dan kita memperolehi pelbagai manafaat daripadanya. Sekiranya kita tidak menguruskan dengan baik tidak mustahil kita akan kehilangannya.

Beristikarahkah semasa membuat pilihan sepertimana maksud al-Hadith. ”….Sesungguhnya tidak akan menyesal orang yang beristikarah….”.

Jika mendapat kesenangan atau ditimpa kesusahan ingat maksud al-Hadith “Aku mengkagumi orang mukmin. Jika dikurniakan nikmat dia memuji Allah dan bersyukur. Jika dia ditimpa kesusahan, dia memuji Allah dan bersabar…..”

Tiada beza darjat pembantu dan majikan. Orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang bertakwa. Semua ini hanyalah sebagai panduan sahaja. Ianya mungkin adalah berdasarkan pengalaman atau pengamatan semata-mata. Majikanlah orang yang paling sesuai menilai bagaimana cara terbaik menangani pembantu rumah masing-masing.

Wallahua’lam.

Duit sikit tapi nak bisness..


Apakah yang dinamakan Bootstrap?

Bagi sebilangan dari anda sudah sedia maklum akan maksud bootstrap dalam perniagaan. Bootstrap adalah modal kecil-kecilan dari simpanan atau wang sendiri tanpa meminjam dari sesiapa mahu pun institusi kewangan lain. Ramai dari kalangan kita ingin memulakan perniagaan tetapi sering mengeluh dan merungut.. “Alamak nak berniaga modal pulak takde.. mana nak cekau nih? Macam mana nak buat pinjaman dari bank ye?” Akhirnya hasrat ingin berniaga turut terkubur bersama niat kejayaan..

Terdapat banyak cara untuk kita memulakan perniagaan tanpa membuat pinjaman. (Sesekali jangan terlibat dengan ceti haram.. Namanya pun dah ada haram, so.. jangan buat pasal.. ) Banyak idea dapat dibuat malah modal perniagaan yang hanya bermula kurang dari RM100 pun ada. Tidak semestinya modal besar keuntungan pun besar. Dan tidak semestinya modal kecil keuntungan pun turut kecil. Yang penting kita bermula dengan jalan yang selamat. Saya kalau nak cerita pasal modal besar, kecil atau tak payah langsung ni agak panjang jika ingin di muatkan ke dalam blog ini. Yang perlu untuk kita buat adalah mencari idea dan banyakkan bertanya ke atau membaca..

p/s : Alhamdulillah, saya sendiri memulakan perniagaan pun tidak pernah menggunakan modal dari pinjaman mana-mana pihak. Modal saya hanyalah dari wang yang saya simpan dan memulakan bisnes dengan modal yang sangat kecil.

Berazam melaksana Azam-Azam yang lalu




2010 Salam sejahtera dan salam ceria di tahun baru yang hebat!

"Kullu Am antum bilkhair

wa kullu sana antum toiyyibun"

Tajuk berkaitan adalah menjadi tatapan semua pihak disamping memikiri apa lagi nak diazam..apa lagi nak ditekadkan...

Pasti ada diantara kita masih tersilap untuk menulis tahun kerana sudah terbiasa menulis angka 2009. Tetapi adakah anda perasan, masih ramai diantara kita yang masih terbiasa dengan perangai, tabiat atau sikap yang sama walau telah bertekad untuk berubah atau membuat azam baru setiap tahun?

Perkara ini juga telah dipengaruhi minda separa sedar kita kerana apa? Kerana kita berazam setiap tahun tetapi tiada tindakan dan sikap yang bersungguh-sungguh untuk mengubahnya kerana hanya melafazkan hanya di bibir sahaja.

Jadi secara tidak disedari kita akan melakukan perkara yang biasa sahaja kita lakukan setiap tahun. Ada beberapa tips untuk anda tidak terlepas dari melakukan azam anda. Lihat dibawah ini:

1. Tulis didalam diary anda ( belilah dairi ) berkenaan apa yang anda inginkan untuk perubahan pada tahun ini. Kalau takde lagi pi beli daaa..

2. Tulis di atas sekeping kertas. Tulislah dengan perkataan yang besar. Kalau boleh tulis dengan Magic Pen yang berwarna terang dan jelas. Kerana, kita akan mudah nampak dan mudah ingat jika warna yang kita gunakan itu menarik perhatian kita. Tampalkan azam atau matlamat kita itu pada tempat yang sering kita kunjungi dalam rumah kita (atau pejabat kalau dibenarkanlah). Tuliskan dengan lebih spesifik pada waktu bila matlamat itu akan tercapai.

3. Memberitahu rakan baik anda yang boleh dipercayai berkenaan azam atau matlamat anda yang anda ingin lakukan. Cara ini akan membuatkan anda lebih bersungguh-sungguh untuk melakukannya kerana anda telah memberitahu orang lain.. “Kalu tak buat malu aku..”

4. Positifkan minda anda, bertindak dan buat rancangan yang khusus untuk mendapatkannya.

Sesungguhnya dah banyak azam dan tekad bersarang dalam kekotak kehidupan kita NAMUN semua kurang terlaksana so saya fikir pada tahun ini saya akan menglistkan semua azam-azam yang lalu dan TAHUN 2010 ini adalah TAHUN nak praktikkan semua nya Insyallah

Jadi itulah sahaja antara tips yang sempat saya tuliskan untuk permulaan tahun yang hebat ini.

Harap ianya dapat membantu. :)

Artikel asal

http://h2jbiz.com/blog/