Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan

Rabu, 29 Februari 2012

Doa Buat UlangTahun Ybhg Dato' Zolkples KP MSN

Doa 
                                                              
Alhamdulillah Ya Allah untuk usia dan umur yang engkau pinjamkan


Terima kasih Ya Allah di atas limpahan rezeki yang engkau kurniakan

Terima kasih ya Allah di atas kesihatan, kebahagiaan,bakat dan ilham yang engkau jua yang menanugerahkan kepada beliau.

Sesungguhnya telah banyak engkau kurniakan dan anugerahkan kepada kami dan tempatkan kami golongkan kami dari golongan as-syaakiirin..

Ya Allah Ya Haadiy, bimbingkanlah pemimpin kami Ybhg Dato Zolkpless agar hamba ini terus gagah melangkah meniti kehidupan dilembayungi kebenaran,kejayaan dan kecemerlangan.

Ya Allah Al-Hakeem, Anugerahkan ilham kebijaksanaan kepadanya agar beliau terus bersemangat menabur budi pada agama,bangsa dan negara. 

Kurniakan kesihatan dan kesejahteraan yang diberkahi dan dirahmatii.
Terimakasih di atas segala takdir yang telah engkau tentukan kepadanya.
Ya Allah Al-Jabiir, peliharakanlah beliau dari sebarang musibah dan bala'

Terima dan kabulkanlah hajat-hajat kami ini.

Sabtu, 18 Februari 2012

Tip Buat Suami Penjejak Surga

Apakah yang kita inginkan terhadap keluarga kita?

Sudah pasti, tidak ada seorang suami atau isteripun di dunia ini yang menginginkan keluarganya:

1. Menjadi kacau bilau.
2. Sentiasa bermasaalah.
3. Menjadi neraka dunia. Begitu juga dengan kita di mana kita pasti menginginkan :
1. Keluarga yang harmoni di mana hubungan suami isteri yang romantik.
2. Keluarga yang ‘sakinah mawaddah wa rahmah’.
3. Rumah tangga yang menjadi syurga dunia iaitu ‘baiti jannati’ (rumahku syurgaku).

Untuk mencapainya, Islam mengajarkan kepada kita cara-cara untuk membangun kehidupan keluarga dengan berlandaskan interaksi antara suami dan isteri yang menekankan ciri-ciri berikut:

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

Sabtu, 19 November 2011

nota ke 4 sg2011- Murtabak HAR














 Makanan asli bercita rasa India ini diperkenalkan oleh seorang keturunan India yang bernama Haji Abdul Razak (HAR). 

Malam terasa lapar lalu diajak Joherman pergi ke Hotel Sanjaya kebetulan menemani Puan Swee Fong OCM menyampaikan dokumentasi penting untuk pasukan perubatan Malaysia yang berpusat disitu. Kira-kira dalam 15 minit perjalanan setelah bertemu kami terus singgah kedai murtabak HAR yang asal. 


Banyak restoran yang di buka di beberapa jalan utama di Palembang, dan Bahkan ada cabang di Jakarta yaitu terletak di Jalan Hayam Wuruk, Jakarta Pusat. Bukan saja menyajikan Martabak saja, ditempat ini juga menjual makanan lainya seperti Roti Canai, Teh Tarik dan lain-lain yang bercita rasa India. maklumat lanjut layari di sini.


Yang menjadi Khas Martabak HAR adalah hanya berisi beberapa butir telur itik, dan Kuah Kari kental dengan tumbukan kentang yg dihaluskan...
memang sedap menjilat jari. 


Selepas itu kami tambah satu lagi dengan dibahagi tiga .;-)



catatan sg 2011- Masjid Agung Palembang Kota Sriwijaya

 Masjid Agung Palembang

Masjid Cheng Hoo Palembang sebenarnya bernama Masjid Al Islam Muhammad Cheng Hoo Sriwijaya Palembang adalah Masjid bernuansa Muslim Tionghoa yang berlokasi di Jakabaring Palembang. Masjid ini didirikan atas prakarsa para sespuh, penasehat, pengurus Persatuan Islam Tionghoa Indonesia (PITI) Sumsel, dan serta tokoh masyarakat Tionghoa di sekitar Palembang.Mesjid yang didirikan warga keturunan ini juga memiliki imam baru yang sudah hafal 30 juz dari kitab suci umat Islam, Al-Quran yaitu Choirul Rizal.

Selain itu, Mesjid yang dibangun dengan perpaduan unsur Cina, melayu, dan nusantara ini sudah menyelesaikan beberapa bagian masjid seperti rumah imam, pagar sekeliling, dan mengaktifkan Tempat Pendidikan Al-Quran untuk anak-anak secara gratis. Pembangunan masjid ini diawali dengan peletakkan batu pertama 2003. Modal awal pembangunan masjid itu sekitar Rp 150 juta dari hasil kumpul-kumpul dengan kawan-kawan di PITI. Tanah tempat masjid berdiri merupakan hibah dari pemerintah daerah dan baru diresmikan pada 2006.

Selepas pasti Myanmar ditewaskan dalam sepaktakraw. Saya terus bersama Team medical keMmasjid Agung untuk solat jumaat. melewati jambatan ampera yang macet di tengahari. bimbang juga tak sempat berjemaah.Subhanallah! sayu dan terasa khusyuk sekali.

Doaku akan akan aku datang lagi palembang dalam usaha mendakwahi ummah di sini.
maybe bersama sahabat Zuhairi dalam LUAnya.


Selasa, 1 November 2011

Zulhijjah & The Power Of Giving


Sana sini sudah ada yang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha.

Jika belum Hajj, sudah sungguh-sungguh berazamkah mahu ke sana?
Bagaimana tabungan ? Ilmu di dada pula?
Jika yang belum berkemampuan , raya nanti nak ke mana?
'Balik kampung kah ke ustaz?', tanya makcik jual nasi lemak di puncak Jalil..
"Saya mahu ke Palembang ada tugasan dan mahu lihat jejak Parameswara", getus di dalam hati sambil tersenyum.

Sebenarnya Hari Raya yang datang ini terus menguji PENGORBANAN kita.

Adakah setulus Ibrahim AS wahai sang Suami dan Ayah
Adalah sehebat Siti hajar wahai sang Isteri dan Ibu.
Adakah seagung Nabi Ismail wahai seorang anak dan pejuang

The Power Of Giving ! bulan ZULHIJJAH mengingatkan kita kekuatan itu

Itu kekuatan Hidup untuk memberi..

Wahai Ayah ! memberilah
Wahai Isteri ! memberi
Wahai Anak ! memberilah
wahai pemimpin ! memberilah
wahai rakyat ! memberilah

Give the Best !

Jumaat, 21 Oktober 2011

Hebat Dengan Matlamat Jelas



Manusia yang HEBAT dinilai melalui APA matlamatnya!

Allah swt memberitahu kita bahawa UBUDIYYAH adalah MATLAMAT kita..



Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia, melainkan supaya mereka menyembah-Ku
(Q.S. Ad-Dzariyat [51]: 56)

Anda sebagai atlet, guru, anak, ayah suami mahupun pemimpin..

Kita kena beribadah walau apapun situasi kita samada duduk berdiri berbaring dan sebagainya.

Cara untuk menetapkan matlamat lain dalam kehidupan;
  1. Buatlah matlamat yang spesifik
  2. Jadikan matlamat itu suatu yang dapat dinilai
  3. Jadikan ia realistik
  4. Tetapkan tempoh masa yang jelas dan munasabah
  5. Serasi dengan jiwa
  6. Pecah-pecahkan matlamat
  7. Sebarkan kepada orang lain
  8. Kita mesti bertanggungjawab
  9. Berdisplin dan istiqamah

"Sudah menjadi fitrah masa bahawa sesuatu perkara akan berlaku dalam sesuatu masa. Oleh itu, rancanglah sesuatu"

Secara ringkasnya, ada tiga perkara utama dalam perancangan hidup.

Pertama adalah sasaran yang jelas.
Kedua perancangan.
Ketiga tindakan.


Apabila kita hendak berjaya dalam hidup, lakukanlah semua perkara ini.

Artikel asal dari blog,klik sini

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pagi ini 21 /10/2011 bertazkirah bertajuk 'Nilaian kita bersama Matlamat kita' bersama team sepaktakraw dalam persiapan menuju SEA GAMES 2011 Palembang..
Berbaki 21 hari lagi...

Sabtu, 15 Oktober 2011

Benar ! Mati Motivasi Tertinggi



Mengingat-ingat bahwa aku akan mati adalah alat yang paling penting yang pernah aku jumpai untuk membantuku membuat keputusan besar dalam hidup." - Steve Jobs, 2005

Ketika Steve Jobs meninggal pada Rabu 5 Oktober 2011 waktu Amerika, segera sejumlah ucapannya yang terkenal kembali dikenang orang. beliau bukan hanya sekedar SEO apple yang sukses tapi lebih dari itu banyak Kata-kata nya yang bermakna begitu dalam, seorang dengan visi yang luar biasa.

Tetiba sebak di dada apabila mengingati beberapa sahabat yang sungguh bermotivasi yang terlebih dahulu mengadap Ilahi.

Sekadar menyebut beberapa sahabat yang hampir seperti 
  1. Ustaz Mohd Sham Abu Bakar ( Kemalangan ). Beliau diabadi dalam website ini oleh anak muridnya yang mengkagumi beliau.
  2. Ustaz Rosli SMIP (denggi). sahabat senior yang mana kahlaknya dan method membekasi nurani ini, selain meruapakan sguru kepada adik lelaki saya semasa di SMIP Pucong. Arwah diabadikan dalam website ini.
  3. Ustaz Khairul Azhar Shamsuddin (denggi).Beliau merupakan angkatan YDP Persatuan pelajar semasa  di Mesir.Arwah Ydp negeri Sembilan. Arwah diabadi dalam website ini.
Semoga MATI terus memotivasikan kita menjadi insan yang HEBAT dan LUAR BIASA membina tamaddun diri,keluarga dan Dunia..

Rabu, 5 Oktober 2011

Kunci Kehidupan

KUNCI KEHIDUPAN ini adalah penyerahan segala harapan kepada Tuhan..rintihan memohon nusrah dengan jiwa yang penuh pasrah kepada Allah..

Di situlah kita akan temui kecantikan putaran episod hidup..dalam diari perjalanan ini pasti kita temui kepahitan, kemanisan, kesilapan, keinsafan, kesakitan, kegembiraan dan segala macam cereka kehidupan..namun jika insan dari awal menyerah pasrah kepada Allah, insan akan dapat melihat kasih dan pertolonganNya di setiap celahan perjalanan..kembara hidup akan berjalan sehingga ke akhir hayat..

Hikmah dan bantuan Allah menjelma dalam pelbagai rupa dan cara..yang disangka dan yang tidak diduga..jika Allah memberi tiada tangan yang dapat menghalang..jika Allah menghalang tiada tangan yang dapat memberi..atas keimanan itu, maka berjalanlah kita menuju destinasi akhir..temuilah segala pahit dan manis..derita dan nikmat..dalam senyum kita menangis syukur..dalam tangisan kita tersenyum akur..ALLAH tidak akan mensia-siakan hamba yang bergantung kepadaNYA..teruslah percaya kepada janjiNYa :

SESIAPA YANG BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH MAKA ALLAH ITU CUKUP UNTUKNYA (Surah at-Talaq)

Maka yang wajib bagi kita ialah membina dan membersih jiwa agar hakikat tawakal benar-benar bersinar dalam kehidupan yang berputar..

(nota Dr Maza)

Sabtu, 1 Oktober 2011

Acheh mendakapku

Isnin 26 Sep 2011

Isnin,hari bersejarah. Kapal AirAisa ke  Nanggroe Acheh Darussalam NAD bertolak terbang tepat jam 1 petang..Sesungguhnya dari pagi sibuk menyiapkan diri. kekadang sakit perut tak enak..kenapa sihh! memang psikologi jika ada perkara besar selalu tubuh manusia berubah..


Ateh zuhairi aku temaninya untuk menyampai dakwah (permakalahan) ke sana..jika tidak pasti sukar nak ke sana tanpa urusan..Peluang menyaksikan bahasa Allah 'al manzurah'


Di tangga fligt bertemu juga sahabat lama semasa di univ. Al-Azhar setelah 12 tahun tak berjumpa. saya kenal dia cuma dia lupa saya. Ustaz Ramdan Nanyan..aktivis persatuan anak perlis yang tinggal di temerloh pahang...dia bersama puan taharah dan 11 orang dalam rombongan ke achen berjalan-jalan(berwisata). banyak boleh diperkongsikan di sini.


Sejam setengah perjalanan akhirnya tiba di airpot Sultan Iskandar muda Aceh., kami menunggu wakil dinas Syariat islam ( JAKIM Aceh) namun hampa. Pak mahlizar dan puan taharah menawarkan bantuan menumpangi vannya ke Dinas. kami setuju sahaja. Alhamdulillah engkau hantar hamba2mu membantu. Dalam van,kami mengambil video banda aceh dan tepegun sebentar melihat Aceh secara langsung. kami tiba di Kantor Dinas (pejabat agama Aceh) terus bertemu Prof Dr Hj Rushdie Ali Muhammad  yang pernah menjawat reaktor Ian Raniry Acheh..seterusnya kami dijamunya kari sapi makanan adat aceh.


Check in Grand aceh Hotel yang baru siap dalam 3 bulan lalu..di simpang surabya..semalaman hanya 300 ribu rupiah ..(Rm 100) ada berani..!

Rumah-rumah  pasca tsunami dibina oleh negara China 




Selasa 27 Sep 2011


Berwisata bersama labi-labi dan beca sungguh menyeronokkan. Naik labi-labi kami terkena 13 ribu rupiah untuk ke tempat kapal apung yang berat 13 ribu ton di bawa air tsunami sejauh 5 km dari laut. Namun kami lebih seronok naik beca. Motor yang ada 2 tempat duduk yang sempit.Selain ianya  murah dapat merasi kegerunan yang tak dapat dirasi di sini.

Pak supir rizal meninggalkan kami di tengah banda aceh yang pernah dilanda tsunami amat sayu kerana tugasannya lagi persiapan rapat koordinasi belum siap.kami berjalan melalui deretan kedai..Tergambar bagaimana tika sesibuk ini suasan menjadi genting dengan pekikan "Air bah"Air Bah". Sempat juga masuk toko buku walau kecil namun pelbagai perkara didalam dengan pelbagai buku2 baru. Buku "Asyiknya Berfikiran Positif" sempat ku beli sesuai dengan LUA yang di jalankan ini.




Rabu 28 Sep 2011


Berdebar pagi ini. Bersarapan bersama hampir 100 karyawan kepalan dinas 23 kabupaten SeAceh di lobi Grand Aceh hotel. Inilah wajah2 penggerak Islam di acheh. "Anda dari malaysia ke",sapa salah seorang dari kabupaten tamiang. 'Ya ,bapak Tengku Naspi",jawabku sambil melihat tag nama dan menghirup kopi gayo acheh.


Setelah perasmian oleh wakil gabenur dengan ucaptama yang hebat. jam 11 pagi bermula sesi ateh. Moderator ialah Dr mujiburrahman Phd dari USM dalam bidang pendidikan. bayangkan 6 jam yang diperuntukan dengan 3 kali rehat mendebarkan. selain masalah bahasa atau dialek ,ateh pasti merasi sukar kerana dengan peringkat umur dan status. Namun semua berjalan baik denagn berkah dan bantuan allah swt


Setelah jam 6 petang, wajah2 peserta tampil ceria. puas. Ada yang menagis kesayuan memeluk ateh. sempat juga mengambil video dan gambar.



Harga atjceh tanah rencong sehingga dapat melaksanakan syaraih islam secara kaffah terlalu besar. Allah hantar 'bahasanya' iaitu Tsunami 2004. Bukan sekadar maksiat TNI di pantai Ulue Lhue musnah, Gam berdamai dengan Pemerintah indonesia bahkan melalui perjanjian helsinki 2005 acheh diberi kebenaran khas melaksana syariah. Ini kesimpulan ringkas dari diskusi hati ke hati dengan beberapa aktivis islam termasuk hakim rafiuddin, us hasanuddin DDI semasa rapat koordinasi Dinas Syariah secara kafaah 28-29 sep 2011..


Adakah umat Msia menanti tsunami juga untuk memberi laluan kepada perlaksanaan islam?




Khamis 29 Sep 2011


Hari terakhir sebelum pulang, kami berimpian menghabisi dengan melihat kesan tsunami dan membeli belah sebentar. Selepas subuh diimami oleh pak Amri dari jemaah tabligh.Sedap suaranya. Sempat juga ditanya pengalamannya semasa gempa dan tsunami. Selain masjid Baiturrahim yang terletak hampir dengan laut yang  kekal fizikal dan perkuburan sebelah, kami terus ke tepi laut memandang jauh lalu disisinya bukit bukau menjadi saksi bisu disember 2004..Angin sepoi menyapa kami..kepiluan tak terkata. 

Seterusnya ke muzium tsunami yang dibangunkan oleh pelbagai negara ongkosnya. Di sana kami masuk reruang yang bangunan dibuat dalam rekabentuk kapal
,ada sesi video 8 minit dalam bilik gelap dan gambar yang cukup sadis. Perkuuran massal pula sempat kami datang dan membaca doa. Disini ribuan mayat dimasukkan secara 1 lubang.Nama Asmaallah diukir cantik menghiasi tembok sekelilingnya.

Maghrib kami berjemaah di Masjid baiturrahman. Imam Ustaz Ridwan Johan yang juga peserta RAKOR mengimami solat Maghrib berjemaah. Sura sekilas imam sudais. 8 saf jemaah lelaki memenuhi masjid. Seawala ana memasuki masjid ini cuma teruja dengan jiasan seolah macam masjid Nabawi..Sebelum itu sempat bertemu Su kelab remaja masjid baiturrahman sebelum kemundang azan.

Sejenak mendengar kuliah maghrib dari Drs. Tengku H.Abdul Ghani Isa SH.M.Ag mengenai tafsir ayat yang dibacakam Imam walau style lama namun cukup membekas...

Timpan
sejenis kueh Aceh..minum petang dapat rasa 3 keping


Jumaat 30 Sep 2011

Buat tanah berkah Nanggroe Aceh Darussalam NAD yang bakal ditinggalkan. 

Sungguh kita Melayu serumpun,pelbagi kenekan masakan telah di nikmati seperti Nasi Ayam Lepas,Nasi ayam tangkap, Mee kocok, Mee acheh, sabu-sabu, rojak atjheh, ais buah segar, jus segar magga dan seterusnya bertemu pelbagai etnik melayu 11 jenis loghat bahasa daerah dengan pelbagai cerita benar kejadian tsunami benar-benar membekas jiwa memberi sebuah Makna Hidup..
Syukran khairal jazak Prof Dr Rushdie kepala dinas, pak m naz, pak maimon dan pak sufir rizal yang menjadi pengantin senja..


Budimu dibawa mati..Jom ke Acheh



Jam 12 tengahari tiba di Airpot Iskandar Syah Muda.perjalanan mengambil selama 1jam 30 minit sahaja.tiba di Lcct Sepang jam 4ptg dan tiba di rumah jam 6,45 petang .jalan sangat jammed dari sepang ke Bukit jalil


Malam selepas maghrib terus ke  Taman Sri Putra Banting mengambil Izzah, singgah rumah Encik Mokhtar dan isteri yang akan ke haji jam 5 pagi Ahad..semoga selamat semuanya ameen.


Berhenti depan masjid taqwa (tempat belajar haji bagi orang banting)
pulang rumah jam 10.30 malam lebih selepas berbual-bual ziarah.

