Selasa, 30 Mac 2010

Memang Malaysia Boleh!


Pemain Mesir patuh agama

KAHERAH: Jurulatih Mesir, Hassan Shehata hanya mahukan pemain yang mematuhi ajaran Islam dan berkata pemilihan pasukannya adalah berdasarkan sikap alim dan skil seseorang pemain itu.

Kemasukan aspek agama dalam sukan adalah sebahagian daripada gerakan agama konservatif negara itu, sedikit demi sedikit dalam beberapa dekad kebelakangan ini dengan lebih ramai umat Islam bersembahyang di masjid, wanita berpurdah di tempat awam selain mengurangkan sikap tolak ansur dengan penganut agama Islam sekular atau golongan minoriti Kristian. Tidak ada pemain beragama Kristian dalam skuad itu yang mempertahankan kejuaraan Piala Negara Afrika di Angola.

Sudah bertahun-tahun atlit Mesir menunjukkan sifat warak mereka di depan peminat dan media dengan bersujud untuk berdoa sebagai tanda terima kasih selepas menjaringkan gol atau meraikan kemenangan atau berdoa sebelum perlawanan bermula bagi memohon kejayaan daripada Tuhan.

Namun komen Hassan mengenai aspek agama dalam sukan adalah satu senario yang baru.

Beliau yang dipetik dalam akhbar di Kaherah sebagai berkata,

skil saja tidak mencukupi untuk mendapat tempat dalam skuad kebangsaan bimbingannya.

Beliau berkata ‘taat kepada agama’ adalah faktor utama dalam pemilihan pemain.

“Tanpa faktor itu, kami tidak akan memilih mana-mana pemain, tidak kira potensi yang dimiliki,” katanya.

“Saya selalu mahu memastikan pemain menyarung jersi Mesir adalah mereka yang mentaati perintah Tuhan.”

Sebuah akhbar bebas al-Shorouk memetik Hassan sebagai berkata, Ahmed ‘Mido,’ yang dipinjamkan dari kelab England Middlesborough ke kelab Mesir, Zamalek digugurkan tidak lama selepas dipilih kerana tidak memenuhi ciri-ciri pemain warak yang dimahukan pengurus pasukan itu.

Mido digugurkan empat hari selepas dipilih bulan lalu dan keputusan itu nyata mengejutkan selepas Mesir kehilangan Amr Zaki, bekas pemain kelab England, Wigan yang disisihkan akibat kecederaan serta pemain tengah menyerang, Mohammed Abu Trekka.

Mido, yang terkenal dengan aktiviti sosialnya berkata, dia berasa terhina dengan pengguguran itu.

Hassan, bekas pemain tengah kreatif Mesir, tidak berselindung mengenai peranan besar yang dimainkannya dalam menyeru pemain agar mentaati agama.

Beliau sering dilihat berdoa oleh berjuta-juta peminat yang menonton televisyen ketika perlawanan. Beliau juga selalu meminta penyokong supaya berdoa untuk pasukan kebangsaan.

Kelmarin, Hassan memberitahu bagaimana beliau memujuk penyerang Mesir, Mohamed Zidan yang bermain untuk kelab Jerman, Dortmund, agar bersembahyang.

“Saya tidak suka dengan caranya yang kerap bersendirian tanpa bergaul dengan pemain lain,” kata Hassan mengenai Zidan. “Saya meyakinkannya mengenai betapa sembahyang itu penting dan wajib. Sejak itu, dia sudah mula bersembahyang.” - AP

______________________________

Ini lah usaha yang UHEI sedang usahakan.

Tidak semudah itu. Namun usaha kearah bermotto 'Kekuatan ruhiyah dicanai kilauan pingat digapai"..

kemahuan bukan sekadar datang dari ustaz di lapangan sukan namun WAJIB datang dari orang dalam sukan itu sendiri seperti jurulaltih,pegawai sukan MSn , persatuan mahupun atlet sendiri..Setahu saya kini bukan sekadar pemain bola Mesir tetapi pemain Hoki Mesir pun cukup hebat.

Pengalaman yang diceritakan oleh Coach Azlan Bakar mengenai sikap atlet hoki Mesir yang menghidupkan jemaah dan solat bersama di hotel di KL tahun lalu menggambarkan serius Mesir kepada keperluan ruhiyyah dalam sukan..

bagaimana kita! Atlet Malaysia.. insyallah we on the way dan on the road..

Jom bersama uhei ! katakan m'sia boleh dan Memang Malaysia Boleh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan