Sabtu, 25 Jun 2011

beberapa hari meninggalkan Rejab 1432H



Perkara yang kedua ialah kehadiran Rejab ini,     sebenarnya merupakan bermulalah persiapan
 
untuk menyambut Ramadhan secara rasminya. 

Rajab dan kemudiannya diikuti oleh Sya’ban merupakan mukadimah rasmi kepada Ramadhan.

Ramadhan adalah bulan yang sangat mulia dan mempunyai signifikasi yang sangat tinggi dengan kerohanian ummah.

Saya teringat satu buku sederhana yang bertajuk ”Fadhilat Ramadhan” tulisan Hadrat Syaikhul-Hadith Maulana Muhammad Zakariyya Al-Kandahlawi.

Buku kecil ini bukan sahaja memperkatakan tentang kelebihan dalam bulan Ramadhan, malah turut membincangkan apa sebenarnya persiapan yang perlu dibuat bagi memaksimumkan manfaat dapat bertemu dengan Ramadhan.

Sekiranya kita meneliti kehidupan Rasulullah SAW dan para Sahabat RA; adalah begitu jelas betapa sensitifnya mereka dengan apa sahaja yang berkaitan dengan kehidupan Akhirat. Bagi mereka, Ramadhan adalah satu perkara yang begitu ditunggu-tunggu. Ditunggu dengan penuh kerinduan. Ramadhan dinanti dengan penuh iman dan ihtisab. Dengan penuh cinta. Semuanya ini kerana mereka faham, apa itu sebenarnya Ramadhan.

Imam Ahmad dan At-Tobarani telah meriwayatkan bahawa, apabila tibanya bulan Rejab, Rasulullah SAW akan berdoa dengan doa ini:


اَللّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَبَ وَ شَعْبَانَ وَ بَلِّغْنَا رَمَضَان


(Ya Allah, berkatilah bagi kami di dalam Rejab dan Sya’ban ini, dan ketemukanlah kami dengan Ramadhan!)

Lihatlah, kata-kata doa ini adalah lahir daripada hati dan bibir Rasulullah SAW yang suci-murni. Inilah gambaran kesungguhan dan sensitifnya Rasulullah SAW dengan kehadiran Rejab.


Kita pula, bagaimana?

Nota asal adalah dari Blog Ustaz Gunawan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan