Khamis, 7 April 2011

Bersejarah..surau MSN

Serius...Hj Ir Razak mengeluarkan idea bersama pegawai JKR


Hari ini 7 April 2011 khamis jam 10.30 pagi di bilik mesyuarat tkt 4 di adakan satu mesyuarat berkaitan pembinaan surau MSN bersama pegawai JKR dengan pegawai Bahagian Harta kemudahan MSN.
 Apa yang seronoknya ana diberi peluang bersama  berbincang mengenainya termasuk pelan cadangan seperti contoh Surau IKBN Jitra..

Lawatan tapak..yang  macam botak itulah saya bersama En Jalil (JKR)

"Ramai orang JKR datang meeting dalam bab bina rumah Allah, masing-masing berusaha menjana pahala menjariah ke sana"' ujar Ir Razak..en Jalil  dan En razali tersenyum sengih sahaja..Ana mengiyakan hujah Presiden Kelab kesayangan warga sukan.

Untuk makluman pembaca saya hanya mampu mendengar apabila orang dalam dunia kejuruteraan berbincang jadi ana rasa tak berapa faham dengan beberapa istilah engineering sampai tersenguk-senguk juga..

Perbincangan hampir 2 jam lebih dalam pelbagai sudut termasuk dewan solat ber aircond, tandas, bilik air termasuk keperluan pejabat UHEI hampir bilik imam. Cadangan keperluan menjangkau 200-250 jemaah dalam satu-satu masa. Kepada Ir Hj Abd Razak dan Sdr Raizal diucapkan syukran jazilan..

Ya Allah permudahkan urusan ini. 


Semoga hasrat dan impian Ybhg Dato' Ketua Pengarah berjaya direalisaiskan akhirnya mahukan surau jumaat dapat dilaksanakan untuk kemudahan warga sukan..

Surau MSN berharga hampir 1 juta mampu direalisasikan untuk kebaikan ummah warga sukan ..


Semoga MENCANAI rohani warga sukan terdiri atlet, jurulatih dan pegawai sukan dapat terus berjalan dengan sempurna..Ameen.


Tidak lupa takziah kepada Encik Zakal yang ibunya perginya Hajah Ainon Hjh Shamsiah..Baca sini

1 ulasan:

  1. Semoga Di Doakan Pembinaan Surau Mendapat Restu Dr Semua Pihak Samada KBS Mahupun Warga MSN/ISN...InsyAllah, Saya n Hj Razak Akan Berusaha Menamatkan Penantian Sekian Lama Warga MSN/ISN....

    Mohd Raizal Muhamat Yaakop
    Bahagian Harta & Kemudahan
    Majlis Sukan Negara Malaysia

    BalasPadam