Memaparkan catatan dengan label Isemasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isemasa. Papar semua catatan

Sabtu, 25 Jun 2011

beberapa hari meninggalkan Rejab 1432H



Perkara yang kedua ialah kehadiran Rejab ini,     sebenarnya merupakan bermulalah persiapan
 
untuk menyambut Ramadhan secara rasminya. 

Rajab dan kemudiannya diikuti oleh Sya’ban merupakan mukadimah rasmi kepada Ramadhan.

Ramadhan adalah bulan yang sangat mulia dan mempunyai signifikasi yang sangat tinggi dengan kerohanian ummah.

Saya teringat satu buku sederhana yang bertajuk ”Fadhilat Ramadhan” tulisan Hadrat Syaikhul-Hadith Maulana Muhammad Zakariyya Al-Kandahlawi.

Buku kecil ini bukan sahaja memperkatakan tentang kelebihan dalam bulan Ramadhan, malah turut membincangkan apa sebenarnya persiapan yang perlu dibuat bagi memaksimumkan manfaat dapat bertemu dengan Ramadhan.

Sekiranya kita meneliti kehidupan Rasulullah SAW dan para Sahabat RA; adalah begitu jelas betapa sensitifnya mereka dengan apa sahaja yang berkaitan dengan kehidupan Akhirat. Bagi mereka, Ramadhan adalah satu perkara yang begitu ditunggu-tunggu. Ditunggu dengan penuh kerinduan. Ramadhan dinanti dengan penuh iman dan ihtisab. Dengan penuh cinta. Semuanya ini kerana mereka faham, apa itu sebenarnya Ramadhan.

Imam Ahmad dan At-Tobarani telah meriwayatkan bahawa, apabila tibanya bulan Rejab, Rasulullah SAW akan berdoa dengan doa ini:


اَللّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَبَ وَ شَعْبَانَ وَ بَلِّغْنَا رَمَضَان


(Ya Allah, berkatilah bagi kami di dalam Rejab dan Sya’ban ini, dan ketemukanlah kami dengan Ramadhan!)

Lihatlah, kata-kata doa ini adalah lahir daripada hati dan bibir Rasulullah SAW yang suci-murni. Inilah gambaran kesungguhan dan sensitifnya Rasulullah SAW dengan kehadiran Rejab.


Kita pula, bagaimana?

Nota asal adalah dari Blog Ustaz Gunawan

Khamis, 23 Jun 2011

Simpulan Bahasa : Alah bisa tegal biasa


Kini pembantu rumah dari Jawa sudah pulang bercuti ke Indonesia..Entah mahu pulang kembali bertugas atau sebaliknya pun kurang pasti.

Yang pasti urusan rumah tangga terganggu sedikit sebanyak.....


Kesian buat zaujah yang terpaksa bertungkus lumus dengan urusan anak-anak, belajar dan kerjaya. 


Ana memang kena bantu dengan sekadar yang mampu. Terduduk sebentar! 


..dengan assignment course  yang kena siap dengan dateline yang dah jadi deadline

Namun bila dikeluhkan kepada sahabat yang pernah berpengalaman hal ini, Dia memberikan jawapannya ialah ringkas namun padat isinya.

'alah bisa tegal biasa' 

Apa maksud, 


Sesuatu yang kurang menyenangkan itu akan hilang jika kita sudah terbiasa dengannya.

Atau 

Perkara atau kerja yang susah/sukar menjadi senang kalau selalu dibuat/dilakukan.


Contoh ayat:
Kerja memotong kayu itu alah bisa, tegal biasa sahaja bagi Ah Kow kerana sejak kecil lagi dia telah melakukannya.

Atau :

Ramadhan dah dekat, jomlah berlatih berpuasa sunat alah biasa tegal biasa..

Rabu, 16 Mac 2011

Azizul lagi..gannu kite


Tahniah Azizul dari ustaz dan keluarga UHEI

meman dalam setiap kejadian ada hikmahnya, selepas kemalangan tempohari,kini..

...dan Akhirnya menang lagi ANUGERAH SUKAN NEGARA

tahniah lagi kerana antara ucapan anda tidak lupa kepada mangsa tsunami Jepun

Malam itu bertuah bertemu Encik Ibni dan geng2 MSN Terengganu..

teringat ketika bersama Kontijen terengganu SUKMA 2009

Benar kata Dato' Zol malam untuk orang Terengganu lagi..