Selasa, 20 September 2011

“Hantu Bonceng” ada unsur hina Islam

“Hantu Bonceng” filem terbaru yang diarahkan oleh Ahmad Idham Ahmad Nazri dengan lakonan oleh Mohd Razizan Abd Razak [Zizan RL].

Baru-baru ketika saya ke Giant Kinrara bertemu dengan sahabat jurujual booth,beliau menunjukan 2 scene yang jelas boleh menimbulkan fitnah seolah-olah menghina Islam dan Kalimah syahadah

Babak 1 yang dilakonkan secara jelas menghina Rasulullah SAW apabila Zizan menyebut "Asyhadu anna Muhammadar Syaitan" yang membawa maksud "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan". Yang septutnya disebut "..Muhammadar Rasulullah..". Zizan terkejut dari tidur lalu bangkit mengungkap kalimah ini.


Adengan ke 2 ketika zizan dan kawannya memasuki surau mendengar tazkirah dari seorang ustaz. T-shirt merah yang dipakai oleh zizan DEATH...... yang mana huruf t ialah berlambangkan salib..ianya jelas. 

Kalimah syahadah bukan perkataan yang boleh dijenakakan atau dipersenda sedemikian rupa justeru ia membawa kesan yang boleh menggugurkan syahadah walaupun ia sekadar lakonan. Sementelah pula filem yang menjadi tontonan umum ini akan mencetus kekeliruan dan gambaran yang salah masyarakat terhadap Islam. Lebih berisiko apabila kelak ia turut merosakkan aqidah masyarakat awam.

Jangan biarkan filem menjadi medium untuk menghina, mempersenda dan memperkecilkan Islam di dalam negara ini.
Kepada para artis untuk meneliti dan membuat kajian terlebih dahulu mengenai skrip yang bakal dilakonkan oleh mereka. Sekiranya skrip tersebut mengandungi unsur-unsur yang dirasakan bertentangan dengan fitrah dan juga berpotensi untuk mencemarkan kemuliaan Islam maka bertanyalah kepada para ulamak .

Perkara ini juga mesti dilakukan oleh pihak penerbit, pengarah mahupun pelakon agar tidak mewujudkan suasana kontroversi seperti ini.
Ustaz Zaharuddin juga menyebut dalam FBnya :

Seorang hamba yg bercakap sesuatu kalimah @ ayat tanpa mengetahui implikasi & hukum percakapannya, maka perkataan itu akan mencampakkannya ke dlm Neraka sejauh antara timur dan barat" (Riwayat Al-Bukhari). Justeru, perkataan yg diucapkan di dalam filem ini boleh termasuk dlm kategori hadis di atas walau ia dibuat tanpa maksud & kejahilan. Taubatlah wahai pelawak, jgn berlawak dgn kalimah2 suci, kelak menangis!.

Rujuk websitenya

Terkini.

Saadara zizan sudah meminta maaf dalam laman twitternya.
Insaf kerana Allah.
Semoga ini menjadi iktibar kepada penerbit, penulis skrip mahupun pelakon.

Isnin, 5 September 2011

Sepupu yang telah pergi..

Arwah Noramfaizul
Allah bersamamu

Arwah merupakan teman sepermainan semasa kecilku. Rumah neneknya di simpang tiga gombak masih tergambar di reruang mataku siapm riuh rendah dengan kejaran semasa kecil bersama us hasnil. Kami sering dimarahi sering juga dirotan.

Kemudian tika paknjang sekeluarga bermula berpindah awal tahun 80an bahkan kami pernah tidur dirumah serdang raya barunya serta sama-sama bertiga membersih dan menjaga barangan pindah malam pertama ketika permulaan Taman Serdang raya .

 Seingat baru mencecah darjah 4 rasanya ketika itu. Rapatnya kami sehingga dewasa. Beliau pernah menjadi senior di SAMER Rwang sebagi first batch dan ana adalah generasi yang ke 3. Ada kemungkinan ayah menghantarku sebab melihat abangnya Paknjang menghantar faizul ke samer yang baru buka dengan 1001 kedaifan namun bersar ertinya buat kami.Banyak cerita masamanis kenangan di rawang tika kami mula remaja disana. masing2 membawa haluan perjuangan masing-masing ketika usia memanjat kian dewasa. 

Beliau merupakan jurugambar bernama TV yang selalu datang ke MSN. Kekadang dia mencuit bahu saya.
Itupun ketika setelah selesai menjalankan tugas. 

Takziah buat keluarganya Isteri Puan NorAzrina Jaafar dan anak2
termasuk Pakanjang Maknjang serta ahli keluarga.

