Ahad, 20 Februari 2011

Panduan Penjagaan Gigi _tribute Maulid



Tips untuk peserta-peserta Kursus Pra Perkahwinan Kelab yang baru selesai tadi di Dewan Perdana ISN Bukit Jalil, 2 hari kalian berkursus bersama BTS Management berkaitan prosedur perkahwinan, pengurusan stress dan penjagaan kesihatan.

Caranya beli berusugi di area masjid Sri petaling dan bersugilah baik wanita mahupun lelaki.

Semoga tips ini relevan buat setahun selepas antum berkahwin. dan juga buat kawan-kawan yang nak tambah anak lagi buat saham akhirat


----------------------------------------------------------------

Panduan Penjagaan Mulut Bayi

Baru lahir hingga 24 bulan

1. Bersihkan mulut kanak-kanak dengan kain kasa atau kain selepas makan dan sebelum tidur.

2. Jangan biar bayi anda tertidur dengan botol susu di dalam mulutnya kecuali ia diisi dengan air kosong saja.

3. Berjumpa dengan doktor gigi apabila gigi pertama muncul atau jika gigi pertama tidak muncul setelah anak anda mencapai umur 1 tahun.

4. Gosok gigi dengan menggunakan berus gigi yang kecil dan lembut selepas makan dan sebelum tidur.

5. Teruskan mencuci bahagian dalam mulut yang lain dengan kain kasa atau kain.

6. Berbincang dengan doktor gigi atau pakar kanak-kanak mengenai tambahan florida.

Umur 2-6 tahun

1. Ibu bapa perlu terus membersihkan mulut anakanak dan membenarkan mereka mengambil bahagian berdasarkan minat dan kebolehan.

2. Mula ajar mereka menggunakan flos pada bahagian gigi yang rapat.

3. Berjumpa doktor gigi untuk pembersihan gigi secara berkala.

Umur 6-12 tahun

1. Mula memindahkan tanggungjawab memberus dan flos gigi kepada kanakkanak dengan pengawasan ibu bapa. Umur 8 tahun adalah purata umur kanakkanak mampu memberus gigi sendiri, manakala flos gigi boleh dilakukan sendiri apabila mencapai umur 10 tahun.

2. Kanak-kanak harus memberus gigi menggunakan teknik dan jenis berus gigi yang disyorkan oleh doktor gigi mereka.

Kanak-kanak dari semua peringkat umur

1. Tukar berus gigi setiap 3-4 bulan sekali.

2. Berus gigi dua kali sehari, iaitu selepas makan sarapan pagi dan sebelum tidur.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan