Sabtu, 26 Februari 2011

'Rebranding' Sambutan Maulid


Anda menyambutnya bagaimana?

Menyambut kelahiran Nabi Muhammad SAW, samalah seperti kita mengenang kembali tarikh kita dilahirkan atau tarikh ulang tahun pernikahan. Samalah kita mengenang tarikh keramat kemerdekaan negara atau tarikh penting bagi sesuatu sambutan yang lain. Hari raya misalnya.

Jika kita boleh mencatatkan dalam kalendar pelbagai tarikh yang mahu diraikan, maka berlebih lagilah patutnya kita menandakan 12 Rabiul Awal sebagai tarikh yang tidak wajar dilupakan.

Walau bagaimanapun, 12 Rabiul Awal yang jatuhnya pada 15 Februari pada tahun 2011 ini, tidak akan mendatangkan sedikit pun faedah kepada kita, andai kita hanya tahu ia sekadar hari sebuah kelahiran. Ia tidak lebih daripada sekadar menjadi hari liburan seperti mana kita sering lepak di hujung minggu.

Paginya kita bersarapan pagi di kedai roti canai dengan anak-anak, selepas itu ke pasar dan kemudiannya membaca akhbar di rumah. Lalu petangnya membasuh kereta dan membawa anak-anak ke taman permainan atau ke kebun bunga.

12 Rabiul Awal tanpa persediaan mental dan rohani, tidak akan membawa kita ke mana-mana. Percayalah! Maka, atas sebab itu, kita mesti memberi suatu kelainan pada tarikh ini.

Kelainan yang bukan sekadar menyebutnya, atau sekadar berarak meregang sepanduk dengan pelbagai kata-kata, tetapi perlu kepada penjiwaan yang mendasar. Jiwa yang akan mendarat di tanah yang subur untuk terus mencambahkan lestarinya cinta kepada Rasulullah.

Soalannya bagaimana? Ya, mulakan daripada diri sendiri dan lebarkannya kepada lingkungan sendiri. Keluarga terdekat dan kepada kejiranan. Amalkan apa yang diamal oleh nabi.

Jika tidak tahu, belajarlah atau mencarilah.Senaraikan apa lagi SUNNAH yang belum diketahui,belum lagi diamalkan..

buat satu list semak..cadangan bila nak buat.

Sebagai contoh ada sahabat ana sebut dia naka mulakan brsugi..dia beli di masjid seri petaling dan beramal dengannya. It Ok


Natijahnya, biar kita tahu, sang pencerah yang kita sambut setiap tahun kelahirannya itu, adalah manusia yang wajar dicontohi.

Bukan sekadar ditulis namanya di atas sepanduk, lalu diarak ke sana dan ke sini, tanpa usaha dan upaya sedikit pun mengenali akhlaknya, mengenali ramah dan santunnya dan mengenali betapa agung peribadinya.

Selain dari itu, Sebagai contoh setiap program Maulid wajar diselitkan program melibatkan kanak-kanak dan remaja..

Baru kena dengan sasaran sebenar dakwah..membina pelapis masa depan

seperti contoh penulis pernah mendapat sms dari seoarang tokoh aktivis masyarakat yang terkenal berbunyi begini.

Ini contoh yang boleh dibumikan..

Semua Teman Penggerak Qaryah

All dipinta melaksanakan Perhimpunan Ummah Sempena Maulid Rasul pada mana-mana tarikh sepanjang bulan Rabiul Awal jika tidak pun Rabiul Akhir pun tidak mengapa..
Berbentuk Forum,Tazkirah,Kuliah mahupun sembang2. Bicara Seerah pun Ok
Cadangan Acara 1 : Diskusi penghayatan Akhlak Rasulullah SAW?
Acara 2 : Ikrar Ummah 1JatiDiri

Cetuskan MAHU ummah kepada Gaya Hidup Sebenar !



Jumaat, 25 Februari 2011

Kisah untuk Iktibar


Assalamualaikum.

Minggu lepas surau ditempat saya didatangi oleh seorang bekas sami dari Batu Cave yang telah memeluk Islam. Beliau mempunyai nama baru yang telah diberikan oleh TGNA. Saya rasa tak sesuai nak bagitahu nama dia di sini. Mungkin nampak agak perkauman thread nih tapi harap MOD jangan delete.

Beliau sami yang kedudukan agak tinggi di Batu Cave. Tugas utama beliau di Batu Cave adalah membakar mayat di mana beliau adalah ketua. Upacara membakar mayat beliau lakukan adalah dengan menghadap kiblat kita ummat Islam. Maknanya mayat tersebut adalah dalam keadaan berdiri. Ada beberapa perkara yang membuatkan beliau meninggalkan agama beliau tapi antara yang sebab paling utama adalah semasa di Batu Cave beliau enggan menyembah seorang melayu yang bernama Ayah Pin.

Serba sedikit beliau menerangkan tentang pengalaman beliau semasa di Batu Cave. Kuil Batu cave adalah antara kuil yang paling utama di dunia untuk penganut hindu. Beliau menerangkan Batu Cave seumpama Universiti utama mengeluarkan PhD untuk bakal-bakal sami. Bolehlah saya umpamakan seperti Al-Azhar untuk penganut Hindu. Setahu saya sendiri tempat sambutan Thaipusam terbesar di dunia adalah di Batu Cave. Beliau jugak menyatakan bahawa Tokong Hindu paling besar di dunia adalah di Batu Cave. Tempat pembakaran mayat paling besar di dunia adalah terletak di satu tempat di Selangor (saya sudah lupa nama tempat tu).

Pada bulan Ramadhan beliau akan menutup semua Tokong yang ada kerana pada bulan Tersebut penganut Hindu tidak menyembah Tokong kerana pada bulan tersebut Tokong-tokong semacam tiada kuasa. Betullah logiknya kerana pada Bulan tersebut semua setan dan iblis diikat dan dirantai. Jadi tidaklah setan dan iblis nihh menghuni Tokong-tokong tadi untuk menyesatkan manusia.

Beliau juga memberikan beberapa petua. Jangan bersalam dengan penganut hindu di waktu selepas Subuh kerana waktu itu mereka baru bersembahyang dan mencalit sedikit abu mayat ke muka mereka dan mereka tidak membasuh tangan mereka. Juga jangan makan di rumah penganut hindu ini kerana beliau mengatakan dalam setiap rumah hindu ada Tokong dan masakan mereka akan dirasai dahulu oleh setan dan iblis nihhh. Itu sajalaaa yang sempat diperkatakan.

Sekarang beliau menetap di Kelantan dan sedang bekerja dan mendalami Islam di sana. Beliau sudah 3 tahun memeluk Islam. Atas nasihat Mufti Perak, harta yang dikumpulkan semasa menjadi sami pembakar mayat tersebut telah ditinggalkan. Semoga ALLAH memelihara imannya.

rujuk Tranungkite.net



Ahad, 20 Februari 2011

Panduan Penjagaan Gigi _tribute Maulid



Tips untuk peserta-peserta Kursus Pra Perkahwinan Kelab yang baru selesai tadi di Dewan Perdana ISN Bukit Jalil, 2 hari kalian berkursus bersama BTS Management berkaitan prosedur perkahwinan, pengurusan stress dan penjagaan kesihatan.

Caranya beli berusugi di area masjid Sri petaling dan bersugilah baik wanita mahupun lelaki.

Semoga tips ini relevan buat setahun selepas antum berkahwin. dan juga buat kawan-kawan yang nak tambah anak lagi buat saham akhirat


----------------------------------------------------------------

Panduan Penjagaan Mulut Bayi

Baru lahir hingga 24 bulan

1. Bersihkan mulut kanak-kanak dengan kain kasa atau kain selepas makan dan sebelum tidur.

2. Jangan biar bayi anda tertidur dengan botol susu di dalam mulutnya kecuali ia diisi dengan air kosong saja.

3. Berjumpa dengan doktor gigi apabila gigi pertama muncul atau jika gigi pertama tidak muncul setelah anak anda mencapai umur 1 tahun.

4. Gosok gigi dengan menggunakan berus gigi yang kecil dan lembut selepas makan dan sebelum tidur.

5. Teruskan mencuci bahagian dalam mulut yang lain dengan kain kasa atau kain.

6. Berbincang dengan doktor gigi atau pakar kanak-kanak mengenai tambahan florida.

Umur 2-6 tahun

1. Ibu bapa perlu terus membersihkan mulut anakanak dan membenarkan mereka mengambil bahagian berdasarkan minat dan kebolehan.

2. Mula ajar mereka menggunakan flos pada bahagian gigi yang rapat.

3. Berjumpa doktor gigi untuk pembersihan gigi secara berkala.

Umur 6-12 tahun

1. Mula memindahkan tanggungjawab memberus dan flos gigi kepada kanakkanak dengan pengawasan ibu bapa. Umur 8 tahun adalah purata umur kanakkanak mampu memberus gigi sendiri, manakala flos gigi boleh dilakukan sendiri apabila mencapai umur 10 tahun.

2. Kanak-kanak harus memberus gigi menggunakan teknik dan jenis berus gigi yang disyorkan oleh doktor gigi mereka.

Kanak-kanak dari semua peringkat umur

1. Tukar berus gigi setiap 3-4 bulan sekali.

2. Berus gigi dua kali sehari, iaitu selepas makan sarapan pagi dan sebelum tidur.


Sabtu, 12 Februari 2011

Selepas Tunisia,Egpyt..kini Algeria pula..




Ribuan polis di gigi rusuhan berada di kedudukan di pusat ibukota Algeria untuk menghentikan demonstrasi pro-demokrasi terpimpin yang boleh meniru pemberontakan yang memaksa keluar Presiden Mesir Hosni Mubarak.


Said Sadi, kepala RCD, mengatakan sebelumnya bahawa ia diharapkan sekitar 10.000 pegawai polis datang untuk menguatkan 20.000 yang dihalang demonstrasi terkini digelar pada 22 Januari saat lima orang tewas dan lebih dari 800 cedera.


Para pengunjuk rasa menuntut kebebasan demokrasi yang lebih besar, perubahan kerajaan, dan lapangan pekerjaan. Demonstrasi tersebut dijadualkan akan bermula jam 11:00 (1000 GMT).

"Kami siap untuk berbaris," kata Mohsen Belabes, juru bicara Rally Kebudayaan dan Demokrasi (RCD) parti pembangkang, yang merupakan salah satu penganjur protes tersebut. "Ini akan menjadi hari besar bagi demokrasi di Algeria."

*Nota*

Kebangkitan di timur Tengah sedang berlaku dan terus berlaku..kesedaran wajar disuburkan dimana-mana..Jika anda berceramah selitkan dalam ceramah anda.
Anda suka menyembang di kedai kedai ,selitkan apa yang harus kita buat!

tips atasi kesilapan perancangan kewangan


Berikut tips-tips mengapa kita gagal dalam melaksanakan pengurusan duit yang berjaya.

Ianya hanyalah kesilapan umum sahaja dan semestinya perlu dibuat kajian dengan kadar segera :

* Suka berhutang dan gagal memahami konsep pengurusan kredit ( hutang ). Saya percaya ramai yang masih tidak paham akan apa itu hutang dengan secara detail. Bagaimana cara untuk menghapuskan hutang.

* Pelaburan yang salah dan nak cepat kaya. Fuuuhhh…Sapa yang tak nak cepat kaya kan? Saya pun. Sekarang ni banyak sangat program2 ataupun skim2 yang menawarkan pelaburan dalam jangka masa pendek. Kaji dahulu skim tu. Banyak sangat yang tipu. Kalu boleh dapatkan detail tentang syarikat atau orang perseorangan yang menawarkan kita skim2 tersebut.

* Suka menangguh untuk merancang kewangan yang sistematik. Nak rancang kewangan pun susah. Bukan untuk orang lain pun. The best solution yang simple adalah dengan merekodkan perbelanjaan harian kita dalam buku tiga lima ( buku kecil 555 ). Dikenali sebagai CMS ( Cashflow Management System ). Simple tapi sangat berkesan.

* Gagal menyimpan. Memang semua orang ada tanggungjawab masing2 terhadap keluarga mahupun diri sendiri. Tapi apa terjadi kalau kita tidak mempunyai simpanan? Tak dapat nak bayangkan kesusahan itu ( Dulu2 saya pun melalui juga ). Bagi saya simpanan amat penting untuk meneruskan saki baki kehidupan kita di dunia. Bagi saya simpanan yang terbaik dibuat adalah di ASB. Bukan setakat simpan tapi melabur. Dividen pun dapat. Opocot-pocot.

http://proinfo2u.com/blog/tips-info/tip-langkah2-perancangan-kewangan-yang-ideal

* Tiada matlamat kewangan. Sama la macam tiada matlamat hidup. Bagi mati je la kan?Duit tak pernah cukup, nak sara diri dan keluarga pun payah. Nak beli kereta, tapi tak buat simpanan. Nak kahwin, tak jugak buat simpanan. Susah…susah…mengabiskan boreh ajo.

* Kejahilan tentang konsep nilai masa ( time value ) wang. Ngko tak paham? Aku pun tak paham. Muahahaaa…Senang citer, wang kita ada sekarang ( RM1,000 ) tidak sama nilai ( RM1,000 ) pada 5 tahun akan datang. Kenapa? Kepada yang tahu menilai akan simpan di premis yang dalam masa yang sama melabur wang kita dankita dapat faedahnya. Mungkin bertambah kepada RM300. Maka wang kita pada 5 tahun akan datang jadi RM1,300. Kalu dah jahil?5 tahun akan datang hanya ada apa yang dia ada 5 tahun sebelum ni ( RM1,000 ).

* Kegagalan menangani musuh utama wang iaitu inflasi. Inflasi bermaksud peningkatan harga untuk barangan atau perkhidmatan tertentu seperti kenaikan harga makanan tanpa kenaikan gaji. Kejatuhan nilai mata wang juga boleh dianggap sebagai inflasi.

* Keengganan menggunakan perkhidmatan perancang kewangan / penasihat pelaburan bertauliah. Bagi saya adalah penting untuk kita mendapatkan penasihat kewangan / pelaburan peribadi untuk menstrukturkan perjalanan kewangan kita dengan ada hala tuju dan matlamat. Tapi terlebih dahulu pastikan perancang kewangan / penasihat pelaburan kita itu bertauliah dan tidak hanya mengurus bahkan mencipta kekayaan menerusi innovasi dan asset sedia ada secara kreatif melalui penstrukturan semula, pemantauan dan kajian semula pelan kewangan peribadi individu.


Sila rujuk proinfo2u.com

*NOTA..

Antara keazamanku bagi tahun ini ialah How to get MONEY dengan cara HALALAN TAIYYIBA
Ini bermaksud method yang suci bersih dari unsur syubhah dan Dosa..

Maybe kena tinggalkan kerja dengan majikan sekarang?
erm...memikirkan tentang nasib Akhirat lebih utama dari nasib Dunia sahajakan!

So tips diatas boleh sama2 kongsikan



M.Zain versi Malay Seiring Kebangkitan Rakyat




* NOTA*

Lirik di tujukan khas buat rakyat Mesir yang bangkit berdemonstrasi dengan 1 Gerakan rakyat menentang kepimpinan zalim rejim 30 thn tahun Husni Mubarak..
Hayati bait-baitnya..
Tahniah rakyat Tunisia dan Mesir...kini Akgeria..
Kembalilah kepada Islam dan kepimpinannya..


Lirik Insya Allah – Maher Zain (Versi Melayu)



Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Chorus
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya


Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Ulang Chorus

Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar

Ulang Chorus


Selasa, 8 Februari 2011

Seruan Rabiul Awwal 1432h -Urgensi


Assalamualykum Wbmt

Semua Teman Penggerak Qaryah

Tuan/puan Adalah dipinta melaksanakan Perhimpunan Remaja Islam Sempena Maulid Rasul pada mana-mana tarikh sepanjang bulan Rabiul Awal
jika tidak pun Rabiul Akhir pun tidak mengapa..

Cadangan Acara 1 : Diskusi Bagaimana Menghayati Akhlak Rasulullah SAW?

Buat Mini Forum kemungkinan 2 wakil remaja dan seorang ustaz yang berkemampuan berinteraksi dengan remaja kini juga disertai dengan seseoarang yang mampu bernasyid..

Acara 2 : Ikrar Remaja Islam

Lancarkan kelab remaja Islam (KRIS) bagi mana-mana tempat lokasi yang masih belum buat.Dikalangan mereka dilantik seorang Ketua dan AJk yang berkaitan. Pihak Masjid atau surau dapatkan dana utnukk mereka mengasah bakat mereka berorganisasi.

Buat Ikrar di hadapan ibubapa mereka diakhir program


Jika sudah siap Harap buat laporan bergambar dan...

...laporkan nanti di padang Mahsyar

Ya Allah Inilah usaha kerdil bukti kami mencintai kekasihmu Ya Allah

Ada berani!

span class="fullpost">

Jumaat, 4 Februari 2011

Info Penting dari ILMAM



Pertubuhan

Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir ( ILMAM )


www.ilmampusat.blogspot.com / e-mail : ilmampusat@yahoo.com
Kepada

sesiapa yang berkenaan;


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tuan / Puan,

Kenyataan Media Berkenaan Isu Di Mesir Terkini

Hasil daripada komunikasi dengan persatuan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) yang menaungi lebih 5000 orang pelajar di Mesir semalam, beberapa perkara yang dibincangkan dan mesti diambil tindakan segera bagi menjamin keselamatan dan kebajikan kepada rakyat Malaysia lebih 10 000 orang yang berada di 10 negeri seluruh Mesir.

Berikut adalah pendirian kami;



1- Menggesa Kerajaan Malaysia membawa balik seluruh pelajar Malaysia di sana bukan menghantar ke negara-negara jiran atau ke kawasan setempat yang dikira selamat kerana keadaan yang berlaku telah menjalar ke seluruh negara jiran dan seluruh Mesir. Tindakan ini juga dilakukan oleh beberapa negara lain seperti Britain dan lain-lain selepas melihat situasi disana yang semakin bahaya.



2- Kerajaan Malaysia mesti memberikan keyakinan kepada seluruh pelajar bahawa mereka yang dibawa pulang, boleh kembali untuk menyambung semula dan menamatkan pelajaran mereka.



3- Harapan kepada seluruh media, sila dapatkan maklumat yang tepat supaya tidak berlaku pencanggahan dan menambahkan keruncingan bagi pihak pelajar dan keluarga mereka. Boleh dapatkan maklumat secara langsung dari Presiden PMRAM, Ustaz Shahrizan bin Mohd Hazime +20113771841.



4- kami telah menubuhkan Unit Aduan Dan Maklumat khusus bagi isu ini untuk menyalurkan maklumat terkini mengenai pelajar, keadaan dan kebajikan untuk pelajar Malaysia di sana . Sila hubungi ;

Juga boleh menghubungi Bilik Operasi Mahasiswa Mesir Selangor, Bangunan MAIS, Shah Alam, Selangor. Selama 24 jam di talian: 03-55143520/3534/3538/3539/3576.

Akhirnya, kami menyeru kepada rakyat Malaysia supaya mendoakan kesejahteraan rakyat Malaysia di sana. Dan kami akan membuat kenyataan dari semasa ke semasa.

Sekian, Terima Kasih.

Yang menjalankan tugas

Mohd Farhan Bin Madzlan

Timbalan Presiden

Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM)


Salinan kepada;


- Presiden ILMAM

- Setiausaha ILMAM

- ILMAM negeri-negeri


Ajal Hosni Mubarak sudah tiba..





Situasi di mesir menggerunkan

..dari pembacaan via tenet dan berita melalui TV dan terakhir ana dapat terus menalipon sahabat lama Ustaz Nawi Kelantan (siapa tak kenal ustaz nawi). Beliau mengatakan bahawa situasi h.7 dan h.10 okay cuma situasi di medan tahrir dan beberapa tempat lain yang tegang...( situasi pada 27 jan 2011)

Bagi sesiapa yang pernah ke kota Kaherah memahaminya.

Bayangkan! betapa luasnya kota ini dianggap bandaraya terbesar di timur tengah berbanding Baghdad di iraq. terlalu luas kawasan kaherah yang meliputi penduduk sermaia 20 juta orang ..

dan kepada Hosni yang tiada MUBARAK lagi ..Anda berhak undur segera sebelum anda diajalkan di laut Merah..

Berikut satu emel dari seoarang pelajar Mesir bagi menggambarkan situasi disana..

Assalamualaikum warahmatullah..


Alhamdulillah..Pelajar-pelajar di sini secara umumnya semua dalam keadaan stabil..Hari jumaat ni akan ada satu demo yang mungkin lebih besar..Baru ni lebih kurang 2 juta yang hadir di tahrir, itupun ada lagi yang disekat dlm perjalanan..Di kawasan sekitar Shoubra ni ada juga demo, agak berdekatan dengan kediaman pelajar-pelajar kita..nak keluar rumah waktu malam memang dilarang sama sekali..Nak keluar rumah pun 'asyan g masjid jee... penjenayah berkeliaran di kawasan sekitar..Balai polis dibakar dan penjenayah dibebaskan..So, rakyat jadi semakin takut....Banyak kes-kes jenayah di sini..orang-orang arab akan buat hirosah (kawalan) di setiap malam..Banyak premis2 kerajaan dibakar dan dipecahkan..Bank-bank, mesin ATM, KFC pun dipecahkan...Kerja siapa semua ni?? wallahu a'lam..ada yang kata polis buat..ada yg kata memang geng2 kaki rompak..
Ada yang buat roadblock..orang biasa je pun, bukan polis..polis ramai dah takut nak keluar..huhu ..tadi baru balik dari Asyir..Terpaksa melalui lebihkurang 15 roadblock..di beberapa roadblock dikawal oleh kereta kebal..Subhanallah..Begitu sekali keadaan Mesir sekarang ni..Apapun, kita tengok perkembangan selepas hari jumaat nanti...Kalau makin teruk, emm tak tau nak kata..Hasbunallahuwa ni'mal wakil...

Terkini..Pelajar-pelajar Malaysia akan dipindahkan ke Jeddah secara berperingkat2 melalui kapal laut TLDM dan Kapal Terbang. Menetap di sana dalam tempoh lebihkurang 1 bulan..Sampai Mesir kembali stabil...Nak balik Malaysia? Guna duit sendiri..
Universiti Al-Azhar stakat ni masih berfungsi seperti biasa dan pelajar-pelajar akan mngaji macam biasa...

Rasanya semua tahu berita ni..emm..banyak cerita nak kongsi di sini sebenarnya, takut tak larat nak baca..:) Banyak je cerita-cerita pelik-pelik di sini...Kalu boleh tabayyun la dulu..Nak tau berita rasmi, boleh telefon tuan Presiden PMRAM atau web rasmi www.pmram.org ..Apapun, kami harapkan doa dari kalian moga-moga Mesir kembali aman seperti sediakala..Sekarang ni rasa macam duduk di zaman penjajahan..Kedai2 semua tutup, jalan jadi sunyi sepi..bangunan2 banyak dibakar dsb..Mungkin Allah nak tarik sekejap nikmat keamanan di Mesir ni..:(

Yusof Assidiqqi Ahmad Sharkawi,
Maahad Qiraat Al-Azhar As-Syariff
Shoubra. Mesir.

