Rabu, 28 Julai 2010

Bermotivasi seperti dia....


Bermotivasi Wahai Da'ie


"
Iktibar Daripada Kisah Para Rasul


Dalam menempuh liku-liku perjuangan, kadang kala keyakinan menjadi goyah. Kadang kala terasa ingin berehat daripada amanah ini. Boleh jadi kerana merasa sedikitnya insan yang menyahut seruan dakwah ini. Justeru, diri merasa amat kerdil dan sepi dalam berjuang. Boleh jadi kerana rintangan yang terpaksa dihadapi. Amat berat sehingga terpaksa berpenat lelah dan berkorban apa sahaja. Tiada yang pelik kerana Rasulullah s.a.w. juga pernah berduka kerana mehnah dan tribulasi yang terpaksa ditempuh bersama para sahabat ridhwanullah ajma’in. Lantas Allah S.W.T. menjemput baginda mengembara dalam pakej satu malam dari Makkatul Mukarramah ke Baitul Maqdis kemudian di angkat ke Sidratul Muntaha. Daripada peristiwa inilah, Rasulullah dan para sahabat menjadi lebih bermotivasi untuk berjuang di jalan Allah S.W.T.



Banyak pengajaran yang diperoleh oleh Rasulullah dan ummat Islam daripada peristiwa ini. Di antaranya ialah ganjaran yang baik bagi orang-orang yang beriman dan pembalasan yang buruk bagi orang-orang yang kufur kepada Allah S.W.T. Inilah berita gembira bagi seluruh ummat Islam. Satu perkara yang membakar semangat Rasulullah ialah dapat bertemu dengan sekalian Rasul. Setiap Rasul menghadapi mehnah dan tribulasi yang bukan sedikit jika dibandingkan dengan apa yang dihadapi oleh manusia biasa. Marilah kita mengambil sedikit iktibar pengubat duka dengan menjiwai apa yang dihadapi oleh para Rasul.


Nabi Nuh a.s.


Janganlah kita bersedih kerana sedikitnya pengikut atau manusia yang sudi menerima risalah Islam. Nabi Nuh a.s. telah berdakwah selama 950 tahun! Tempoh yang begitu panjang. Malangnya, hanya 80 orang yang mengikuti ajarannya. Jika kita membahagikannya dengan tahun bererti dalam sepuluh tahun hanya seorang yang beriman! Apa yang lebih memeritkan, anaknya sendiri tidak mahu bersama dengannya walaupun di saat nyawa di hujung tanduk ketika bala air bah besar.

Nabi Luth a.s.

Janganlah kita bersedih lantaran ada di antara keluarga kita yang belum mengikuti atau menerima perjuangan yang kita dokong. Mari kita selami kedukaan Nabi Luth a.s. Baginda beriman kepada bapa saudaranya Nabi Ibrahim dan mendampinginya dalam semua perjalanan dan sewaktu mereka berada di Mesir. Baginda berdepan dengan masyarakat yang amat rosak akhlaknya terutama merompak dan homoseksual. Lebih mendukacitakan, baginda dikhianati oleh isterinya sendiri yang kufur kepada Allah dan RasulNya.

Nabi Ibrahim a.s.

Nabi Ibrahim a.s. berdepan dengan kaumnya yang enggan menerima ajaran Islam. Baginda juga diperintahkan oleh Allah S.W.T. untuk member peringatan kepada Raja Namrud yang mengaku sebagai Tuhan. Dakwah Nabi Ibrahim kepada kaumnya bukan sahaja tidak diterima bahkan akhirnya beliau dihumban ke dalam api besar yang marak. Allah S.W.T. menyelamatkan Nabi Ibrahim a.s. daripada kejahatan kaumnya dan juga Raja Namrud sekalipun bapanya sendiri tidak sedikit pun menghulurkan pertolongan kepada baginda.

Nabi Isa a.s.

Nabi Isa putera Maryam hanya mempunyai 12 orang pengikut yang setia. Merekalah yang disebut sebagai al-Hawariyyun di dalam al-Quran.

Nabi musa a.s.

Nabi Musa a.s. berdepan dengan Firaun, seorang raja yang zalim dan mengaku sebagai Tuhan. Firaun mempunyai kekecualian iaitu memelihara Nabi Musa a.s. sejak kecil yang merupakan bayi daripada Bani Israel. Dia tidak membunuh Nabi Musa setelah dipujuk oleh isterinya, Asiah. Seorang permaisuri yang beriman walaupun berada di sisi suami yang sangat kejam dan kufur. Menerima wahyu daripada Allah, Nabi Musa diperintahkan untuk berdepan dengan Firaun yang juga merupakan bapa angkatnya. Mulai dengan hujah yang baik, akhirnya pembalasan Tuhan sampai kepada Firaun yang tetap kufur kepada Allah.


Nabi Muhammad s.a.w.


Nabi Muhammad s.a.w. sebelum diangkat menjadi Rasul begitu disayangi oleh kaum kerabatnya dan masyarakat Quraisy di Makkah. Namun, setelah baginda menyampaikan seruan Ilahi, Abu Lahab adalah penentang yang paling awal di kalangan Kaum Musyrikin Makkah. Abu Lahab adalah bapa saudara baginda sendiri yang begitu baik dengan baginda sejak kecil lagi. Bayangkan betapa sedihnya Rasulullah s.a.w. berdepan dengan orang yang dikasihi dan pernah mengasihinya.

Hidayah Milik Allah

Janganlah bersedih kerana kurangnya manusia bersama dengan kita atau tiadanya insan yang kita sayang bersama mendokong perjuangan ini. Sesungguhnya tugas kita hanyalah memberi peringatan. Sedang hidayah adalah milik Allah. Dia berikan kepada sesiapa yang dikehendakinya. Jangan kita menilai keberjayaan dakwah pada hasilnya tetapi pada usahanya dan niatnya.


“Maka, berikanlah peringatan (Wahai Muhammad, kepada manusia, dan JANGANLAH BERDUKACITA kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah pemberi ingatan. Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu). Akan tetapi, sesiapa yang berpaling (dari kebenaran) serta kufur ingkar... Maka Allah akan menyeksanya dengan azab seksa yang sebesar-besarnya.”


(Surah An-Nahl : 36)


-----------------------------------------------------------------------------

Tahniah buah Skuad UHEI dan kawan-kawan PSJ


Semenjak MATAFIS uhei dan kwan2 agak sibuk...macam2 program digerakkan untuk golongan warga sukan (adakah mereka tersedar)..MATAFIS 2010 ke CAB kepada LARALK kepada PeaCe dan terakhir MPPQ bulan Ogos...untuk perhimpunan bulanan Atlet pada khamis 29 julai ade Spiritual talk bertajuk "ahlan ramadhan" oleh penceramah jemputan.

Ana pula terpaksa bergegas ke kursus penulisan teks khutbah JAWI 2011 di TTDI..
buat anak buah di UHEI tahniah..

Anda terbaik dan pasukan terbaik..selalulah betulkan niat kalian..sebagai pemimpin senantiasa berusaha berbuat terbaik..dan sanggup berkerja sampai tak dang minum makan...tak lupa ahli PSJ yang bertamu di Puchong tempohari..kepada Kcp anda boss yang menjiwai kehendak anak-anak buah semoga Allah merahmatimu..

Dulu tika bersama sebuah ngo..berpunca datang kekecewaan tertentu menikam kepimpinan bahkan ianya AMANAH sebagai orang dalam dan langsung tak menggambarkan AKHLAK dalam berorganisasi lalu diri ini mengundur kerana diri tidak sesuai bersama, betapa seriusnya ..Itulah keputusan namun keputusan tetap keputusan ..mahu atau tidak,suka atau tidak suka....

Akhirnya keje dakwah tetap berjalan...pastikan dan pastikan..

Jom jadikan diri kita umpama atau seperti As-Syahid Hasan Al-Banna..teringat bhw diri ini pernah bertemu dengan anaknya di cairo dahulu..

Isnin, 26 Julai 2010

Bayang RM112 sahaja !


"India telah mencipta komputer riba termurah di dunia yang direka khusus untuk pelajar pada harga RM112 sahaja. Komputer itu dijangka diperkenalkan kepada institusi pendidikan tinggi bermula 2011. TAPI di Terengganu SEKOLAH RENDAH dibekalkan komputer riba yang berharga RM1,000. Patutlah India boleh beli 80 helikopter tentera baru pada harga RM 2.1 Billion, TAPI Malaysia beli 12 helikopter pada harga RM1.6 Billion.





1 helikopter di beli Malaysia untuk TUDM, boleh beli 5 helikopter baru tentera India.


********************************

Komputer riba India RM112.12

Berita Harian 25 Julai 2010


NEW DELHI: India muncul dengan komputer riba termurah di dunia, peralatan komputer skrin sesentuh yang berharga hanya sekitar AS$35 (RM112.12). Menteri Pembangunan Sumber Manusia India, Kapil Sibal minggu ini mengumumkan peralatan perkomputeran riba kos rendah yang direka khusus untuk pelajar, menyatakan jabatannya mula berunding dengan pengeluar global untuk memulakan pengeluaran secara besar-besaran tidak lama lagi.


“Kami sudah mencapai satu tahap pembangunan pada hari ini, papan induk, cip pemproses, sambungan, semuanya kos terkumpul sekitar AS$35 (RM112.12), termasuk memori, paparan dan segala-galanya,” katanya pada sidang media.


Beliau berkata peralatan sesentuh itu dipasang dengan pelayar internet, pembaca PDF dan kemudahan persidangan video, namun perkakasannya dicipta dengan fleksibel bagi membolehkan komponen baru ditambah mengikut keperluan setiap pengguna.


Kapil berkata peralatan komputer berasaskan Linux itu dijangka diperkenalkan kepada institusi pendidikan tinggi bermula 2011, namun sasaran itu ialah untuk menurunkan lagi harganya kepada AS$20 (RM64.07) dan pada akhirnya sehingga AS$10 (RM32.04).


Peralatan itu dibangunkan oleh pasukan penyelidik di institusi teknologi terkemuka India, Institut Teknologi India dan Institut Sains India.

India membelanjakan kira-kira tiga peratus daripada bajet tahunannya untuk pendidikan sekolah dan memperbaiki kadar kecelikan kepada lebih 64 peratus daripada sejumlah 1.2 bilion penduduknya.


Kajian yang dijalankan sebelum ini menunjukkan ramai pelajar tidak begitu mahir membaca atau menulis dan kebanyakan sekolah kerajaan tidak memiliki kemudahan mencukupi. – Reuters




Periksa kesihatan selalu..


Panduan Asas Tekanan Darah

Kategori Systolic (mm Hg) Diastolic (mm Hg)
Optima < 120 dan < 80
Normal < 130 dan < 85
Normal (tinggi) 130 - 139 dan 85 - 89


Tekanan Darah Tinggi

Tahap 1 140-59 atau 90-99
Tahap 2 160-179 atau 100-109
Tahap 3 Lebih 180 atau lebih 110


Cara Kawal Takanan Darah Tinggi :

1. Kurangkan berat badan
2. Bersenam
3. Kurangkan pengambilan garam & ambil menu yang sihat
4. berhenti merokok
5. Kurangkan pengambilan kafein
6. kurangkan tekanan
7. Lakukan pemeriksaan tekanan darah secara berkala.


Fakta :

1. Dihidapi seorang bagi setiap dua wanita Melayu
2. Ramai tidak sedar alami penyakit kerana tidak sensitif dan tidak mahu buat pemeriksaan
3. 62% tahu sakit tetapi enggan makan ubat
4. Ramai lebih percaya kaedah alternatif


Kesan :

1. Komplikasi kardiovaskular
2. Serangan jantung
3. Kegagalan ginjal
4. Angin ahmar


Isnin, 19 Julai 2010

Tazkirah Ambang Nisfu Sya'ban


Sempena bulan Syaaban dan malam Nisfu Syaaban,

Dari kitab Sahih Al-Bukhari dan kitab Al-Mutajir Ar-Raabih fi thawab Al-Amal As-Soleh karangan Al-Hafiz Ad-Dimyaty. “Nisfu” bermakna separuh atau 14hb. Kitab Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim adalah rujukan paling utama dalam Islam selepas Al-Quran.

Abdullah b Yusuf menyampaikan kepada kami, dari Malik, dari Abi An-Nadr, dari Abi Salamah, dari Aisyah ra. dia berkata (bermaksud), “Adalah Rasulullah saw berpuasa sehingga kami mengatakan dia tidak berbuka. Dia saw berbuka sehingga kami mengatakan dia tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat Nabi saw berpuasa penuh satu bulan melainkan (dalam bulan) Ramadan. Aku tidak pernah melihat dia saw berpuasa lebih banyak selain dari bulan Syaaban” (Hadis Sahih No. 1969 riwayat Imam Al-Bukhari).
Muaz bin Fadhalah menyampaikan kepada kami, dari Hisyam bin Yahya, dari Abi Salamah, bahawa Aisyah ra meriwayatkan kepadanya dengan berkata, “Nabi saw tidak pernah berpuasa dalam satu bulan lebih banyak dari bulan Syaaban. [Nabi saw berpuasa bulan Syaaban semuanya - lafaz Al-Bukhari].

Nabi saw bersabda, “Beramallah dengan mengikut kemampuan kamu, kerana sesungguhnya Allah tidak akan jemu sehingga kamu yang jemu (dulu – pent)”. Aisyah ra menyambung, “Solat yang paling disukai Nabi saw ialah solat yang dikerjakan berterusan walaupun sedikit. Adalah Nabi saw apabila solat, dia mengerjakannya secara konsisten” (Hadis Sahih No. 1970 riwayat Imam Al-Bukhari).

Abu Mikmar menyampaikan kepada kami dari Abdul Warith, dari Abu At-Tayyah, dari Abu Uthman, dari Abu Hurairah ra. berkata (bahawa) kekasihku (Nabi saw) telah mewasiatkan kepadaku 3 perkara (iaitu) puasa 3 hari setiap bulan (13, 14 dan 15hb), 2 rakaat Dhuha dan Solat Witir sebelum aku tidur”. (Hadis Sahih No. 60 riwayat Imam Al-Bukhari).

Abdullah bin Maslamah menyampaikaan kepada aku dari Malik, dari Ibnu Syihab, dari Abi Salamah dan ayahku Abdullah Al-Agharry, dari Abu Hurairah ra sesungguhnya Rasulullah saw bersabda (bermaksud) “Tuhanku tabaaraka wa taala turun ke langit dunia setiap malam bila tinggal 1/3 akhir malam dan berfirman: Mana orang yang berdoa kepada aku, untuk Aku memperkenankan doanya ? Mana orang yang meminta kepada Aku, untuk Aku berikan kepadanya ? Mana orang yang memohon keampunan Ku, untuk Aku mengampuninya ? (Hadis Sahih No. 1145 riwayat Imam Al-Bukhari).

Di dalam Hadis-hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari di atas, tidak disebut secara khusus puasa sunat hari Nisfu Syaaban ie. 14 atau 15hb Syaaban, namun disebut secara khusus berpuasa sunat pada 13, 14 dan 15hb setiap bulan yang mana termasuklah didalamnya hari pertengahan Syaaban (nisfu Syaaban). Di dalam hadis Sahih Al-Bukhari diatas juga tidak disebut secara khusus berqiamullail malam Nisfu Syaaban, tetapi disebut berqiamullail disetiap malam, dan yang mana ini termasuklah malam pertengahan Syaaban (nisfu Syaaban).

Adapun berqiamullail pada malam Nisfu Syaaban dan berpuasa pada siang harinya, dengan secara khusus menyebut kalimat “Nisfu Syaaban”, status hadis-hadisnya (sahih, hasan sahih, hasan, dhaif, maudhuk dll) adalah menjadi perbincangan akademik para ulamak hadis. Jika tidak mencapai ke tahap Sahih, ia tidak boleh dijadikan hujah Syarak, namun jika dipadankan dengan Hadis-hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari diatas, ia boleh dijadikan panduan untuk Fadhail A’mal (Fadhilat-fadhilat Amal Ibadah) dalam Islam. “Tiada halangan dibuat penyiasatan ilmiah yang bersih dalam masalah khilaf dalam suasana kasih sayang di jalan Allah dan bekerjasama kearah mencapai perkara yang sebenar, tanpa usaha tersebut membawa kepada perdebatan yang tercela dan taksub” (Imam Hasan Al-Banna).

Akhirnya nanti, secara amalinya, bangun malam (qiamullail) dan berpuasa 14hb Syaaban adalah ibadah yang Syar’iyy, merupakan salah satu taqarrub ilallah (mendekatkan diri kepada Allah) dan bukan bid’ah.

Buat peminat David Bekham !



David Beckham....Yahudi rupernyer..

Sudah ramai yang mengetahui bahawa bintang bola sepak antarabangsa,
David Beckham adalah berbangsa Yahudi walaupun tidak kelihatan imej-imej
keyahudiannya di khalayak ramai.

Tetapi beliau tidak dapat menyembunyikan identiti Yahudinya apabila
menghadiri upacara pengekebumian datuknya, Joe West di tanah perkuburan
Golden Green, North London.

Beckham hadir bersama isterinya Victoria

Beckham sambil memakai yarmulk biru iaitu ketayap kecil orang Yahudi.

janganlah nak mengagung-agungkan dia nih.....

atau sesiapa ikon sukan yang lain..

Bukankah IKON kita Rasullullah SAW!


Sabtu, 17 Julai 2010

Forum Bersama Prof Madya Dr Hafidzi



Semalam suatu malam yang bersejarah bermakna..

Akhirnya dapat berforum bersama insan yang ingin didekati dari jauh kini duk sebelah iaitu Prof Madya Dr Mohd Hafidzi Mohd Noor Pengarah PACE (Pusat kecemerlangan Palestine) bersama Drs Ustaz Tarmizi Razak Imam Masjid Jamek Bandar mengupas tajuk 'Bersamamu Palestin' sempena Forum Israk Mikraj 2010.

Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
• Pengarah Palestine Centre of Excellence (PACE)
• Ahli Lembaga Pengarah Aqsa Syarif
• Penulis Buku Siri Bebaskan Al-Aqsa (5 buah)
• Pensyarah di Universiti Putra Malaysia
• Mantan SU Agung JIM (2001-2003) & Naib Presiden JIM (2003-2005)


Program anjuran Majis Ikhlasiah Pantai Dalam KL dengan kerjasama Aqsa Syarif Lembah Pantai dan JK penduduk dimulaikan dengan bacaan Quran seterusnya ucapan Pengerusi Masjid Ikhlasiah Haji Ikram Yusof, wakil IKRAM Encik Zaharuddin dan perasmi Al-fadhil Ustaz Hazaruddin Baharuddn Penyelaras Zon 6 JAWI.

Berikut antara soalan-soalan ahli panel dan sebahagian jawapan Ybhg Prof yang dapat di catatkan..
Dr Hafidzi Mohd Noor ( 20 Minit)

Kita bercakap itu tentang Israk Mikraj..dan kaitan dengan Yahudi dan perjuangan ummah Palestine ianya tidak dapat lari,,,
Apa itu Takrif kontemporarai hidup untuk makna Israk Mikraj…Apa sejarah masa depan Masjidil Aqsa yang berlaku untuk Dr kongsi kepada kita malam ini.

Ustaz Dr Tarmizi ( 20 Minit)

Peristiwa Israk Mikraj adalah Penguji keimananan para sahabat so bagaimana di zaman ini.

Bahkan ada sahabat yang baru memeluk Islam menajdi murtad kerana tak percaya kepada Israk Mikraj.. Bagaimana dengan ummah yang tidak percaya kepada Islam Iman walaupun didatang dengan pelbagai dalil walau nama Islam mak ayah Islam.
Mcm mana nak kait situasi di zaman ini?

Moderator mencelah…(5 minit)

Dr Hafidzi Mohd Noor ( 20minit)

Boleh detailkan beberapa mesej yang sebenar nak Allah sampaikan kepada Ummat akhir zaman ? Antara peristiwa yang tejadi ialah Panggilan seorang Wanita Tua kepada nabi saw..yang ditanya Nabi kepada Jibrail siapakah itu..Itulah Yahudi..jika engkau menyahutnya pasti ramai ummatmu mengikuti jejak Yahudi..
Dalam situasi hari ini Apa keperluan masyarakat kita kepada isyarat2 dlm peristiwa Agung ini.? Termasuk sejarah mengembalikan khalifah Islamiyyah dan cara2 tips2 nya?

Ustaz Dr Tarmizi ( 20minit)

Kenapa Solat dan kenapa Pembedahan hati…
Ada perkaitan Langit dan Bumi. Langit sesi penganugerahi Ijazah SOLAt dan dibumu sesi pembedahan hati oleh jibrail.

Hati adalah Penyataan Visi Misi dengan perbuatan penyembah Alalh
Apakah kelebihan istimewanya hati dan Solat Hadiah buat ummah
Sila ustaz?

Prof Hafidzi
Apa erkini hala tuju perjuangan Plestine khasnya di gaza dan apa yang boleh di sumbang ummah kepada perjuangan Membebaskan Aqsa? boleh ustaz huraikan

Kesimpulan
10 minit


Anakku, puas juga diajak diberi alasan nak tengok Akademi Al-Quran tetapi dipujuk Angah terus setia mengikutku..kekadang semasa memoderatorkan forum semalam aku sempat menjeling Angah yang duduk di sebelah ustaz Mahadi Pengarah Program yang juga Imam JAWI tetapi sayang dia agak mengantuk tersengguk sengguk..

Dalam hatiku berkata " takper kerana petang tadi sempat melayan kehendak anakku menemaninya bermain tenis"

Ermm...Forum malam unik dan menghiburkan dengan telatah Ustaz Drs Tarmizi yang selamba mengemukakan hujjah dengan selangseli kelakarnya dan alunan quran yang asyik dan juga Ybhg Dr yang bersemangat membangkitkan fakta perjuangan palestin yang tak pernah diketahui umum termasuk diri ini..yang mana aku disebelah hampir mengalir air mata dengan ruh juangnya yang mengalir cas elektirik perjuangan kepada diri ini.

Alhamdulillah penonton tidak berganjak dari posisi masing-masing..
kekadang tampak ada beberapa anak muda baru tiba terus ke depan majlis menyaksikan forum ini. Berjaya kali ini program ini. Yang bermula jam 9 dan tamat 1 jam 44 minit..dengan format 3 pusingan dengan 1 kesimpulan.

Yeah..moga menjadi Moderator yang ADIL walau tak seadil Howard Webb Pengadil Anata Holland dan Spain dalam Piala Dunia baru ini. Drs Tarmizi selalu provoke berderau gaak tahan muka depan hadirin dengan lagak selamber dia.

ermm puas hati kerana dapat menyumbang lagi..

Ya Allah berikan kekuatan diri ini untuk terus menyumbang dan menyumbang sebelum mata ini tertutup Ya Allah

Apabila pulang hampir jam 12 malam baru tiba di Bukit jalil

Puasmelihat angah melihat bagaimana ayahnya menyumbang dan terus menyumbang jejak ini

Sebelum pulang,angah dipinta aku agar bersalam tangan dengan Jk masjid termasuk 3 panelis dan kepada Prof madya Dr aku katakan bhw ini angahku akan bakal hafaz quran..

Angahku berkata "insyallah.."

Bertambah kuat azamku bahawa tahun depan dia akan di sekolah tahfiz

Alhamdulillah terima kasih wahai Allah.

Ohya Angahku bernama Izzurrahman dan dilahirkan Oktober 1999 di Hayyu Sabiek Cairo teringat bagaimana tubuhnya sudah biru tika dikeluarkan oleh Dr Azzah namun dengan kebijaksanaannya dan pertolongan Ilahi akhirnya dia terus hidup..

hidup berjuang menyumbang untuk Allah

ohya nasyid penngerak motivasi
http://www.youtube.com/watch?v=8EPF9EgMonM


Jumaat, 16 Julai 2010

Khutbah Menarik !!


Antara intipatinya

Pada hari Jumaat yang mulia ini mimbar mengingatkan bahawa pergaulan bebas adalah punca utama penzinaan. Ketahuilah bahawa seorang lelaki yang mendekati wanita pada dasarnya ia telah mendekati pintu perzinaan. Seorang lelaki yang memberi tumpuan penuh pandangan kepada wanita bererti ia telah mendekati perzinaan. Begitu pula dengan mereka yang senang melayari gambar-gambar porno di internet, menonton video lucah adalah mendorong kepada perzinaan. Termasuk juga orang yang sudah bertunang dan menyangka bahawa setelah bertunangan ia boleh melakukan apa saja terhadap calon isteri adalah bercanggah dengan ajaran Islam. Firman Allah dalam surah al-Israa’ ayat 32:

Yang bermaksud: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.”

Kita perlu ingat bahawa orang yang berzina akan menerima azab siksa yang sangat pedih di neraka Jahannam. Kepanasan api neraka adalah 70 kali ganda kepanasan api yang ada di atas dunia ini. Dalam beberapa hadith disebutkan di akhirat kelak, Allah SWT tidak menegurnya, tidak menyapanya dan tidak memandangnya. Ketika perbuatan berzina berleluasa dan pintu-pintu menuju perzinaan juga terbuka luas yang kelihatan sukar disekat, maka ketahuilah bahawa musibah bersiap sedia datang menerpa kita. Seberapa dekat kita dengan pinti-pintu menuju perzinaan, sedekat itu pulalah musibah yang akan diturunkan oleh Allah SWT. Musibah mungkin tidak menimpa diri kita tetapi akan menimpa anak cucu kita misalnya turut terjebat dengan amalan perzinaan.
Nafsu seks adalah fitrah anugerah Allah SWT kepada manusia untuk mewujudkan kasih sayang dan mendapatkan ketenangan dalam kehidupan. Bagaimana pun perlepasaan dan pembebasan hawa nafsu hendaklah dilakukan secara halal iaitu melalui perkahwinn yang sah.


Rujuk selanjutnya sila layari

http://www.islam.gov.my/khutbahjakim/
_____________________________________________________________________________________

Seperti biasa minggu ketiga hamba dhoif diamanahkan berkhutbah di hadapan jamaah di jalan kuchai lama.

Allhamdulillah berusaha mencari isu terkini relevan dan kontemporari untuk halwa bekalan jamaah. Allhamdulillah dapat 1 tajuk "Pengurusan hawa Nafsu" asalnya dari teks JAKIM yang berbunyi " Hidup Keluarga satu ibadah"

Sebeum azan sempat tazkirah 12 minit menyampai 2 point penting berkaitan Israk Mikraj iaitu :

1) Peristiwa ini mengkoreksi sejauhmana kekuatan AQIDAH kita (baca : Keyakinan)
2) Mutu solat ummah dengan hadis mikraju ummati Assolah..

Terasa puas sungguh di hati kerana Hidup untuk menyumbang (syukran ustaz saiful.com atas tazkirah pagi ikim.fm)

Ya Allah berikan kekuatan luar biasa untuk beramal dengan apa yang ku katakan tadi dan beristiqomah ..Ameen

Selepas jumaat bertemu BAI mamak penjual roti sempat mebeli roti kesukaan zaujah dan pulang mentarbiyyah Angah dan angah bertanya "apa yang abah cita-citakan saya"
Abah menjawab " Abah berbangga sekiranya anak abah berjaya meghafaz Al-quran" Angah tersenyum ...


Selasa, 13 Julai 2010

Yeah!! Sepanyol Tidak Belanda !!



3 sebabnya...

