Isnin, 4 April 2011

Cerita Demam Campak..


Sejak mutaakhir ini, saya dapati ramai individu yang dijangkiti demam campak. Terutamanya bagi mereka yang tinggal di asrama. Lagilah mudah nak kena, kan?


Alongku tidak terlepas juga. Minggu lepas guru warden MIA menalipon umminya agar mengambilnya di asrama. Tengah malam itu juga jam 12 lebih malam tiba di Banting.
Gelap sungguh suasana kampung Sg Kelambu yang damai. Selepas kuliah Maghrib di Hulu Langat. Jam 10 lebih bergerak dari Bukit Jalil to Putrajaya !8km pakai MEX Highway pastu Putrajaya ke Dengkil menjadi 31km then Dengkil ke Banting lagi 23km.

Apabila wira ku tiba depan pejabat Agama Banting meter kete dah menunjukkan 50km..kena melalui Teluk Datok (TLK DTK) naik jambatan masuk kiri pejabat UMNO dan sebelum pasar masuk kiri..namun malam dah gelap tak sesuai (baca :Tak berani) melalui situ so kena lalui Sg Lang juga....Akhirnya sampai di hadapan MIA 61KM

Justeru itu, ada satu petua demam campak yang ingin saya kongsi Iaitu dengan memanfaatkan khasiat daun semambu. Menurut pengamal perubatan tradisional, daun semambu ni mampu mengurangkan rasa miang pada seluruh badan.

Biasanya, Pokok Semambu (Melia Indica) boleh didapati pada halaman rumah masyarakat India. Selalunya mereka menjadikan ia sebagai pokok teduhan. Ataupun ia juga boleh ditemui di kawasan-kawasan tanah biasa.

Cara menggunakan khasiat daun semambu ini adalah seperti berikut:


1. Ambil beberapa helai daun semambu dan bersihkannya.

2. Selepas dibersihkan, tumbukkan hatta lumat bersama-sama dengan sedikit beras. Anda juga boleh tambahkan sedikit kunyit jika ada.

3. selepas itu, sapukanlah bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi pada seluruh badan.

Tips lain ialah :
  1. Jika campak dah kering, jangan di garu dan biarkan tanggal sendiri, nanti berparut
  2. Jika perlu mandi,silakan ,mandi pakai dengan air semambu umpama sabun

Selamat mencuba..
semoga tidak menjangkit kepada yang lain..
terima kasih atas nasihat ibunda Halimah dan sdr Haris yang membantu mengambil di bukit dalam MSN, daun semambu..Hanya Allah membalasi kalian
Ya Robb. Isfi Syifaan Aajiilan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan