Sabtu, 6 Mac 2010

tersenyum pun jangan!

HARGA SEBIJI KARIPAP

Seorang murid di tanya oleh guru matematiknya.

"Jika sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapakah harga untuk tiga biji karipap?". Tanya gurunya.

"RM 1 cikgu!". jawab murid itu spontan.

"salah tu". tegur si guru penuh kasih sayang.

"mungkin amir tak paham soalan, biar cikgu ulang semula, dengar betul-betul.

mSebiji karipap berharga empat puluh sen, berapa harga tiga biji karipap?". Amir tetap memberi jawapan RM1

"Salah tu Amir,cuba kira betul-betul". Respon si guru dengan sabar

"Tapi cikgu, tiap-tiap pagi bila saya pergi membeli karipap di warung berhampiran rumah saya
, makcik jual kuih tu selalu kata;
"kueh karipap sebiji empat puluh sen, tiga biji seringgit!"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan