| Makanan asli bercita rasa India ini diperkenalkan oleh seorang keturunan India yang bernama Haji Abdul Razak (HAR). Malam terasa lapar lalu diajak Joherman pergi ke Hotel Sanjaya kebetulan menemani Puan Swee Fong OCM menyampaikan dokumentasi penting untuk pasukan perubatan Malaysia yang berpusat disitu. Kira-kira dalam 15 minit perjalanan setelah bertemu kami terus singgah kedai murtabak HAR yang asal. Banyak restoran yang di buka di beberapa jalan utama di Palembang, dan Bahkan ada cabang di Jakarta yaitu terletak di Jalan Hayam Wuruk, Jakarta Pusat. Bukan saja menyajikan Martabak saja, ditempat ini juga menjual makanan lainya seperti Roti Canai, Teh Tarik dan lain-lain yang bercita rasa India. maklumat lanjut layari di sini. Yang menjadi Khas Martabak HAR adalah hanya berisi beberapa butir telur itik, dan Kuah Kari kental dengan tumbukan kentang yg dihaluskan... memang sedap menjilat jari. Selepas itu kami tambah satu lagi dengan dibahagi tiga .;-) |
Memaparkan catatan dengan label Isu semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu semasa. Papar semua catatan
Sabtu, 19 November 2011
nota ke 4 sg2011- Murtabak HAR
Label:
Isu semasa,
sejarah,
Tazkirah
catatan sg 2011- Masjid Agung Palembang Kota Sriwijaya
Masjid Agung Palembang
Masjid Cheng Hoo Palembang sebenarnya bernama Masjid Al Islam Muhammad Cheng Hoo Sriwijaya Palembang adalah Masjid bernuansa Muslim Tionghoa yang berlokasi di Jakabaring Palembang. Masjid ini didirikan atas prakarsa para sespuh, penasehat, pengurus Persatuan Islam Tionghoa Indonesia (PITI) Sumsel, dan serta tokoh masyarakat Tionghoa di sekitar Palembang.Mesjid yang didirikan warga keturunan ini juga memiliki imam baru yang sudah hafal 30 juz dari kitab suci umat Islam, Al-Quran yaitu Choirul Rizal.
Selain itu, Mesjid yang dibangun dengan perpaduan unsur Cina, melayu, dan nusantara ini sudah menyelesaikan beberapa bagian masjid seperti rumah imam, pagar sekeliling, dan mengaktifkan Tempat Pendidikan Al-Quran untuk anak-anak secara gratis. Pembangunan masjid ini diawali dengan peletakkan batu pertama 2003. Modal awal pembangunan masjid itu sekitar Rp 150 juta dari hasil kumpul-kumpul dengan kawan-kawan di PITI. Tanah tempat masjid berdiri merupakan hibah dari pemerintah daerah dan baru diresmikan pada 2006.
Selepas pasti Myanmar ditewaskan dalam sepaktakraw. Saya terus bersama Team medical keMmasjid Agung untuk solat jumaat. melewati jambatan ampera yang macet di tengahari. bimbang juga tak sempat berjemaah.Subhanallah! sayu dan terasa khusyuk sekali.
Doaku akan akan aku datang lagi palembang dalam usaha mendakwahi ummah di sini.
maybe bersama sahabat Zuhairi dalam LUAnya.
Label:
Isu semasa,
sukan,
Tazkirah
Jumaat, 18 November 2011
SG 2011-Jambatan Ampera Vs 'Kapal Terbakar'
![]() |
| Jambatan Ampera di malam hari |
Antara simbol perjuangan rakyat Palembang
Apabila kami melalui acapkali Sungai Musi yang indah di waktu malam. Sahabat Lo Inasoc yang mengiringi seringkali mencerita Jambatan Ampera yang terkenal. Ianya menjadi kekaguman rakyat tempatan untuk diceritakan kepada orang luar.
Jembatan Ampera adalah sebuah jembatan di Kota Palembang, Provinsi Sumatera Selatan, Indonesia. Jembatan Ampera, yang telah menjadi semacam lambang kota, terletak di tengah-tengah kota Palembang, menghubungkan daerah Seberang Ulu dan Seberang Ilir yang dipisahkan oleh Sungai Musi.
Stadion Jakabaring dibangunkan pemerintah di sebelah ilir. Ini bertujuan mengembangkan daya ekonomi rakyat berbanding Ulu yang sudah maju.
Pembangunan jembatan gerak ini dimulai pada bulan april 1962, setelah mendapat persetujuan dari presiden soekarno. Biaya pembangunannya diambil dari dana rampasan perang jepang dalam kata lain semua di tanggung oleh pemerintah jepang dari kontraktor dan pekerja.
Pada awalnya, jembatan sepanjang 1.177 meter dengan lebar 22 meter ini, dinamai jembatan bung karno. Menurut sejarawan djohan hanafiah, pemberian nama tersebut sebagai bentuk penghargaan kepada presiden ri pertama itu. Bung karno secara sungguh-sungguh memperjuangkan keinginan warga palembang , untuk memiliki sebuah jembatan di atas sungai musi.
Pada saat bgian tengah jembatan diangkat, kapal dengan ukuran lebar 60 meter dan dengan tinggi maksimum 44,50 meter, bisa lewat mengarungi sungai musi. Bila bagian tengah jembatan ini tidak diangkat, tinggi kapal maksimum yang bisa lewat di bawah jembatan ampera hanya sembilan meter dari permukaan air sungai.Sejak tahun 1970, jembatan ampera sudah tidak lagi dinaikturunkan. Alasannya, waktu yang digunakan untuk mengangkat jembatan ini, yaitu sekitar 30 menit, dianggap mengganggu arus lalu lintas antara seberang ulu dan seberang ilir, dua daerah kota palembang yang dipisahkan oleh sungai musi.
Dan banyak lagi yang akan dikongsikan Insyallah.
Kisah diabadikan utnuk persiapan pasukan takraw malaysia menjelang perlawanan Myanmar esok dalam Seagames 2011 di palembang.
'kapal sudah terbakar" didepan musuh dan dibelakang lautan ganas.
Menang bermaruah kerana anda ada Iman. Dato' Paruwadimemberi reverse saikology kepada sahabat-sahabat. Ketegasannya sebagi naib Presiden bertanggungjawab harus dihargai. ini demi masa depan sukan bangsa melayu.
Lihat! Betapa rakyat palembang berbangga dengan simbol amperanya
kita berbangga dengan simbol Iman setulus keyakinan kepadaNYa!
Aston Hotel Jln rahmat Basuki 1.12pagi No712
Label:
Isu semasa,
sejarah,
sukan
Rabu, 9 November 2011
SG XXVI 2011 Palembang dan menyusuri bangsaku
Sukan Asia Tenggara ke 26 2011 akan berlangsung bermula 11 sehingga 22 November 2011Sebagai urusetia sekertariat kontijen Malaysia datang awal adalah kredit terutama memastikan kedatanagn 18 pasukan ke palembang berjalan lancar.
Tarikh 7 november 2011 (Isnin) hari raya ke 2 seawal jam 4.30 pagi sudah bergerak ke KLIA. malam itu tak dapat tidur berusaha menyiapkan beberapa urusan akhir sebelum ke sana.
Ianya berlangsung di 2 bandaraya iatu Jakarta sebanyak 22 acara dan palembang sebanyak 18 acara.
ada beberapa jenis sukan yang dilangsungkan di sini :
- Sepaktakraw
- Bola tampar
- olahraga
- renang
- Gimnastik (terkini tarik diri)
- Petanque
- Roller sport
- Sport Climbing
- Tennis
- water ski
- angkat berat
- menembak
- Sofball
- Bridge
- baseball
- Boxing
- water polo
- Biliard
- selamat pagi= selepas suboh hingga 10 pagi
- selamat sore= mulai jam 11 sehingga jam 2ptg
- selamat siang= mulai jam 2 petang sehingga jam 6 ptg
- selamat malam= mulai jam 7 sehingga pagi
- Sumatera utara disebut SUMUT termasuk medan dan sewaktu dengannya
- Sumatera Barat dikenal SUMBAR meliputi padang
- sumatera selatan dikenali palembang.
- jawa timur dikenali JATIM
- Jawa tengah dikenali JATENG
- Jawa barat dikenali JABAR seperti bandung
- Sehingga kan nama pun disingkatkan seperti nama solmed iaitu Soleh Mahmud seorang ustaz muda yang akan bernikah 11.11.11 (tahu pun lihat tv indonesia). khabarnya beliau mendapat banyak sponsor. Saya tertarik 'dunia baru yang mahu dilalui solmed'
"Saya ingin buru-buru langsung mau akad nikah di sini. Mudah-mudahan baju ini mengantarkan pada dunia baru yang akan saya lalui nanti," kata Solmed
Label:
Isu semasa,
sejarah,
semasa,
sukan
Selasa, 1 November 2011
Zulhijjah & The Power Of Giving
Sana sini sudah ada yang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha.
Jika belum Hajj, sudah sungguh-sungguh berazamkah mahu ke sana?
Bagaimana tabungan ? Ilmu di dada pula?
Jika yang belum berkemampuan , raya nanti nak ke mana?
'Balik kampung kah ke ustaz?', tanya makcik jual nasi lemak di puncak Jalil..
"Saya mahu ke Palembang ada tugasan dan mahu lihat jejak Parameswara", getus di dalam hati sambil tersenyum.
Sebenarnya Hari Raya yang datang ini terus menguji PENGORBANAN kita.
Adakah setulus Ibrahim AS wahai sang Suami dan Ayah
Adalah sehebat Siti hajar wahai sang Isteri dan Ibu.
Adakah seagung Nabi Ismail wahai seorang anak dan pejuang
The Power Of Giving ! bulan ZULHIJJAH mengingatkan kita kekuatan itu
Itu kekuatan Hidup untuk memberi..
Wahai Ayah ! memberilah
Wahai Isteri ! memberi
Wahai Anak ! memberilah
wahai pemimpin ! memberilah
wahai rakyat ! memberilah
Give the Best !
Label:
Isu semasa,
Tazkirah
Jumaat, 21 Oktober 2011
Hebat Dengan Matlamat Jelas
Manusia yang HEBAT dinilai melalui APA matlamatnya!
Allah swt memberitahu kita bahawa UBUDIYYAH adalah MATLAMAT kita..
Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia, melainkan supaya mereka menyembah-Ku
(Q.S. Ad-Dzariyat [51]: 56)
Anda sebagai atlet, guru, anak, ayah suami mahupun pemimpin..
Kita kena beribadah walau apapun situasi kita samada duduk berdiri berbaring dan sebagainya.
- Buatlah matlamat yang spesifik
- Jadikan matlamat itu suatu yang dapat dinilai
- Jadikan ia realistik
- Tetapkan tempoh masa yang jelas dan munasabah
- Serasi dengan jiwa
- Pecah-pecahkan matlamat
- Sebarkan kepada orang lain
- Kita mesti bertanggungjawab
- Berdisplin dan istiqamah
"Sudah menjadi fitrah masa bahawa sesuatu perkara akan berlaku dalam sesuatu masa. Oleh itu, rancanglah sesuatu"
Secara ringkasnya, ada tiga perkara utama dalam perancangan hidup.
Pertama adalah sasaran yang jelas.
Kedua perancangan.
Ketiga tindakan.
Apabila kita hendak berjaya dalam hidup, lakukanlah semua perkara ini.
Artikel asal dari blog,klik sini
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pagi ini 21 /10/2011 bertazkirah bertajuk 'Nilaian kita bersama Matlamat kita' bersama team sepaktakraw dalam persiapan menuju SEA GAMES 2011 Palembang..
Berbaki 21 hari lagi...
Berbaki 21 hari lagi...
Label:
Isu semasa,
Tazkirah
Sabtu, 15 Oktober 2011
Benar ! Mati Motivasi Tertinggi
Mengingat-ingat bahwa aku akan mati adalah alat yang paling penting yang pernah aku jumpai untuk membantuku membuat keputusan besar dalam hidup." - Steve Jobs, 2005
Ketika Steve Jobs meninggal pada Rabu 5 Oktober 2011 waktu Amerika, segera sejumlah ucapannya yang terkenal kembali dikenang orang. beliau bukan hanya sekedar SEO apple yang sukses tapi lebih dari itu banyak Kata-kata nya yang bermakna begitu dalam, seorang dengan visi yang luar biasa.
Ketika Steve Jobs meninggal pada Rabu 5 Oktober 2011 waktu Amerika, segera sejumlah ucapannya yang terkenal kembali dikenang orang. beliau bukan hanya sekedar SEO apple yang sukses tapi lebih dari itu banyak Kata-kata nya yang bermakna begitu dalam, seorang dengan visi yang luar biasa.
Sekadar menyebut beberapa sahabat yang hampir seperti
- Ustaz Mohd Sham Abu Bakar ( Kemalangan ). Beliau diabadi dalam website ini oleh anak muridnya yang mengkagumi beliau.
- Ustaz Rosli SMIP (denggi). sahabat senior yang mana kahlaknya dan method membekasi nurani ini, selain meruapakan sguru kepada adik lelaki saya semasa di SMIP Pucong. Arwah diabadikan dalam website ini.
- Ustaz Khairul Azhar Shamsuddin (denggi).Beliau merupakan angkatan YDP Persatuan pelajar semasa di Mesir.Arwah Ydp negeri Sembilan. Arwah diabadi dalam website ini.
Semoga MATI terus memotivasikan kita menjadi insan yang HEBAT dan LUAR BIASA membina tamaddun diri,keluarga dan Dunia..
Label:
Isu semasa,
sejarah,
Tazkirah
Rabu, 5 Oktober 2011
Kunci Kehidupan
KUNCI KEHIDUPAN ini adalah penyerahan segala harapan kepada Tuhan..rintihan memohon nusrah dengan jiwa yang penuh pasrah kepada Allah..
Di situlah kita akan temui kecantikan putaran episod hidup..dalam diari perjalanan ini pasti kita temui kepahitan, kemanisan, kesilapan, keinsafan, kesakitan, kegembiraan dan segala macam cereka kehidupan..namun jika insan dari awal menyerah pasrah kepada Allah, insan akan dapat melihat kasih dan pertolonganNya di setiap celahan perjalanan..kembara hidup akan berjalan sehingga ke akhir hayat..
Hikmah dan bantuan Allah menjelma dalam pelbagai rupa dan cara..yang disangka dan yang tidak diduga..jika Allah memberi tiada tangan yang dapat menghalang..jika Allah menghalang tiada tangan yang dapat memberi..atas keimanan itu, maka berjalanlah kita menuju destinasi akhir..temuilah segala pahit dan manis..derita dan nikmat..dalam senyum kita menangis syukur..dalam tangisan kita tersenyum akur..ALLAH tidak akan mensia-siakan hamba yang bergantung kepadaNYA..teruslah percaya kepada janjiNYa :
SESIAPA YANG BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH MAKA ALLAH ITU CUKUP UNTUKNYA (Surah at-Talaq)
Maka yang wajib bagi kita ialah membina dan membersih jiwa agar hakikat tawakal benar-benar bersinar dalam kehidupan yang berputar..
(nota Dr Maza)
Label:
Isu semasa,
semasa,
Tazkirah
Jumaat, 23 September 2011
LUA = Doa+Syukur+Sabar menuju Acheh

Benar ILMU itu suatu kuasa ’POWERFULL’
Bahkan kesedaran mengaplikasikan ILMU pula adalah Luar Biasa ~Amazing~
Ilmu-ilmu hebat seperti ini wajar dihargai.
Ia membantu untuk terus mengembara kita menjalani dalam hidup lebih mudah, semakin dengan impian dan matlamat serta sedar segala kejayaan itu datangnya kerana Allah swt.
Kesempatan bertemu sahabat Zuhairi Mohd Nopiah memberi inspriasi besar dalam hidup. Gelaran 'Ateh' cukup merapatkan diriku dengannya melalui laman sosial fb.
Beberapa emel sudah berbalas namun kehendak Allah mengatasi segalanya selepas Tuan Fazrul Ismail hadir menjayakan CAB Bil 8/2001 di ambang Ramadan bertajuk 'Transformasi Ramadan", selepas itu Ateh mula menghubungiku selepas itu.
Akhirnya membawa sesi perbincangan dengan Encik Abd Rashid bin Yaakub Pengarah Khidmat Pengurusan MSN. Alhamdulillah berkat kesabaran dan bantuan Sdr zulkifli pegawai sumber manusia MSN dan satu program LUA berjaya dilaksana di bulan Ramadan dimana seramai 28 anggota MSN melalui LUA dengan penuh minat dan inspirasi.
Sesungguhnya 3 hari berlalu dengan penuh makna, saya menjadi urusetia LUA memerhatikan sehalus mungkin modul LUA dengan titisan air mata. Sebuah kesedaran menusuk jauh dalam sudut jiwa mahu terus merubah. Hebat methodnya. Beliau juga alumni ESQ namun pendekatan memfokus satu modul menarik perhatian.
~AMAZING~
Ringkasnya sekiranya kita mengimpikan sesuatu perlulah amalkan 3 perkara. Ini yang disarankan oleh Ateh dalam sesi latihan LUA baru-baru ini. :
1. Menggunakan DOA sepenuhnya untuk berkomunikasi dengan Allah swt yang merupakan sumber segala tenaga & kekuatan. Pohon pada Yang Maha Kuasa apa jua keinginan yang positif dalam hidup . Selalu dalam keadaan berDOA. lebih-lebih lagi selepas solat jangan dilepaskan peluang. Tidak kiralah impian anda itu nak jadi kaya, senang, sihat, lapang dan sebagainya asalkan ia positif di sisi tuhan. Kuasa doa ini sebenarnya hebat bahkan disebut hadis sebagai menjadi senjata bagi orang-orang mukmin dan 'mukhul' ibadah. Jika berdoa perkara baik dan sepenuh hati beserta adab sebagai hamba tuhan sudah tentu pasti dimakbulkan segala impian dan wawasan. Di sana ada adab berdoa dan masa mustajab doa yang wajar diperhalusi selalu.
2. Menghidupkan rasa syukur dalam hati agar dapat menikmati kebahagiaan dan ketenangan. Syukur ini mempunyai kuasa yang hebat pada manusia. Buatkan 1 buku Syukur. beli buku tiga lima. Tulis setiap nikmat yang dikecapi setiap hari. Sesunggunya apabila kita bangun di pagi hari, celik mata dapat melihat betapa indahnya dunia ini maka itu adalah antara nikmat besar hidup yang kita miliki berbanding mereka yang buta tidak nampak segala, gelap dan tidak mampu menikmati keindahan alam ini. Begitu juga nikmat kesihatan yang baik, yang mana memudahkan kita melakukan pkerja, urusan hidup membuat segala pekerjaan dgn sempurna juga perlu kita memanjatkan kesyukuran pada tuhan... Bersyukurlah dan Allah akan gandakan nikmatnya nanti. Dgn syukur kita menjadikan diri sebagai magnet kebahagiaan. Kita merasakan dunia ini luas dan penuh keistimewaan. Menyebabkan kita yakin diri dengan Allah bahawa segala rezeki itu datang dariNya.
AR-RAZZAQ HUWALLAH.
3. Gunakan tenaga sabar sebagai penentu kejayaan kita. Tidak banyak orang yang bersabar di dunia ini. Semuanya mahu cepat, senang dan mudah sahaja sebaliknya sedikit yang mampu bersabar sebelum berjaya. sabar itu banyak hikmahnya. 3 jenis Sabar yang disebut ulama antaranya, sabar dalam melakukan kebajikan. Orang yang bersabar itu mampu menempuh apa jua cabaran hidup. Bila dilanda musibah dia akan bersabar dan tidak melenting atau menyalahkan orang lain. Bila diuji dengan masalah maka dia akan tenang dan bersabar untuk menyelesaikan satu persatu masalahnya dengan penuh kesabaran. Bila sabar itu lekat di hati, maka tidak perlu risau apa jua yang menghalang di depan mata... Tidak perlu risau dengan kegagalan kerana berkat kesabaran dan istiqomah kita itu akan dibalas jua dengan kejayaan...Imam Bagawi dalam tafsirnya menyebut sabar ialah puasa sunat (kena banyak puasa sunat)
3 cara di atas boleh digunakan untuk mempraktikkan Hukum Tarikan atau Law of Attraction.
Jika diperhatikan ia sebenarnya adalah elemen-elemen kualiti 'attitude' seseorang. Jika mahu berjaya maka gunakan sepenuhnya 3 cara di atas sebaik mungkin.
Saya sudah mula praktikkannya untuk mencapai matlamat yang diingini. Dalam diri saya juga perlu mengenali erti sebenar kehidupan ini dengan lebih mendalam supaya kejayaan masa akan datang menjadi kenyataan adalah kurniaan rezeki Allah. Tidak perlu ego, lupa diri maupun takabbur sebaliknya bak kata pepatah semakin padi berisi semakin tunduk ke bawah..
Dan itulah yang kita patut lakukan doa + syukur + sabar adalah satu nasihat azimat yang terbaik dalam hidup.
Moga pendedahan LUA ini dapat memberi manfaat kepada ummah.
Ilmu sebegini tidak banyak didedahkan,
SELAMAT DATANG ACHEH..
Isnin ini 26 september 2011 saya menemani Ateh ke sana untuk latihan motivasi bersama 100 penggerak pengutkuasa syariah dinas syariah acheh..
pengalaman baru teruja...
pengalaman baru teruja...
bakal akan dikongsikan buat sahabat.
Selasa, 20 September 2011
“Hantu Bonceng” ada unsur hina Islam
“Hantu Bonceng” filem terbaru yang diarahkan oleh Ahmad Idham Ahmad Nazri dengan lakonan oleh Mohd Razizan Abd Razak [Zizan RL].
Baru-baru ketika saya ke Giant Kinrara bertemu dengan sahabat jurujual booth,beliau menunjukan 2 scene yang jelas boleh menimbulkan fitnah seolah-olah menghina Islam dan Kalimah syahadah
Babak 1 yang dilakonkan secara jelas menghina Rasulullah SAW apabila Zizan menyebut "Asyhadu anna Muhammadar Syaitan" yang membawa maksud "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan". Yang septutnya disebut "..Muhammadar Rasulullah..". Zizan terkejut dari tidur lalu bangkit mengungkap kalimah ini.
Adengan ke 2 ketika zizan dan kawannya memasuki surau mendengar tazkirah dari seorang ustaz. T-shirt merah yang dipakai oleh zizan DEATH...... yang mana huruf t ialah berlambangkan salib..ianya jelas.
Baru-baru ketika saya ke Giant Kinrara bertemu dengan sahabat jurujual booth,beliau menunjukan 2 scene yang jelas boleh menimbulkan fitnah seolah-olah menghina Islam dan Kalimah syahadah
Babak 1 yang dilakonkan secara jelas menghina Rasulullah SAW apabila Zizan menyebut "Asyhadu anna Muhammadar Syaitan" yang membawa maksud "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan". Yang septutnya disebut "..Muhammadar Rasulullah..". Zizan terkejut dari tidur lalu bangkit mengungkap kalimah ini.
Adengan ke 2 ketika zizan dan kawannya memasuki surau mendengar tazkirah dari seorang ustaz. T-shirt merah yang dipakai oleh zizan DEATH...... yang mana huruf t ialah berlambangkan salib..ianya jelas.
Kalimah syahadah bukan perkataan yang boleh dijenakakan atau dipersenda sedemikian rupa justeru ia membawa kesan yang boleh menggugurkan syahadah walaupun ia sekadar lakonan. Sementelah pula filem yang menjadi tontonan umum ini akan mencetus kekeliruan dan gambaran yang salah masyarakat terhadap Islam. Lebih berisiko apabila kelak ia turut merosakkan aqidah masyarakat awam.
Jangan biarkan filem menjadi medium untuk menghina, mempersenda dan memperkecilkan Islam di dalam negara ini.
Kepada para artis untuk meneliti dan membuat kajian terlebih dahulu mengenai skrip yang bakal dilakonkan oleh mereka. Sekiranya skrip tersebut mengandungi unsur-unsur yang dirasakan bertentangan dengan fitrah dan juga berpotensi untuk mencemarkan kemuliaan Islam maka bertanyalah kepada para ulamak .
Perkara ini juga mesti dilakukan oleh pihak penerbit, pengarah mahupun pelakon agar tidak mewujudkan suasana kontroversi seperti ini.
Perkara ini juga mesti dilakukan oleh pihak penerbit, pengarah mahupun pelakon agar tidak mewujudkan suasana kontroversi seperti ini.
Ustaz Zaharuddin juga menyebut dalam FBnya :
Rujuk websitenya
Terkini.
Saadara zizan sudah meminta maaf dalam laman twitternya.
Insaf kerana Allah.
Semoga ini menjadi iktibar kepada penerbit, penulis skrip mahupun pelakon.
Terkini.
Saadara zizan sudah meminta maaf dalam laman twitternya.
Insaf kerana Allah.
Semoga ini menjadi iktibar kepada penerbit, penulis skrip mahupun pelakon.
Label:
Isu semasa,
semasa,
Tazkirah
Isnin, 5 September 2011
Sepupu yang telah pergi..
![]() |
| Arwah Noramfaizul Allah bersamamu |
Arwah merupakan teman sepermainan semasa kecilku. Rumah neneknya di simpang tiga gombak masih tergambar di reruang mataku siapm riuh rendah dengan kejaran semasa kecil bersama us hasnil. Kami sering dimarahi sering juga dirotan.
Kemudian tika paknjang sekeluarga bermula berpindah awal tahun 80an bahkan kami pernah tidur dirumah serdang raya barunya serta sama-sama bertiga membersih dan menjaga barangan pindah malam pertama ketika permulaan Taman Serdang raya .
Seingat baru mencecah darjah 4 rasanya ketika itu. Rapatnya kami sehingga dewasa. Beliau pernah menjadi senior di SAMER Rwang sebagi first batch dan ana adalah generasi yang ke 3. Ada kemungkinan ayah menghantarku sebab melihat abangnya Paknjang menghantar faizul ke samer yang baru buka dengan 1001 kedaifan namun bersar ertinya buat kami.Banyak cerita masamanis kenangan di rawang tika kami mula remaja disana. masing2 membawa haluan perjuangan masing-masing ketika usia memanjat kian dewasa.
Kemudian tika paknjang sekeluarga bermula berpindah awal tahun 80an bahkan kami pernah tidur dirumah serdang raya barunya serta sama-sama bertiga membersih dan menjaga barangan pindah malam pertama ketika permulaan Taman Serdang raya .
Seingat baru mencecah darjah 4 rasanya ketika itu. Rapatnya kami sehingga dewasa. Beliau pernah menjadi senior di SAMER Rwang sebagi first batch dan ana adalah generasi yang ke 3. Ada kemungkinan ayah menghantarku sebab melihat abangnya Paknjang menghantar faizul ke samer yang baru buka dengan 1001 kedaifan namun bersar ertinya buat kami.Banyak cerita masamanis kenangan di rawang tika kami mula remaja disana. masing2 membawa haluan perjuangan masing-masing ketika usia memanjat kian dewasa.
Beliau merupakan jurugambar bernama TV yang selalu datang ke MSN. Kekadang dia mencuit bahu saya.
Itupun ketika setelah selesai menjalankan tugas.
Itupun ketika setelah selesai menjalankan tugas.
Takziah buat keluarganya Isteri Puan NorAzrina Jaafar dan anak2
termasuk Pakanjang Maknjang serta ahli keluarga.
![]() |
| Allahyarham Noramfaizul Mohd Noor bersama anak2nya |
Label:
Isu semasa,
Tazkirah
Ahad, 28 Ogos 2011
Kes masuk gereja : TopUp Darjah Keprihatinan
Dia seorang janda yang mempunyai tiga orang anak. Usianya masih muda. Latar pendidikannya saya rasa ‘amat sederhana’. Saya tidak pergi untuk mempersalahkannya kerana pergi ke gereja dan terjebak dalam usaha kristiansasi. Saya pergi untuk membolehkan dia merasakan bahawa masih ramai yang ingin mengambil berat tentangnya. Lebih penting lagi, saya pergi untuk mengetahui apakah yang membawa dia sehingga terpaksa meminta simpati dan bantuan hidup dari pihak gereja. Klik Sini fikroh Dr Maza.
Ibadah 10 Terakhir Ramadhan Bagi Wanita Haid
Berikut adalah beberapa nasihat yang wajar diamati oleh para muslimah sekiranya didatangi haid sedangkan di dalam hati bersemangat hendak beribadah.
Disenarai juga beberapa ibadah yang boleh dilakukan sebagai alternatif kepada solat, puasa dan iktikaf di masjid yang dilarang mereka melakukannya ketika haid.
Disenarai juga beberapa ibadah yang boleh dilakukan sebagai alternatif kepada solat, puasa dan iktikaf di masjid yang dilarang mereka melakukannya ketika haid.
Selanjutnya Klik di sini
Label:
Isu semasa,
Tazkirah
Khamis, 25 Ogos 2011
hikmah ramadan : koleksi sahabat bertambah
Antara hikmah Ramadan bertamu dalam hidup kita...
Ialah bertambah kenal dengan sahabat Nabi dan kasih dengan mereka.
Hendak ikut getir perjuangan mereka. bersusah payah macam mereka
Mengenal para sahabat satu jenis golongan ummat Muhammad yang kelebihan bertemu live dengan Nabi saw
Ialah bertambah kenal dengan sahabat Nabi dan kasih dengan mereka.
Hendak ikut getir perjuangan mereka. bersusah payah macam mereka
Mengenal para sahabat satu jenis golongan ummat Muhammad yang kelebihan bertemu live dengan Nabi saw
Ini bertepatan dengan rumusan yang dibawa oleh Ibnu Hajar As-qolani :
الصحابي من لقي النبى صلى الله عليه وسلم مؤمنا به ومات على الاسلام
Sahabat ialah mereka yang sempat bertemu dengan Nabi SAW,beriman dengan Baginda dan mati dalam keadaan Muslim.[7]
Bayangkan antara di bulan Ramadan kita selalu mendengar nama-nama mereka. Berulang kali bahkan tertalu dekat dengan hati.
Bahkan disahut radiallahu anhum bermaksud 'semoga Allah meredhoi mereka semuanya '
Jika ada yang berhajat nak dapat nama anak lelaki boleh ambik contoh nama mereka.
KOLEKSI SAHABAT BERTAMBAH
KOLEKSI SAHABAT BERTAMBAH
Juga dalam bulan ni dalam kesibukan ke sana ke sini memenuhi undangan, ana dapat bertemu dengan sahabat baru dalam pelbagai latarbelakang samada masjid,agensi mahupun taman perumahan, Saya berazam hendak simpan nama mereka,berukhuwwah dengan mereka dan menjadi sahabat rapat. Antaranya sdr Ateh Zuhairi
( kursus Magnet Diri)
( kursus Magnet Diri)
1. Abbad bin Bishr
2. Abdullah bin Abbas
3. Abdullah bin Hudhafah As-Sahmi
4. Abdullah bin Jahsh
5. Abdullah bin Mas'u
6. Abdullah bin Sailam
7. Abdullah bin Umar
8. Abdullah bin Umm Maktum
9. Abdul Rahman bin Awf
10. Abu Ayyub Al-Ansari
11. Abu Dharr Al-Ghifari
12. Abu Musa Al-Ashari
13. Abu Hurairah
14. Abu Sufyan bin Al-Harith
15. Abu Ubaydah bin Al-Jarrah
16. Abu-d Dardaa
17. Abu-l Aas bin ar-Rabiah
18. Adiyy bin Hatim
19. Aishah binti Abi Bakar
20. Al-Baraa bin Malil Al-Ansari
21. Amr bin Al-Jamuh
22. An-Nuayman bin Amr
23. An-Numan bin Muqarrin
24. At-Tufayl bin Amr Ad-Dawsi
25. Asmaa binti Abu Bakar
26. Barakah
27. Fatimah binti Muhammad
28. Fayruz Ad-Daylami
29. Habib bin Zayd Al-Ansari
30. Hakim bin Hazm
31. Hudhayfah bin Al-Yaman
32. Ikrimah bin Abi Jahl
33. Jafar bin Abi Talib
34. Julaybib
35. Khabbab bin Al-Aratt
36. Muadh bin Jabal
37. Muhammad bin Maslamah
38. Musab bin Umayr
39. Nuaym bin Masu
40. Rabiah bin Kab
41. Ramlah binti Abu Sufyan
42. Rumaysa binti Milhan
43. Sad bin Abi Waqqas
44. Said bin Aamir Al-Jumahi
45. Said bin Zayd
46. Salim Mawla Abi Hudhayfah
47. Salman Al-Farsi
48. Suhayb Ar-Rumi
49. Suhayl bin Amr
50. Talhah bin Ubaydullah
51. Thabit bin Qays
52. Thumamah bin Uthal
53. Ubayy bin Kab
54. Umayr bin Sad Al-Ansari
55. Umayr bin Wahb
56. Umm Salamah
57. Uqbah bin Amir
58. Utbah bin Ghazwan
59. Zayd Al-Khayr
Ahad, 21 Ogos 2011
Mari Tewaskan Nafsu..
Nafsulah yang sangat menghalang diri manusia daripada bertaqwa. Oleh itu langkah pertama untuk bertaqwa ialah memerangi hawa nafsu itu. Nafsu mengajak kita lupakan Allah, lalai akan-Nya, tidak peduli akan-Nya, tidak menyembah-Nya dan melanggar perintah-Nya.
Nafsu menghalang kita daripada bersyukur kepada Allah, daripada sabar dengan Allah, daripada redha dengan Allah, daripada tawakal dan harap kepada Allah. Maka lawanlah nafsu kita agar hati tidak dikuasainya, supaya kita syukur, sabar, redha, tawakal dan harap kepada Allah.
Nafsu mendorong kita bersifat sombong, takabur, hasad, dengki, dendam kesumat, buruk sangka, bakhil, cinta dunia, pemarah, kasar, ujub, riyak dan lain-lain sifat mazmumah.
Oleh kerana sifat nafsu yang asal (ammarah) itu sentiasa mengajak, mendorong atau menyuruh ke arah kejahatan, maka nafsu itu perlu dilawan, dikalahkan dan dilumpuhkan segala kehendaknya. Ajakannya mesti kita lawan. Kita ajak hati kita berazam untuk menjadi hamba Allah yang sedar dirinya hamba, punya sifat kehambaan dan berakhlak sebagai hamba seperti merendah diri, berkasih sayang dengan orang mukmin, pemurah, berbaik sangka, pemaaf, lemah lembut dan lain-lain. Berjanjilah dengan diri dan bersungguh-sungguhlah untuk membuang sifat mazmumah supaya diganti dengan sifat mahmudah itu.
Allah SWT perkenalkan sifat nafsu kepada kita:
وَمَآ أُبَرِّئُ نَفۡسِىٓۚ إِنَّ ٱلنَّفۡسَ لَأَمَّارَةُۢ
“Sesungguhnya hawa nafsu sangat mengajak kepada kejahatan.” (Yusuf: 12:53)
Kerana itu juga Allah SWT perintahkan berpuasa, kerana puasa itu salah satu cara untuk melawan nafsu. Perintah puasa itu matlamat akhirnya agar kita memperolehi taqwa.
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِڪُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (Al-Baqarah: 2:183)
Sila rujuk Blog ustaz Fadli Yusof di sini
Melatih Diri Menahan Nafsu dan Syahwat
Satu artikel lain dalam I luv Islam cukup baik untuk direnungi
Label:
Isu semasa,
Tazkirah
Khamis, 18 Ogos 2011
Ukhuwwah Membuah CHANGE
![]() |
| ATEH ZUHAIRI dulu sahabat fb kini di alam realiti |
Beliau memperkenalkan LUA dalam Magnet kejayaan Diri dan Organisasi di MSN..seorang motivator yang hebat.
Sila rujuk biodata beliau disini. Bermula perkenalan di alam maya, saya mengikuti kata-katanya di wall fb dan tertarik dengan modul LUA. Jauh disudut hati menanam azam agar dapat bertemu wajhan li wajhin dengannya.
Sila rujuk biodata beliau disini. Bermula perkenalan di alam maya, saya mengikuti kata-katanya di wall fb dan tertarik dengan modul LUA. Jauh disudut hati menanam azam agar dapat bertemu wajhan li wajhin dengannya.
Benar bahwa Allah mengikut sangkaan hambanya..dari fb dan emel berbalas dan akhirnya bertemu di Bukit Jalil. Semua itu kerja Allah swt. Pewrancang utama niat dan misi hamba2nya. Akhirnya MSN bersetuju bermula pada tarikh kerama 16-18 Ogos untuk latihan HR staf MSN..
Sesungguhnya 3 hari berlalu dengan sebuah makna dalam kesedaran kehidupan rasa kehambaan dan teruja melitupi perasaan 28 peserta MSN. Air mata tak tertahan menitis khasnya pada hari kedua dan ketiga. Apabila setiap slot mampu menyentuh hati nurani peserta. Menyapa jiwa sepi..
Lebih menarik rupanya dia merupakan suami ustazah Hazida Hasaan kawan baik zaujah di jordan dahulu. bahkan ustaz Uda pun dia amat kenali..dunia ini kecil sahaja.
Ya Allah aku bersyukur diatas nikmat sebuah ukhuwwah ini.
Lebih menarik rupanya dia merupakan suami ustazah Hazida Hasaan kawan baik zaujah di jordan dahulu. bahkan ustaz Uda pun dia amat kenali..dunia ini kecil sahaja.
Ya Allah aku bersyukur diatas nikmat sebuah ukhuwwah ini.
Berikut ada 3 Proses L.U.A
- FAITH ( KEPERCAYAAN)
- ASK ( MEMINTA-DOA)
- RECEIVE(MENERIMA)
Seterusnya point dari blog Hafiszo Othman, Klik
Apa kita rasa bila 'connection' broadband atau talian telefon bimbit kita terganggu?
Adakah kita rasa yang sama apabila 'connection' kita dengan yang Maha Penghubung terganggu?
Ramadan ini line Clear..Jom terus baiki conection kita
Jom istighfar dan mohon keampunan.
Adakah kita rasa yang sama apabila 'connection' kita dengan yang Maha Penghubung terganggu?
Ramadan ini line Clear..Jom terus baiki conection kita
Jom istighfar dan mohon keampunan.
AstaghfirulLah al-Azim
Label:
Isu semasa,
semasa,
Tazkirah
Sabtu, 13 Ogos 2011
Jom Jimat dalam Ramadan
Bulan puasa dan penjimatan. Ramai yang menyangka bila masuk bulan puasa, kita boleh berjimat. Namun, awas jika kita tidak berwaspada dan bersedia, maka segala penjimatan yang kita bayangkan itu tidak akan ke mana.
Merancang perbelanjaan di bazaar ramadhan
1. Buat list pembelian makanan berat dan kuih dan air. Cukup sekadarnya sahaja.
2. Jangan luang masa terlalu lama berjalan dari hujung ke hujung dengan alasan mahu meninjau gerai-gerai lain.
3. Berpakat dengan rakan sepejabat, serumah, atau adik beradik untuk berkongsi wang atau pilihan pembelian. Misalnya ada 4 orang, seorang beli air, yang lain beli buah, makan, dan kuih. Ini juga adalah salah satu tips menyediakan makanan bagi orang berbuka puasa yang akan memberikan pahala berganda kepada kita.