Allahyarham Noramfaizul Mohd Noor bersama anak2nya

Selasa, 30 Ogos 2011

Ramadan 1432h & Rumah Allah

TAHNIAH WAHAI YA BAAGIAL KHAIR

SEKALUNG BUAT AKTIVIS PENGGERAK QARYAH( pinjam istilah cikgu Azmi TERAS) DI-MANA SAHAJA ANDA BERADA ( hj ayub-Tmn Medan Baru, Hasni Tmn Megah Cheras *sekadar sebut beberapa nama dan dll)

KU BERDOA AGAR RUMAH ALLAH TEMPAT ANTUM BERJIHAD MENGIMARAHKANNYA MENJADI SAKSI

DI HADAPAN ALLAH

DI SAAT ORANG LAIN BERSAMA ANAK ISTERI,

ANDA MELUANGKAN BERSAMA BUAT JAMAAH DAN SURAU/MASJID

SEMOGA RAMADAN 1432H MENJADI SAKSI TADARUS KITA

ATAS KEPERIHATINAN ANDA

*Tuan Hj Othman,Us dahlan, Atlet2,coach M'sia yg mengimarahkan, Along Razali, Rahman,Mukhlis,Dzafrin,Zul (tahfiz Kubang Bujuk) 
 (tahniah alfa alfun mubarak- anda kekasihku dalam doaku di malam raya yang mubarak)


Ahad, 28 Ogos 2011

Ibadah 10 Terakhir Ramadhan Bagi Wanita Haid

Berikut adalah beberapa nasihat yang wajar diamati oleh para muslimah sekiranya didatangi haid sedangkan di dalam hati bersemangat hendak beribadah.

Disenarai juga beberapa ibadah yang boleh dilakukan sebagai alternatif kepada solat, puasa dan iktikaf di masjid yang dilarang mereka melakukannya ketika haid.


Selanjutnya Klik di sini

Isnin, 22 Ogos 2011

Sahabat jumpa 'setahun' sekali


Seperti biasa datang sahaja bulan ramadan,

musim kerancakan kuliah semacam tumbuh cendawan selepas hujan.keperluan tenaga pengisi tazkirah amat didambai.

Lokasi lembah klang amat memerlukan tenaga dai'e. Bayangkan jumlah setiap agensi kerajaan mahupun swasta itu belum campur dengan surau dan masjid yang memerlukan untuk tazkirah terawih samada kena jadi imam atau tazkirah sahaja.

Pada tahun ini seperti biasa group  Darul Iman akan turun KL.
5 Sahabat orang utnuk bersama menjayakan misi dakwah. Ianya diketuai oleh ustaz Saari Zulkarnain.Mereka tinggal di sebuagh rumah selesa wakafan dekat BTHO.

Sejak 3 tahun senantiasa ana bersama kepada mereka untuk mengisi program kuliah sekitar lembah klang. Kira ana seperti jadi broker ustaz pulak. :-) dapat pahala free ajer.

Siapa tak nak pahala ! Syarat kena ikhlas sahaja..

Antara yang takdapat digambar ialah dapat bertemu dengan ustaz zakaria di medan baru dan us shaari zulkarnain di saba' resotoren depan Lrt setiawangsa. beliau merupakan sepupu zaujah manakala us zul adalah rakan sebilk di kusza juga naqib usrah dahulu.

Allhamdulilah sempat mendengar 15 minit baki tazkirah beliau mengenai nasib ahli neraka allah..ceramah bermula selepas witir dalam jam 10mlm hingga 10.40mlm

Subhanallah..!

Ini pertama kali dapat berjumpa hanya sms sebelum ini penghubung diri..

Dapat bertemu sejurus tamat adalah spirtual hapiness kemudian disantuni ajk surau dalam moreh seperti hj ayub dan pengerusi Tuan Azri  terus dapat tarikh kuliah baru iaitu 26 Jumaat malam sabtu.

Ahad, 21 Ogos 2011

Jangan Toleh Belakang...(Ayahku~selamat hari lahir~)



Itulah jalan yang penuh saadah (kebahagiaan). 
Walaupun itu adalah jalan yang payah, tetapi itulah jalan yang paling mudah.
Tidak ada jalan pintas!


Seronok sungguh pabila dapat berbuka dengan ibunda dan ayahanda tercinta..tetiba mengalir air mataku syahdu..teringat jika kela disaat tuaku adakah anak lelaki ku juga begini..

seru deru hati ini "Wahai suami! wahai anak lelaki jagai hati ibumu. Mereka adalah shurgamu..kebahagiaan perjuanganmu adalah bermula dengan Ibumu.."



semoga anak2 ku juga akan meraikan aku tika tuaku nanti walau sibuk dengan tugasan mereka menyara anakbini namun ibubapa tetap dihati..


Malam itu dihabisi dengan bersembang dengan mereka, sungguh puas hati ' spirtual hapiness'..
bekas teringat dengan kasih sayang mereka kepada saya dan hasnil sebagai anak kembar yang dibesarkan suasana urban city anak setinggan dengan penuh kerja keras..



Ayah dahulu dengan pelbagai jenis kerja dan tugasan pejabat dari kem Kentomen terus bekerja menjual apam balik, buat besi grill dan membuat batu block. pernah sekali kami berdua bermain bola dan bola terlanggar 5 batu block pecah.


Ayah begitu marah mengejariku.. hehehe ! cukup bermakna ayah! aku sungguh menyanjungimu..Ketegasanmu menjadi aku seperti ini. pasti angah lebih lagi..



Do’aku untuk Ayahibu selalu…
ROBBIGHFIRLII WALIWAALIDAYYA WARHAMHUMAA KAMAA ROBBAYAANII SHOGHIIROO
“ Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa ayah ibuku, sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangiku sewaktu aku masih kecil ”

Kita sama ayah. kini masaku sudah tiba tika 2 cucumu sudah pun masuk menengah.. pasti mereka aku harapkan menjadi insan berguna dan akan menyantuniku semasa tua nanti. jadi saya wajar menyantunimu agar anak2 akan menyantuniku pula nanti.


Lagu 'A Thousand Times' oleh Samy Yusuf cukup menyapaku untuk CHANGE, walau berkali jatuh dan bangun biar beribu..,Klik sini.


Akhirnya tepat jam 3.05 pagi selepas sempat lena 40 minit bergegas dari sg buloh ke puchong jaya memimpin qiam.


Tepat jam 7.10 pagi berhenti tazkirah, maaf haji terlebih 10 minit..janji berhenti tepat jam 7 pagi kerana takut jemaah mengantuk, rupanya tak mengantuk bersemangat jemaah kernateruja rasa jiwa dan kepuasan jiwa tak tergambar.



Sempat lagi promosi kita kecil susunan adinda ustaz hasnil dengan Rm1..dari 50 buah tinggal 12 sahaja..


pertama kali ana selepas ceramah tazkirahku setelah 10 tahun mempromosi buku. :-)

Seterus jom berkongsi tazkirah tentang Hawa Nafsu yang juga saya sentuh dalam tazkirah pagi itu.

Prinsip Asas Dalam Melawan Hawa Nafsu
Berikut 3 prinsip asas kaedah melawan nafsu. Tiga kaedah ini telah digariskan oleh ulama pakar dalam meneliti perjalanan hati dan nafsu manusia.

Dalam kitab Minhajul Abidin misalnya, Imam Ghazali telah menggariskan tiga prinsip asas berikut:
1. Menahan atau menyekat sumber kekuatannya.
Nafsu yang diumpamakan kuda yang liar itu boleh dijinakkan dengan syarat ditahan sumber yang memberikannya tenaga. Jadi, nafsu boleh dikawal dengan menahan makan (berpuasa).
Oleh sebab itulah dalam Islam kita diwajibkan berpuasa sebulan dalam setahun. Dan digalakkan juga berpuasa sunat hari-hari tertentu. Malah mereka yang belum mampu berkahwin, nabi Muhammad s.a.w. menganjurkan mereka menjinakkan nafsu seks dengan berpuasa.
Selain menahan perut daripada banyak makan, ada lagi beberapa sumber kekuatan nafsu yang perlu disekat. Antaranya, menahan pandangan (mata) daripada yang haram, telinga daripada mendengar sesuatu yang berdosa, mulut daripada berkata-kata yang dilarang, hati daripada sifat-sifat mazmumah dan lain-lain.
2. Membebankan nafsu itu dengan ibadah.
Setelah nafsu yang diumpamakan sebagai kuda liar itu disekat sumber kekuatannya, langkah seterusnya ialah dengan dibebankan ibadah tertentu terutamanya ibadah khusus yang berbentuk fardhu dan sunat.
Solat terutamanya, sangat diperlukan dalam kaedah ini semata-mata untuk 'menyeksa' nafsu. Bukan sahaja solat lima waktu tetapi solat malam (qiamulalil) sangat berkesan untuk menundukan hawa nafsu.
Begitu juga dengan zikrullah yang lain seperti membaca al-Quran serta wirid-wirid tertentu (yakni yang bersumberkan al-Quran,  hadis-hadis sahih dengan tunjuk ajar dan didikan syeikh atau guru yang benar serta mendapat petunjuk (mursyid).
Begitu juga dengan amalan sedekah, kerja-kerja amal, mengajar, belajar dan lain-lain amal kebajikan. Pokok pangkalnya, bebankanlah nafsu kita dengan ibadah hingga ia merasa letih untuk melakukan kejahatan.
Ingatlah nafsu itu tidak pernah puas dan kehendanya tidak terbatas, maka ibadah yang dapat menundukkannya hendaknya begitu juga. Jangan terbatas dan jangan dibatasi oleh rasa puas.
3. Berdoa minta bantuan Allah untuk menewaskannya.
Usaha menentang hawa nafsu hendaklah dimulakan, diiringi dan disudahi dengan berdoa kepada Allah.
Nafsu itu makhluk Allah, maka Allah sahaja yang mampu memudahkan diri manusia untuk menguasai dirinya sendiri (nafsu).
Bahkan, usaha awal kita untuk memperbaiki diri perlulah dimulai dengan membentuk komunikasi dan interaksi yang harmoni dengan Ilahi.
Hubungan ini dibentuk melalui doa. Jika Allah permudahkan, jalan mujahadah yang payah akan menjadi mudah. Bantuan Allah inilah yang sangat kita dambakan.

Malah inilah pesan Rasululllah s.a.w. kepada Muaz bin Jabal dengan katanya:
"Wahai Muaz, aku sangat cinta kepadamu. Maka selepas kau mengerjakan solat jangan sekali-kali kau lupa berdoa kepada Allah dengan doa ini:
"Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu."
Langkah-Langkah Jalan Mmujahadah
Langkah-langkah tersusun untuk melawan hawa nafsu seperti berikut:
1. Belajar mengenai sifat nafsu dan angkaranya.
Belajar mengenai sifat-sifat mahmudah dan mazmumah (ilmu akhlak atau tasawuf) adalah wajib.
Kita mesti mendapat ilmu yang digali daripada al-Quran dan Sunnah untuk mengetahui sifat-sifat nafsu, angkara kejatannya dan bagaimana melawannya. Para ulama telah mempermudahkan ilmu-ilmu ini mengikut kategorinya tersendiri.
2. Membina kesedaran dan keazaman yang tinggi.
Tidak cukup dengan mempunyai ilmu sahaja tanpa kesedaran dalam hati dan keazaman yang kuat untuk mengamalkannya. Bagaimana jika kita hanya ada senjata (ilmu) tetapi tidak ada keingininan yang kuat untuk mngamalkannya apabila diserang musuh?
Ilmu bukan untuk pengetahuan dan kefahaman semata-mata, tetapi yang lebih penting untuk diamalkan.
3. Mempraktikkan ilmu.
Inilah tahap yang paling sukar tetapi inilah tahap yang paling penting.
Perkara ini memerlukan satu iltizam yang kuat dalam diri kerana apa yang disukai nafsu adalah juga yang disukai oleh diri kita sendiri. Ramai orang yang tahu sesuatu kebaikan tetapi masih malas melakukannya. Dan ramai yang tahu sesuatu kejahatan tetapi masih tega melakukannya.
Semua itu kerana mereka belum 'mahu', dan baru sekadar 'tahu'.
Pengetahuan itu dicapai melalui proses belajar manakala kemahuan dibina dengan mempraktikkan apa yang telah kita pelajari. Dengan mempraktikkan ilmu barulah ilmu yang bertapak di akal dapat dipasakkan ke dalam hati. Oleh sebab itu 'tahu' tempat letakkannya di akal tetapi 'mahu' itu letaknya di hati.
4. Terus melatih diri dan bersifat konsisten melawannya.
Ramai juga orang yang telah tahu dan mahu melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan, tetapi tidak lama, mereka berpatah semula ke belakang. Bak kata peribahasa Melayu sekadar "hangat-hangat tahi ayam". Mereka tidak berdaya untuk konsisten (istiqamah) dalam kebenaran.
Apa yang perlu ialah latihan yang berterusan agar tahap pengetahuan dan kemahuan itu diteruskan hingga ke tahap kemampuan.
Imam Ghazali berpesan nafsu tidak dapat dikalahkan dengan tergesa-gesa. Kehendaknya tidak boleh ditekan sekali gus melainkan perlu ditahan secara bertahap-tahap.
Latihan menundukkan hawa nafsu ini perlu dilaksanakan sedikit demi sedikit tetapi istiqamah selaras dengan sabda Rasulullah s.a.w.:
"Amalan yang baik ialah amalan yang berterusan (konsisten) sekalipun sedikit."
"Alah bisa, tegal biasa," begitulah nafsu yang jahat jika dilatih berterusan untuk melakukan kebaikan, akan terbiasalah nafsu itu dengan kebaikan dan kebajikan.
Sampai ke tahap ini, nafsu itu akan menjadi tenaga penggerak atau kenderaan (kuda tunggangan) kepada manusia. Umpama, racun pada ular senduk – di situ ada racun, di situlah juga ada penawarnya.
Sebab itu ditegaskan berkali-kali bahawa nafsu itu bukan untuk dihapus tetapi untuk diurus.
Jika diuruskan dengan baik, nafsu akan membawa kepada kemajuan rohaniah dan material dalam kehidupan.
Nafsu seks yang diurus melalui pernikahan yang sah, akan memberi ketenangan, keberkatan dan rahmat dalam diri suami dan isteri. Ia juga meneruskan kesinambungan zuriat yang akan menjadi tenaga penggerak kepada pembangunan ummah.
Begitu juga nafsu makan yang terurus, akan memberi tenaga untuk beribadah dan menyebabkan terbentuknya jaringan perniagaan, industri makanan, hub halal, inovasi dan teknologi makanan dalam bidang bioteknologi dan sebagainya.
Manusia yang dibekalkan dengan unsur nafsu inilah yang menjadi sebab mereka dilantik menjadi khalifah di muka bumi – bukan malaikat, kerana dengan nafsu makmurlah muka bumi ini dengan pembangunan yang bersendikan hukum Allah.
Sebaliknya, malaikat tidak mempunyai potensi ini kerana mereka sepi daripada sebarang keinginan dan rangsangan. Namun, jika nafsu tidak terurus manusia akan jatuh ke tahap yang lebih hina daripada haiwan (makhluk nafsu tanpa akal).
Rujuk I luv Islam , Klik disini