Jumaat, 28 Oktober 2016

2017 : Petua Murah Rezeki


  1. Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air diluar rumah utk kucing-kucing yang datang.
  2. Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji atau upah jerih payahmu, untuk disumbangkan kepada anak yatim dan orang miskin.
  3. Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet utk diberikan kepada yang memerlukan.
  4. Letakkanlah di bilikmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil ke dalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu dan sedekahkan wang tersebut.
  5. Jika kamu hadir dlm acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat), belilah 1 atau 2 kotak air mineral, niatkan utk sedekah kepada yang memerlukannya (orang tua, sakit, kanak-kanak dan lain-lain).
  6. Jika kamu membeli barang dari peniaga-peniaga kecil kemudian kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah).
  7. Belilah mushaf (al quran). Letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yang akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yang membacanya.
  8. Berikanlah perasaan gembira kepada setiap orang, khususnya kepada mereka yang sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yang tulus.
  9. Lemparkanlah senyuman kepada orang yang kamu temui, berilah salam kepada orang yang duduk dan bertuturlah dengan ucapan yang baik kerana semuanya adalah sedekah.
  10. Jangan biarkan kamu tertidur, melainkan telah kamu ampuni setiap orang yang telah berbuat jahat kepadamu dari menghinamu, menyebarkan fitnah dan menzalimimu.
  11. Setkan pada handphone kamu, penggera peringatan pada masa masa tertentu untuk anda baca surah al-fatihah atau al ikhlas untuk di sedekahkan kepada kedua ibubapa kita, sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia.
Yang penting, kita kena yakin dengan rezeki Allah.

Khamis, 20 Oktober 2016

Inilah Dunia ialah dewan peperiksaan




Senyuman dalam Ujianmu
 
Dalam melangkah gagah menuju ke depan.. kekadang gaflah terkadang alpa.. larian kian kencang hampir tiba ke akhirnya..namun terkdang tersadung dahan dicelah pokok tersadung kayu dijalanan..

Terus bangkit membakar motivasi kehidupan. U-turn insan taaibun illah.

peluang taubat terbuka luas sebelum tiba 2 masa itu. Ayuh!

aku sedar aku sedang DAN TERUSAN diuji..walau dikatakan orang itu dan ini. Apa yang berlaku ialah Allah sedang berbicara denganku..semakin khusyuk dalam memaknai setiap masa baki hidup ini ini. Bait bait masa berlalu cukup bererti buat ku.

Tiada lagi menoleh ke belakang..

Ianya cabaran untuk mendapatkan redha Alllah..


Sebagai perbandingan, Al-Quran ada menyatakan bahawa 1 hari di akhirat adalah sama dengan 1000 tahun di dunia.

Ini bermakna jika usia kita 63 tahun, maka itu sama dengan 1 1/2 jam sahaja hidup di akhirat. Sangat singkatnya. Surah Yunus:10:45-Dan ingatlah masa Tuhan himpunkan mereka pada hari kiamat kelak dengan keadaan mereka merasai seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar sesaat sahaja daripada siang hari.

Mereka akan berkenal-kenalan sesama sendiri. Sesungguhnya rugilah orang yang mendustakan hari menemui Allah untuk menerima balasan, dan yang tidak mendapat petunjuk.

Oleh itu adalah sangat kritikal tidak kira berapa usia kita untuk menentukan bahagia atau celakanya hidup kita di akhirat.
 
Alangkah dungunya manusia yang mensia-siakan umurnya!
 
Sangat aneh melihat masa yang berlalu terlalu laju tetapi lebih aneh lagi melihat manusia yang melalaikannya.
 
agar aku kekal mengukir senyuman walau diuji dengan sebuah uniah.
Aku kekal bersamu mu "maiyyatullah"
 
Dialog hidup ingatan Nabi saw kepada sohibahnya Abu Bakar "La Tahzan innallaha ma'ana" dirakam Allah dalam surah At Taubah ayat 40....

Selasa, 5 April 2016

UJIAN SEBUAH PENGERTIAN


UJIAN SEBUAH PENGERTIAN



Perjalanan hidup terus berputar,
14 Mac 2016 MRR2 menjadi saksi

siang menjadi malam,
kecil kian membesar,
muda menjadi tua,

ingatan semakin kabur,
Kemahuan semakin kurang.
sakit berterusn ditahan..

ujian sifatnya bersilih,
ada senang diselangi sukar,
terus tegar berpaksikan iman..
Istirja' tiada henti...



pedih menahan sakit
tersiat kulit terasa kini
hadir ansorullah disana sini

Agar menjadi kaffarah buat diriku
menjadi hamba sebenar buatNya
azzariyat ayat 56 ingatanku

Agar Aku hamba Allah pengabdi
Hamba yang Syakuur
dan hamba yang Zaakiriin.

kuliah di Surau Hilal Ampang
tiada rezeki hadir lagi,
salam rindu buat jamaah..
dikau pengimarah taman surga
bakal penghuni Jannah

Ahad, 4 Ogos 2013

Ambang - "Aku, Setelah Ramadan"

26 Ramadan 1434H /2013 (Ahad)

2 golongan sahaja. Pilihan berdasarkan amal


Kini diri ini mengira  bukan hari hari yang telah berlalu namun jam, minit bahkan sesaat masa yang akan meninggalkan kita semua. Ramadanku yang kali ke 25 bertamu dalam perjalanan hidup menuju Allah swt.

Jiwaku kian meruntun menangisinya. Agar benar menitis beberapa titisan air mata penyesalan diri. ..."Fatabaakau",kata Nabi saw

Do'a agar corak hidup Ramadaniyyah memagari 'life style' selepas ini.

Tajuk tazkirah yang pengingati diri dan perkongsian dengan jamaah tetamu ramadhan iaitu 'Aku, Setelah Ramadan' atau 'Ana ba'da ramadhan'.

Jamaah pasti mengingat jariah kecil ini. Nota ini sebagai ulangkaji agar senantiasa ingat wahai bakal 'Graduan Ramadan 1434H'

Atlet BolaBaling Terengganu SUKMA 2013 menutupi aurat.
  1. Jamaah Masjid Darul Ehsan Subang Jaya
  2. Jamaah Surau Al-Hidayah Seri Petaling
  3. Jamaah Surau An-Naajihin Presint 15 Putrajaya
  4. Jamaah Surau Kementerian Kewangan Putrajya
  5. Jamaah Surau MIMOS, Bkt Jalil
  6. Jamaah Surau An-Nur Taman Medan
  7. Jamah Masjid Ab Rahman Auf Klang Lama
  8. Jamaah Surau Jumaat ILP Khucai lama
  9. dan beberapa tempat yang tak mampu dicatat lagi

Ringkasnya Ramadan hadir mengajari bahkan mendidik berulangkali kita dengan 2 perkara :-

1) Latihan Kekuatan Kerohanian 'menahan' (Imsak)

Puasa definisi bahasanya ialah menahan. Istilahnya pula menahan dari segala membatali puasa bermula fajar hatta maghrib.

Sungguh, Ramadan memperkenalkan 'The Power of Self Controlling'

Kemampuan mengatakan 'NO' kepada elemen dosa & maksiat

Kemampuan menahan diri dari marah.

Siapakah orang yang paling kuat? Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لَيْسَ الشَّدِيدُ بِالصُّرَعَةِ ، إِنَّمَا الشَّدِيدُ الَّذِى يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الْغَضَبِ

Maksud: Bukanlah orang yang kuat itu dengan bergusti, tetapi orang yang kuat itu ialah orang yang mengawal diri mereka ketika marah. (al-Bukhari, al-Jami’ al-Sahih al-Mukhtasar, Dar Ibn Kathir, Beirut, 1987, jil. 5, hlm. 2267, no. hadith: 5763)

Sejauh kekuatan ini bahkan mana impak ini buat diri diri bertanya syahdu merenung mengisafi diri.

Mesyuarat UHEI dimensi 3 dlm1 mewarnai dunia sukan

2) Berulang kalinya Sunnah al-Witr

Ianya berlaku setipa malam selama 29&30 kali.
Ianya penutup malam sebelum mata dilelapkan
Indahnya1 ianya dapat diamalkan selepas ramadan seawal syawal yang bakal Hadir.
Ulama menyatakan ianya penyebab kasih Allah kepada hambanya kita.

Kelebihan berdasarkan petunjuk hadis

Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah memberikan (hadiah) kepada kamu satu solat, yang mana ianya adalah lebih baik daripada unta merah (unta yang terbaik). Itu lah Solat Witir". (HR Abu Daud, Tarmizi dan Ibnu Majah)

Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud: "Solat witir adalah benar. Sesiapa yang tidak solat witir dia bukanlah daripada golongan kami",
Rasulullah mengulangi sebanyak tiga kali. (HR Imam Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim).

Sabtu, 20 Julai 2013

WARNA WARNAI KEROHANIAN DI MSNM BUKIT JALIL

RAMADAN DATANG LAGI


Inilah masanya buat warga sukan berhenti sejenak. tekan 'pause'. Inilah masanya yang sesuai menilai dan bermuhasabah wajah sebenar dalam merealisasikan kerohanian seiring kekuatan fizikal dan mental. Sukan Malaysia 2013 edisi ke 16 benar benar tamat selang beberapa hari menjelang ramadan. Warga sukan sudah brek tangan dan menumpukan kekuatan kerohanian yang wajar dipugar dikala di celah kesibukan tugasan harian.

UHEI seperti biasa akan melancarkan beberapa aktiviti meganya seiring mencanai kerohanain warga sukan berantara programnya seperti bunting berikut : 

  1. Ceramah Ambang Ramadan oleh ustaz Azhar Yahya
  2. Kumpulan tadarus al-quran
  3. Solat Terawih pimpinan tahfiz 
  4. Bayaran Zakat Fitroh 
  5. Dan lain lain lagi ( rujuk bunting dibawah)
 



Khamis, 18 Julai 2013

Membajai Kekuatan 'Pause' : This time!



Benar, kita adalah hambaNya tugas mengabdikan diri kepadaNya Allah SWT. Bulan Ramadan yang bertamu pada kali ini ialah berpotensi untuk menguatkan diri melalui 'Spiritual Strenght'.

Syukur melalui pensyariatan puasa dalam bulan ramadhan cukup memberikan kekuatan Luar Biasa.

Hidup bukan sekadar ibdahan melakukan mengerjakan bahkan menahan diri juga disyariatkan.

Jika solat kena berdiri, rukuk dan sujud dan duduk 
Jika Zakat kena mengeluarkan sejumlah wang
Haji dan umrah kena tinggalkan keluarga dan mengeluarkan tenag dan wang.

Namun puasa Ramadhan agak unik kerana ianya melatihkan satu jenis kekuatan iaitu kekuatan 'pause' menahan diri. Menahan diri dari melakukan dosa,maksiat dan fahya'.


Jika kita sanggup khasnya warga atlet melakukan secara berulang ulang kali latihan fizikal. 

latihan badan
turun KG
Berpeluh basahan t-shirt

Namun datang ramadhan Allah swt bagi peluang kita untuk menajamkan skill 'pause' dalam menjalani kehidupan lebih-lebih lagidalam bulan ini.

Nak Marah ! tahan dulu
Nak fikir buat maksiat ! tarik nafas istighfar
Nak buat 'Dajjal' ! Ingat Api neraka
Ada 'self talk' selalu pause

Kekuatan menekan butang 'pause' ditingkatkan!

Jumaat, 24 Mei 2013

Uhei cabaran kerohanian sukan prestasi tinggi

Alhamdulillah. Syukur kepadaNya.

Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) cawangan pentadbiran & sumber manusia MSN sudah kembali lengkap setelah kemasukan Ustaz Arfan Hosnani ( s27) menggantikan al-fadhil ustaz Dahlan BinTukimin yang sudah berkerjaya sebagai guru Jqaf di Batu Pahat dan juga kemasukan Sdr Zulhafzi M.Isa sebagai kerani dakwah (s17) selain ustazah Hidayah Neemat dan En Azhar sain. Kini UHEI sudah memiliki 5 kakitangannya wajar sekali tegar bersiaga dalam memenuhi keperluan pembentukan warga sukan khasnya atlet negara.

Usai mengira tabungan surau Casa 2
Selain menjayakan program keagamaan bersifat rutin seperti hari kebesaran islam, aktiviti surau,kultum dan ceramah. Uhei ingin bersama cawangan lain di msn menjayakan kem-kem atlet negara dalam 3 peringkat samada elit,pelapis mahupun paralimpik. Kita memiliki modul kerohanian tersendiri yang boleh mengisi slot 2 jam untuk 5 hari. Ini terbukti apabila MSNT sudah 4 tahun sudi menjemput wakil uhei untuk menjayakan persiapan atlet negeri menghadapi SUKMA sehingga menggapai juara hampir kali yang ke 4. 
 
Semoga hasrat kerohanian dicanai dan kilauan emas digapai mampu direalisasikan segera. Isu integriti yang diutarakan oleh YB Khairi Jamaluddin Menteri Belia Sukan yang baru wajar bahkan menepati masa. Di saat mutu sukan negara kian muram dengan kekalahan sukan badminton dalam Piala Sudirman  dan jua isu bookie dalam dunia bola sepak malaysia.

Kenyataan YBKJ dialu-alukan. Idea bernas anda amat dihargai oleh warga sukan.

Maka isu pembangunan atlet tidak dapat dipisahkan dengan aspek kerohanian. Uhei mencadangkan agar isu kerohanian diserapkan dalam modul pembangunan semua persatuan sukan kebangsaan. Jika uhei belum mampu sekurangnya uhei menjadi orang tengah dalam membawa masuk pensyarah kerohanian yang berwibawa dalam mentarbiyyah atlet negara kita..Kita akan mengenalpasti yang berjiwa sukan memahami sukan untuk masuk menjayakan sukan negara.

Inilah masa dan ketikanya..jika tidak sekarang bila lagi ?

Jumaat, 17 Mei 2013

MemBlog kembali !

"Jadikanlah usaha menulis adalah dalam kerangka ibadah kepada mu jua"

Bimillahirrahmanirrahim.


Assalamualaikum.

Agak lama saya mengambil masa untuk sambung menulis di blog saya. 


Maklumlah, menulis memerlukan mood yang cukup. Jika mood tidak datang, keinginan untuk menulis terbantut. 


Apa pun, saya ada juga kekadang berinteraksi dengan rakan-rakan di laman sosial Facebook. Tak apalah, sama sahaja di mana pun, asalkan kita menulis.

Ada yang memberi motivsi agar saya terus menulis di blog ini, 

mengupas isu-isu dengan lebih berani dan ke hadapan. 

Bagi saya, keberanian dalam menulis (terutama dalam isu-isu politik), 

kita tidak boleh terlalu melulu. Jauh sekali agar kita memenuhi nafsu 

orang lain dengan menggunakan tulisan kita. Apa yang seseorang 

penulis itu tulis, dialah yang menanggungnya.

Bagi saya, saya tidak menulis bagi pihak orang lain. Saya menulis apa 

yang fikir saya boleh menulis dan apa yang saya percaya ia adalah 

benar pada pandangan dan tafsiran saya berdasar nas yang telah saya asah kemahiran melalui pembacaan yang bukan banyak. Masa di jordan bahkan di Mesir banyak mengajar 'sesuatu' dalam hidup ini..


Saya menulis kerana mengejar redho dan kesukaan Allah swt. Inilah maksud ibadah bahkan tujuan penciptaan kita ialah mengabdikan diri kepadaNya. Bukan kerana apa-apa. 


Saya menulis kerana saya fikir saya bertanggungjawab menulis mengenai apa yang saya fikir wajar saya tulis dalam kerangka dakwah yang mampu mencetus mahu dalam perjalanan ini.


Jiwa tersentuh apabila rasa banyak ketinggalan setelah post terakhir iaitu hanelang kem atlet terengganu awal 2013. Memang hendak menulis beberapa perkara seperti pemergian  umrah 2 kali, Isu PRU sebelum dan selepas, Kemasukan staff uhei yang baru dan juga Ahlan ya wasahlan Menteri baru.


Antara kegembiraan saya ialah anda semua masih sudi membaca tulisan saya. Saya bukanlah seorang penulis yang hebat seperti penulis-penulis yang lain.


"Hidup untuk selalu 'update' hubungan denganNya"

Sungguh, Saya berazam terus berfikir penakkulan bahkan akan terus menulis menulis dan mula minggu ini, blog saya akan aktif kembali. 


Gadjet baru wajar dibeli.


Ibnusyabab kembali di alam maya kerana menulis itu satu Jihad yang boleh diusahakan.


Terima kasih.


Ahad, 3 Februari 2013

Untuk 2013, buktikan lagi Hanelang





Kem Atlet Sukma Terengganu 2013

Penekanan kali seperti dahulu 2009,2010,2011,2012 namun pada kali 2013 memang sudah ada kesungguhan dari pihak MSNT. Tahniah buat Tuan Pengarah Tuan Haji Zainal dan Timbalan Pengarah Tuan Hj Ibni Amin.Ini termasuk urusetia seperti sir Asari, Pok Mat dan lain lain urusetia yang pasti wajah mereka divisualisasikan selalu.

Perkampungan Mini Kem Atlet Hanelang bermula untuk sesi pertama (combat sport) pada 31/1 hingga 2/2/2013 di ABM Jenagor Hulu Terengganu. Manakala sesi ke 7/2-9/2 (sukan multimedal) pula tak dapat bersama kerana terlibat Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW anjuran bersama MSN,ISN & SSBJ di Bukit Jalil.
Sihat Alhamdulillah Luar Biasa

Tiba jam 3.20 petang setelah bergegas sejak jam 1 tengahari ke KLIA.. diriku terus dibawa ke pejabat MSNT yang tak jauh dari lapangan terbang. Sempat bersembang dengan kak Ji(fauziah) yang sedang sakit. Us berdoa agar segera sembuh. Singgah makan di permaisuri dibelanjai Tuan Hj Ibni dan 'kuda 'terus ikut LPT baru dari permaisuri terus ke Ajil.

Untuk slot kerohanian ada 2 sesi kuliah maghrib bermultimedia dan 2 Tazkirah Suboh. Antara elemen lain ialah sesi Solat Hajat 2 kali dan bersalaman sambil berselawat. Sebelum suboh selama 15 minit ialah bermunajat zikir dan cadangan untuk masa akan datang pada malam jumaat diadakan Qiamullail ringkas.

Tajuk Kuliah Maghrib (KM)seperti :-
1) Purpose Of Lige ( Tujuan Hidup )
2) The Power Of Heart( Kekuatan Niat Hati)

Adapun sesi selepas Suboh dikenali Kuliah Tujuh Minit (KULTUM)
Tajuknya seperti :- 1) Kehebatan Do'a 2) Kepelbagaian Zikir 

Apa yang menarik sharing dari masyarakat setempat dengan komitmen atlet terzahir dengan solat hajat selepas Solat Jumaat di masjid kampung Pueh..

Kesungguhan msnt untuk menjadikan perjuangan atlet  SUKMA Trengganu selari dengan tuntutan Islam dibuktikan apabila ucapan Tuan Hj Ibni Amin mengenai hasrat MSNT menjadikan sukan sebagai ibadah. Segala isu berbangkit seperti pergaulan tanpa batas, isu aurat akan tetap diusahakan. Dengan kaedah jika tak dapat buat semua jangan tinggal semua.Insyallah.
 

Sungguh, ku berbangga apabila mendengar hasrat dilahirkan oleh pimpinan sukan pada malam itu.

Pok Mat mempengerusikan Kuliah Maghrib(KM)

Bumi ABM Jenagor menjadi saksi.. 

Usai majlis perasmian, ada jamuan makan malam sempat bersembang mengenai perkembangan usaha UHEI dengan panel GAPI dengan pihak JAKIM. Saat itu ku tergambar wajah sahabat panel Us Azhar,Us Faisal,Us Najib dan Dr Irwan yang sedang bersungguh menyiap Kertas Hukum untuk masuk PKS JAKIM kali 81 pada 27-29 Feb ini di Shah Alam.

Mereka berminat dengan ceritaku seterusnya Tuan Hj Zainal Abidin Husin dan Tuan Hj IbniAmin berselangseli memberi beberapa sudut pandang dalam kacamata kepimpinan pegawai sukan.

Ya Allah, solusi Sunnah Rasullulah SAW dalam sukan prestasi tinggi semakin ke penghujung.Onar dan duri dlm dakwah semakin menguncup menjadi fatarmorgana asing.

Benar usaha yang besar apabila sudah selangkah akan membawa kepada langkah yang beribu.

Balik bilik sudah jam hp samsung mini menunjukkan 12.30 tgh mlm,
terus sujud syukur..1 rakaat witir.


Allahu Fasyad!

Sabtu, 5 Januari 2013

Anak-anak ber'Hijrah' 1434 H




Masa terus berjalan sudah 2 tahun dengan pantas dimana 'Izzah kak long berada di MIA Sg Kelambu banting akan ke MT B.Changgang dan juga Angah di RTA Batu 16 Hulu Lanat akan ke DH Rantau panjang Klang.. Disebabkan beberapa maklumat terkini maka berlakulah penghijrahan ilmu along dan angah. Kalau diikutkan biarlah disitu bermula dan berakhir dengan 30 juzuk namun apabila di mesyuarat dan di istikhorahkan maka terjadilah penghijrahan.
Memang tujuan pembelajaran ialah untuk keselesaan dan keselamatan anak-anak itulah yang menjadi keutamaan. Tiada ibuayah yang menjadi penjaga menghantar anak ke sekolah swasta pastinya dengan komitmen yuran yang agak tinggi dengan cita-cita terbesar pasti akan mencari yang terbaik untuk anak-anaknya.
Kini along akan ke Mumtazatuqwa Bukit Changgang dengan bekalan 10 juzuk manakala Angah sudah ke MAAHAD TAHFIZ DARUL HAFIDZIN Rantau Panjang dengan bekalan 7 juz.
Selamat berjuang along dan angah. Masa yang diperuntukan ialah 2 tahun dari sekarang. Itu yang kita sama-sama persetujui. Ibu ayah akan usahakan komitmen yuran semampu mungkin. Kita tetap menebalkan keyakinan bahawa Allah ArRazaq. Ada rezeki untuk yang mahu belajar dan terus menimba ilmu Allah..

Manakala buat guru mualimun yang telah mendidik  along angah, sungguh kalian dalam reruang mata ku. Ku berdoa untuk kesihatan dan kekuatan antum terus berjihad dalam dunia pendidikan. Namun dalam kesungguhan itu teruskan mendengar komentar ibuayah kerana hidup kita tiada sempurna melainkan mengambil tahu idea penambahbaikan dari ibu ayah.

Adanya instistusi PIBG sebenarnya cukup membantu guru dalam menjayakan pendidikan bukan sebaliknya. Hidup menjadi sempurna beriringan dengan ada pandangan kedua dan seterusnya.

Jumaat, 16 November 2012

Khutbah ILP " Hijrahkan Diri "



Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,

Saya menyeru dan berpesan kepada diri saya sendiri dan juga sidang

Jemaah sekalian, agar kita sama-sama meningkatkan ketakwaan kita kepada

Allah SWT dengan melakukan segala suruhan-Nya dan menjauhi segala

larangan-Nya. Semoga kita berjaya di dunia dan di akhirat

Mimbar pada hari ini akan membicarakan khutbah yang bertajuk “Hijrah Diri”.

 
Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,
 
Tahun baru 1434H seharusnya bahkan sewajibnya menjadikan kita lebih matang. Matang dalam berfikir, matang dalam beramal dan matang dalam menjadi seorang Muslim yang sebenarnya. Perubahan akan sentiasa berlaku dalam kehidupan hidup manusia. Kerana manusia itu pasti inginkan yang terbaik untuk dirinya. Maka bagi seorang Muslim, dia pasti inginkan yang paling baik untuk dirinya, bukan terbatas di dunia sahaja tetapi terbaik di akhirat. Bahkan meletakkan kebaikan akhirat melebihi segalanya.

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,

Sempena tahun baru 1434H, pada tanggal 02 Muharam ini, marilah kita

sama-sama merenung Firman Allah dalam surah an-Nisa' ayat 100:

Dan sesiapa yang berHIJRAH pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berHIJRAH yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berHIJRAH kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala HIJRAHnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [an-nisa’:100]

Marilah kita berHIJRAH menjadi seorang Muslim yang lebih baik.
Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,

Janganlah kita nilai harga sebuah HIJRAH itu pada luarannya sahaja. Jika manusia yang kita letak sebagai hakimnya, sudah pasti luaran yang akan kita utamakan kerana terbatasnya diri manusia untuk tahu melainkan yang luaran sahaja. Tetapi jika kita menjadikan Allah sebagai hakimnya, HIJRAH spiritual yang akan kita utamakan tanpa mengabaikan HIJRAH fizikal. Allah itu maha hebat maha mengetahui apa yang kita zahirkan dan apa yang kita sembunyikan.

Marilah kita berHIJRAH menjadi seorang hamba Tuhan yang lebih baik.
Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,

Peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w mengajar kepada kita 1001 hikmah yang wajar kita cari gali dan fahami. Ibrah dari segi persediaan HIJRAHnya, ibrah dari segi pelaksanaan HIJRAHnya dan ibrah selepas dari HIJRAHnya. Lihatlah betapa sangat patuh dan taatnya para sahabat-sahabat Nabi s.a.w kepada perintah Allah dan Nabi s.a.w. Sehingga Allah mengangkat mereka menjadi golongan yang sangat di dunia akhirat, dimuliakan penduduk bumi dan penghuni langit. Kuncinya kerana patuh akan perintah Allah tanpa sebarang keraguan, baik dalam perkara kecil sehingga kepada perkara besar, baik dalam urusan sendiri sehingga kepada urusan ummat.

Kerana mahalnya sebuah HIJRAH.

Dan sesiapa yang berHIJRAH pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berHIJRAH yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berHIJRAH kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala HIJRAHnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [an-nisa’:100]

Mulai HIJRAH kita dengan taubat kepada Allah, peliharanya dengan amal soleh. Suburkan nilai HIJRAH kita dengan menyatukan diri kita dengan kebaikan. Sertai program yang menjaga amal dan meningkatkan iman, dengar perkara yang menjaga amal dan meningkatkan iman, lihat perkara yang menjaga amal dan meningkatkan iman, bercakap perkara yang menjaga amal dan meningkatkan iman.

Jangan kita sia-siakan HIJRAH yang kita pilih hari ini.

Semoga Allah akan menerima segala amal kita. Semoga Allah akan mengampuni dosa-dosa kita. Semoga Allah akan menunjukkan kepada diri kita jalan yang lurus dan beri kekuatan kepada diri kita untuk mengikut jalan yang lurus itu.

Ahad, 11 November 2012

Moga 'Hijrah' sebelum Muharram 1433



Dunia kian menuju ke akhirnya.

Apabila dunia golongan iaitu Artis dan Atlet menjadi ikon kepada remaja kian merubah diri.
Sudah ramai artis meng'hijrah'kan diri dan kenyataan dari Pierra Andrea semasa berucap live di Majlis Anugerah Skrin 2012 kelmarin mengejutkan ramai orang..

sila hayati video di bawah

 
 

"Dan yang terakhir sekali,ini yang paling penting,tujuan saya hari ini,saya datang ke
sini,apa yang saya ingin katakan,anugerah yang paling hebat adalah
LA ILA HAILLALLAH (Shahadah), yang Allah berikan pada kita,letak dalam
hati kita,jaga lah kalimah ini,cari lah ia,kerana itu lah kemenangan yang sebenar
Allahu Akbar,Assalamualaikum..
peace,love Allah,love Muhammad"
-Pierre Andre-
~anugerah skrin 2012~

 
berikut antara rakan blogger yang turut membicarakan hal ini.
 
http://abuzarimmohamad.blogspot.fr/

Jumaat, 9 November 2012

memori ringkas keluarga Rosli Dungun

kami bertiga bersama Abang Rusli dan Isteri



Alhamdulillah syukur kami dapat bersinergi dengan keluarga Encik Rusli ayah kepada atlet berbasikal Amir Mustafa Rusli. Selepas jenazah kakak kepada Dato Zolkples embong iaitu Allayarhamha Kamariah Nurain bt Embong selamat disimpan selepas zohor. Kami dipelawa abang rosli untuk berehat dan membersihkan diri di rumahnya yang kebetulan tidak jauh dari tanah perkuburan.
Sempat bergambar dengan Fathi Haslam sdg ber'Spm' dan Afiq hakimi
Selepas mandi dan solat, kami tertidur sehingga jam 5 petang apabila Ybhg Dato' Zolkples mengajak mahu keluar minum petang.
Ikan celur tepung panas siap menanti kami..
Petang itu sebelum maghrib, kami tiba di rumah Abang Rosli namun di'tahan' sebentar untuk menikmati makan malam yang sungguh menyelerakan. kenangan bersama keluaraga nya walau hanya beberapa jam cukup terasa keikhlasan mereka sekeluraga.

Walau haslam anak ketiga sibuk study menghadapi spm paper sejarah esoknya dan juga persiapan walimah anak sulongnya pada 30 Nov namun sempat beramah dan menjamu bersama kami.
Kami berdoa dalam permusafiran agar keluarga mereka dirahmatiNya selalu...

Isnin, 5 November 2012

iktibar Qurban 2012



27.12.12 jam 9.00 pagi di kampung Tejong Daerah Chenang


Berikut komentar sahabat dalam permusafiran kemboja vietnam 2012 anjuran pkpu.net

1) Ustaz Sofian (Jakim) berkata :

Perlu brusaha utk cpai kjyaan dlm hidup perlu ada ilmu utk maju bntu mmbntu ssma islam nikmat kita di msia dbnding dng depa org islam sna abai kbrsihan dan lain lain..

2) bakal peguam pula :

kta mst bersyukur dgn ape yg kta ada,n ape yg ada di sekelilng kta bcoz xsemua org dpt rase ape yg kta miliki.Kta patut berkongsi ape yg kta ada selagi kta mampu bcoz membuat org lain gembira,hati kta turut rase senang n hepi malah dpt 'kredit' di akhirat nnt,insyaALLAH.Kta jgak mst gunekn hari ini dgn sebaiknye sbb esok belum tentu milik kta.Yg pentg,kita mst sentiasa berdoa semga ALLAH merahmati hidup kita dan semua umat islam.Wallahua'lam..

3) Ustaz hamdan Jakim Serawak pula :..

alhmdlh..petang ni baru blik kch..belum dpt berita lagi ttg ribut di miri..iktibar;lbh mengenali  kehidupan yg byk memerlukan ttg pengorbanan khusus kpd yg lbh memrrlukan...lbh bhyk perjlnn ke  negara spt itu blh menimbulkan keinssfan strusnya mensykuri apa yg kita ada..tq bro..

4) Ustaz Amin jakim..

Kita harus mensyukuri nikmat yg kita perolehi






Ahad, 4 November 2012

hijrah menuju-Nya 1434h






Apa lagi sesudah Ayyami Tasyrik (nahr), pastinya 10 hari lagi kita akan masuk tahun baru 1434 hijrah pula. Semasa Aidil fitri kita sudah kembali fitroh normal. Selepas itu menjadi lebih sempurna dengan 6 hari berpuasa. Titik 'pause' agung di tekankan. Selepas itu tiba bulan haj,bulan kemuncak aplikasi rukun islam terakhir..Bulan pengorbanan jenis pelaburan ihsan tahap tertinggi.

Persoalannya ; Apa yang telah kita korbankan untuk ISLAM?..

Ayuh! menuju Muharram dengan fokuskan perubahan diri menuju penghijrahan muslim yang muslih.

Yang memberi jenis terbaik untuk orang sekeliling.
Agar lebih aman ,damai untuk saham disana.

Setiap orang pasti mahu mengubah diri ke arah yang lebih baik.

Berikut adalah empat(4) cara yang boleh dipraktikkan untuk merubah diri secara sedikit demi sedikit:

1. Akui diri sebagai manusia yang lemah. Perlu kita mengakui bahawa kita adalah manusia yang lemah. Hanya ALLAH sahaja yang sempurna. Apabila kita akui hal ini, maka kita akan tetap bermotivasi untuk hidup dan proses untuk menjadi manusia yang lebih baik akan menjadi lebih mudah.

2. Sentiasa berdoa mengharapkan bimbingan, perlindungan dan bantuan daripada ALLAH SWT agar kita sentiasa dipermudahkan untuk menjadi manusia yang diredai-Nya.

3. Kurangkan aktiviti-aktiviti yang tidak berguna untuk dunia dan akhirat.

4. Keterbalikan untuk perkara ke-3 di atas, kita tukarkan perkara yang tidak bermanfaat dengan perkara yang lebih berguna seperti memperbanyakkan membaca buku, menyertai seminar, belajar ilmu Agama (atau kuliah Agama) dan sebagainya. Hanya ilmu yang akan dapat menjadikan kita lebih baik daripada hari semalam.

Lakukan empat langkah di atas secara konsisten pada setiap hari, dan lakukan ‘review’ terhadap perkembangan semasa.

Apabila kita sentiasa melihat pada tahap mana perkembangan kita, maka lebih mudah untuk kita merancang dan berusaha untuk terus merubah diri ke arah yang lebih hebat!

Lambaian Masjid Nguen Trai

Saya,Imam zakaria,Hj Halid & Dato' Rahman

Antara saat yang tidak dapat dilupakan ialah keterujaan diri untuk melihat sendiri bagaimana agaknya program tahlil di bumi Indochina. Hari selasa (30 Okt 2012) selepas menempuh perjalanan darat yang melepasi 8  jam  dari Phnom Penh melalui kampung Champa menuju sempadan Vietnam dan terus ke Ho Chin Minh.Kota selertan Veitnam.

Majlis itu diadakan selepas isyak di masjid nguen trai,pinggir Ho Chin Minh. Apabila bas kami bas no 3 tiba, tetamu dari Kedutaan belum tiba. Hanya wakil dari Syarikat GLC Petronas sahaja sudah tiba. kami sempat beramah mesra dengan warga islam dari kalangan orang muda muslim. yang muda sibuk menyiapkan hidangan dan golongan veteran pula berbincang dengan urusetia dalam masjid.


Solat isyak diimamikan oleh Ybhg Ketua Pengarah JAKIM Datok Othman Mustapa. Selepas tahlilan kami dihidangkan dengan ucapan balas dari imam Zakaria dan wakil kedutaan Konsul Jeneral Tuan Shazili. 

Selepas itu apa lagi makan malam jamuan aqiqah ala masakan melayu champa. Sedap sungguh macam manis seperti masakan orang kelantan. Ketika makan jamuan aqiqah malam itu,tetiba teringat wajah anak2 along razali, izzul abror dan anak fallanie.

Moga allah swt terima 'tebusan' pewaris jihad anak-anak kita.
 

Allahu fasyad

Jumaat, 2 November 2012

' Pengorbanan Tanpa Noktah '





Marilah kita bersyukur kepada-Nya di atas kejayaan Majlis Ibadah Qurban(MIQ 2012) samada di Bukit Jalil dan Kemboja/Vietnam.
Untuk makluman semua 3 ekor lembu (21 bahagian) di Malaysia dan 12 ekor lembu+ 5 bahagian (89 bahagian di Kemboja & Vietnam).




Mengikut maklumat penganjur pkpu Jakim berjaya mengumpul hampir 440 ekor yang mana 57 darinya ialah bahagian Aqiqah yang dibuat di Vietnam.

Kategori tim Uitm Ipoh dapat 31 ekor, tim felda dapat 7 ekor dan tim MSN dapat 12 ekor lebih.


Rombongan MSN telah diwakili saya dan Sdr Mohd Ridhuan Mohamed (atlet menembak elit) di mana Ekpedisi bermula 29-31 Okt 2012 merentasi 2 negara Indochina.

Ustaz Mohammad Hasnol Abu Bakar juga membawa sejumlah RM derma dan kain pelikat,jubah dan tasbih (baru) untuk sedekah 'hand to hand' kepada imam-imam di sana
.
Gambar berkaitan akan dimuatnaik dari masa ke semasa
Akhirnya, saya mengucapkan ribuan terima kasih buat kepimpinan MSN terutamanya YBhg Dato KP, En Rashid PBT dan En Rozaki yang memberi kepercayaan buat saya dan ridhuan mewakili warga MSN ke sana.
Sepanjang permusafiran saya berdoa khasnya buat kepimpinan MSN dan niat murni meraih emas pertama 2016 di Rio nanti diberkahi  dipayungi rahmahNya.
Uhei akan memperkasakan lagi aspek kerohanian atlet muslim menjurus kepada 2016 dengan aktiviti kerohanian seumpama ini insyallah.
Uhei percaya dengan mempertingkatkan jiwa perihatin atlet dengan membantu masyarakat marhen cukup membantu menjadikan atlet berdisiplin & berjiwa hebat.

Antara syor & cadangan selepas MIQ Kemboja 2012 ialah:
1) Syor agar kepimpinan tertinggi MSN turut menyertai Ekspedisi ini pada masa akan datang.
2) Wakil atlet ditambah bilangan kepada wakil (Elit,paralimpik & Pelapis) khasnya atlet yang akan ke sukan olimpik.
3) Warga sukan juga dicadangkan agar menyumbang mll sumbangan tertentu seperti Kain solat pelekat, buku yaasin selain Qurban Aqiqah Lembu. Kempen iklan Qurban pun akan dimulakan awal tahun termasuk bahagian korban lembu.
Di atas segala kelemahan terzahir dipohon kemaafan. Sungguh ekspedissi  tercapai sasaran agar hidup dengan pengorbanan.
'Hidup tidak berkorban ialah terkorban dalam kehidupan
'
Sekian wassalam.

Isnin, 8 Oktober 2012



SYUKUR ANTARA KEWAJIPAN  & LUARBIASA

MUQADDIMAH

Ketika Nabi Sulaiman a.s. mendapatkan nikmat anugerah dunia, beliau berkata,

“ Ini adalah bahagian dari anugerah  Allah, untuk mengujiku apakah aku bersyukur atau kufur.” (An-Naml: 40).

Manakala Qarun mendapatkan harta yang sangat banyak, dia mengatakan, “Sesungguhnya harta kekayaan ini, tidak lain kecuali dari hasil kehebatan ilmuku.” (Al-Qashash: 78).

Dua kisah menghasilkan akhir kesudahan yang berbeza. Nabi Sulaiman a.s. mendapatkan nikmat anugerah di dunia dan akhirat. Sedangkan Qarun mendapat azab di dunia dan akhirat karena kekufurannya akan nikmat Allah.

Demikianlah, jadual hidup manusia tidak terlepas dari dua golongan tersebut. Golongan pertama, manusia yang mendapatkan nikmat Allah dan mereka mensyukurinya dengan sepenuh hati. Manakala  yang kedua mendapat nikmat Allah dan berusaha bersyukur kepadanya.

Sedar atau tidak, hidup manusia tidak akan terlepas daripada menerima nikmat dan rahmat Allah.

Nikmat yang dikurniakan Allah kepada manusia adalah tidak terhitung banyaknya. Jumlahnya tidak dapat disukat dan ditimbang. Kita warga sukan khasnya para atlet sedia maklum hal ini.Kejayaan dalam pertandingan dengan kilauan kiluan pingat adalah nikmat anugerah dariNya samada sukan temasya seperti SUKMA, Sukan SEA dan Sukan Olimpik ataupun pertandingan selain itu.

Ini jelas dinyatakan Allah dalam firman-Nya bermaksud:-

"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang." -(Surah Nahl, ayat 18)

Tatkala artikel ini  ditulis satu majlis kesyukuran sedang dirancang selepas kejayaan kontijen Malaysia di  Sukan Olimpik  London 2012 dengan membawa 2 anugerah pingat perak dan gangsa bagi kedua kategori.

Majlis Kesukuran ini penting bagi memaknakan warga sukan menjadi golongan yang pertama agar warga sukan sentiasa ada Allah dalam setiap derap langkah usahanya.

NAS KEWAJIBAN

“Hai orang-orang yang beriman, makanlah diantara rezeki yang baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepadaNya kamu menyembah.” (QS. Al Baqarah: 172).

“Sesungguhnya apa yang kamu sembah selain Allah itu adalah berhala, dan kamu membuat dusta. Sesungguhnya yang kamu sembah selain Allah itu tidak mampu memberikan rezki kepadamu; maka mintalah rezki itu di sisi Allah, dan sembahlah Dia dan bersyukurlah kepada-Nya. Hanya kepada- Nyalah kamu akan dikembalikan.” (QS. Al Ankabut : 17)

 “Betapa zalimnya manusia, bergelumang nikmat anugerah  Allah tetapi tidak bersyukur kepada-Nya” (QS. Ibrahim: 34).

Di dalam Surah Ar-Rahman menyebutkan berbagai macam kenikmatan yang dianugerahkanNya  dan mengingatkan kepada manusia akan nikmat tersebut dengan berulang-ulang sebanyak 31 kali, “Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?”

MAKNA

Bersyukur ialah : pengiktirafan atau penerimaan suatu ihsan atau kebaikan. Seperti kita berkata : “Aku bersyukur kepada ALLAH” atau “Aku bersyukur atas segala nikmat dan kurnia ALLAH.”

Dari pengertian ini, jelaslah bahawa syukur itu ialah : Wujudnya kesan nikmat Allah atas hamba yang beriman melalui cetusan dari lidahnya akan pujian dan sanjungan melalui amal ketaatan.

Syukur adalah suatu cabang dari cabangan iman. Sifat-sifat yang tercetus dari cabang ini ialah seperti : sabar, redha, berserah, berharap, taqwa, khusyu’, ihsan, ibadah dan yang seumpamanya.

Syukur adalah amalan mahmudah yang boleh menarik nikmat seterusnya  dan kejayaan yang lain..cuba  kita ukirkan senyum kepada orang yg tidak kita kenali, perasan tak bahawa orang tersebut akan senyum kembali..Benarkan! setiap dari kita pasti pernah melalui pengalaman ini..

Tanda seseorang itu bersyukur ialah apabila gembira wujudnya nikmat pada dirinya, yang melorongkan jalan untuk beramal ibadat dan mendekatkan diri kepada-Nya.

Orang yang bersyukur kepada Allah akan memperbanyakkan ucapan syukur dan terima kasih kepada-Nya. Mereka akan mengerjakan ketaatan kepada Allah dan akan membesarkan nikmat sekalipun nikmat itu kecil saja.

Sesungguhnya bersyukur kepada Allah adalah perbuatan wajib ke atas setiap manusia. Ini jelas daripada firman-Nya bermaksud:-

"Syukurlah terhadap nikmat Allah jika kamu sungguh-sungguh menyembah kepada Nya." - (Surah an-Nahl, ayat 144)

Imam Al Ghazali mendefinasikan nikmat itu sebagai: setiap kebaikan, kelazatan dan kebahagiaan serta setiap kebahagiaan hidup 'ukhrawi' - hari akhirat

Secara umumnya, nikmat kurniaan Allah kepada setiap orang manusia dapat dibahagikan kepada dua iaitu:

1) Nikmat bersifat 'fitri' atau asasi iaitu nikmat yang dibawa oleh manusia ketika dilahirkan lagi.

2)Nikmat mendatang iaitu nikmat yang diterima dan dirasakan sewaktu-waktu tertentu.

LUARBIASA

Manusia yang hidup dalam keadaan selalu bersyukur sebenarnya mencipta keajaiban hidup. Jika syukur Allah berjanji akan ditambah-tambahkan lagi.

Bukankah Allah swt berfirman :

 “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu”

(Suroh Ibrahim Ayat 7)

Bersyukur dengan memberi apa yang ada. Dalam istilah agama konsep ini ada banyak seperti zakat (wajib) manakala sedeqah (sunat).

Nabi saw bersabda “ Tidak akan ada pernah harta berkurangan harta yang disedekahkan kecuali ianya bertambah..bertambah dan bertambah..” (HR At-Tirmizi)

CARA BERSYUKUR

Firman Allah swt :

“Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah shalat karena Tuhanmu; dan berkorbanlah.” (QS. Al Kautsar : 1-2)

“Bahwasanya Nabi SAW, apabila datang kepadanya suatu perkara yang menggembirakan atau mendapatkan kabar gembira, beliau langsung bersyukur sujud, bersyukur kepada Allah SWT.” (HR Abu Dawud)

Kesimpulan dengan cara :

1)    Jaga solat dan tambahi dengan solat sunnah

2)    Melakukan sujud syukur

3)    Suka terus berdo’a

4)    Melakukan sedeqah wajib (zakat) dan sedekah termasuk menyantuni anak yatim

5)    Melakukan ibadah qorban

Demikianlah, sesungguhnya memahami sesuatu konsep dalam Islam adalah penting dan memahami kepentingan syukur itu sendiri pastinya menjadikan seorang  itu dapat menjalani kehidupannya di bumi ALLAH ini dengan lebih sempurna.

Jumaat, 5 Oktober 2012

Lambaian ZulHijjah

Alhamdulillah syukur kini sudah di penghujung bulan zulkaedah.. kerja-kerja berkaitan Majlis Ibadah Qorban (MIQ) masih diteruskan. Hati ini teruja kepada AJK terpilih dimana mana masjid dan surau yang bertugas untuk ummah untuk menghidupkan syiar agama yang besar ini. terasa rasa menzahirkan pengorbanan telah bermula dengan ke sana sini menjayakan syiar nabi ibrahim ini.

Bilangan bahagian qorban utk MSN pun sudah hampir penuh 21 bahagian iaitu 3 ekor manakala untuk alternatif di Kemboja masih dibuka sehingga 20 Oktober 2012. Hanya RM 260 yang pahalanya untuk diri sendiri, kiranya berkemampuan ianya jatuh sunnah yang diberatkan. Ganjaran untuk diri sendiri takkan tak nak kot!


Syukur tahun ini penyertaan semakin bertambah. Fokus membentuk jatidiri warga sukan telah mula semakin lancar. Modul garis panduan ibadah Atlet atau dikenali sebagai GAPI telah masuk fasa seterusnya. Seolah-olah barisan Panel Kajian Syariah JAKIM seakan tidak sabar bertemu wajah berhujjah bersama sinergi dengan Ketua Panel GAPI lantikan MSN Dr Irwan Subri USIM pada Disember ini. 

