Ahad, 4 November 2012

hijrah menuju-Nya 1434h






Apa lagi sesudah Ayyami Tasyrik (nahr), pastinya 10 hari lagi kita akan masuk tahun baru 1434 hijrah pula. Semasa Aidil fitri kita sudah kembali fitroh normal. Selepas itu menjadi lebih sempurna dengan 6 hari berpuasa. Titik 'pause' agung di tekankan. Selepas itu tiba bulan haj,bulan kemuncak aplikasi rukun islam terakhir..Bulan pengorbanan jenis pelaburan ihsan tahap tertinggi.

Persoalannya ; Apa yang telah kita korbankan untuk ISLAM?..

Ayuh! menuju Muharram dengan fokuskan perubahan diri menuju penghijrahan muslim yang muslih.

Yang memberi jenis terbaik untuk orang sekeliling.
Agar lebih aman ,damai untuk saham disana.

Setiap orang pasti mahu mengubah diri ke arah yang lebih baik.

Berikut adalah empat(4) cara yang boleh dipraktikkan untuk merubah diri secara sedikit demi sedikit:

1. Akui diri sebagai manusia yang lemah. Perlu kita mengakui bahawa kita adalah manusia yang lemah. Hanya ALLAH sahaja yang sempurna. Apabila kita akui hal ini, maka kita akan tetap bermotivasi untuk hidup dan proses untuk menjadi manusia yang lebih baik akan menjadi lebih mudah.

2. Sentiasa berdoa mengharapkan bimbingan, perlindungan dan bantuan daripada ALLAH SWT agar kita sentiasa dipermudahkan untuk menjadi manusia yang diredai-Nya.

3. Kurangkan aktiviti-aktiviti yang tidak berguna untuk dunia dan akhirat.

4. Keterbalikan untuk perkara ke-3 di atas, kita tukarkan perkara yang tidak bermanfaat dengan perkara yang lebih berguna seperti memperbanyakkan membaca buku, menyertai seminar, belajar ilmu Agama (atau kuliah Agama) dan sebagainya. Hanya ilmu yang akan dapat menjadikan kita lebih baik daripada hari semalam.

Lakukan empat langkah di atas secara konsisten pada setiap hari, dan lakukan ‘review’ terhadap perkembangan semasa.

Apabila kita sentiasa melihat pada tahap mana perkembangan kita, maka lebih mudah untuk kita merancang dan berusaha untuk terus merubah diri ke arah yang lebih hebat!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan