Ahad, 21 Ogos 2011

Jangan Toleh Belakang...(Ayahku~selamat hari lahir~)



Itulah jalan yang penuh saadah (kebahagiaan). 
Walaupun itu adalah jalan yang payah, tetapi itulah jalan yang paling mudah.
Tidak ada jalan pintas!


Seronok sungguh pabila dapat berbuka dengan ibunda dan ayahanda tercinta..tetiba mengalir air mataku syahdu..teringat jika kela disaat tuaku adakah anak lelaki ku juga begini..

seru deru hati ini "Wahai suami! wahai anak lelaki jagai hati ibumu. Mereka adalah shurgamu..kebahagiaan perjuanganmu adalah bermula dengan Ibumu.."



semoga anak2 ku juga akan meraikan aku tika tuaku nanti walau sibuk dengan tugasan mereka menyara anakbini namun ibubapa tetap dihati..


Malam itu dihabisi dengan bersembang dengan mereka, sungguh puas hati ' spirtual hapiness'..
bekas teringat dengan kasih sayang mereka kepada saya dan hasnil sebagai anak kembar yang dibesarkan suasana urban city anak setinggan dengan penuh kerja keras..



Ayah dahulu dengan pelbagai jenis kerja dan tugasan pejabat dari kem Kentomen terus bekerja menjual apam balik, buat besi grill dan membuat batu block. pernah sekali kami berdua bermain bola dan bola terlanggar 5 batu block pecah.


Ayah begitu marah mengejariku.. hehehe ! cukup bermakna ayah! aku sungguh menyanjungimu..Ketegasanmu menjadi aku seperti ini. pasti angah lebih lagi..



Do’aku untuk Ayahibu selalu…
ROBBIGHFIRLII WALIWAALIDAYYA WARHAMHUMAA KAMAA ROBBAYAANII SHOGHIIROO
“ Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa ayah ibuku, sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangiku sewaktu aku masih kecil ”

Kita sama ayah. kini masaku sudah tiba tika 2 cucumu sudah pun masuk menengah.. pasti mereka aku harapkan menjadi insan berguna dan akan menyantuniku semasa tua nanti. jadi saya wajar menyantunimu agar anak2 akan menyantuniku pula nanti.


Lagu 'A Thousand Times' oleh Samy Yusuf cukup menyapaku untuk CHANGE, walau berkali jatuh dan bangun biar beribu..,Klik sini.


Akhirnya tepat jam 3.05 pagi selepas sempat lena 40 minit bergegas dari sg buloh ke puchong jaya memimpin qiam.


Tepat jam 7.10 pagi berhenti tazkirah, maaf haji terlebih 10 minit..janji berhenti tepat jam 7 pagi kerana takut jemaah mengantuk, rupanya tak mengantuk bersemangat jemaah kernateruja rasa jiwa dan kepuasan jiwa tak tergambar.



Sempat lagi promosi kita kecil susunan adinda ustaz hasnil dengan Rm1..dari 50 buah tinggal 12 sahaja..


pertama kali ana selepas ceramah tazkirahku setelah 10 tahun mempromosi buku. :-)

Seterus jom berkongsi tazkirah tentang Hawa Nafsu yang juga saya sentuh dalam tazkirah pagi itu.

Prinsip Asas Dalam Melawan Hawa Nafsu
Berikut 3 prinsip asas kaedah melawan nafsu. Tiga kaedah ini telah digariskan oleh ulama pakar dalam meneliti perjalanan hati dan nafsu manusia.

Dalam kitab Minhajul Abidin misalnya, Imam Ghazali telah menggariskan tiga prinsip asas berikut:
1. Menahan atau menyekat sumber kekuatannya.
Nafsu yang diumpamakan kuda yang liar itu boleh dijinakkan dengan syarat ditahan sumber yang memberikannya tenaga. Jadi, nafsu boleh dikawal dengan menahan makan (berpuasa).
Oleh sebab itulah dalam Islam kita diwajibkan berpuasa sebulan dalam setahun. Dan digalakkan juga berpuasa sunat hari-hari tertentu. Malah mereka yang belum mampu berkahwin, nabi Muhammad s.a.w. menganjurkan mereka menjinakkan nafsu seks dengan berpuasa.
Selain menahan perut daripada banyak makan, ada lagi beberapa sumber kekuatan nafsu yang perlu disekat. Antaranya, menahan pandangan (mata) daripada yang haram, telinga daripada mendengar sesuatu yang berdosa, mulut daripada berkata-kata yang dilarang, hati daripada sifat-sifat mazmumah dan lain-lain.
2. Membebankan nafsu itu dengan ibadah.
Setelah nafsu yang diumpamakan sebagai kuda liar itu disekat sumber kekuatannya, langkah seterusnya ialah dengan dibebankan ibadah tertentu terutamanya ibadah khusus yang berbentuk fardhu dan sunat.
Solat terutamanya, sangat diperlukan dalam kaedah ini semata-mata untuk 'menyeksa' nafsu. Bukan sahaja solat lima waktu tetapi solat malam (qiamulalil) sangat berkesan untuk menundukan hawa nafsu.
Begitu juga dengan zikrullah yang lain seperti membaca al-Quran serta wirid-wirid tertentu (yakni yang bersumberkan al-Quran,  hadis-hadis sahih dengan tunjuk ajar dan didikan syeikh atau guru yang benar serta mendapat petunjuk (mursyid).
Begitu juga dengan amalan sedekah, kerja-kerja amal, mengajar, belajar dan lain-lain amal kebajikan. Pokok pangkalnya, bebankanlah nafsu kita dengan ibadah hingga ia merasa letih untuk melakukan kejahatan.
Ingatlah nafsu itu tidak pernah puas dan kehendanya tidak terbatas, maka ibadah yang dapat menundukkannya hendaknya begitu juga. Jangan terbatas dan jangan dibatasi oleh rasa puas.
3. Berdoa minta bantuan Allah untuk menewaskannya.
Usaha menentang hawa nafsu hendaklah dimulakan, diiringi dan disudahi dengan berdoa kepada Allah.
Nafsu itu makhluk Allah, maka Allah sahaja yang mampu memudahkan diri manusia untuk menguasai dirinya sendiri (nafsu).
Bahkan, usaha awal kita untuk memperbaiki diri perlulah dimulai dengan membentuk komunikasi dan interaksi yang harmoni dengan Ilahi.
Hubungan ini dibentuk melalui doa. Jika Allah permudahkan, jalan mujahadah yang payah akan menjadi mudah. Bantuan Allah inilah yang sangat kita dambakan.

Malah inilah pesan Rasululllah s.a.w. kepada Muaz bin Jabal dengan katanya:
"Wahai Muaz, aku sangat cinta kepadamu. Maka selepas kau mengerjakan solat jangan sekali-kali kau lupa berdoa kepada Allah dengan doa ini:
"Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu."
Langkah-Langkah Jalan Mmujahadah
Langkah-langkah tersusun untuk melawan hawa nafsu seperti berikut:
1. Belajar mengenai sifat nafsu dan angkaranya.
Belajar mengenai sifat-sifat mahmudah dan mazmumah (ilmu akhlak atau tasawuf) adalah wajib.
Kita mesti mendapat ilmu yang digali daripada al-Quran dan Sunnah untuk mengetahui sifat-sifat nafsu, angkara kejatannya dan bagaimana melawannya. Para ulama telah mempermudahkan ilmu-ilmu ini mengikut kategorinya tersendiri.
2. Membina kesedaran dan keazaman yang tinggi.
Tidak cukup dengan mempunyai ilmu sahaja tanpa kesedaran dalam hati dan keazaman yang kuat untuk mengamalkannya. Bagaimana jika kita hanya ada senjata (ilmu) tetapi tidak ada keingininan yang kuat untuk mngamalkannya apabila diserang musuh?
Ilmu bukan untuk pengetahuan dan kefahaman semata-mata, tetapi yang lebih penting untuk diamalkan.
3. Mempraktikkan ilmu.
Inilah tahap yang paling sukar tetapi inilah tahap yang paling penting.
Perkara ini memerlukan satu iltizam yang kuat dalam diri kerana apa yang disukai nafsu adalah juga yang disukai oleh diri kita sendiri. Ramai orang yang tahu sesuatu kebaikan tetapi masih malas melakukannya. Dan ramai yang tahu sesuatu kejahatan tetapi masih tega melakukannya.
Semua itu kerana mereka belum 'mahu', dan baru sekadar 'tahu'.
Pengetahuan itu dicapai melalui proses belajar manakala kemahuan dibina dengan mempraktikkan apa yang telah kita pelajari. Dengan mempraktikkan ilmu barulah ilmu yang bertapak di akal dapat dipasakkan ke dalam hati. Oleh sebab itu 'tahu' tempat letakkannya di akal tetapi 'mahu' itu letaknya di hati.
4. Terus melatih diri dan bersifat konsisten melawannya.
Ramai juga orang yang telah tahu dan mahu melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan, tetapi tidak lama, mereka berpatah semula ke belakang. Bak kata peribahasa Melayu sekadar "hangat-hangat tahi ayam". Mereka tidak berdaya untuk konsisten (istiqamah) dalam kebenaran.
Apa yang perlu ialah latihan yang berterusan agar tahap pengetahuan dan kemahuan itu diteruskan hingga ke tahap kemampuan.
Imam Ghazali berpesan nafsu tidak dapat dikalahkan dengan tergesa-gesa. Kehendaknya tidak boleh ditekan sekali gus melainkan perlu ditahan secara bertahap-tahap.
Latihan menundukkan hawa nafsu ini perlu dilaksanakan sedikit demi sedikit tetapi istiqamah selaras dengan sabda Rasulullah s.a.w.:
"Amalan yang baik ialah amalan yang berterusan (konsisten) sekalipun sedikit."
"Alah bisa, tegal biasa," begitulah nafsu yang jahat jika dilatih berterusan untuk melakukan kebaikan, akan terbiasalah nafsu itu dengan kebaikan dan kebajikan.
Sampai ke tahap ini, nafsu itu akan menjadi tenaga penggerak atau kenderaan (kuda tunggangan) kepada manusia. Umpama, racun pada ular senduk – di situ ada racun, di situlah juga ada penawarnya.
Sebab itu ditegaskan berkali-kali bahawa nafsu itu bukan untuk dihapus tetapi untuk diurus.
Jika diuruskan dengan baik, nafsu akan membawa kepada kemajuan rohaniah dan material dalam kehidupan.
Nafsu seks yang diurus melalui pernikahan yang sah, akan memberi ketenangan, keberkatan dan rahmat dalam diri suami dan isteri. Ia juga meneruskan kesinambungan zuriat yang akan menjadi tenaga penggerak kepada pembangunan ummah.
Begitu juga nafsu makan yang terurus, akan memberi tenaga untuk beribadah dan menyebabkan terbentuknya jaringan perniagaan, industri makanan, hub halal, inovasi dan teknologi makanan dalam bidang bioteknologi dan sebagainya.
Manusia yang dibekalkan dengan unsur nafsu inilah yang menjadi sebab mereka dilantik menjadi khalifah di muka bumi – bukan malaikat, kerana dengan nafsu makmurlah muka bumi ini dengan pembangunan yang bersendikan hukum Allah.
Sebaliknya, malaikat tidak mempunyai potensi ini kerana mereka sepi daripada sebarang keinginan dan rangsangan. Namun, jika nafsu tidak terurus manusia akan jatuh ke tahap yang lebih hina daripada haiwan (makhluk nafsu tanpa akal).
Rujuk I luv Islam , Klik disini

Mari Tewaskan Nafsu..


Ramadhan: Mari Kalahkan Nafsu


Nafsulah yang sangat menghalang diri manusia daripada bertaqwa. Oleh itu langkah pertama untuk bertaqwa ialah memerangi hawa nafsu itu. Nafsu mengajak kita lupakan Allah, lalai akan-Nya, tidak peduli akan-Nya, tidak menyembah-Nya dan melanggar perintah-Nya.

Nafsu menghalang kita daripada bersyukur kepada Allah, daripada sabar dengan Allah, daripada redha dengan Allah, daripada tawakal dan harap kepada Allah. Maka lawanlah nafsu kita agar hati tidak dikuasainya, supaya kita syukur, sabar, redha, tawakal dan harap kepada Allah.

Nafsu mendorong kita bersifat sombong, takabur, hasad, dengki, dendam kesumat, buruk sangka, bakhil, cinta dunia, pemarah, kasar, ujub, riyak dan lain-lain sifat mazmumah.

Oleh kerana sifat nafsu yang asal (ammarah) itu sentiasa mengajak, mendorong atau menyuruh ke arah kejahatan, maka nafsu itu perlu dilawan, dikalahkan dan dilumpuhkan segala kehendaknya. Ajakannya mesti kita lawan. Kita ajak hati kita berazam untuk menjadi hamba Allah yang sedar dirinya hamba, punya sifat kehambaan dan berakhlak sebagai hamba seperti merendah diri, berkasih sayang dengan orang mukmin, pemurah, berbaik sangka, pemaaf, lemah lembut dan lain-lain. Berjanjilah dengan diri dan bersungguh-sungguhlah untuk membuang sifat mazmumah supaya  diganti  dengan sifat mahmudah itu.

Allah SWT perkenalkan sifat nafsu kepada kita:

وَمَآ أُبَرِّئُ نَفۡسِىٓ‌ۚ إِنَّ ٱلنَّفۡسَ لَأَمَّارَةُۢ

“Sesungguhnya hawa nafsu sangat mengajak kepada kejahatan.” (Yusuf: 12:53)

Kerana itu juga Allah SWT perintahkan berpuasa, kerana puasa itu salah satu cara untuk melawan nafsu. Perintah puasa itu matlamat akhirnya agar kita memperolehi taqwa.

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِڪُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (Al-Baqarah: 2:183)

Sila rujuk Blog ustaz Fadli Yusof di sini

Melatih Diri Menahan Nafsu dan Syahwat


Satu artikel lain dalam I luv Islam cukup baik untuk direnungi

Sabtu, 20 Ogos 2011

Suboh ke20 membentuk sinergi




Rindu dengan masjid yang ramai jamaah. Rezeki dapat mengantikan Us Khairy Abdullah. Bertemu sahabat us suhaimi, us ridwan, us hasan fadli dan us maliki. Mereka adalah Imam di masjid tersergam indah ini. dari wajah mereka tergambar kesungguhan 10 hari berbaki. malam tadi us Hasan fadli mengimami qiam di sini. 

Ana tanya ustaz ridwan " berapa juz anak dah hafaz" dia menjawab " dah 16 hjuz kini jadi imam di puchong" teringat along di MIA dan Angah di RTA semoga mereka berdua terus suksess dalam hafazan. Hanya 3-4 tahun sahaja di target untuk menjadi hafiz dan hafizah. Abah ummi selalu mendoakanAmeen 

Pagi setelah berkuliah suboh bersama jemaah Masjid Muqarrabin Tasek Selatan. Tajuk Piala Taqwa :sejauh mana".. terasa indah bersalaman dengan jamaah apabila tamat sambil berselawat yer ternyata kepuasan ruh adalah segalanya bernama 'Spritual Hapiness'

Samy Yusuf semasa remajanya

Pagi ini juga tetiba teringat sahabat Ateh Zuhairi dan pesanan dalam fb bahawa antara lagu yang cukup bermakna dalam hidupnya ialah Lagu 'MAKE ME STRONG' oleh Samy Yusuf.

...Ya rabb, menitis airmata bercucuran pabila saya menghayati llirik ini..benar sahabatku..terima kasih atas sebuah ukhuwwah ini.

Lagu ini merupakan sinonim denagn pencarian diri ini.
Hari terus bermakna..
Ya rab, fasyhad..




MAKE ME STRONG-by SAMI YUSUF

Saya tahu saya menumnggu
Menunggu sesuatu
Sesuatu yang berlaku kepada saya
Tetapi menunggu ini datang dengan
Ujian dan cabaran
Tiada apa-apa dalam kehidupan adalah percuma
Saya ingin yang entah bagaimana
Anda akan beritahu saya keluar dengan kuat
Bahawa pada hari itu saya akan ok
Tetapi kita tidak akan tahu sebab
Itu bukan cara ia berfungsi
Membantu saya mencari jalan saya


Tuhanku menunjukkan saya betul dengan yang salah
Berikan saya cahaya membuat saya kuat
Saya tahu jalan yang panjang
Membuat saya kuat
Kadang-kadang ia hanya terlalu banyak
Saya rasa saya telah hilang sentuhan
Saya tahu jalan yang panjang
Membuat saya kuat
Saya tahu saya menunggu
Kerinduan untuk sesuatu
Sesuatu yang hanya diketahui oleh saya
Menunggu ini mula dengan
Ujian dan cabaran
Kehidupan adalah satu misteri
Saya ingin yang entah bagaimana
Anda akan beritahu saya keluar dengan kuat
Bahawa pada hari itu anda akan memaafkan saya
Tetapi kita tidak akan tahu sebab
Itu bukan cara ia berfungsi
Saya mohon belas kasihan anda
Tuhanku menunjukkan saya betul dengan yang salah
Berikan saya cahaya membuat saya kuat
Saya tahu jalan yang panjang
Membuat saya kuat
Kadang-kadang ia hanya terlalu banyak
Saya rasa saya telah hilang sentuhan
Saya tahu jalan yang panjang
Membuat saya kuat.

Jom menjejak malam ini malam ke 21


Imam Ghazali ra meramal jika ramadan bermula Isnin maka malam ke 21(malam ni )


Untuk maklumat Al-Qadar rujuk juga disini

Khamis, 18 Ogos 2011

Ukhuwwah Membuah CHANGE

ATEH ZUHAIRI
dulu sahabat fb kini di alam realiti

Beliau memperkenalkan LUA dalam Magnet kejayaan Diri dan Organisasi di MSN..seorang motivator yang hebat.

Sila rujuk biodata beliau disini. Bermula perkenalan di alam maya, saya mengikuti kata-katanya di wall fb dan tertarik dengan modul LUA. Jauh disudut hati menanam azam agar dapat bertemu wajhan li wajhin dengannya.

Benar bahwa Allah mengikut sangkaan hambanya..dari fb dan emel berbalas dan akhirnya bertemu di Bukit Jalil. Semua itu kerja Allah swt. Pewrancang utama niat dan misi hamba2nya. Akhirnya MSN bersetuju bermula pada tarikh kerama 16-18 Ogos untuk latihan HR staf MSN..

Sesungguhnya 3 hari berlalu dengan sebuah makna dalam kesedaran kehidupan rasa kehambaan dan teruja melitupi perasaan 28 peserta MSN. Air mata tak tertahan menitis khasnya pada hari kedua dan ketiga. Apabila setiap slot mampu menyentuh hati nurani peserta. Menyapa jiwa sepi..

Lebih menarik rupanya dia merupakan suami ustazah Hazida Hasaan kawan baik zaujah di jordan dahulu. bahkan ustaz Uda pun dia amat kenali..dunia ini kecil sahaja.

Ya Allah aku bersyukur diatas nikmat sebuah ukhuwwah ini. 