4. Letakkan bajet yang strict contohnya hanya RM5 bagi air dan kuih dan RM5 untuk makanan berat. Disiplinkan diri!
5. Bawa wang secukupnya sahaja mengikut bajet. Sorok wang yang lebih.
6. Jika anda merasakan bahawa tip-tip di atas tidak berkesan untuk anda, kirimkan sahaja kepada kawan yang mampu mengawal perbelanjaan dan nafsu membelinya. Anda juga dapat menyelamatkan pahala puasa anda dari melihat aurat yang tidak sepatutnya di bazar ramadhan :)
nota dari i luv islam
Label:
Isu semasa,
Tazkirah
Khamis, 11 Ogos 2011
Majlis Berbuka Puasa 2011 anjuran MSN
Puisi Memoir Majlis Berbuka Hari bersejarah buat warga sukan Ianya bermakna bagi siapa yang mahu menyantuni orang berpuasa makan dan minum Menyantuni 54 orang anak yatim bersama 14 pelajar tahfiz Ianya bermakna orang yang nak menambahkan koleksi pahala dan menyakini ianya bakal terjadi Buat sahabat NSH, ini peluang bertemu sahabat2 yang bertebaran dalam dunia dakwah namun dimensi yang berbeza Hanya jiwa tergambar seronoknya bersama Imam Muda Ammar dan Ustaz Tirmizi Ali AQ ke 4 mengimami Solat Isyak dan Terawih. kepuasan terzahir pada wajah Prof Zul Kadir Mana pernah program bilalnya IM dan Imamnya AQ! hanya di MSN.. Semoga majlis ini dimanfaat warga sukan khususnya atlet faedah spiritual strengh cukup besar.. namun hanya bagi yang Ulul Albab yang ada mata hati yang ada sedar dan cakna ramadan dan dah 11 hari.. apa yang telah dicapai kalau diet sahaja tak cukup kalau yang wajib tak dang buat |
Label:
Isu semasa,
Tazkirah
persiapan kerohanian menuju sea games 2011
PERSEDIAAN KEROHANIAN MENGHADAPI PERTANDINGAN : SUATU
ANALISA MENURUT AL-QURAN
Tips untuk menjadi atlet cemerlang yang cemerlang dalam konteks persiapan kerohanian menghadapi mana–mana pertandingan membawa nama baik malaysia. Ianya sebagai pelengkap setelah persiapan kekuatan fizikal dan mental sudah mencapai tahap maksima.
Apa kata kita renungkan kembali tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al Mukminun :
1.Keyakinan dan kepercayaan
“Sesungguhnya BERJAYALAH orang-orang yang beriman.” [23:1]
Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Sistem Keyakinan dan kepercayaan inilah yang menjadikan atlet bermotivasi sebenarnya seterusnya berkeyakinan dan segala problema yang datang dapat di atasi dengan mudah. Tanpanya kita mudah menyalahkan taqdir, ketegangan perasaan dan hilang semangat. Ini berbalik kepada sistem kepercayaan dan bagaimana seriusnya atlet mahu terus membina sistem ini secara berterusan? Menjaganya dan membajainya..!
2. Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati.
“iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.” [Al-Mukminun :2]
Dalam istilah agama dipanggil khusyuk. Bayangkan Allah SWT mewajibkan 5 kali sehari untuk kita bersolat dalam keadaan khusyuk khasnya pada waktu lengah manusia supaya dapat stabil fokus dalam kehidupan. Ini bermakna memang Allah swt mahu kita selalu fokus dalam urusan kehiudpan.. Ini termasuk urusan dunia dan akhirat. Do one thing at a time. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Be passionate in it. Bukan sambil lewa.
3. Keutamaan (Prioriti)
“dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna).” [Al-Mukminun:3]
Kebiasaannya dalam menghadapi musim pertandingan yang penuh pressure, kita cenderung untuk berehat dengan hiburan, movies, korean series, games, dll sehinggakan selalunya melebihi daripada hadnya. Bukan tidak boleh. However, the best thing to do during your break is to take wudhu’, solat hajat or recite Quran so that we will be closer to Allah, Bagi non muslim, pergilah ke tempat keugamaan masing-masing. Ini boleh menambahkan motivasi dalam pertandingan yang bakal malah boleh kekuatan kerohanian “spiritual strengh” yang diperlukan.
4. Cakna (Sharing is Caring)
“dan orang-orang yang menunaikan zakat.” [23:4]
Walaupun sedang berada di saat-saat genting menghampiri pertandingan, janganlah atlet bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, Sudah banyak aktiviti atlet berkongsi cakna dengan Rumah Orang Tua dan Rumah Anak Yatim. Ini bagus untuk diteruskan khasnya apabila menghampiri pertandingan-pertandingan besar. Care about each other
5. Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan
“dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.” [Al-Mukminun :5,6,7]
Janganlah kita menggunakan alasan sukan untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan dot dot. Sesungguhnya batasan hubungan kena dijaga. Sebarang pelanggaran bakal memudaratkan diri atlet itu sendiri disamping mengundang kemurkaan Allah SWT. Padahal Allah swt sentiasa ada, sentiasa melihat Al-Bashir. Pasti ada hikmah larangan ini.
6. Jujur, amanah
” dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya.”
[Al-Mukminun:8]
Bukankah kita telah berjanji dengan pihak sponsor, MSN dan Negara kita untuk belajar bersungguh-sungguh dan score well in our games? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dgn Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang atlet yang telah dipinjamkanNya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana insyaAllah.
its time to say “Bismillahi tawakkaltu ‘ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil ‘azim.”
7. Masa itu adalah kehidupan
“dan orang-orang yang memelihara solatnya.” [Al-Mukminun:9]
Ini bermaksud ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian atlet. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan, and to maintain keeping up with our effort continously, akan istiqamah. Ini boleh di simpulkan dengan perkataan Punctual, and particular.
Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk amalan ritual semata-mata. Highlight utama dalam ayat tersebut supaya kita sangat menjaga hubungan kita dengan Allah kerana kita akan kembali mengadapNya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa pingat berkilau diperolehi. Kejayaan hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah. Mengukur diri agar selalu bersyukur senantiasa. Semoga berjaya dunia akhirat.
“Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka.” [Al-Baqoroh :201]
Label:
Isu semasa,
semasa,
sukan
Langgan:
Catatan (Atom)




















