Isnin, 26 Julai 2010

Bayang RM112 sahaja !


"India telah mencipta komputer riba termurah di dunia yang direka khusus untuk pelajar pada harga RM112 sahaja. Komputer itu dijangka diperkenalkan kepada institusi pendidikan tinggi bermula 2011. TAPI di Terengganu SEKOLAH RENDAH dibekalkan komputer riba yang berharga RM1,000. Patutlah India boleh beli 80 helikopter tentera baru pada harga RM 2.1 Billion, TAPI Malaysia beli 12 helikopter pada harga RM1.6 Billion.





1 helikopter di beli Malaysia untuk TUDM, boleh beli 5 helikopter baru tentera India.


********************************

Komputer riba India RM112.12

Berita Harian 25 Julai 2010


NEW DELHI: India muncul dengan komputer riba termurah di dunia, peralatan komputer skrin sesentuh yang berharga hanya sekitar AS$35 (RM112.12). Menteri Pembangunan Sumber Manusia India, Kapil Sibal minggu ini mengumumkan peralatan perkomputeran riba kos rendah yang direka khusus untuk pelajar, menyatakan jabatannya mula berunding dengan pengeluar global untuk memulakan pengeluaran secara besar-besaran tidak lama lagi.


“Kami sudah mencapai satu tahap pembangunan pada hari ini, papan induk, cip pemproses, sambungan, semuanya kos terkumpul sekitar AS$35 (RM112.12), termasuk memori, paparan dan segala-galanya,” katanya pada sidang media.


Beliau berkata peralatan sesentuh itu dipasang dengan pelayar internet, pembaca PDF dan kemudahan persidangan video, namun perkakasannya dicipta dengan fleksibel bagi membolehkan komponen baru ditambah mengikut keperluan setiap pengguna.


Kapil berkata peralatan komputer berasaskan Linux itu dijangka diperkenalkan kepada institusi pendidikan tinggi bermula 2011, namun sasaran itu ialah untuk menurunkan lagi harganya kepada AS$20 (RM64.07) dan pada akhirnya sehingga AS$10 (RM32.04).


Peralatan itu dibangunkan oleh pasukan penyelidik di institusi teknologi terkemuka India, Institut Teknologi India dan Institut Sains India.

India membelanjakan kira-kira tiga peratus daripada bajet tahunannya untuk pendidikan sekolah dan memperbaiki kadar kecelikan kepada lebih 64 peratus daripada sejumlah 1.2 bilion penduduknya.


Kajian yang dijalankan sebelum ini menunjukkan ramai pelajar tidak begitu mahir membaca atau menulis dan kebanyakan sekolah kerajaan tidak memiliki kemudahan mencukupi. – Reuters




1 ulasan:

  1. setakat nak menaip buat kerja sekolah tu ok. tak perlu ada wireless, atau program2 yang tak perlu.. bibang juga kita zaman sekarang anak2 lebih advanced dari mak bapak.

    BalasPadam