Berikut ada 3 Proses L.U.A
  1. FAITH ( KEPERCAYAAN)
  2. ASK ( MEMINTA-DOA)
  3. RECEIVE(MENERIMA)
Seterusnya  point dari blog Hafiszo Othman, Klik



Apa kita rasa bila 'connection' broadband atau talian telefon bimbit kita terganggu? 
Adakah kita rasa yang sama apabila 'connection' kita dengan yang Maha Penghubung terganggu?


 Ramadan ini line Clear..Jom terus baiki conection kita


Jom istighfar dan mohon keampunan.

 AstaghfirulLah al-Azim 

Ukhuwwah menuju CHANGE

Sabtu, 13 Ogos 2011

Jom Jimat dalam Ramadan




Bulan puasa dan penjimatan. Ramai yang menyangka bila masuk bulan puasa, kita boleh berjimat. Namun, awas jika kita tidak berwaspada dan bersedia, maka segala penjimatan yang kita bayangkan itu tidak akan ke mana.

Merancang perbelanjaan di bazaar ramadhan
1. Buat list pembelian makanan berat dan kuih dan air. Cukup sekadarnya sahaja. 
2. Jangan luang masa terlalu lama berjalan dari hujung ke hujung dengan alasan mahu meninjau gerai-gerai lain.

3. Berpakat dengan rakan sepejabat, serumah, atau adik beradik untuk berkongsi wang atau pilihan pembelian. Misalnya ada 4 orang, seorang beli air, yang lain beli buah, makan, dan kuih. Ini juga adalah salah satu tips menyediakan makanan bagi orang berbuka puasa yang akan memberikan pahala berganda kepada kita.
4. Letakkan bajet yang strict contohnya hanya RM5 bagi air dan kuih dan RM5 untuk makanan berat. Disiplinkan diri!
5. Bawa wang secukupnya sahaja mengikut bajet. Sorok wang yang lebih.
6. Jika anda merasakan bahawa tip-tip di atas tidak berkesan untuk anda, kirimkan sahaja kepada kawan yang mampu mengawal perbelanjaan dan nafsu membelinya. Anda juga dapat menyelamatkan pahala puasa anda dari melihat aurat yang tidak sepatutnya di bazar ramadhan :)

nota dari i luv islam

Khamis, 11 Ogos 2011

Majlis Berbuka Puasa 2011 anjuran MSN





Puisi Memoir Majlis Berbuka

Hari bersejarah buat warga sukan
Ianya bermakna bagi siapa yang 
mahu menyantuni orang berpuasa makan dan minum
Menyantuni 54 orang anak yatim 
bersama 14 pelajar tahfiz
Ianya bermakna orang yang nak menambahkan koleksi pahala
dan menyakini ianya bakal terjadi

Buat sahabat NSH, ini peluang bertemu sahabat2 yang bertebaran 
dalam  dunia dakwah namun dimensi yang berbeza


Hanya jiwa tergambar seronoknya bersama Imam Muda Ammar
dan Ustaz Tirmizi Ali AQ ke 4 mengimami Solat Isyak dan Terawih.
kepuasan terzahir pada wajah Prof Zul Kadir
Mana pernah program bilalnya IM dan Imamnya AQ!
hanya di MSN..

Semoga majlis ini dimanfaat warga sukan khususnya atlet
faedah spiritual strengh 
cukup besar..
namun hanya bagi yang Ulul Albab
yang ada mata hati 
yang ada sedar dan cakna

ramadan dan dah 11 hari..
apa yang telah dicapai
kalau diet sahaja tak cukup
kalau yang wajib tak dang buat







persiapan kerohanian menuju sea games 2011

PERSEDIAAN KEROHANIAN MENGHADAPI PERTANDINGAN : SUATU
ANALISA MENURUT AL-QURAN


Tips untuk menjadi atlet cemerlang yang cemerlang  dalam konteks persiapan kerohanian menghadapi mana–mana pertandingan  membawa nama baik malaysia. Ianya sebagai pelengkap setelah persiapan kekuatan fizikal dan mental sudah mencapai tahap maksima.
Apa kata kita renungkan kembali tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al Mukminun :

1.Keyakinan dan  kepercayaan
“Sesungguhnya BERJAYALAH orang-orang yang beriman.” [23:1]
Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Sistem Keyakinan dan kepercayaan inilah yang menjadikan atlet bermotivasi sebenarnya seterusnya berkeyakinan dan segala problema yang datang dapat di atasi dengan mudah. Tanpanya kita mudah menyalahkan taqdir, ketegangan perasaan dan hilang semangat. Ini berbalik kepada sistem kepercayaan dan bagaimana seriusnya atlet mahu terus membina sistem ini secara berterusan? Menjaganya dan membajainya..!

2. Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati.
“iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.” [Al-Mukminun :2]
Dalam istilah agama dipanggil khusyuk. Bayangkan Allah SWT mewajibkan 5 kali sehari untuk kita bersolat dalam keadaan khusyuk khasnya pada waktu lengah manusia supaya dapat stabil fokus dalam kehidupan. Ini bermakna memang Allah swt mahu kita selalu fokus dalam urusan kehiudpan.. Ini termasuk urusan dunia dan akhirat. Do one thing at a time. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Be passionate in it. Bukan sambil lewa.
3. Keutamaan (Prioriti)
“dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna).” [Al-Mukminun:3]
Kebiasaannya dalam menghadapi musim pertandingan yang penuh pressure, kita cenderung untuk berehat dengan hiburan, movies, korean series, games, dll sehinggakan selalunya melebihi daripada hadnya. Bukan tidak boleh. However, the best thing to do during your break is to take wudhu’, solat hajat or recite Quran so that we will be closer to Allah, Bagi  non muslim, pergilah ke tempat keugamaan masing-masing. Ini boleh menambahkan motivasi dalam pertandingan yang bakal malah boleh kekuatan kerohanian “spiritual strengh” yang diperlukan.

4. Cakna (Sharing is Caring)
“dan orang-orang yang menunaikan zakat.” [23:4]
Walaupun sedang berada di saat-saat genting menghampiri pertandingan, janganlah atlet bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, Sudah banyak aktiviti atlet berkongsi cakna dengan Rumah Orang Tua dan Rumah Anak Yatim. Ini bagus untuk diteruskan khasnya apabila menghampiri pertandingan-pertandingan besar. Care about each other
5. Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan
“dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.” [Al-Mukminun :5,6,7]
Janganlah kita menggunakan alasan sukan untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan dot dot. Sesungguhnya batasan hubungan kena dijaga. Sebarang pelanggaran bakal memudaratkan diri atlet itu sendiri disamping mengundang kemurkaan Allah SWT.  Padahal Allah swt  sentiasa ada, sentiasa melihat Al-Bashir. Pasti ada hikmah larangan ini.

6. Jujur, amanah
” dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya.”
 [Al-Mukminun:8]
Bukankah kita telah berjanji dengan pihak sponsor, MSN dan Negara kita untuk belajar bersungguh-sungguh dan score well in our games? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dgn Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang atlet yang telah dipinjamkanNya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana insyaAllah.
its time to say “Bismillahi tawakkaltu ‘ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil ‘azim.”

7. Masa itu adalah kehidupan

“dan orang-orang yang memelihara solatnya.” [Al-Mukminun:9]
Ini bermaksud ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian atlet. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan, and to maintain keeping up with our effort continously, akan istiqamah. Ini boleh di simpulkan dengan perkataan Punctual, and particular.
Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk amalan ritual semata-mata. Highlight utama dalam ayat tersebut supaya kita sangat menjaga hubungan kita dengan Allah kerana kita akan kembali mengadapNya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa pingat berkilau diperolehi. Kejayaan hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah. Mengukur diri agar selalu bersyukur senantiasa. Semoga berjaya dunia akhirat.

“Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka.” [Al-Baqoroh :201]


Rabu, 10 Ogos 2011

Kegemilangan Islam Fi Ramadan


“Bulan Ramadan yang diturunkan Al-Quran di dalamnya, sebagai petunjuk kepada manusia, sebagai penjelas dari petunjuk dan Al-Furqan (pembeza hak dan batil)” (Al-Baqarah)
Bulan Ramadan bukan hanya terkenal sebagai pusat latihan ibadah kepada umat Islam, malah ia juga terkenal dengan peristiwa besar dalam sejarah Islam antaranya:
BULAN DITURUNKAN AL-KITAB
Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan. Bulan yang diturunkan di dalamnya (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pemisah antara yang benar dan salah. Para pakar tafsir dan hadis merekodkan, Allah juga menurunkan kitab-kitab dan suhuf iaitu kitab-kitab kecil selain Zabur, Taurat, Injil dan Al-Quran kepada para rasul terdahulu pada bulan Ramadhan.
PERANG BADAR
Pada hari Jumaat, 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ. Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri.


Peperangan ini adalah suatu yang luar biasa apabila tentera Islam yang kurang jumlah, lemah daripada sudut kelengkapan dan berpuasa dalam bulan Ramadhan memenangi pertempuran Perang Badar. Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah. Orang yang berjuang demi mencapai keredhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. Allah menegaskan dalam Surah Aali ‘Imran ayat 123 hingga 125 bermaksud,“Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang Badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukuriNya”.
Baca seterusnya Klik sini

Khamis, 4 Ogos 2011

SKRIP DOA PERHIMPUNAN KBS SEMPENA RAMADAN 2011


الحمد الله رب العالمين.
والصلاة والسلام على أشرف الانبياء والمرسلين وعلى ءاله وصحبه أجمعين.
اللهُمَّ انْشُرْنَا شُعُورُ الْمَحَبَّةِ بَيْنَنَا * وَارْبِطْ قُلُوْبَنَا بِالْكَرَاْمَةِ
وَاَحْسِنْ اَخْلاَقَنَا بِالنُّوْرِ وَالْهِدَاْيَةِ * وَثَبِّتْ قُلُوبَنَا بِكُلِّ الرِعَاْيَةِ
YA ALLAH, YA RAHMAN NU BIL IBAD
WAHAI TUHAN KAMI

SEGALA BENTUK PUJI DAN SYUKUR KAMI PANJATKAN KEHADRATMU
DI ATAS KURNIAAN RAHMAT DAN NIKMAT KEPADA KAMI,
SEMOGA KAMI YA ALLAH TERGOLONG DARI GOLONGAN ASSYAKIRIIN

اَللَّهُمَّ يَا مُـجِيْبَ السَّاْئِلِيْنَ

JADIKANLAH PERHIMPUNAN MESRA BULANAN KEM BELIA DAN SUKAN DI BULAN RAMADAN INI SEBAGAI SUATU MAJLIS YANG DIBERKATI DAN DIRAHMATI
JADIKANLAH YA ALLAH PARA PEGAWAI KBS DARI KALANGAN HAMBA-HAMBAMUMU YANG AMANAH YANG DAPAT MENJALANKAN TUGAS DENGAN SEMPURNA DENGAN LEBIH GIGIH DAN CEMERLANG.

YA ALLAH YA ZALFADLI WAL IMTINAN

DARI SIFAT IHSANMUJUA, KAMI MEMOHON AGAR DIKURNIAKAN NIKMAT DAN RAHMAT BERPANGJANGAN
LINDUNGILAH KAMI DARI SEGALA KEMURKAANMU.
PERMUDAHKANLAH YA ALLAH DALAM MELAKSANAKAN TUGASAN YANG DI AMANAHKAN.

BIBARAKATIL RAMADHAN WA SYIAM

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِقَاءَنَا  هَذَا بِالرَّحْمَة
وَافْتِراْقِنَا من بعده المَغْفِرَةَ وَخَاتِمُنَا بِالسَّعَادَةِ
ر ِبنا آتنا فى الدنيا حسنة وفى الآخرة حسنة وقنا عذاب النار
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه اجمعين والحمد لله رب العالمين

_____________________
Program anjuran MSN sebagai tuan rumah