Khamis, 28 Oktober 2010

Benarkah Msia menuju kehancuran !!




Seperti dijangkakan, tindakan kerajaan melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang mahu menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan malam mula mendapat tentangan kumpulan NGO Islam.

Bagi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), tindakan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu 'disambut' mereka secara amat sinis.

"Tahniah kerana (kerajaan) berjaya menghancurkan rakyatnya," kata Setiausaha Agung PPIM Datuk Dr Ma'amor Osman (kiri) sambil menyifatkannya sebagai pengkhianatan kepada pentadbiran perdana menteri sebelum ini, khususnya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan kelmarin, pentadbiran Najib mahu menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan malam bagi memacu industri pelancongan.

Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan "mempakejkan" semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Lebih mengejutkan, EPP mencadangkan penubuhan zon hiburan di lima negeri, termasuk Lembah Klang yang akan menyaksikan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam menjelang 2014.

Ketika dihubungi Malaysiakini tengah hari ini, DrMa'amor - pemimpin NGO Islam yang dilihat agak 'rapat' dengan kerajaan - berkata, rancangan ETP itu menyalahi pelbagai perkara, termasuk gagasan Wawasan 2020 yang mahu negara ini maju dengan acuan sendiri.

"Budaya kelab malam ini bukan budaya Timur. Ia budaya Barat, budaya berfoya-foya.

"Saya ucap tahniahlah kerana berjaya mengkhianati negarawan negara (Dr Mahathir)," katanya.

Suasana ini pun sudah bertambah karut wal marut apabila saya membaca komentar ustaz zaharuddin melalui blognya www.zaharuddin.net dan ustaz hasrizal melalui www.saifulislam.com

Apa nak jadi keadaan kita hari ini..antara ungkapan bait ustaz hasrizal ialah..

"Bukan agama tidak memberitahu.

Bukan sejarah tidak membentang realiti.

Hanya diri yang angkuh menolak bukti.

Benarlah HEDONISM itu didefinisikan sebagai berpaksi kepada PSYCHOLOGICAL EGOISM.

Saya hampir-hampir tidak mampu membicarakan hal ini dari sudut Islam kerana tidak yakin apakah ada secebis Islam telah dirujuk dalam penghasilan polisi sebegini. Halal dan Haram sudah tidak kelihatan, istilah berkat dan laknat, jauh sekali.

Segalanya tulen bersifat pleasure minus pain.


Ke mana perginya pelbagai slogan, gagasan dan rancangan berkaitan Islam semenjak era Penerapan Nilai-nilai Islam ke zaman Islam Hadhari?

Modal insan?

Semasa media berbual panjang tentang pembuangan bayi, pertambahan jumlah penagihan dadah, pesakit AIDS, kemusnahan akhlak generasi muda malah tua, jenayah yang sudah tidak terkawal, zina yang sudah hampir tenggelam daripada kejanggalan budi, bagaimana Program Transformasi Ekonomi (ETP) menawarkan solusi berupa menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan?"




Rabu, 27 Oktober 2010

Iklan Hampeh !




Jelas aksi yang terdapat dalam trailer dan iklan promo filem “Cuti-cuti Cinta” adalah lawak lucah yang tidak sesuai kepada kanak-kanak dan remaja. Semua orang faham nasi lemak 50 sen yang dimaksudkan oleh Farid Kamil ialah saiz tooottt Nora Danish.


Jelas sekali filem yang diarahkan oleh Ahmad Idham ( kena bertaubat segera- tarik balik )ini mengandungi moral yang tidak baik kepada kanak-kanak dan merendahkan kaum wanita.

( dimana penggerak dan pejuanga wanita termasuk menteri yang menjaga Ehwal Wanita ?)

Adakah kita begitu sporting sehingga penerbit selamba jer mempromosi filem mereka dengan lawak lucah tersebut yang setelah mula penayangan filem Cuti-cuti cinta ini iklan trailernya semakin diulang-ulang.

Penerbit seolah-olah mengajak penonton ke panggung dengan daya penarik nasi lemak 50 sen ini.

Sebelum ini , iklan hari raya di TV3 yang ala-ala Santa Claus yang lalu telah menyebabkan TV3 disaman RM50,000.

Para pengkarya seni di Malaysia sepatutnya bertanggung jawab mendidik remaja bukannya spt mempengaruhi remaja dengan aksi, pakaian atau lawak yang menjurus kepada sex. Mentang-mentanglah sekolah remaja mengandung telah dibuka dan banyak tempat kosong lagi….

jom ubah pradigma kehidupan dengan perihal positif dengan Minda Segar (istilah Prof dr Muhaya )

rujuk isuhangat dot net


Ambilah Iktibar !


Jumlah mangsa yang meninggal akibat gempa bumi berskala 7.2 skala Richter diikuti tsunami yang melanda Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat, hingga Selasa (26/10/2010) malam, bertambah menjadi 112 orang.

Sementara jumlah yang dilaporkan hilang mencapai 502 orang, namun ada yang mengatakan mencapai ribuan orang.

Usaha untuk menghantar bantuan ke lokasi bencana masih tergendala akibat cuaca buruk di perairan laut Mentawai.

Sementara itu, 9 orang sukarelawan dan wartawan maut ketika berada di sekitar Mbah Maridjan, pusat gempa Gunung Merapi,kerana disembur awan panas dari gunung tersebut , Selasa
(26/10/2010).


Walaupun diaorang benci dengan kita, isuhangat merasa bersimpati kepada mereka yang terkena bencana tersebut, janganlah kita berperasaan ‘padan muka diaorang’ kerana segala yang berlaku adalah atas kehendak Allah. Mungkin esok atau lusa kita atau keluarga kita yang kena, tak kena tsunami atau gempa bumi, kena bencana lain pula.
----------------------------------------------------------------------------

Pihak Kelab Kebajikan Sukan MSN mahu dan sudah merancang membawa ahli kelab ke Bandung tahunahadapan. Ana telah cuba mengenal pasti tempat pasentren nntuk di lawati. Akhirnya kekecohan berlaku ( siu Indo-Msia) maka kami mengambil keputusan atas dasar keselamatan dan visa pun payah nak dapat.

Semoga dapat mengambil iktibar dan gunakan KUASA MINDA dan iringi dengan minda segar bahwa ini adalah sign from Allah supaya terus TAAT dan Tinggalkan Larangan nya!

Jangan-jangan ini BALA dan MUSIBAH..apa beza ribut di dungun dan jerebu yang tetiba mendatang di selatan tanahair..

Anda dan saya bersama berfikir..Sesungguhnya ALLAh emamng sayangkan kita dan sayangkan IMAN kita..



Selasa, 26 Oktober 2010

Jom solat berjemaah! Wake up call





Katanya kejadian ini berlaku di Kazakhstan, tak pasti samada mereka tidak mempunyai masjid atau sebab apa yang menyebabkan mereka solat jemaah di kawasan lapang yang dipenuhi dengan salji. Kemungkinan mereka solat sunat hari raya. Mereka juga membuka kasutnya, WOW !!


Manakala, kita di sini, kita mempunyai masjid yang indah dan nyaman, hangat semasa musim hujan, dan beraircond di semasa panas, dan kita masih berasa berat untuk pergi ke masjid.

Adakah kita betul-betul ada alasan (yang dapat dibenarkan) untuk tidak pergi ke masjid …. ?




Resepi Orang Tua (baca : Veteran)


Tukar selera dengan memerhatikan Panduan atau tips orang lama

( kerana kita bakal menjadi orghe lame)


1- Untuk mengelakkan nasik menjadi mentah atau hangit semasa memasaknya, tambah air dan letak daun pisang diatasnya.

2-Untuk melepaskan tangan yg digigit kura-kura, sila pukul tin kosong dan kura-kura itu akan melepaskan tangan anda.

3- Untuk mengurangkan sakit gigi, anda digalakkan berkumur dgn air garam.

4-Mata anak yg baru lahir berair- gunakan susu ibu dan sapukan dgn menggunakan bulu kucing.

5-Untuk menghilangkan demam benguk(bengkak kat leher), sapu dgn nila yg telah dilembapkan dgn cuka.

6-Hilangkan pening kepala, minum nescafe kemudian picit batang hidung yg diantara 2 mata tu.

7-Untuk menghilangkan jerawat yg baru nak tumbuh, ambil duri pokok kekabu, asahkan pd lesung batu dn sapu pd jerawat.

8-Untuk melambatkan tumbuh uban di kepala, bila dah cuci tangan selepas makan, jgn lap tangan tu, tp terus sapu kat rambut sambil selawat. Yg ni anak2 dara atau yg org yg belum tumbuh uban boleh amalkan, tp kalau rambut tu dah putih penuh kepala, maka anda tlh terlambat...ha..ha..ha.

9-Untuk haluskan kulit biar jadi mulus dan gebu, sila ambil pucuk jambu batu, lepastu gosok ktat tangan dan campur dgn bedak sejuk, kemudian pakai, insyaallah.

10-Untuk yg mengalami kencing kotor, anda di nasihat minum air barli, sesuai utk ibu mengandung yg selalu dpt kencing kotor semasa mengandung.

11- Untuk mengelakkan bibir menjadi kering, letak madu lebah di atas bibir.

12-Untuk hilangkan ketuat, ambil getah betik dan sapukan pd ketuat tu.

13-Untuk hilangkan tompok kuah yg terkene pd baju, sebelum basuh baju, lumur baju yg terkena kuah tadi tu dgn bedak, biar seketika baru la di basuh.

14-Untuk lebatkan rambut, ambil daun bunga raya, ramas dlm air sampai keluar lendir, lepas tu lumur pd rambut, biar seketika, lepas tu baru di cuci, rambut anda akan lebat seperti rambut syarifah aini.

15-Utk hilangkan parut, ambil kulit kayu manis lepas tu asahkan pd lesung, kemudian sapu pd parut td. Satu lg petua kalau parut masih baru ambil kulit pisang lepas tu tonyohkan kat parut, insyaallah.

16-Utk tegangkan kulit muka, ambil putih telur dan lumur kat muka, biar 15 minit lepas tu cuci dgn air suam, bukan air panas tau...

17-Utk hilangkan sedu baby, ambil sedikit cebisan tisu, letak kat dahi baby, biar sampai kering, utk org tua pulak minum air sambil tutup hidung atau picit belakang telinga.

18-Untuk menghilangkan hapak dlm peti sejuk, ambil arang dan letak kat dlm, biar jer arang tu kat situ,dan korang jgn lak memandai letak arang yg berbara, punah es box korang, jgn salahkan aku tau.....

19-Utk halau lipas dlm almari korang, letak daun pandan bebanyak kat dlm almari tu.

20-Untuk yg nak masuk rumah baru, kalau boleh bg lelaki yg dah berkeluarga dan ada anak2 yg kecil, sila la test tido kat dlm rumah tu dlm semalam dua, kot la ada ganguan, kalo ok, sebelum pindah tu azan la kat 4 penjuru rumah, lepas tu baca yassin kat dlm rumah tu.

21-Untuk hilangkan bisa gigitan lebah, lepas kene tu terus sapu dgn baang merah, tp lg baik kalau terus pg klinik....muah..ha..ha

22-Untuk menghilangkan seram sejuk semasa demam, minum air susu suam yg dicampur dgn sedikit kunyit.



Selasa, 19 Oktober 2010

Sejarah kecik YANG Besar !!


Alhamdulillah syukur kepada NYA ,

1 lagi koleksi kebaikan berusaha dalam memartabatkan kerohanian dalam dunia sport bercambah..Ya 18 Oktober 2010 (Isnin) hari bersejarah..Ustaz Dahlan telah memulainya..setelah pasti azan berkumandang dari radio ikim.fm pejabat UHEi ,ana terus melakukan miss call seperti dijanjikan. Akhirnya laungan azan secara audio (pakai cd player zaidi) berjaya dimulakan. 2 sms diterima dari PBT dan KCP..tahniah kepada kepimpinan yang mahu rahmat NYA selalu bersama warga sukan seiring kejayaaan di Komanwel Games yang diharapkan berterusan ke Asian Games..

Selagi mana agama dan solat dijagai pasti Allah akan menjaga dan menolong hamba2nya..

Jadi ana bawakan nota mengenai Azan ( nota asal di blog bawah) meraikan saat yang cukup indah dalam diari hidup ini dan khas Buat ustaz Dahlan dan sdr Zaidi yang dipertanggungjawabkan berusaha dan istiqomahkanlah untuk kebaikan seluruh warga sukan..

lepas pasang azan bersegeralah kembali ke Surau Casa 2..

jangan buat jemaah kat area operator depan Lobby MSN pulak hehehe..( Bergurau sahaja)


SEJARAH AZAN


Azan mula diamalkan oleh orang-orang Islam pada tahun pertama Hijrah. Dalam hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim daripada Ibnu `Umar R. A:

“Pada mulanya ketika orang-orang Islam berhijrah ke Madinah, mereka berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan sembahyang. Ketika itu tidak ada orang yang menyeru (melaungkan azan) untuk menunaikannya. Pada suatu hari Nabi s.a.w. telah mengumpulkan para sahabat untuk bermesyuarat tentang cara untuk memberitahu masuknya waktu solat serta mengajak orang ramai agar ke masjid melakukan solat jemaah.

Dalam mesyuarat itu, terdapat beberapa cadangan. Ada yang mencadangkan supaya dikibarkan bendera sebagai tanda waktu solat, Ada yang mencadangkan ditiup serunai ataupun trompet; dan ada yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng. Semua usul yang diajukan telah ditolak oleh Rasulullah S.A.W.(kerana meniup serunai atau trompet dan memukul loceng adalah cara pemanggilan sembahyang bagi masyarakat Yahudi dan Nasrani(Kristian). Umar bin al-Khattab mencadangkan diteriakkan ucapan: “Telah datang waktu solat”. Usul ini telah diterima oleh Rasulullah S.A.W. tetapi Baginda menukar lafaz itu dengan lafaz “assolatu jami`ah” yang bererti “marilah solat berjemaah”.

Pada suatu malam Abdullah bin Zaid telah bermimpi mengenai cara yang lebih baik untuk memberitahu solat dengan mengumandangkanlah Allahu Akbar… (dan seterusnya lafaz-lafaz azan)”. Pada pagi harinya, Abdullah bin Zaid menemui Rasulullah S.A.W. dan baginda bersabda: “Mimpimu itu mimpi yang benar”. Nabi s.a.w. memerintahkan Bilal bin Rabah mengumandangkan azan tersebut. Ketika Bilal hendak menyerukan azan, Umar datang kepada Rasulullah S.A.W. dan menceritakan bahawa beliau juga bermimpi seperti Abdullah bin Zaid.

Al-Bazzar meriwayatkan bahawa: “Rasulullah S.A.W. pada malam Israk telah diperlihatkan dengan azan dan diperdengarkan kepadanya di atas langit yang ketujuh. Kemudian Jibril mendatanginya, lalu dia menjadi imam kepada ahli langit. Antara mereka ialah Nabi Adam a.s. dan Nabi Nuh a.s., Allah s.w.t. menyempurnakan kemuliaan baginya ke atas penduduk langit dan bumi”.

Antara dalil-dalil lain:

Dari Anas Bin Malik: Bila jumlah orang Islam bertambah, mereka berbincang cara bagaimana hendak mengetahui waktu solat dengan cara yang mudah. Setengah mengesyorkan supaya dinyalakan api dan ada yang mengesyorkan untuk dibunyikan loceng. Bilal diarahkan untuk malaungkan lafaz azan dua kali dan iqama’ sekali sahaja. – Sahih Bukhari : Jilid 1, Buku 11, No 580



ADAB DAN TATATERTIB SEORANG MUAZZIN

Orang yang melaungkan azan hendaklah seorang lelaki Muslim yang berakal. Azan mestilah dilakukan oleh seorang sahaja untuk semua kariah, dan tidak boleh dibuat berulang kali untuk kariah yang sama. Azan hendaklah dilafazkan dalam Bahasa Arab.

Untuk Solat Jumaat, azan berkumandang sebanyak dua kali, kali pertama untuk menandakan masuk waktu Zuhur untuk memanggil orang-orang Muslim ke masjid dan kali kedua dikumandangkan sejurus sebelum Imam memulakan Khutbah Jumaat. Iqamat dilafazkan selepas imam selesai membaca khutbah, dan sebelum imam mengangkat Takbir Jumaat.

Seorang muazzin dianjurkan untuk memperhatikan etika atau adab-adab di bawah ini :

1. Dianjurkan sebelum mengumandangkan adzan ia berwudhu ( bersuci ) lebih dahulu.

2. Dianjurkan untuk mengumandangkan adzan dengan pelan-pelan dan jelas.

3. Dianjurkan untuk mengumandangkan adzan dari tempat yang tinggi jika tidak ada alat pengeras suara. Ini dimaksudkan agar suara adzan menyebar lebih luas. Sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Bilal, iaitu mengumandangkan adzan dari atas rumah seorang wanita dari Bani Najjar, yang rumahnya kebetulan paling tinggi di sekitar masjid. ( Hadist Hasan Riwayat Abu Daud )

4. Meletakkan kedua jarinya di kedua telinganya. Sebagaimana di dalam hadist Abu Juhaifah Radhiyallahu ‘Anhu bahawasanya ia berkata :

رايت بلالا يؤذن واتتبع فاه ها هنا وها هنا واصبعاه في اذنيه

“Aku pernah melihat Bilal mengumandangkan adzan, dan aku mencermati (gerakan) mulutnya kesini dan kesini. Sementara kedua jarinya berada dikedua telinganya. (Hadith Riwayat Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah )

5. Hendaknya muazzin mempunyai suara yang baik dan lantang. Sebagaimana di dalam hadist Abdullah bin Zaid radhiyallahu ‘anhu bahwasanya Rasulullah Sholahu ‘Alaihi Wa as- salam bersabda :

فقم مع بلال فألق عليه مارأيت فاليؤذّن به فإنه أندي صوتا منك

Bangkitlah bersama Bilal lalu sampai kepadanya apa yang engkau lihat, kemudian hendaklah dia mengumandangkannya, karena suaranya (Bilal) itu lebih lantang darimu.”(Hadith Riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah)

Sebagai tambahan, Sunat ketika azan dan iqamah – tanpa menggerakkan dada dan kaki – memalingkan muka ke sebelah kanan apabila menyerukan , lalu kembali semula memalingkan muka ke arah qiblat. Kemudian Sunat memalingkan muka ke sebelah kiri apabila menyerukan dua kali kalimah lalu kembali semula memalingkan muka ke arah qiblat.

SAMBUNGaN SILA KE PAUTAN

http://faizal.iits.com.my/2010/06/azan-sejarah-adab-sebagai-muazzin/




Isnin, 18 Oktober 2010

Rumah Idaman Anda !


Tip beli rumah idaman


MEMILIKI kediaman atas nama sendiri menjadi idaman semua individu namun, tidak ramai yang tahu prosedur pembelian rumah, malah lebih memeningkan kepala memikirkan faktor kewangan bagi membayar ansuran bulanan.

Kebanyakan individu keliru memikirkan soal rumah sebagai keperluan atau kemahuan yang mana pada akhirnya akan menimbulkan pelbagai masalah berikutan kekurangan wang bagi menampung perbelanjaan bulanan yang hampir separuh disalurkan untuk membayar ansuran rumah yang diidamkan.

Ikuti temu bual wartawan Bisnes Metro, Syarifah Dayana Syed Bakri bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Hijrah Wealth Management Sdn Bhd, Mahdzir Md Isa, mengenai panduan sebelum membuat keputusan membeli rumah bagi mereka yang pertama kali bercadang memiliki kediaman sendiri.


APAKAH perkara yang harus diambil kira sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah?

Perkara utama yang harus difikirkan sebelum membuat keputusan ialah melihat kemampuan kewangan sendiri. Ini kerana tidak semua individu yang bekerja dan mempunyai pendapatan bulanan mampu membayar ansuran bulanan bagi kediaman jenis banglo.

Untuk memudahkan perancangan, kita perlu membuat kiraan dengan menolak semua perbelanjaan termasuk hutang, simpanan dan pelaburan. Baki yang tinggal digelar sebagai lebihan dan ia menjadi penanda aras untuk menentukan rumah jenis apa yang harus dibeli.


Namun, harus diingat bahawa pendapatan bulanan tidak seharusnya dicampur dengan elaun atau bayaran kerja lebih masa (OT) kerana ia bukan sebahagian pendapatan tetap.


Sekiranya individu itu mempunyai lebihan sebanyak RM500, adakah dia perlu membeli kediaman yang menetapkan ansuran bulanan sekitar jumlah sama?

Faktor pemilihan yang harus diambil kira adalah lokasi dan jumlah lebihan RM500 itu mungkin cukup sekiranya rumah yang ingin dibeli itu berada pada lokasi yang setara.

Sebelum pinjaman perumahan diluluskan, bank akan melihat kelayakan pemohon. Ini termasuk meneliti pendapatan bulanan dan harga rumah yang ingin dibeli. Malah, bank akan melihat sama ada bayaran bulanan tidak melebihi satu per tiga gaji.

Contohnya, pembeli ingin mendapatkan rumah berharga RM150,000. Sekiranya dicampur faedah yang dikenakan bank, bayaran pendahuluan serta tempoh pembiayaan, maka bayaran bulanan mencecah RM1,012 dan ia jelas menunjukkan pembeli yang mempunyai lebihan pendapatan RM500 masih belum mampu membeli rumah berharga RM150,000.


Jika perkara seumpama itu berlaku, apakah langkah yang harus diambil oleh individu itu?

Ada pihak berpendapat bahawa lebih baik membeli rumah walaupun perbelanjaan bulanan mungkin tidak cukup berbanding menyewa bertahun-tahun. Pendapat itu mungkin tidak berapa benar kerana dengan menyewa, individu itu masih mampu menyimpan bagi membuat pembayaran pendahuluan lebih tinggi walaupun dia terpaksa menyewa hampir 10 tahun.
Mungkin ada individu yang mengikat perut untuk membayar ansuran bulanan rumah, namun harus ambil kira simpanan untuk kecemasan.

Selain itu, bagi mereka yang masih ingin mendapatkan rumah sendiri, memilih rumah yang dilelong adalah satu cara yang baik kerana harga rumah lelongan adalah 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran.

Jangan terus melabelkan rumah lelong sebagai rumah tinggal atau banyak kerosakan kerana bakal pembeli berhak melihat keadaan rumah sebelum membuat bidaan.


Apa pula perkara yang harus diambil kira sebelum membuat keputusan membeli rumah?

Banyak pihak hanya menyediakan wang pendahuluan 10 peratus daripada harga rumah, namun tanpa disedari jumlah wang yang diperlukan adalah lebih banyak daripada itu kerana ia merangkumi kos guaman serta surat perjanjian jual beli. Maka, untuk lebih selamat, bakal pembeli perlu menyediakan wang sebanyak 15 peratus daripada harga rumah bagi mengelakkan kesesakan di kemudian hari.

Malah, saya nasihatkan supaya sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah, pastikan anda benar-benar mempunyai simpanan yang cukup untuk membuat bayaran pendahuluan kerana idea membuat pinjaman peribadi bagi membayar wang pendahuluan hanyalah akan menambah masalah.

Selain itu, antara tip yang boleh diguna pakai adalah bayar wang pendahuluan setinggi yang boleh supaya boleh memohon pinjaman bank serendah yang boleh serta tetapkan tempoh pembayaran sesingkat yang boleh antara 15 hingga 20 tahun.

Walaupun ada bank yang menawarkan pinjaman sehingga dua generasi mencecah tempoh 40 tahun, ia bukan satu langkah yang bijak kerana kita pasti tidak mahu mewariskan hutang kepada anak-anak.


Apa nasihat untuk mereka yang pertama kali membuat pembelian rumah?




Kita sedia maklum semua orang memiliki rumah idaman masing-masing dan tidak ada yang mengidamkan untuk memiliki rumah kecil. Namun, sebagai permulaan, ia adalah langkah terbaik kerana rumah adalah keperluan. Walaupun kita mahukan rumah semi-D berharga RM300,000, namun berdasarkan pendapatan semasa ia di luar kemampuan, maka tidak salah sekiranya kita membeli apartmen atau flat yang murah.

Dalam tempoh 10 tahun, harga rumah mungkin akan meningkat. Sekiranya keadaan itu berlaku, ambil tindakan dengan menjual rumah berkenaan dan wang yang diperoleh boleh digunakan untuk membayar wang pendahuluan rumah idaman anda.

Jangan tertekan dengan spekulasi bahawa sekiranya tidak beli rumah sekarang, harga akan meningkat. Memang benar harga rumah akan meningkat namun, ia tidak akan melebihi dua kali ganda harga kini dalam tempoh lima tahun. Malah, harga siling rumah ditetapkan pasaran. Jika terlalu mahal, tiada siapa akan beli.

-----------------------------------------------------------------------------

Artikel dipetik dari Bisness Metro (Isnin 18 Oktober 2010)

Anda yang dah beli rumah dan nak beli lagi...(baguslah) namun rumah kita sebenarnya adalah pendidikan anak2......sejauh mana seserius kita mengeluarkan wang mendidik anak-anak kita..

Saya pernah menyaksikan ada sebuah keluarga yang empunya kekayaan yang hebat....Ayahnya bijak membeli hartanah....namun anak2 tak menjadi dan akhirnya habis hartanya dijual (jual dengan murah) Inilah bahananya jika sibuk mencari kekayaan dnunia tetapi lupa kekayaan harta bernama Anak-Anak dilupai.

Marilah kita berusaha mendapatkan rumah yang indah di sana dengan Amalan yang berterusan walau pun payah..

Di dunia adalah untuk kita dan anak2 dan di alam sana untuk KEKAL ABADI








Khamis, 14 Oktober 2010

Tips Lap Top Anda!




1. Bateri

Elakkan daripada penggunaan bateri. Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri. Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter. Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula. Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.

2. Papan Kekunci.

Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk. Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak. Kalau boleh gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.


3. Skrin LCD

Lapkan ia selalu kerana mudah dimasuki habuk. Gunakan screen saver. Power management setkan pada Turn Off monitor in minutes. Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan. Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan Dead pixel.

4. Haba Panas

Pasikan komputer riba anda ada ruang untuk mengeluarkan haba panas. Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil. Jangan letakkan laptop anda di atas katil,karpet atau permukaan yang lembut yang boleh menyebabkan aliran udara kipas laptop anda tertutup.Ini akan menyebabkan laptop anda akan menjadi Overheating.

5. Surge Protector

Fungsinya sebagai menjaga perisian dan perkakasan daripada rosak. Disyorkan jenama APC, BELKIN atau TARGUS. Kelebihan APC - mempunyai bateri simpanan, line protection (tiada elektrik tapi masih boleh dihidupkan lagi) dan mempunyai amaran kehabisan bateri. Kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga HDD dan Power Supply.

6. Port

Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk. Gunakan berus atau berus gigi lama. Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan.

Tip2-tips umum :

- Jangan letak Laptop anda di pangkuan anda(di paha anda).

- Jangan letak laptop anda di kawasan yang basah.(juga minuman anda,Kebanyakan orang suka meletak
minuman mereka di sebelah laptop mereka ketika menggunakan laptop mereka)

- Jangan biarkan laptop anda berjemur di bawah matahari yang terik ataupun di dalam kereta ketika parking di bawah matahari.

- Pastikan laptop anda diletakkan di kawasan yang rata.Laptop yang terjatuh atau terhempap akan menyebabkan perkakasan dalam laptop tersebut terjejas.

- Seboleh-bolehnya jauhkan laptop anda dari magnet...

- Pastikan laptop anda diberi rehat,jangan dibiarkan ianya dipasang hampir sehari setiap hari(ketahanan laptop berbeza dengan PC biasa).ti


Rabu, 13 Oktober 2010

Cara nak soal Pesalah !


Di dalam Islam, kadangkala penyiasatan boleh berlaku secara terbuka yang melibatkan saksi yang ramai bagi mengelakkan berlakunya manipulasi bukti dan kerelaan saksi dan tertuduh yang terlibat.

Di dalam kitab Tabsirah Al-Ahkam ada meriwayatkan tentang seorang lelaki yang membawa harta yang banyak mengembara dengan sekumpulan lelaki. Tiba-tiba, lelaki tersebut tidak pulang bersama-sama rombongannya. Rombongan tersebut memberitahu kepada anak lelaki tersebut bahawa ayahnya telah meninggal. Anak itu bertanya ke manakah pergi hartanya yang banyak? Mereka menjawab tidak ada.

Kemudiannya anak kepada lelaki yang hilang tersebut membawa kes itu kepada Saidina Ali yang merupakan khalifah pada waktu itu. Mereka yang terlibat disoal-siasat seorang demi seorang secara berasingan. Soal siasat itu dihadiri oleh bukan sahaja keluarga mangsa, tetapi dihadiri juga penulis keterangan, saksi-saksi bebas bagi memastikan perjalanan soal siasat itu berjalan dengan adil.

Seorang demi seorang mereka yang tertuduh disoal dan memberikan jawapan dihadapan khalayak. Setiap tertuduh diambil dan ditulis maklumat tentang bagaimanakah keadaan lelaki yang mati itu, pada hari apakah beliau bertolak, dimanakah beliau singgah, apakah punca kematian, apa yang berlaku kepada hartanya yang banyak, siapakan yang memandikannya, siapakah yang mengkapankannya, siapakah yanag menyembahyangi jenazahnya, di manakah ia dikuburkan dan lain-lain soalan. Setiap seseorang menjawab di hadapan orang ramai dengan jawapan yang berlainan.

Setiap kali selesai penyiasatan setiap individu, Saidina Ali bertakbir yang juga turut disambut oleh orang ramai. Ini menyebabkan, tertuduh-tertuduh yang tidak mengetahui apakah jawapan sahabatnya yang sedang disoal siasat menyangka takbir tersebut dilaungkan oleh Saidina Ali dan orang ramai bersamanya justeru sahabatnya yang sedang disoal siasat sudah mengaku perbuatannya.

Dalam pusingan berikutnya, Saidina Ali dan orang-orang yang bersamanya melakukan perkara yang sama, iaitu melaungkan takbir di setiap akhir sesi soal jawab. Setiap tertuduh terbabit merasakan sahabat-sahabatnya telah mengaku dan setiap mereka akhirnya menceritakan perkara sebenar, iaitu mereka telah merampas harta lelaki tersebut dan seterusnya membunuhnya.

Apa yang ingin ditekankan di sini ialah, sewaktu soal siasat itu berlangsung, ia bukan sahaja di hadiri oleh keluarga si mangsa, tetapi juga di hadiri oleh saksi-saksi bebas, guna bagi mengelakkan manipulasi bukti dan statement pengakuan oleh mereka yang dituduh dan yang terlibat.

Realitinya, di dalam sistem perundangan konvensional langsung tidak memberikan hak keluarga mangsa untuk mengakses bukti-bukti dan juga statement-statement saksi dan tertuduh, berbeza dengan sistem Qisas Islam. Inilah dia ruang rasuah, korupsi dan manipulasi yang terdapat dalam sistem konvensional, tetapi tidak terdapat di sistem Islam.

Islam is The Best.

maybe inilah jawapan kepada yang bertanya Apa yang ISLAM boleh tawarkan dalam isu yang berlaku..

Artikel asal dari blog ustaz din tontowi



Hati-hati Guna Facebook!



Data peribadi facebook dibocorkan di torrent


Jika teman selalu bertanya kenapa tidak menggunakan nama sebenar di Facebook. kita tak perlu meletakkan nama sebenar kerana FB bukannya sebuah badan kerajaan yang memerlukan data peribadi kita yang sebenar. Facebook hanyalah satu laman sosial yang dimiliki oleh AS dan ada rumour s yg mengatakan hak milik Yahudi. So terpulanglah kat masing-masing nak guna nama sendiri atau nickname di FB . Mungkin bertujuan untuk mencari teman lama, menggunakan nama penuh di FB ada faedahnya.

Terkini dari BBC, data peribadi 100 juta pengguna Facebook telah dihimpun dan disebarkan di internet oleh seorang konsultan sekuriti di sebuah laman torrent. Torrent ialah satu aplikasi P2P yang membenarkan penggunanya download dari PC pengguna lain yang mahu berkongsi fail.

Ron Bowles menggunakan suatu program untuk mendapatkan profail pengguna Facebook, dan menghimpun data yang tidak disembunyikan oleh privacy setting oleh pengguna Facebook.

Pengguna FB yang telah memilih ’share ‘ sebagai setting FB mereka dikumpulkan dalam satu fail yang boleh di-download, mengandungi URL setiap profail pengguna Facebook yang boleh dicari, nama serta ID unik mereka.
Bowles mengatakan dia mengongsikan data yang dia perolehi tersebut untuk menyelesaikan masalah privasi, namun Facebook menyatakan data itu sudah menjadi informasi public.

File itu sendiri telah tersebar cepat di seluruh internet.

Di Pirate Bay, laman torrent terbesar dunia telah meyebarkan data tersebut dan di download oleh lebih dari 1.000 pengguna.

Seorang pengguna, yang menggunakan ID lusifer69, menggambarkan daftar pengguna Facebook itu memeranjatkan dan agak mengerikan.

Dalam pernyataan kepada BBC News, Facebook mengatakan informasi dalam daftar tersebut sudah beredar bebas di internet.

“Dalam kes ini, informasi yang setujui orang untuk dibuka ke publik dihimpun oleh seorang hacker dan sudah ada di Google, Bing, mesin-mesin pencari lain, dan juga Facebook, katanya.

Meski demikian, Simon Davies dari lembaga pengawas International mengatakan kepada BBC News bahwa Facebook sudah memberikan banyak peringatan bahwa kejadian semacam ini akan terjadi.

“Facebook semestinya sudah mengantisipasi serangan ini dan menyiapkan langkah untuk mencegahnya, kata dia.

Sebelumnya tahun ini pengguna Facebook melancarkan protes soal kerumitan setting privasi Facebook. Akibatnya, laman itu memudahkan kawalan privasi.

Facebook memiliki setting privasi default yangmembuat sebahagian informasi pengguna terbuka kepada publik. Pengguna FB sepatutnya tidak menggunakan setting default tadi.(bbc/bbc


Selasa, 12 Oktober 2010

Anda tahu Islamofobia !


Islamofobia-

Istilah kontroversi merujuk kepada prasangka dan diskriminasi pada Islam dan Muslim. Istilah ini digunakan pada tahun 1980-an tetapi menjadi popular selepas serangan 11 September 2001.

Pada 1997, Badan Amanah Runnymede mentakrifkan Islamofobia sebagai “rasa takut dan benci terhadap Islam lalu membawa kepada takut dan tidak suka kepada orang Islam,” juga menyatakan ia juga merujuk kepada amalan mendiskriminasikan orang Islam dengan mengasingkan mereka dari kegiatan ekonomi, sosial dan kehidupan masyarakat.
Islamofobia juga termasuk persepsi bahawa Islam mempunyai nilai yang tidak sama dengan budaya lain, lebih rendah dari nilai barat dan mempunyai ideologi politik yang ganas daripada (dikenali) sebagai satu agama.


Ahad, 10 Oktober 2010

Samy,Maher & kini Nazeel Azami




Nazeel sebagai penyanyi latar kepada Sami Yusuf di dalam album pertama beliau, al-Mu’allim.

Namun Nazeel Azami berdiri sendiri dengan sentuhannya yang banyak mengenengahkan seni muzik Bengali.

Genre yang menjadikan album DUNYA ini berada di kategorinya yang tersendiri, menambah khazanah Awakening Records pada menawarkan nasyid-nasyid Islami antarabangsa.


Mari kita ucapkan tahniah dan terima kasih kepada Inteam Records Sdn. Bhd. yang membawa album-album berkualiti tinggi ini ke pasaran Malaysia. Selepas Sami Yusuf dan Maher Zain, kehadiran anak kelahiran kota London bernama Nazeel Azami ini, harus diberi perhatian oleh peminat nasyid semua.

Suara yang lembut tetapi matang, mengalunkan sepuluh buah lagu di dalam album yang diterbitkan pada tahun 2006 ini. Ada rasa tenang yang muncul semasa kali pertama saya menumpukan pendengaran dan perhatian kepada album yang dibeli di Speedy Ampang Point ini. Ketenangan itu mungkin sebahagian daripada keberkatan yang dapat dirasakan, kerana ia terbit daripada kasih seorang anak yang setia menemani ibu yang gering, mengalunkan lagu-lagu yang berasaskan syair Bengali untuk mengurangkan kesakitan yang ditanggung, hingga ibu tercinta menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi Nazeel Azami.

Kenangan dan perasaan itulah yang dihimpun di dalam sebuah album yang sederhana, tetapi pantas sampai ke hati saya yang mendengarnya.

Dunya menampilkan lagu-lagu berikut:

Rahmanur-Rahim
Ishara
Realisation
Opening
Realisation
Knowledge
Salam
Traveller
Heart to Heart
Confession
Light

Nota asal : rujuk www.saifulislam.com


Selasa, 5 Oktober 2010

Tips Kereta Setiap Hari!


Harap dapat berkongsi dengan sahabat anda yang lain.

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa.

Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen)

Ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkab kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.

Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene.

Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan.. . dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.

Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini ialah :

1) Dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar.

Sesungguhnya Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila.

-------------------------

IKTIBAR :

kalau virus pun selalu nak rosak sistem immune kita
begitulah juga Virus 'Syaitan' yang senantiasa menipu kita dengan godaan nafsu dan alpa kepada Allah..JOM ZIKIR SOKM!