Memaparkan catatan dengan label Tips Tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips Tips. Papar semua catatan

Rabu, 20 Julai 2011

Persiapan Ramadhan 2011/1432h


Bulan Ramadhan yang besar dan penuh keberkatan serta banyak kelebihannya haruslah disambut dengan penuh perasaan ta’zim (membesarkan) dan mengalu-alukannya. Antara persiapan yang dapat kita lakukan dalam persediaan ilmu yang mencukupi.

1. Mengulangkaji ilmu tentang puasa;
Amalan yang paling utama di bulan Ramadhan ialah puasa. Puasa difardhukan pada siang hari sepanjang bulan Ramadhan. Untuk mencapai puasa yang sempurna kita hendaklah memiliki ilmu tentang bagaimana melaksanakan puasa yang sebenarnya sebagaimana yang dituntut oleh Syara’. Oleh itu, ada baiknya sebelum menjelang Ramadhan kita mengulangkaji ilmu-ilmu tentang puasa merangkumi dari segi aspek;
1. Rukun-rukun puasa serta sunat-sunatnya
2. Perkara-perkara yang membatalkan puasa
3. Perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa
4. Dan segala yang berkaitan dengan ibadah puasa
Mungkin kita sudah sedia maklum, namun bagi aku penting untuk ulang kaji, takut-takut sudah lupa atau ada lagi nota-nota tambahan. Untuk tahu nota-nota tambahan, kena tanya kepada yang lebih pakar, ustaz-ustaz, ustazah. Jangan pulak tanya orang yang kurang berilmu.

2. Membaca kembali hadis-hadis Nabi s.a.w. tentang fadhilat (kelebihan) puasa dan bulan Ramadhan;
Ada di kalangan kita tidak merasa apa-apa dengan kedatangan Ramadhan. Bagi mereka, Ramadhan sama seperti bulan-bulan yang lain; tiba masanya ia datang dan tiba masanya ia berlalu pergi. Punca sikap ini adalah kerana mereka tidak mengetahui kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan atau kerana mereka melupainya. Kerana itu amat perlulah hadis-hadis Nabi s.a.w. tentang fadhilat dan kelebihan Ramadhan dibaca dan diulangkaji kembali sebagai persiapan sebelum memasuki bulan Ramadhan. Untuk mengetahui sebahagian fadhilat puasa dan bulan Ramadhan, akan dikupas pada minggu hadapan.

3. Mengetahui amalan-amalan utama dan besar pahalanya di bulan Ramadhan;
Supaya kita dapat memasuki bulan Ramadhan dengan penuh bersedia untuk memperbanyakkan amalan di bulan keberkatan yang banyak kelebihannya itu, kita hendaklah mengetahui apakah amal-amal ibadah atau amal-amal kebaikan yang digalakkan oleh Allah dalam bulan Ramadhan di mana pahalanya amatlah besar dan berlipat-ganda.

Rujuk blog ustaz anhar opir

Sabtu, 16 Julai 2011

Anak selalu PUJI




Anak-anak kecil memang terkenal dengan kelincahannya. Baik lelaki atau perempuan, masing-masing ada kebolehan yang tersendiri. Seronok bila melihat anak-anak membesar. Dengan keletahnya, kepertahannya untuk mula bercakap dan gerak gerinya yang pasti mencuitkan hati.
Sebagai ibu dan ayah, sudah pasti ada sedikit keletihan untuk melayan kerenah si kecil. Itu sudah pasti. Semua ibu dan ayah semestinya ada sedikit perasaan begini. Jangan risau, bukan anda seorang yang mengalami perasaan sedemikian. Semua ibu dan ayah seluruh dunia ini mengalami perasaan yang sama.
Itulah yang tanggungjawab yang harus di pikul bila bergelar ibu dan ayah. Dalam masa menjaga dan membesarkan anak-anak dengan penuh kesabaran, ada satu perkara yang biasanya terlepas pandang. PUJIAN. Ini yang kadang-kala di ambil ringan oleh ibu dan ayah.
Mengapa? Sebabnya tidak di amalkan bila bersama anak. Anak-anak semestinya sukakan pujian. Baik dari kecil, zaman persekolahan sehinggalah mereka meningkat dewasa. Ini sememangnya lumrah sebagai seorang manusia. Pujian bukan sahaja memberikan satu perasaan bangga malah ia juga boleh di jadikan sebagai pembakar semangat untuk anak itu sendiri menjadi yang lebih baik.
Ini yang kita mahukan. Pembakar semangat untuk mereka menjadi yang lebih baik. Dengan adanya pembakar semangat dari ibu dan ayah, mereka akan sentiasa meningkatkan nilai harga diri mereka, mereka akan merasa lebih yakin dan sentiasa merasakan diri mereka selamat.  Semuanya hasil pujian dari kedua ibu dan ayah.
Oleh itu, ingatlah kepada semua ibu dan ayah. Sentiasalah memuji anak-anak anda. Jadikan ini sebagai amalan yang biasa dalam rumah. Walau apa perkara yang di lakukan oleh si anak, ambil peluang untuk memberi pujian kepada mereka. Ini sudah pasti memberikan satu perasaan yang baik untuk diri mereka. Jika ibu dan ayah sendiri jarang memberikan pujian, siapa lagi nak memuji mereka kan? Takut si anak pula menimbulkan satu perasaan yang tidak elok kepada kedua ibu dan ayah mereka. Sebelum perasaan itu timbul, cegahlah is daripada berlaku.

Tips Agar Tidak Menyakiti Hati Saat Bertengkar



Kata orang, pertengkaran adalah bumbunya pernikahan. Pertengkaran memang sesuatu yang tidak terelakkan dalam kehidupan berumahtangga. Saat bertengkar, suami istri tidak jarang saling mengucapkan kata-kata kasar yang bisa menyakiti hati pasangan. Tapi, demi kelanggengan pernikahan hal itu sebaiknya dihindari.
Memang sulit, karena biasanya kata-kata itu keluar begitu saja tanpa terkendali. Namun bukan berarti Anda dan pasangan tidak bisa mengatasi hal tersebut. Demi kehidupan pernikahan yang lebih sehat, Anda dan pasangan sebaiknya belajar mempraktekkan tips agar tidak menyakiti hati pasangan saat bertengkar, seperti berikut ini:
1. Redam Amarah
Saat bertengkar, biasanya Anda merasa pasangan yang bersalah. Anda merasa emosi dan ingin rasanya mengucapkan segala hal yang ada di hati. Namun sebelum terlontar ucapan, coba pikirkan lagi. Sudah berapa banyak kata-kata kasar yang mungkin didengar oleh pasangan sepanjang hari?
Dengan beban kehidupan yang semakin sulit saat ini, rasanya Anda tak perlu memberinya tambahan kata-kata kasar. Enough... Redam atau tahan amarah Anda agar tidak ada yang tersakiti dalam pertengkaran itu.
Daripada mengucapkan kata-kata kasar, kenapa tidak selesaikan pertengkaran dengan pikiran yang lebih jernih. Turunkan tensi Anda. Ambil air wudhu. Setelah amarah reda, baru bicara baik-baik.
2. Saling Menghargai
Saat bertengkar, Anda mungkin menunjukkan sikap yang tidak menghargai pasangan. Misalnya, dengan nada suara yang tinggi atau tidak mau mendengarkan perkataannya.
Ketika Anda melakukan itu, Anda bukan hanya tidak menghargai pasangan tapi juga diri sendiri. Coba ingat kembali, Anda sudah memutuskan untuk hidup bersamanya selamanya bukan? Jika Anda tidak menghargainya, lantas apa artinya suami atau isteri di mata Anda.
3. Ucapkan Kata-kata yang Berguna
Saat bertengkar dengan pasangan, Anda kemungkinan besar akan meluapkan emosi dengan mengeluarkan kata-kata yang sebenarnya tidak memberikan solusi. Jadi mulai sekarang, cobalah bertengkar yang sehat. Ketimbang saling berkata kasar, ucapkan kalimat yang lebih berguna.
4. Jujur
Ini memang agak membingungkan. Di satu sisi Anda tidak boleh mengeluarkan semua unek-unek yang ada di hati karena bisa menyakitinya, namun di sisi lain Anda juga harus jujur.
Jujur di sini bukan berarti Anda boleh mengatakan apapun yang ada di pikiran. Saat berkata jujur, pilihlah kata-kata dengan hati-hati. Jangan langsung ucapkan kalimat yang pertama kali terlintas di benak, agar tidak menyakiti hati pasangan.
Bila Anda membiarkan diri Anda meledak-ledak saat bertengkar dengan pasangan, hal itu tentu dapat merusak hubungan pernikahan. Biasanya orang yang meledak-ledak ini termasuk tipe yang memang suka mendramatisir sesuatu. Mereka suka membuat masalah kecil menjadi pertengkaran hebat.
Jadi, cobalah mengendalikan diri Anda saat bertengkar dengan pasangan. Meski hati panas, pikir dua kali sebelum mengeluarkan kata-kata untuk menanggapi ucapannya. Hati boleh panas, kepala harus tetap cool

Isnin, 9 Mei 2011

Sumpah Laknat, Wujudkah!

MENUDUH ORANG DENGAN SUMPAH LAKNAT

1. Menuduh orang lain dengan suatu tuduhan perlulah mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh syariat. Kerana ia boleh memberikan implikasi yang besar kepada yang dituduh. Bahkan keluarga dan maruah yang dituduh akan tercalar. Sebab itulah Islam membezakan di antara hukum menuduh seseorang melakukan zina dikenakan had qazaf, dengan hukum menuduh seseorang telah kufur tanpa dikenakan sebarang hukuman had.

2. Sumpah dalam bahasa Arab disebut al-yamin, al-halaf atau al-qasam yang bermaksud komitmen. Ia juga membawa arti komitmen terhadap sesuatu hukum dengan menyebut nama Allah yang Maha Agung. Ia tidak disyaratkan untuk memegang al-Quran ketika melakukan sumpah. Tetapi ia mestilah dengan menyebut nama Allah sama ada wallahi, wabillahi atau watallahi. Tidak boleh menggunakan selain nama Allah atau sifat-sifatNya. Firman Allah Azza wa Jalla dalam surah al-Maidah ayat 106:


Kalau kamu ragu-ragu tentang kejujuran kedua saksi itu, hendaklah kamu tahan mereka selepas selesai sembahyang, kemudian mereka (disuruh) bersumpah dengan nama Allah (demi Allah).

3. Terdapat hadith yang menunjukkan bahawa nabi SAW bersumpah dengan sifat-sifat Allah seperti ‘Demi jiwaku yang berada dalam genggamanNya’. Namun nabi SAW melarang seseorang bersumpah dengan selain daripada Allah SWT. Diriwayatkan bahawa nabi SAW bersabda:

Ketahuilah sesungguhnya Allah SWT melarang kamu daripada bersumpah dengan ayah-ayah kamu, barangsiapa yang ingin bersumpah maka
hendaklah bersumpah dengan Allah, atau hendaklah diam. (Riwayat Muslim)

4. Terdapat pelbagai hukum tentang bersumpah ini. Para ulama’ mazhab Hanafi dan Maliki menyatakan bahawa hukumnya harus, tetapi jika terlalu banyak bersumpah maka ia dicela. Manakala ulama’ mazhab Shafie pula menyebut bahawa asal hukum bersumpah adalah makruh kecuali dalam perkara ketaatan, pendakwaan di hadapan hakim dan keperluan agama. Selain itu, nabi SAW menjelaskan kepada kita terdapat juga sumpah ghamus, diriwayatkan daripada Abddullah bin ‘Amru RA bahawa nabi SAW bersabda:

Dosa besar itu ialah syirik kepada Allah, derhaka kepada kedua ibu bapa, membunuh orang dan sumpah ghamus. (Riwayat al-Bukhari)

Ia disebut sebagai ghamus maknanya tenggelam kerana dengannya seseorang akan tenggelam di dalam neraka. Imam al-Kasani (587H) menyatakan:

Adapun hukum bersumpah dengan Allah SWT berbeza-beza mengikut jenis sumpahnya. Sumpah ghamus hukumnya wajib kaffarah dengan bertaubat dan istighfar kerana ia sangat berani. (al-Kasani, Bada’i al-Sana’i)

5. Laknat pula berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud jauh daripada rahmat Allah SWT. Terdapat banyak ayat al-Quran yang menyebut perkataan laknat, dan kesimpulannya hanya Allah Azza wa Jalla yang berhak untuk melaknat seseorang atau kaum yang melakukan kezaliman, pendustaan, kekufuran dan kerosakan. Antaranya firman Allah SWT dalam surah al-A’raf ayat 44:

Dan (apabila ahli-ahli syurga itu berada di tempat masing-masing), berserulah mereka kepada ahli neraka dengan berkata: Sesungguhnya kami telah dapati apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kami kepada kami, semuanya benar. Maka adakah kamu juga telah dapati apa yang telah dijanjikan oleh tuhan kamu itu semuanya benar?. Mereka menjawab: Benar ada. Kemudian berserulah penyeru (malaikat) di antara mereka (kedua-dua kumpulan itu) menyatakan: Bahawa laknat Allah menimpa ke atas orang-orang yang zalim.

6. Telah berlaku di Malaysia pada minggu lepas, individu bersumpah laknat sambil memegang al-Qur’an di dalam sebuah masjid, dengan tujuan menuduh seseorang yang lain. Persoalannya ialah adakah wujud sumpah laknat dalam Islam? Dan bolehkah menuduh orang lain dengan bersumpah?. Bagi persoalan ini, asasnya adalah sebagaimana yang dinyatakan di atas. Kemudian kita perlu memahami pula bahawa sumpah yang diiringi dengan laknat hanya berlaku dalam dua keadaan sahaja, iaitu sama ada li’an di antara suami isteri atau yang kedua ialah mubahalah. Yang lebih penting untuk diperhatikan ialah kedua-keduanya perlu dilakukan di antara dua belah pihak yang perlu hadir bukannya seorang sahaja.

7. Li’an berlaku jika seorang suami ingin menuduh isterinya melakukan zina. Asal dalam tuduhan zina ialah penuduh mesti mendatangkan empat orang saksi dengan syarat-syarat tertentu. Ini salah satu kaedah mensabitkan kesalahan zina selain daripada iqrar (pengakuan) dan qarinah (bukti iringan). Oleh kerana mendatangkan empat orang saksi bagi seorang suami adalah sukar maka Islam memberi kelonggaran (rujuk asbab al-nuzul) dengan menggantikannya dengan hukum li’an, iaitu sumpah sebanyak empat kali dan yang kelima adalah sumpah dengan laknat. Tiada suami yang sengaja menuduh isterinya melakukan zina secara bermain-main melainkan ia serius, kerana kesannya adalah perpisahan. Firman Allah Azza wa Jalla dalam surah al-Nur ayat 6-9:

Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah empat kali: bahawa sesungguhnya dia daripada orang-orang yang benar. Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata): bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika dia daripada orang-orang yang dusta. Dan bagi menghindarkan hukuman seksa daripada isteri (yang dituduh) itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah empat kali: bahawa sesungguhnya suaminya (yang menuduh) itu adalah daripada orang-orang yang berdusta. Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata): bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika suaminya daripada orang-orang yang benar.

8. Manakala Mubahalah, ia pernah berlaku pada zaman nabi SAW. Baginda SAW mengajak penganut nasrani daripada Najran supaya melakukan mubahalah, ia berkaitan dengan nabi Isa. Pada awalnya kaum nasrani Najran bersetuju, tetapi akhirnya menarik diri dan bersetuju membayar jizyah. Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 61:

Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) mengenainya (nabi Isa), sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian marilah kita bermubahalah, supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta.

9. Imam al-Qurtubi (671H) ketika mentafsirkan ayat ini menyatakan:

Dan demikian itu, nabi SAW datang bersama-sama Hasan, Husin dan Fatimah berjalan di belakangnya, dan Ali di belakang Fatimah, baginda berkata: Jika aku berdoa maka hendaklah kamu beriman. Ia adalah makna bagi ayat ‘dan marilah kita bermubahalah’ iaitu bersungguh-sungguh berdoa. Daripada Ibn ‘Abbas, Abu Ubaidah dan al-Kasa’ie: marilah kita melaknat. Dan asal bagi ibtihal (mubahalah) ialah bersungguh-sungguh dalam berdoa dengan laknat atau selainnya. (al-Qurtubi, Jami’ li Ahkam al-Qur’an)

10. Adapun menuduh orang lain melakukan zina maka hendaklah dengan baiyinah(bukti). Baiyinah ini berbeza-beza mengikut konteks, jika dalam hal luqatah (barang yang tercicir) seseorang yang mendakwa ia kepunyaannya, maka baiyinah dengan menyebut sifat-sifat barang tersebut, manakala dalam konteks ini maka empat orang saksi menjadi baiyinah. Adapun bagi yang dituduh, jika ingin menolok tuduhan maka hendaklah bersumpah. Inilah kaedah yang diajar oleh nabi SAW, diriwayatkan bahawa nabi bersabda:

Baiyinah (bukti) bagi yang menuduh dan yamin (sumpah) bagi yang ingkar (dituduh).

11. Terdapat riwayat yang menyatakan bahawa nabi pernah meminta kepada seorang yang menuduh untuk melakukan sumpah bukannya dengan baiyinahsebagaimana kaedah umum di atas. Seorang sahabat nabi SAW telah dibunuh oleh seorang Yahudi, maka saudara mangsa membuat tuduhan tetapi tiada sebarang bukti, maka nabi SAW memintanya bersumpah. Dalam hal ini ia berkaitan dengan tindakan nabi SAW sebagai seorang qadhi atau hakim. Oleh itu kalaupun diterima bahawa seorang penuduh atau pendakwa boleh bersumpah maka ia mestilah dengan arahan qadhi atau hakim di dalam mahkamah, kerana konteksnya berbeza. Ini berdasarkan kepada kaedah pembahagian tindakan nabi SAW kepada tiga, iaitu sama ada sebagai ketua negara, hakim atau rasul.

Oleh itu, perlu diperhalusi sesuatu konteks sebelum kita membuat kesimpulan umum bagi sesuatu perkara. Inilah yang dinyatakan oleh Abu al-Khatab berkaitan dengan sumpah, katanya:

Bersumpah itu disyariatkan pada semua hak melainkan sembilan perkara; iaitu nikah, rujuk, talak, hamba, al-wala’, al-istilad, keturunan, qazaf dan qisas.

12. Jelas bahawa Islam adalah agama yang menjaga maruah manusia dan sangat tegas mempertahankannya. Oleh sebab itu, jika penuduh gagal mendatangkan empat orang saksi maka secara automatik ia telah menjadi qazaf (melempar tuduhan). Walaupun yang dituduh adalah lelaki tetapi ia diqiaskan kepada wanita sebagaimana dalam ayat, maka hukumnya sama. Pada waktu ini penuduh yang bakal dikenakan hukuman sebat, bukannya yang dituduh. Firman Allah SWT dalam surah al-Nur ayat 4:

Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat, dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.

13. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik bahawa Hilal bin Umaiyah menuduh (qazaf) ke atas Syarik bin al-Sahmaa’ lalu dibawa berjumpa nabi SAW, baginda bersabda:

Empat orang saksi, jika tidak belakangmu akan disebat. (Riwayat al-Nasa’ie)

Dalam hal ini Ibn Qudamah al-Hanbali (620H) menegaskan:

Jika tidak cukup bilangan saksi bagi tuduhan zina, maka ke atas mereka (pendakwa) hukuman sebat menurut pendapat kebanyakan para ilmuan. (Ibn Qudamah, al-Mughni)

Kesimpulannya

1. Menuduh orang lain hendaklah dengan bukti bukannya dengan cara bersumpah, jauh sekali dengan sumpah laknat.
2. Hendaklah mengikut tatacara dan prosedur sumpah yang disyariatkan.
3. Hukuman had qazaf adalah sangat berat.


Sesungguhnya kredit untuk al-fadhil ustaz anhar opir..sila ke linknya

Fikir untuk orang berfikir!

 "Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut.
 
Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.
 

1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa-apa yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga. 

Selasa, 3 Mei 2011

Waktu Untuk Minum Air

 
Hari ni Jom fahami dan teknik   cara-cara untuk minum air kosong.. 

  • Minum dua (2) gelas air masak - SELEPAS BANGUN TIDUR. Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman

  • Minum segelas (01) air masak - 30 MINIT SEBELUM MAKAN. Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan
  • Minum segelas (01) air masak - SEBELUM MANDI. Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah
  • Minum segelas (01) air masak - SEBELUM TIDUR. Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur

Sabtu, 30 April 2011

Durian,kepuasan dan tertipu?

Tips Memilih durian


Isu durian lambak diperkatakan di mana mana sahaja

tentu dari segi harganya dan kelazatannya?

naum apa tips nak tahu durian itu Ok atau tak?  taku kene tipu lagi...

Silakan layari tips ini..klik sini

Isu Video Porno yang disebarkan



sila klik link ini

http://azwandengkil.blogspot.com/

Khamis, 28 April 2011

Wanita-Ibu,isteri, bagaimana mahu memahamimu!

Sesungguhnya setiap hari mendatang merupakan perjalanan kerohanian. Hidup ini akan menjadi cukup bermakna sekiranya dilihat pada skop mata hati.Sudut yang jarang diimplementasikan. Ramai suka melihat pada fizikal semata-mata. Maybe pada jumlah wang atau jumlah saiz rumah atau sebesar mana keretanya atau harganya! 

Ana selalu mahu belajar sesuatu dari setiap langkap kehidupan dari pengalaman orang mahupun peribadi... 

Perkara yang berkaitan WANITA adalah sesuatu yang unik bagi seorang LELAKI. Banyak hadis kisah berkaitan mengenai wanita pada pandangan nabi saw ..

Namun insan bernama WANITA tetap di hati ini..ibu, zaujah (baca :Isteri), adik perempuan mahupun anak perempuan dan sebagainya..


Ya Allah jadikan diri ini berkemampuan melaksanakan tangungjawabnya kepada isteri yang menemani perjalanan hidup Norrul Huda Ngah dan ibu yang sudah meniti usia tua..kredit buat ibu mertua Hjh Maimunah yang kini menetap sementara di Bukit Jalil dan ibunda kekasih hati Hjh Halimah. Hati kecil secara tiba-tiba teringat nenda Al-marhum nenda Hjh Rajiah Bandaro Sutan (Selayang) dan Al-marhum Hajjah Bainun Melaka..

Ya allah luaskan kuburan mereka dan luaskan dengan rahmatMu ya Rabbal Alamin

Adakah benar ana seorang lelaki memahaminya mereka?  lihat tips di bawah
  1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
  2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
  3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
  4. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian

Rabu, 27 April 2011

Makanan terbaik penghafaz AlQuran : kismis doa, air Yaasin!!

Kita pernah ditanya : ‘apakah makanan terbaik untuk pelajar tahfiz agar mereka laju menghafaz dan susah nak lupa?

Satu soalan ’simple’ tetapi memerlukan penjelasan bernuansa ‘Ilahiyah, saintifik dan praktikal’ untuk membahaskannya.


Memang benar, semua orang inginkan ‘keajaiban’  berlaku ketika menghafaz Al-Quran. Dan jenis mukjizat yang selalu dibincangkan termasuklah topik makanan. 


Soalnya, adakah kita benar-benar perlukan makanan bertaraf mukjizat seperti ‘hidangan dari langit’  yang diterima Nabi Musa untuk itu? Atau, adakah cukup dengan mengambil ‘7 biji kismis doa tuan guru’ setiap pagi maka ia sudah memadai? Mungkin barangkali, maksudnya telah dinaiktaraf kepada ’scientific based food’  berbentuk nutrien vitamin A-to-Z hasil penyelidikan saintifik terkini?

Itu satu. Keduanya, apa tujuan utama pengambilan makanan bergizi? Untuk melajukan hafazan, sudah tentu, tetapi adakah ia benar-benar InsyaAllah berkesan, atau wujud prasyarat lain lebih utama selain ‘jenis makanan minda terbaik untuk anak?’

Tidak kiralah samada jawapan yang anda bayangkan sekarang termasuk ‘kismis doa campur air yasin malam jumaat’ atau ‘Vitamin E, A dan B complex yang dihadam sekaligus’, jawapan kepada persoalan ini memang memerlukan penulisan yang agak panjang untuk menjelaskannya. 


Semoga tips ni dapat membantu kawan-kawan yang anak-anaknya masuk tahfiz..

Jawapan sudikan lah lungsuri website ustaz asyraf klik disini

Selasa, 26 April 2011

Apabila Isteri marah !

Apabila Isteri Marah ...

Wanita marah didorong pelbagai sebab. Tidak perlu dihuraikan faktor penyebab  terbabit kerana saya percaya setiap lelaki pernah dimarahi wanita samada lelaki itu masih bujang atau berumahtangga. 

Jika bujang dimarahi kekasih, jika berkahwin dimarahi isteri.

Namun dalam tampalan ini, biarlah saya fokuskan kepada pasangan sudah bernikah secara sah, suami dan isteri.

Isteri marah, jika tidak dilayan, sekaligus dia berasa tidak dipedulikan.  Lazimnya tindakan itu akan membuat dia menjadi lebih marah.

Andai dilayan, marah isteri semakin meluap sekaligus suami terpaksa menahan telinga mendengar pelbagai tuduhan, tidak tentu kesahihannya.

Ya, itu antara sikap diamalkan majoriti isteri (bukan semua wanita). Mereka  cenderung melontarkan kenyataan biarpun belum dipastikan kebenarannya. 

Dalam keadaan 'diserang', apakah tindakan paling bijak boleh dilakukan suami?

Soalan cepu emas.

Terima kasih saudara Mazidul Akmal menerusi blognya ada entry yang saya mungkin bersetuju  

Nak tahu jawapan sila klik di sini

Namun jika mahu bermuhasabah adakah benar kita wanita solehah (khas buat wanita-wanita disana)

cuba try baca blog ini sila klik sini

Isnin, 25 April 2011

Bersedih ? Al-Quran Menjawab




Manusia Bertanya : Kenapa aku diuji?
Al-Quran Menjawab :


Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? (Lihat Surah Al-Ankabuut : 2).

“Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta”. (Lihat Surah Al-Ankabuut : 3)



Manusia Bertanya : Kenapa aku tidak diuji sahaja dengan perkara-perkara yang baik?

Al-Quran Menjawab :
“…boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”. (Lihat Surah Al-Baqarah : 216)



Manusia Bertanya : Kenapa aku diberi ujian seberat ini?
Al-Quran Menjawab :
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya……….” (Lihat Surah Al-Baqarah : 286)



Manusia Bertanya : Bolehkah aku kecewa?
Al-Quran Menjawab :
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman”. (Lihat Surah Ali Imraan : 139)





Manusia Bertanya : Bolehkah aku berputus asa ?
Al-Quran Menjawab :
“…dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir”. (Lihat Surah Yusuf : 87)





Manusia Bertanya : Bagaimana cara menghadapi ujian hidup ini?
Al-Quran Menjawab :
“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung”.(Lihat Surah Ali Imraan : 200)
“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”. (Lihat Surah Al-Baqarah : 45)



Manusia Bertanya : Bagaimana menguatkan hatiku?
Al-Quran Menjawab :
“….Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan melainkan Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal…….” (Lihat Surah At-Taubah : 129)





Manusia Bertanya : Apa yang ku dapat dari semua ujian ini?
Al-Quran Menjawab :
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka……….” (Lihat Surah At-Taubah : 111)
Wallahualam.