"...Islam Memimpin Perubahan.."

"...Islam Memimpin Perubahan.."

Selasa, 1 Februari 2011

Sebenar jumlah Ayat Quran!!


Sampai hari ini kita masih belum menemukan sumber asli yang mengatakan bahwa jumlah ayat Al-Quran itu benar-benar 6.666 ayat. Yang kami dapati adalah berbagai ragam pendapat yang mengatakan jumlahnya kurang dari itu.

Para ulama sepakat mengatakan bahwa jumlah ayat Al-Quran lebih dari 6.200 ayat. Namun berapa ayat lebihnya, mereka masih berselisih pendapat.
Menurut Nafi” yang merupakan ulama Madinah, jumlah tepatnya adalah 6.217 ayat. Sedangkan Syaibah yang juga ulama Madinah, jumlah tepatnya 6214 ayat. Lain lagi dengan pendapat Abu Ja”far, meski juga merupakan ulama Madinah, beliau mengatakan bahwa jumlah tepatnya6.210 ayat.

Menurut Ibnu Katsir, ulama Makkah mengatakan jumlahnya 6.220 ayat. Lalu ”Ashim yang merupakan ulamaBashrah mengatakan bahwa jumlahnya jumlah ayat al-Quran ialah., 205 ayat.

Hamzah yangmerupakan ulama Kufah sebagaimana yang diriwayatkan mengatakan bahwa jumlahnya 6.236 ayat.
Dan pendapat ulama Syria sebagaimana yang diriwayatkan oleh Yahya Ibn al-Harits mengatakan bahwajumlahnya 6.226 ayat.

Mengapa Berbeda?

Sebenarnya tidak ada yang beda di dalam ayat Al-Quran. Semua pendapat di atas berangkat dari ayat-ayat Al-quran yang sama.
Yang berbeda adalah ketika menghitung jumlahnya dan menetapkan apakah suatu potongan kalimat itu menjadi satu ayat atau dua ayat.

Ada orang yang menghitung dua ayat menjadi satu. Dan sebaliknya juga ada yang menghitung satu ayat jadi dua.
Padahal kalau dibaca semua lafadz Quran itu, semuanya sama dan itu itu juga. Tidak ada yang berbeda.

Lalu mengapa menjadi beda dalam menentukan apakah satu lafadz itu satu ayat atau dua ayat?

Jawabnya adalah dahulu Rasulullah SAW terkadang diriwayatkan berhenti membaca dan menarik nafas. Pada saat itu timbul asumsi pada sebagian orang bahwa ketika Nabi menarik nafas, di situlah ayat itu berhenti dan habis. Sementara yang lain berpandangan bahwa nabi SAW hanya sekedar berhenti menarik nafas dan tidak ada kaitannya dengan berhentinya suatu ayat.

Lagian, nabi SAW saat itu juga tidak menjelaskan kenapa beliau menarik nafas dan berhenti. Dan tidak dijelaskan juga apakah berhentinya itu menunjukkan penggalan ayat, atau hanya semata-mata menarik nafas karena ayatnya panjang.

Perbedaan dalam menghitung jumlah ayat ini sama sekali tidak menodai Al-Quran. Kasusnya sama dengan perbedaan jumlah halaman mushaf dari berbagai versi percetakan. Ada mushfah yang tipis dan sedikit mengandung halaman, tapi juga ada mushfah yang tebal dan mengandung banyak halaman.

Yang membedakanya adalah ukuran font, jenis dan tata letak (lay out) halaman mushaf. Tidak ada ketetapan dari Nabi SAW bahwa Al-Quran itu harus dicetak dengan jumlah halaman tertentu.
Wallahu a”lam bishshawab, wassalamu ”alaikum warahmatullahi wabarakatuh,