Jumaat, 16 Julai 2010

Khutbah Menarik !!


Antara intipatinya

Pada hari Jumaat yang mulia ini mimbar mengingatkan bahawa pergaulan bebas adalah punca utama penzinaan. Ketahuilah bahawa seorang lelaki yang mendekati wanita pada dasarnya ia telah mendekati pintu perzinaan. Seorang lelaki yang memberi tumpuan penuh pandangan kepada wanita bererti ia telah mendekati perzinaan. Begitu pula dengan mereka yang senang melayari gambar-gambar porno di internet, menonton video lucah adalah mendorong kepada perzinaan. Termasuk juga orang yang sudah bertunang dan menyangka bahawa setelah bertunangan ia boleh melakukan apa saja terhadap calon isteri adalah bercanggah dengan ajaran Islam. Firman Allah dalam surah al-Israa’ ayat 32:

Yang bermaksud: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.”

Kita perlu ingat bahawa orang yang berzina akan menerima azab siksa yang sangat pedih di neraka Jahannam. Kepanasan api neraka adalah 70 kali ganda kepanasan api yang ada di atas dunia ini. Dalam beberapa hadith disebutkan di akhirat kelak, Allah SWT tidak menegurnya, tidak menyapanya dan tidak memandangnya. Ketika perbuatan berzina berleluasa dan pintu-pintu menuju perzinaan juga terbuka luas yang kelihatan sukar disekat, maka ketahuilah bahawa musibah bersiap sedia datang menerpa kita. Seberapa dekat kita dengan pinti-pintu menuju perzinaan, sedekat itu pulalah musibah yang akan diturunkan oleh Allah SWT. Musibah mungkin tidak menimpa diri kita tetapi akan menimpa anak cucu kita misalnya turut terjebat dengan amalan perzinaan.
Nafsu seks adalah fitrah anugerah Allah SWT kepada manusia untuk mewujudkan kasih sayang dan mendapatkan ketenangan dalam kehidupan. Bagaimana pun perlepasaan dan pembebasan hawa nafsu hendaklah dilakukan secara halal iaitu melalui perkahwinn yang sah.


Rujuk selanjutnya sila layari

http://www.islam.gov.my/khutbahjakim/
_____________________________________________________________________________________

Seperti biasa minggu ketiga hamba dhoif diamanahkan berkhutbah di hadapan jamaah di jalan kuchai lama.

Allhamdulillah berusaha mencari isu terkini relevan dan kontemporari untuk halwa bekalan jamaah. Allhamdulillah dapat 1 tajuk "Pengurusan hawa Nafsu" asalnya dari teks JAKIM yang berbunyi " Hidup Keluarga satu ibadah"

Sebeum azan sempat tazkirah 12 minit menyampai 2 point penting berkaitan Israk Mikraj iaitu :

1) Peristiwa ini mengkoreksi sejauhmana kekuatan AQIDAH kita (baca : Keyakinan)
2) Mutu solat ummah dengan hadis mikraju ummati Assolah..

Terasa puas sungguh di hati kerana Hidup untuk menyumbang (syukran ustaz saiful.com atas tazkirah pagi ikim.fm)

Ya Allah berikan kekuatan luar biasa untuk beramal dengan apa yang ku katakan tadi dan beristiqomah ..Ameen

Selepas jumaat bertemu BAI mamak penjual roti sempat mebeli roti kesukaan zaujah dan pulang mentarbiyyah Angah dan angah bertanya "apa yang abah cita-citakan saya"
Abah menjawab " Abah berbangga sekiranya anak abah berjaya meghafaz Al-quran" Angah tersenyum ...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan