Khamis, 18 Ogos 2011

Ukhuwwah Membuah CHANGE

ATEH ZUHAIRI
dulu sahabat fb kini di alam realiti

Beliau memperkenalkan LUA dalam Magnet kejayaan Diri dan Organisasi di MSN..seorang motivator yang hebat.

Sila rujuk biodata beliau disini. Bermula perkenalan di alam maya, saya mengikuti kata-katanya di wall fb dan tertarik dengan modul LUA. Jauh disudut hati menanam azam agar dapat bertemu wajhan li wajhin dengannya.

Benar bahwa Allah mengikut sangkaan hambanya..dari fb dan emel berbalas dan akhirnya bertemu di Bukit Jalil. Semua itu kerja Allah swt. Pewrancang utama niat dan misi hamba2nya. Akhirnya MSN bersetuju bermula pada tarikh kerama 16-18 Ogos untuk latihan HR staf MSN..

Sesungguhnya 3 hari berlalu dengan sebuah makna dalam kesedaran kehidupan rasa kehambaan dan teruja melitupi perasaan 28 peserta MSN. Air mata tak tertahan menitis khasnya pada hari kedua dan ketiga. Apabila setiap slot mampu menyentuh hati nurani peserta. Menyapa jiwa sepi..

Lebih menarik rupanya dia merupakan suami ustazah Hazida Hasaan kawan baik zaujah di jordan dahulu. bahkan ustaz Uda pun dia amat kenali..dunia ini kecil sahaja.

Ya Allah aku bersyukur diatas nikmat sebuah ukhuwwah ini. 

Berikut ada 3 Proses L.U.A
  1. FAITH ( KEPERCAYAAN)
  2. ASK ( MEMINTA-DOA)
  3. RECEIVE(MENERIMA)
Seterusnya  point dari blog Hafiszo Othman, Klik



Apa kita rasa bila 'connection' broadband atau talian telefon bimbit kita terganggu? 
Adakah kita rasa yang sama apabila 'connection' kita dengan yang Maha Penghubung terganggu?


 Ramadan ini line Clear..Jom terus baiki conection kita


Jom istighfar dan mohon keampunan.

 AstaghfirulLah al-Azim 

Ukhuwwah menuju CHANGE

Sabtu, 13 Ogos 2011

Jom Jimat dalam Ramadan




Bulan puasa dan penjimatan. Ramai yang menyangka bila masuk bulan puasa, kita boleh berjimat. Namun, awas jika kita tidak berwaspada dan bersedia, maka segala penjimatan yang kita bayangkan itu tidak akan ke mana.

Merancang perbelanjaan di bazaar ramadhan
1. Buat list pembelian makanan berat dan kuih dan air. Cukup sekadarnya sahaja. 
2. Jangan luang masa terlalu lama berjalan dari hujung ke hujung dengan alasan mahu meninjau gerai-gerai lain.

3. Berpakat dengan rakan sepejabat, serumah, atau adik beradik untuk berkongsi wang atau pilihan pembelian. Misalnya ada 4 orang, seorang beli air, yang lain beli buah, makan, dan kuih. Ini juga adalah salah satu tips menyediakan makanan bagi orang berbuka puasa yang akan memberikan pahala berganda kepada kita.
4. Letakkan bajet yang strict contohnya hanya RM5 bagi air dan kuih dan RM5 untuk makanan berat. Disiplinkan diri!
5. Bawa wang secukupnya sahaja mengikut bajet. Sorok wang yang lebih.
6. Jika anda merasakan bahawa tip-tip di atas tidak berkesan untuk anda, kirimkan sahaja kepada kawan yang mampu mengawal perbelanjaan dan nafsu membelinya. Anda juga dapat menyelamatkan pahala puasa anda dari melihat aurat yang tidak sepatutnya di bazar ramadhan :)

nota dari i luv islam

Khamis, 11 Ogos 2011

Majlis Berbuka Puasa 2011 anjuran MSN





Puisi Memoir Majlis Berbuka

Hari bersejarah buat warga sukan
Ianya bermakna bagi siapa yang 
mahu menyantuni orang berpuasa makan dan minum
Menyantuni 54 orang anak yatim 
bersama 14 pelajar tahfiz
Ianya bermakna orang yang nak menambahkan koleksi pahala
dan menyakini ianya bakal terjadi

Buat sahabat NSH, ini peluang bertemu sahabat2 yang bertebaran 
dalam  dunia dakwah namun dimensi yang berbeza


Hanya jiwa tergambar seronoknya bersama Imam Muda Ammar
dan Ustaz Tirmizi Ali AQ ke 4 mengimami Solat Isyak dan Terawih.
kepuasan terzahir pada wajah Prof Zul Kadir
Mana pernah program bilalnya IM dan Imamnya AQ!
hanya di MSN..

Semoga majlis ini dimanfaat warga sukan khususnya atlet
faedah spiritual strengh 
cukup besar..
namun hanya bagi yang Ulul Albab
yang ada mata hati 
yang ada sedar dan cakna

ramadan dan dah 11 hari..
apa yang telah dicapai
kalau diet sahaja tak cukup
kalau yang wajib tak dang buat







persiapan kerohanian menuju sea games 2011

PERSEDIAAN KEROHANIAN MENGHADAPI PERTANDINGAN : SUATU
ANALISA MENURUT AL-QURAN


Tips untuk menjadi atlet cemerlang yang cemerlang  dalam konteks persiapan kerohanian menghadapi mana–mana pertandingan  membawa nama baik malaysia. Ianya sebagai pelengkap setelah persiapan kekuatan fizikal dan mental sudah mencapai tahap maksima.
Apa kata kita renungkan kembali tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al Mukminun :

1.Keyakinan dan  kepercayaan
“Sesungguhnya BERJAYALAH orang-orang yang beriman.” [23:1]
Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Sistem Keyakinan dan kepercayaan inilah yang menjadikan atlet bermotivasi sebenarnya seterusnya berkeyakinan dan segala problema yang datang dapat di atasi dengan mudah. Tanpanya kita mudah menyalahkan taqdir, ketegangan perasaan dan hilang semangat. Ini berbalik kepada sistem kepercayaan dan bagaimana seriusnya atlet mahu terus membina sistem ini secara berterusan? Menjaganya dan membajainya..!

2. Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati.
“iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.” [Al-Mukminun :2]
Dalam istilah agama dipanggil khusyuk. Bayangkan Allah SWT mewajibkan 5 kali sehari untuk kita bersolat dalam keadaan khusyuk khasnya pada waktu lengah manusia supaya dapat stabil fokus dalam kehidupan. Ini bermakna memang Allah swt mahu kita selalu fokus dalam urusan kehiudpan.. Ini termasuk urusan dunia dan akhirat. Do one thing at a time. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Be passionate in it. Bukan sambil lewa.
3. Keutamaan (Prioriti)
“dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna).” [Al-Mukminun:3]
Kebiasaannya dalam menghadapi musim pertandingan yang penuh pressure, kita cenderung untuk berehat dengan hiburan, movies, korean series, games, dll sehinggakan selalunya melebihi daripada hadnya. Bukan tidak boleh. However, the best thing to do during your break is to take wudhu’, solat hajat or recite Quran so that we will be closer to Allah, Bagi  non muslim, pergilah ke tempat keugamaan masing-masing. Ini boleh menambahkan motivasi dalam pertandingan yang bakal malah boleh kekuatan kerohanian “spiritual strengh” yang diperlukan.

4. Cakna (Sharing is Caring)
“dan orang-orang yang menunaikan zakat.” [23:4]
Walaupun sedang berada di saat-saat genting menghampiri pertandingan, janganlah atlet bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, Sudah banyak aktiviti atlet berkongsi cakna dengan Rumah Orang Tua dan Rumah Anak Yatim. Ini bagus untuk diteruskan khasnya apabila menghampiri pertandingan-pertandingan besar. Care about each other
5. Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan
“dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.” [Al-Mukminun :5,6,7]
Janganlah kita menggunakan alasan sukan untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan dot dot. Sesungguhnya batasan hubungan kena dijaga. Sebarang pelanggaran bakal memudaratkan diri atlet itu sendiri disamping mengundang kemurkaan Allah SWT.  Padahal Allah swt  sentiasa ada, sentiasa melihat Al-Bashir. Pasti ada hikmah larangan ini.

6. Jujur, amanah
” dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya.”
 [Al-Mukminun:8]
Bukankah kita telah berjanji dengan pihak sponsor, MSN dan Negara kita untuk belajar bersungguh-sungguh dan score well in our games? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dgn Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang atlet yang telah dipinjamkanNya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana insyaAllah.
its time to say “Bismillahi tawakkaltu ‘ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil ‘azim.”

7. Masa itu adalah kehidupan

“dan orang-orang yang memelihara solatnya.” [Al-Mukminun:9]
Ini bermaksud ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian atlet. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan, and to maintain keeping up with our effort continously, akan istiqamah. Ini boleh di simpulkan dengan perkataan Punctual, and particular.
Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk amalan ritual semata-mata. Highlight utama dalam ayat tersebut supaya kita sangat menjaga hubungan kita dengan Allah kerana kita akan kembali mengadapNya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa pingat berkilau diperolehi. Kejayaan hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah. Mengukur diri agar selalu bersyukur senantiasa. Semoga berjaya dunia akhirat.

“Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka.” [Al-Baqoroh :201]


Rabu, 10 Ogos 2011

Kegemilangan Islam Fi Ramadan


“Bulan Ramadan yang diturunkan Al-Quran di dalamnya, sebagai petunjuk kepada manusia, sebagai penjelas dari petunjuk dan Al-Furqan (pembeza hak dan batil)” (Al-Baqarah)
Bulan Ramadan bukan hanya terkenal sebagai pusat latihan ibadah kepada umat Islam, malah ia juga terkenal dengan peristiwa besar dalam sejarah Islam antaranya:
BULAN DITURUNKAN AL-KITAB
Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan. Bulan yang diturunkan di dalamnya (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pemisah antara yang benar dan salah. Para pakar tafsir dan hadis merekodkan, Allah juga menurunkan kitab-kitab dan suhuf iaitu kitab-kitab kecil selain Zabur, Taurat, Injil dan Al-Quran kepada para rasul terdahulu pada bulan Ramadhan.
PERANG BADAR
Pada hari Jumaat, 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ. Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri.


Peperangan ini adalah suatu yang luar biasa apabila tentera Islam yang kurang jumlah, lemah daripada sudut kelengkapan dan berpuasa dalam bulan Ramadhan memenangi pertempuran Perang Badar. Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah. Orang yang berjuang demi mencapai keredhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. Allah menegaskan dalam Surah Aali ‘Imran ayat 123 hingga 125 bermaksud,“Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang Badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukuriNya”.
Baca seterusnya Klik sini

Khamis, 4 Ogos 2011

SKRIP DOA PERHIMPUNAN KBS SEMPENA RAMADAN 2011


الحمد الله رب العالمين.
والصلاة والسلام على أشرف الانبياء والمرسلين وعلى ءاله وصحبه أجمعين.
اللهُمَّ انْشُرْنَا شُعُورُ الْمَحَبَّةِ بَيْنَنَا * وَارْبِطْ قُلُوْبَنَا بِالْكَرَاْمَةِ
وَاَحْسِنْ اَخْلاَقَنَا بِالنُّوْرِ وَالْهِدَاْيَةِ * وَثَبِّتْ قُلُوبَنَا بِكُلِّ الرِعَاْيَةِ
YA ALLAH, YA RAHMAN NU BIL IBAD
WAHAI TUHAN KAMI

SEGALA BENTUK PUJI DAN SYUKUR KAMI PANJATKAN KEHADRATMU
DI ATAS KURNIAAN RAHMAT DAN NIKMAT KEPADA KAMI,
SEMOGA KAMI YA ALLAH TERGOLONG DARI GOLONGAN ASSYAKIRIIN

اَللَّهُمَّ يَا مُـجِيْبَ السَّاْئِلِيْنَ

JADIKANLAH PERHIMPUNAN MESRA BULANAN KEM BELIA DAN SUKAN DI BULAN RAMADAN INI SEBAGAI SUATU MAJLIS YANG DIBERKATI DAN DIRAHMATI
JADIKANLAH YA ALLAH PARA PEGAWAI KBS DARI KALANGAN HAMBA-HAMBAMUMU YANG AMANAH YANG DAPAT MENJALANKAN TUGAS DENGAN SEMPURNA DENGAN LEBIH GIGIH DAN CEMERLANG.

YA ALLAH YA ZALFADLI WAL IMTINAN

DARI SIFAT IHSANMUJUA, KAMI MEMOHON AGAR DIKURNIAKAN NIKMAT DAN RAHMAT BERPANGJANGAN
LINDUNGILAH KAMI DARI SEGALA KEMURKAANMU.
PERMUDAHKANLAH YA ALLAH DALAM MELAKSANAKAN TUGASAN YANG DI AMANAHKAN.

BIBARAKATIL RAMADHAN WA SYIAM

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِقَاءَنَا  هَذَا بِالرَّحْمَة
وَافْتِراْقِنَا من بعده المَغْفِرَةَ وَخَاتِمُنَا بِالسَّعَادَةِ
ر ِبنا آتنا فى الدنيا حسنة وفى الآخرة حسنة وقنا عذاب النار
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه اجمعين والحمد لله رب العالمين

_____________________
Program anjuran MSN sebagai tuan rumah

Isnin, 25 Julai 2011

Antara Ghaflah dan Sedar dalam Persiapan Al-Mubarak



Sungguh Malaysia dan ummah di uji kiri kanan atas bawah. Dengan masalah ekonomi, sosial dan politik semasa yang telah terjadi termasuk kesibukan (baca: gaflah ) di bulan Syakban ini. Tak terkecuali warga sukan yang meminati sukan.

Bayangkan 3 gergaji EPL datang ke Malaysia..Bulan Sya'ban pulak tu..

Arsenal, Liverpool dan Chelsea...

Contoh baju Liverpool. KLIK.. Malang ramai yang muslim yang pakai berlambang arak..dan kebanyakan kelab dari EPL ada unsur lambang salib jika taiad keprihatianan mengenainya pasti ramai yang leka dan lalai..

Ini baru fanatik..taksub yang amat dilarang Allah swt.

Selepas itu Msia yang berkunjung ke singapura namun  akhirnya tewas 5-3 dan akan melawan pada pusingan ke 2 di bukit jalil 28hb Julai ini..

Memang orang sukan sibuk namun jangan sampai alpa bahwa semua itu akan ditinggalkan cuma solat dan amal akan ditanya Allah swt..

Ahlan ya Ramadhan Ramadhan 2011

Assalamualaikum.

Tinggal beberapa hari sahaja lagi, kita akan menyambut kedatangan bulan ramadhan al-mubarak yang mulia ini. Di kesempatan ini, ingin memohon salah dah silap sekiranya ada, tersalah kata, menyinggung perasaan sesiapa sahaja, yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Ramadhan Tahun ini lebih bermakna.


Mengharapkan tahun ini, ramadhan lebih bermakna untuk kita pertingkatkan amalan kerohanian kita berbanding amalan duniawi kita. Insyallah, jika kita ikhlas melakukan ibadah Allah kerana keredhaan semata-mata, pastinya ada keberkatan.

Dalam sebuah hadits yang lain daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Puasa itu bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum, akan tetapi puasa yang sebenar-benarnya ialah menahan diri daripada kata-kata yang sia-sia dan kata-kata yang keji.”

Sembahyang terawikh.


Insyallah, kalau diberi kesihatan dan masa untuk beribadah, bersama-samalah kita memakmurkan surau/masjid berdekatan dengan rumah kita.
Kurangkan:
  • Tidur yang berlebih-lebihan diwaktu siang
  • bercakap-cakap perkara duniawi hingga tak ingat dunia
  • Melihat benda-benda yang mendatangkan keinginan
  • Berkumur-kumur dengan berlebihan.
Banyakkan :
  • Zikir
  • Menjamu makan, terutamanya anak-anak yatim piatu. memuliakan mereka sangat digalakkan.
  • membaca Al-quran secara konsisten
  • Bersedekah
Peringatan untuk diriku ini. Kalau ada nak tambah, boleh aja.

Rabu, 20 Julai 2011

Persiapan Ramadhan 2011/1432h


Bulan Ramadhan yang besar dan penuh keberkatan serta banyak kelebihannya haruslah disambut dengan penuh perasaan ta’zim (membesarkan) dan mengalu-alukannya. Antara persiapan yang dapat kita lakukan dalam persediaan ilmu yang mencukupi.

1. Mengulangkaji ilmu tentang puasa;
Amalan yang paling utama di bulan Ramadhan ialah puasa. Puasa difardhukan pada siang hari sepanjang bulan Ramadhan. Untuk mencapai puasa yang sempurna kita hendaklah memiliki ilmu tentang bagaimana melaksanakan puasa yang sebenarnya sebagaimana yang dituntut oleh Syara’. Oleh itu, ada baiknya sebelum menjelang Ramadhan kita mengulangkaji ilmu-ilmu tentang puasa merangkumi dari segi aspek;
1. Rukun-rukun puasa serta sunat-sunatnya
2. Perkara-perkara yang membatalkan puasa
3. Perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa
4. Dan segala yang berkaitan dengan ibadah puasa
Mungkin kita sudah sedia maklum, namun bagi aku penting untuk ulang kaji, takut-takut sudah lupa atau ada lagi nota-nota tambahan. Untuk tahu nota-nota tambahan, kena tanya kepada yang lebih pakar, ustaz-ustaz, ustazah. Jangan pulak tanya orang yang kurang berilmu.

2. Membaca kembali hadis-hadis Nabi s.a.w. tentang fadhilat (kelebihan) puasa dan bulan Ramadhan;
Ada di kalangan kita tidak merasa apa-apa dengan kedatangan Ramadhan. Bagi mereka, Ramadhan sama seperti bulan-bulan yang lain; tiba masanya ia datang dan tiba masanya ia berlalu pergi. Punca sikap ini adalah kerana mereka tidak mengetahui kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan atau kerana mereka melupainya. Kerana itu amat perlulah hadis-hadis Nabi s.a.w. tentang fadhilat dan kelebihan Ramadhan dibaca dan diulangkaji kembali sebagai persiapan sebelum memasuki bulan Ramadhan. Untuk mengetahui sebahagian fadhilat puasa dan bulan Ramadhan, akan dikupas pada minggu hadapan.

3. Mengetahui amalan-amalan utama dan besar pahalanya di bulan Ramadhan;
Supaya kita dapat memasuki bulan Ramadhan dengan penuh bersedia untuk memperbanyakkan amalan di bulan keberkatan yang banyak kelebihannya itu, kita hendaklah mengetahui apakah amal-amal ibadah atau amal-amal kebaikan yang digalakkan oleh Allah dalam bulan Ramadhan di mana pahalanya amatlah besar dan berlipat-ganda.

Rujuk blog ustaz anhar opir