Semoga UHEI semakin matang menerjah reruang dalam dunia sukan. Tahun depan 2013 pastinya dengan SUKMA dan beberapa penganjuran sukan oleh MSN di mana UHEI wajar bermedan dan beraksi sama naik dalam memperkenalkan kekuatan kerohanian dalam menjati wajah sebenar atlet negara. ia masih jauh namun kami telah mula melangkah ke depan.
Ungkapan jazakallahu khairan kasiran kepada Ybhg Datok Seri KP dan semua pengarah terutama Tuan PBT encik Ab Rashid Yaakub yang selalu memberi harapan dan dorongan menjayakan usaha ini.

Hasrat EMAS menuju Rio 2016 dengan perkasa kerohanian sudah mula sejak kepulangan london 2012. tugas ini besar namun keyakinan bantuan dari Allah tak pernah luntur. Anda ingin membantu kami Ayuh ! Pengorbanan sudah bermula Jom!


Selasa, 15 Mei 2012


HARI HARI, HARI IBU




Kemungkinan lagu ini mampu mengembalikan memoir lama ketika kita masih kecil lalu siapa yang senantiasa bersama kita..

Siapa yang menyokong kita..?

Tika ditimpa musibah kesdihan?

Tika mendapat tempat Berjaya ,siapa?

Memuliakan ibu adalah dituntut sepanjang tahun sepenuhnya. Menghormati ibu, menuntut keredhaannya, berkhidmat dan berbuat apa sahaja... kebaikan kepadanya adalah dituntut dengan tuntutan yang tegas (wajib) sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Perkara ini sudah diketahui umum oleh mana-mana manusia.

Cuma, orang-orang Barat menjadikan sebagai adat dan budaya dengan menetapkan satu hari dalam setahun untuk dijadikan sebagai Hari Ibu. Di mana pada hari itu anak-anak menghulurkan hadiah kepada ibu mereka untuk memuliakan dan sebagai tanda penghormatan.

Orang Islam pula, dari sudut syarak, tidak ada perayaan/hariraya melainkan Idul Fitri dan Idul Adha. Selain perayaan/hariraya ini, iaitu yang mengambil sempena sesuatu perkara, maka ia tidaklah lebih dari hanya sekadar merayakan sempena sesuatu itu sahaja. Contohnya, seperti apa yang dinamakan sebagai hari ibu, atau perayaan untuk peringatan sesuatu peristiwa tertentu.

Jika kita menganggap bahawa apa yang dinamakan oleh orang-orang barat sebagai hari ibu itu sebagai hari memuliakan/menghormati ibu hanya sebagai tambahan sahaja (kewajipan menghormati ibu telahpun siap kita laksanakan), maka di sana syarak tidak menghalangnya. Yang ditegah oleh syarak ialah jika perayaan berkenaan dianggap sebagai ‘id/perayaan dengan maksud syar’i. Begitu juga ditegah jika pembatasan menghormati dan memuliakan ibu hanya pada hari berkenaan sahaja. Jadi, jika dua perkara ini ternafi, maka tidak ada halangan untuk memuliakan atau menghormati ibu pada hari ibu.

Dilarang juga merayakan hari ibu kerana bertaklid kepada non muslim dan bertasyabbuh/menyerupai/meniru2 mereka.

Kita berpegang bahawa meniru-niru non muslim dan menyerupai mereka adalah tidak dibenarkan pada perkara-perkara yang khusus untuk mereka sahaja serta tidak mempunyai asas di dalam syariat kita. Adapun memuliakan ibu sebagaimana diketahui umum memang mempunyai asasnya di dalam syariat. Oleh itu, perkara ini tidaklah dapat dianggap sebagai meniru-niru/menyerupai non muslim yang ditegah.

HUKUM MENYAMBUT HARI IBU - SUATU KHILAFIYAH YANG TAK PERLU DIPERTENGKARKAN

(Oleh Syeikh Faisal Mawlawi):-



Memuliakan ibu adalah dituntut sepanjang tahun sepenuhnya. Menghormati ibu, menuntut keredhaannya, berkhidmat dan berbuat apa sahaja kebaikan kepadanya adalah dituntut dengan tuntutan yang tegas (wajib) sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Perkara ini sudah diketahui umum oleh mana-mana manusia.



Cuma, orang-orang Barat menjadikan sebagai adat dan budaya dengan menetapkan satu hari dalam setahun untuk dijadikan sebagai Hari Ibu. Di mana pada hari itu anak-anak menghulurkan hadiah kepada ibu mereka untuk memuliakan dan sebagai tanda penghormatan.



Orang Islam pula, dari sudut syarak, tidak ada perayaan/hariraya melainkan Idul Fitri dan Idul Adha. Selain perayaan/hariraya ini, iaitu yang mengambil sempena sesuatu perkara, maka ia tidaklah lebih dari hanya sekadar merayakan sempena sesuatu itu sahaja. Contohnya, seperti apa yang dinamakan sebagai hari ibu, atau perayaan untuk peringatan sesuatu peristiwa tertentu.



Jika kita menganggap bahawa apa yang dinamakan oleh orang-orang barat sebagai hari ibu itu sebagai hari memuliakan/menghormati ibu hanya sebagai tambahan sahaja (kewajipan menghormati ibu telahpun siap kita laksanakan), maka di sana syarak tidak menghalangnya. Yang ditegah oleh syarak ialah jika perayaan berkenaan dianggap sebagai ‘id/perayaan dengan maksud syar’i. Begitu juga ditegah jika pembatasan menghormati dan memuliakan ibu hanya pada hari berkenaan sahaja. Jadi, jika dua perkara ini ternafi, maka tidak ada halangan untuk memuliakan atau menghormati ibu pada hari ibu.



Dilarang juga merayakan hari ibu kerana bertaklid kepada non muslim dan bertasyabbuh/menyerupai/​meniru2 mereka.



Kita berpegang bahawa meniru-niru non muslim dan menyerupai mereka adalah tidak dibenarkan pada perkara-perkara yang khusus untuk mereka sahaja serta tidak mempunyai asas di dalam syariat kita. Adapun memuliakan ibu sebagaimana diketahui umum memang mempunyai asasnya di dalam syariat. Oleh itu, perkara ini tidaklah dapat dianggap sebagai meniru-niru/menyerupai non muslim yang ditegah.



When I am down and oh my soul, so weary
When troubles come and my heart, burdened be
Then I am still and wait here in the silence
Until you come and sit a while with me

(CHORUS)[2x]
You raise me up so I can stand on mountains
You raise me up to walk on stormy seas
I am strong when I am on your shoulders
You raise me up to more than I can be

(CHORUS)[2x]
You raise me up to more than I can be