Sabtu, 22 Mei 2010

Anak-Anak & makanan



Bau makanan buka selera anak

RAMAI ibu bapa berasakan oleh kerana anak-anak mereka sudah cukup 'besar' untuk ke sekolah, mereka juga telah cukup matang untuk memilih makanan sendiri. Anak-anak yang bersekolah berada dalam peringkat umur yang mudah dipengaruhi. Mereka meluangkan lebih banyak masa bersama rakan dan terlibat dalam aktiviti kokurikulum.

Televisyen dan komputer menjadi teman setia apabila mereka pulang ke rumah. Besar kemungkinan itulah sumber utama yang mempengaruhi mereka, bukan orang yang paling penting dalam hidup pada masa itu - iaitu anda.

Guru-mari saling mendoakan


Doakan guru tanda kasih sayang

Jasa pendidik curah ilmu tidak mungkin terbalas dengan segunung harta


TARIKH 16 Mei tiap tahun penting dan cukup bermakna kepada negara. Hari yang diraikan khusus untuk mengingati segala budi dan jasa guru dalam menggerakkan masyarakat ke arah pembinaan bangsa dan negara. Merujuk istilah Arab, seorang guru itu hasil daripada gabungan lima eleman penting membabitkan muallim, murabbi, mursyid, muaddib dan mudarris. Muallim bermaksud orang yang menjayakan proses menyampaikan ilmu, murabbi pula orang yang menjayakan tarbiyah, mursyid orang yang membimbing, menentukan kehidupan dan nilai yang betul, muaddib orang yang menjayakan adab manakala mudarris orang yang mengajar mata pelajaran.

Khamis, 20 Mei 2010

Antara Kejadian di Mesir!!

KAHERAH, 15 Mei - Kecekapan Pihak Keselamatan Mesir terbukti apabila beberapa orang pencuri dilakangan warga tempatan Mesir ditangkap dalam tempoh tidak sampai 48 jam. Kecurian yang berlaku di rumah sewa pelajar Kelantan kelmarin menyebabkan mereka kehilangan 3 buah komputer riba, 6 buah telefon bimbit, dan 1 hardisk komputer. Ketika pencuri tersebut ditangkap kira-kira jam 9.30 malam. Pihak Keselamatan Mesir terus menghubungi Presiden PMRAM Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime untuk memberitahu tentang penangkapan tersebut.

Jenis Ini Yang Dinantikan…



KISAH BENAR!!!(BUKTI GAMBAR DISERTAKAN..)


Assalamualaikum Semua Warga BP,

Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu
panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) talah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah . Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.

Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21
tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu. Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahaja solat Asar berakhir.

Jumaat, 7 Mei 2010

Kronologi Isu Remaja Ditembak-Renungkan

Berdasarkan apa yang diceritakan oleh kawan mangsa, inilah perjalanan terakhir hidup

Aminulrasyid Amzah…

Pemilik kereta yang digesel dalam kejadian awal malam itu, tampil mengesahkan sebahagian kenyataan saksi utama, Azamuddin Omar bahawa kereta beliau memang terlibat.

Seorang penunggang motosikal yang mengejar Aminulrasyid dan terjatuh, turut membuat laporan polis sejurus selepas kejadian itu berlaku pada 26 April lalu.

Polis juga mengaku yang kereta mereka dipintas kemudian mengejar kereta Aminulrasyid sehingga di Seksyen 11 sebelum tayar kereta mangsa ditembak dan menyebabkan kenderaan itu terbabas dan kemudian mangsa mati ditembak Polis.