Akhirnya Sepanyol dinobatkan sebagai Juara Bola Sepak Piala Dunia FIFA. Pelawanan yang terpaksa dilanjutkan ke 120 minit setelah terikat 0-0. Kubu pertahanan Belanda begitu kuat & sukar ditembusi sehinggalah ke minit 166 hasil tendangan Andres INIESTA.

Tidak dinafikan Sepanyol bermain begitu berkeyakinan & sering menyerang kubu Belanda.

Kesilapan besar Belanda ialah terlampau banyak bertahan.

Sepanyol YAKIN menyerang Yakin pada diri Yakin pada potensi diri dan pasukan.


Robben sebenarnya banyak peluang menyumbat gol tetapi ketangkasan penjaga gol Sepanyol sungguh pantas dapat menyekat bola yang mara.

Tahniah Sepanyol.

(3) Sebabnya :

1) Mereka adalah pasukan yang hebat berjatidiri dan negara yang pernah menjajah dunia bahkan 5 negara yang bermain di piala dunia berbahasa sepanyol seperti brazil,Argentina,Chile,Uruguay dan paraguay..

2) Mereka mengamalkan semangat team working dan saling membantu melengkapi kelemahan kawan-kawan masing, dan tak mengenal erti letih dan penat ..tidak seperti belanda hanya kekuatan individu.

3) Ada yang kata ada 6 pemain Barcelona Ikelab dalam team spain..patutlah mereka serasi seia sekata..1faham 1goal

Mereka mempraktik dan mereka lah johan...

dan yang lebih JOHAN mereka yang dapat buat 2 rakaat tahajjud dan dapat analis bola...

Anda!!



Sabtu, 10 Julai 2010

Apabila Keyakinan tiba...


 
MIKE TYSON MENANGIS DI RAUDAH

MADINAH, 7 Julai: Bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson, kelihatan menangis ketika berada Raudah semalam dan menganggap dirinya bertuah kerana berada di satu daripada taman syurga.


Lawatan Tyson ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah ditemani Ketua Persatuan Dakwah Kanada, Shahzad Muhammad.

Kata Shahzad, Tyson menjadi begitu emosional ketika mengucapkan salam kepada Rasulullah (SAW) “Dia menangis lebih setengah jam ketika berdiri di depan makam Nabi sambil mengangkat tangannya.

“Tyson terus berada di kawasan Raudah selama beberapa jam untuk bersolat, membaca al-Quran dan berzikir,” katanya.

Dia kemudian menukar pakaian untuk mengenakan ihram sebagai persediaan mengerjakan umrah.

Sementara itu, kedatangan Tyson menarik perhatian orang ramai yang berpusu-pusu untuk melihatnya dari dekat.

Sesetengah pihak sanggup menunggu berjam-jam di hotel didiaminya berhampiran Masjid Nabawi semata-mata mahu mengambil gambarnya. Malah, dia terpaksa diiring pengawal keselamatan untuk ke masjid bagi menunaikan solat Zuhur kerana orang terlalu ramai berada di laluan berkenaan.

Tindakan Tyson mengenakan tutup kepala bagi mengelak daripada dikenali juga gagal dan dia terus diekori peminatnya. Tyson berkata, dia memang gembira diterima baik orang ramai di Tanah Suci.

“Cuma, saya harap tidak diganggu dan biarkan saya menikmati pengalaman beribadah di sini,” katanya.


Ketika berada di Kazakhstan minggu lalu, bekas peninju itu berkata, dia amat takut kepada Allah. - Agensi

------------------------------------------------------------
Komentar :

Sesungguhnya Manusia ada 5 jenis :

Lahir Islam mati Iman
Lahir Islam mati dalam dosa besar dan munafik
Lahir islam mati murtad ke;luar islam
lahir kafir mati juga kafir
lahir kafir mati islam

Agaknya di mana kedudukan kita nanti...

"Ya Muqollibal Qulub Thabit qalby ala deenik wa ala too atik "

Jagalah, bajainya suburinya selalu IMAN (baca : keyakinan) kerana ianya MUTIARA berharga dibawa ke alam sana...

Isu Mike Tyson dan lain -lain adalah sebuah pencarian dan pengembaraan kerohanian dan iktibar ..






Jumaat, 9 Julai 2010

Tilawah Quran : rindunya suara itu




1) Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-53 berlangsung di Dewan Sa’adah Wisma MUIS Kota Kinabalu Sabah pada 29 Jun hingga 3 Julai 2010.
2) Pembukaan rasmi MTQ Kebangsaan dilancarkan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak sementara penutupan disempurnakan oleh TYT Yang Di Pertua Negeri Sabah Tun Ahmadshah Abdullah.
3) Seramai 28 peserta mengambil bahagian dalam MTQ Kebangsaan kali ini, iaitu 15 qari dan 13 qariah termasuk johan menunggu qari. Kelantan hanya menghantar peserta qari sahaja.
4) Johan qari dan qariah menerima RM15 ribu, piala pusingan dan piala iringan. Naib johan RM7 ribu dan ketiga RM5 ribu. Keenam-enam mereka turut menerima pakej menunaikan fardhu haji ke Makkah. Peserta saguhati menerima RM2 ribu setiap seorang dan hadiah-hadiah lain daripada kerajaan negeri dan persekutuan.
5) Keputusan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-53 :
Qari
Johan : Wan Ainuddin Hilmi Abdullah (Wilayah Persekutuan) Markah 82.01%
Naib Johan : Muhammad Anuar Ghazali (Kelantan) Markah : 79.66%
Ketiga : Othman Azumi Ahmad (Kedah) Markah : 79.33%
Qariah
Johan : Nor Azrah Ayub (Johor) Markah 79.34%
Naib Johan : Nor Ruzana Natiah Jaafar (Selangor) Markah : 79.33
Ketiga : Normalina Alias (Wilayah Persekutuan) Markah 77.66%
6) Wan Ainuddin Hilmi, 28, dan Nor Azrah, 32, akan mewakili negara pada Tilawah al-Quran Antarabangsa yang akan berlangsung di Kuala Lumpur bermula 27 Julai hingga 3 Ogos ini.

________________________________________________________________________

Majlis Tahlil Arwah dan Forum Israk Mikraj (MATAFIS) akan menemukan kita dengan Naib Johan Tilawah Ustaz Anuar Ghazali…Jom kita mentadabbur bacaan naib Johan Malaysia ini.. ingat pertemuan 23 Julai Di perkarangan Vista sempena Israk Mikraj menampilkan panelis Sdr Halim Redzuan (wakil Muslim Care) dan Ustaz Faisal@Ahmad Faisal (UM)


Ahad, 4 Julai 2010

Israk Mikraj kembali Lagi




Seperti yg dijanjikan, dialog antara langit dan bumi, semasa peristiwa Israk Mikraj.Semoga dpt dijadikan iktibar, dan sememangnya percakapan langit dan bumi hanya Allah Ya Alim Yang Maha Mengetahui.Apa yg penting adalah kita menjadikan peristiwa Israk Mikraj ini sbg pengajaran akan selitkan di penghujung penceritaan ini.InsyaAllah.

- Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, "Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah S.W.T. telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-anaman, beberapa gunung dan lain-lain."

Berkata langit, "Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, 'arasy, kursi dan syurga ada padaku."

Berkata bumi, "Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik)."

Bumi berkata lagi, "Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari'atnya juga di tempatku."

Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah S.W.T dengan berkata, "Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga."

Lalu Allah S.W.T mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah S.W.T memberi wahyu kepada Jibrail A.S pada malam tanggal 27 Rejab, "Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau 'Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini."

Jibrail A.S. bertanya, " Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?"

Allah S.W.T berfirman, maksudnya, "Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu."

Kemudian Jibrail A.S. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail A.S. terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail A.S. menghampiri buraq itu lalu bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?"

Berkata buraq, "Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan."

Berkata Jibrail A.S., "Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu."

Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Wallahu'alam.

Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk dan Mikraj.Daripada sambungan peristiwa Israk Mikraj yg ana berikan sebelum ini, maka dapatlah diberikan PENGAJARAN bahawa :-

1- Menurut Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qardawi, menerusi peristiwa berkenaan, kita boleh fokuskan kepada dua perkara penting, pertama berhubung dengan Masjid al-Aqsa dan hubungan dengan Masjid al-Haram.

2- Fokus kedua adalah mengenai kewajipan solat yang diserahkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Huraian pengajaran PERTAMA:-

- Persoalannya di sini, mengapa Allah tidak memperjalankan baginda terus ke langit ketujuh, tetapi singgah dahulu di Masjid al-Aqsa?

- Ini kerana Allah mahukan agar baginda bertemu dengan para Anbiya' terlebih dahulu bagi menyatakan sokongan padu mereka terhadap kerasulan Nabi Muhammad, di samping mahu baginda singgah di sebuah tempat yang penuh dengan keberkatan daripada Allah SWT seperti yang disebut dalam ayat pertama surah al-Israk.

- Kepimpinan baginda menjadi titik tolak penyatuan akidah dan syariat di kalangan para Anbiya, justeru baginda menjadi imam solat kepada mereka, iaitu kepimpinan bersifat global, bukan hanya untuk kaum atau bangsa tertentu, malah buat manusia sejagat yang terdiri daripada pelbagai etnik, suku kaum, bangsa yang menunjukkan kebesaran Allah dalam mencipta makhluk bernama manusia.

-Hubungan Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa tidak dapat disangkal oleh individu Muslim yang sayangkan agamanya. Ini kerana dari segi sejarah menunjukkan Masjid al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam sebelum berpindah kepada Masjid al-Haram hingga ke hari ini.

-Justeru adalah menjadi tanggungjawab semua pihak khususnya di kalangan umat Islam membebaskan Masjid al-Aqsa dari cengkaman rejim Yahudi-Israel, kerana ia ada kaitan dengan persoalan akidah mereka.

Huraian pengajaran KEDUA:-

- Perlaksanaan ibadat solat lima waktu,di mana ia merupakan mikraj (lif/tangga/kenaikan) seorang Muslim menghadap Tuhannya, kepentingan solat juga tidak dapat dipersoal oleh mana-mana individu Muslim, walau apapun jawatan dan kedudukannya dalam masyarakat.

- Apabila solat seseorang itu beres dengan Tuhannya, maka akan bereslah urusan hidupnya yang lain, hubungan roh seorang muslim itu sangat penting dengan Tuhannya, justeru ia ada kaitan dengan kedua-dua masjid yang disebutkan di atas.

- Apabila seseorang itu menunaikan solat dengan penuh khusuk dan tawaduk, dia seolah-olah sedang berkata-kata dengan Allah, ia terserlah ketika membaca al-Fatihah tujuh belas kali sehari semalam, untuk menyatakan munajat dan aduannya kepada Allah bagi memudahkan tugas dan peranannya untuk menyeru manusia ke jalan kebenaran.

- Israk Mikraj juga mengajar agar ummah perlu serius mengukur sejauh mana KEYAKINAN mereka kepada Allah dan Hari Qiamat.. Berbekal dengan sebuah KEYAKINA( Baca : Iman) sahajalah akan menye;lamatkannya dari sentuhan api neraka di dunia dan di akhirat.


BAGIMANA KITA DI BUKIT JALIL?

Insyallah di Vista MSN pada 23hb Julai 2010 (Jumaat malam Sabtu) akan diadakan Malam bersamamu Gaza Sempena Israk Mikraj dan Ambang Ramadhan. Wakil Yayasan Amal dan Muslim Care akan hadir dan akan dipengerusikan Forum oleh Tuan Abdul Rashid Yaakub. Besok paginya akan diadakan Qiamullail Ambang Nisfu Sya'ban oleh Ustaz Imran Nasohah Imam Masjid Subang bermula jam 4 pagi


Sabtu, 3 Julai 2010

Mari Kenali Mereka Agar Cita-Cita tercapai





KUALA LUMPUR, 15 Jun: Pada 31 Mei lalu, seramai sembilan sukarelawan dari Turki telah syahid sewaktu dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan kepada saudara seagama di Palestin.

Mereka dibunuh oleh tentera Israel laknatullah ketika angkatan kuffar itu menyerang kapal Turki M.V. Mavi Marmara yang sedang dalam misi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza, Palestin yang sedang dikurung dalam sebuah penjara yang sungguh besar.

Berikut merupakan senarai syuhada yang telah gugur sepanjang misi menyampaikan bantuan tersebut sebagaimana laporan laman web Haluan Palestin:

1. Ibrahim Bilgen, 61, seorang jurutera elektrik dari Siirt, Turki. Ahli Chamber of Electrical Engineers di Turki, berkahwin dan mempunyai enam orang anak.

2. Ali Haydar Bengi, 39, dari Diyarbakir. Graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Telah berkahwin dan mempunyai empat cahaya mata.

3. Cevdet Kiliçlar, 38, Seorang wartawan dari Kayseri, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai dua orang putera.

4. Çetin Topçuoglu, 54, dari Adana, Turki. Pemain bola amatur dan jurulatih taekwondo yang melatih atlet taekwondo Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata.

5. Necdet Yildirim, 32, dari Malatya, Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun.

6. Fahri Yaldiz, 43, seorang ahli bomba di Adiyaman, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai empat orang anak.

7. Cengiz Songür, 47, dari Izmir, Turki. Berkahwin dan mempunyai tujuh orang anak.

8. Cengiz Akyüz, 41, dari Iskenderun, Turki. Berkahwin dan mempunyai anak berusia 14, 12 dan 9 tahun.

9. Furkan Dogan, 19, as-syahid termuda dalam kalangan yang syahid, merupakan pelajar Kayseri High School. Anak kepada Dr. Ahmet Dogan, seorang professor di Erciyes University. Warganegara Turki-Amerika dan mempunyai dua adik beradik.-Harakahdaily





-------------------------------------------------

Pada 28Hb Isnin bertempat di Audi 1 bermula jam 3 petang

Pengurusan Majlis Sukan Negara melalui uhei telah berjaya menjemput Ustaz Haji Hasanuddin mohd yunus dari AQSA SYARIF untuk berkongsi sesi pengalaman dengan warga sukan ..



berikut biodatanya..
Ustaz Hj Hasanuddin Mohd Yunus
beliau berasal dari batu pahat
kini menetap di JB
mendapat pendidikan Diploma Bahasa Arab Uni Ummu Qura 1983-85
Ba Jordan 89-85
MA Kaunseling UTM Skudai
Pensyarah UTM selama 5thn
kini Aktivis masyrakat sepenuh masa
dan menjawat Pengerusi Aqsa Syarif

-----
Kronologi Talk Show

Ustaz Mohd Hasnol Pengerusi Majlis menjemput Datok Zolkples KP MSN memberi kata aluan
dan seterus menjemput Tuan Haji Subri memulakan talk show bersama Ustaz Hj Hasanuddin Mohd Yunus dalam sekitar hampir 2 jam..

Point Ceramahnya:

Tujuan Misi

menghantar bantuan kemanusiaan, membuka mata dunia yang leka..

Kejayaan Misi

- Banyak Negara barat turut mengutuk seperti Ireland secara terbuka

Mavi = Kebiruan Marmara nama teluk di Turki
misi mengubah lankap dunia agar cakna mengenai penderitaan ummah di gaza
Kapal ni dibeli second hand muatan 1200 org dan selesa seramai 700 org
Misi ini mewakili 50 negara termasuk greece,sweden,Uk dan Usa
terdiri dari pelbagai latarbeakamg guru,pensyarah,arkitek, agamawan ulama dan pendita,wartawan
status agama dan umur..bayi 2 bulan dan setua hampir 85 thn ada 3 oarang termasuk pendita nasrani..

beliau turut mencerita susana di atas Kapal semasa tentera yahudi mahu merampas
- mereka berkawal dan menjerit bahasa masing2 "pergi" dalam loghat jawa pun ada oleh Hj Jamaluddin Elias dari Yayasan Amal

___

pesoalan kenapa Yahudi menahan dan merampas kapal sedangkan misi ini berada di dalam

perairan antarabangsa di luar 74 batu nortika sempadan gaza sedangkan 68 batu nortika barulah masuk sempadan Israel..

mereka pengganas sebenar dan perompak dunia hakikatnya!!!


Ya Allah Engkau telah memilih mereka wahai Allah
Tentu ada sebabnya dan kelebihan mereka berbandaning kami Ya Allah

mengikut cerita Norazman Shamsuddin yang ke misi tersebut bahawa
"mereka selalu itsar dan suka mendahului rakan lain membantu dan berkhidmat"

Ya Allah, jika perjalanan umur usia kami sedang yang sedang meniti,
kami juga sdg mencari sesuatau dalam hidup yang penuh cubaan ini..

..mencari sebuah KEYAKINAN kehidupan
seperti Nabi Ibrahim senantiasa mencari dan mencari..


Ameen...