Jumaat, 19 Februari 2010

Anda : Pengurus Masa !


Tetiba aje kita sudah di minggu ke3 dalam bulan febuari 2010..dan tetiba sudah masuk bulan rabiul Awal.. minggu depan sudah cuti lagi ( hari Jumaat) Dalam post kali ini, saya ingin berkongsi dengan semua pembaca sekalian tentang petua atau cara yang saya amalkan dalam usaha untuk mendapatkan masa yang berkat.

Sama-samalah kita cuba amalkan yer.

1. Bangun awal pagi

Cuba bangun pagi seawal yang boleh. Setidak-tidaknya 30 minit sebelum Subuh. Kalau saya nak senaraikan kelebihan bangun awal ni, memang ada banyak sekali. Namun, cukuplah saya katakan bahawa, kalau bangun awal, kita akan dimurahkan rezeki oleh Allah.

2. Amal baca 100 ayat setiap pagi

Seboleh mungkin, cubalah peruntukkan masa 15~30 minit untuk baca 100 ayat pada setiap pagi. Saya amal surah waqiah 96 ayat campur surah al insyirah. Tak kiralah nak baca sebelum Subuh ker, selepas Subuh ker, dalam kereta masa pergi kerja ker, atau boleh juga dibaca sebelum masuk pejabat. Surah Yaasin banyak sekali kelebihannya. Menurut Ustazah Fatimah Az-Zahra, Surah Yaasin adalah surah yang memudahkan. Sesiapa baca surah Yaasin pada awal pagi, insyaAllah segala urusan atau kerja nya selama satu hari itu akan dipermudahkan. Tak percaya? Cubalah amalkan. InsyaAllah anda pasti akan merasai kesannya.

3. Senaraikan kerja yang perlu dilakukan

Pada setiap pagi, sebelum memulakan apa-apa kerja, senaraikan semua perkara atau kerja yang perlu anda bereskan hari itu. Buat perancangan. Tetapkan ‘daily goal’ anda. Buat pelan tindakan. Atur strategi anda dalam menyelesaikan kerja-kerja anda.


*Pastikan anda TULIS pada kertas, bukan ingat dalam kepala saja. Sebab, dengan menulis kerja yang anda ingin lakukan, anda tidak akan lupa. Dan tulisan anda itu sebenarnya akan memberikan kesan psikologi yang mendalam kepada diri anda dan memberikan semangat untuk menyelesaikan kerja anda itu dengan segera.

4. Jangan tangguhkan kerja, laksanakan sekarang juga

Tekadkan dalam hati, sentiasa bisikkan pada diri ; “Saya tak akan tangguhkan kerja saya. Saya akan siapkan kerja saya sekarang juga.”

Kalau anda berasa malas, berhenti rehat seketika, cuba lihat kembali senarai kerja yang perlu anda lakukan. Sambil lihat senarai kerja anda, cuba katakan pada diri anda, “Saya tak akan tangguhkan kerja saya. Saya akan siapkan kerja saya sekarang juga.”

5. Sentiasa bawa buku bersama anda

Apabila ada saja masa lapang, ketika tunggu bas ker, masa panaskan enjin kereta ker, masa dalam lift ker, masa tunggu giliran di bank ker, buka buku yang anda bawa tu dan bacalah.

Percaya atau tidak, dengan amalkan sentiasa bawa buku ke mana saja ini, saya berjaya membaca sekurang-kurangnya 2 buah sebulan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan