Selasa, 27 September 2011

Segarkan Hidup dengan Percaya

permusafuran ke atjheh bandar rencong memberi 1 inspirasi baru
Hidup baru berkorban..Cara fikir dan gaya hidup wajat berubah..

Jumaat, 23 September 2011

LUA = Doa+Syukur+Sabar menuju Acheh


Benar ILMU itu suatu kuasa ’POWERFULL’

Bahkan kesedaran mengaplikasikan ILMU pula adalah Luar Biasa ~Amazing~

Ilmu-ilmu hebat seperti ini wajar dihargai.

 Ia membantu untuk terus mengembara kita menjalani dalam hidup lebih mudah, semakin dengan impian dan matlamat serta sedar segala kejayaan itu datangnya kerana Allah swt.

Kesempatan bertemu sahabat Zuhairi Mohd Nopiah memberi inspriasi besar dalam hidup. Gelaran 'Ateh' cukup merapatkan diriku dengannya melalui laman sosial fb.

Beberapa emel sudah berbalas namun kehendak Allah mengatasi segalanya selepas Tuan Fazrul Ismail hadir menjayakan CAB Bil 8/2001 di ambang Ramadan bertajuk 'Transformasi Ramadan", selepas itu Ateh mula menghubungiku selepas itu.

Akhirnya membawa sesi perbincangan dengan Encik Abd Rashid bin Yaakub Pengarah Khidmat Pengurusan MSN. Alhamdulillah berkat kesabaran dan bantuan Sdr zulkifli pegawai sumber manusia MSN dan satu program LUA berjaya dilaksana di bulan Ramadan dimana seramai 28 anggota MSN  melalui LUA dengan penuh minat dan inspirasi.

Sesungguhnya 3 hari berlalu dengan penuh makna, saya menjadi urusetia LUA memerhatikan sehalus mungkin modul LUA dengan titisan air mata. Sebuah kesedaran menusuk jauh dalam sudut jiwa mahu terus merubah. Hebat methodnya. Beliau juga alumni ESQ namun pendekatan memfokus satu modul menarik perhatian.

~AMAZING~

Ringkasnya sekiranya kita mengimpikan sesuatu perlulah amalkan 3 perkara. Ini yang disarankan oleh Ateh dalam sesi latihan LUA baru-baru ini. :

1. Menggunakan DOA sepenuhnya untuk berkomunikasi dengan Allah swt yang merupakan sumber segala tenaga & kekuatan. Pohon pada Yang Maha Kuasa apa jua keinginan yang positif dalam hidup . Selalu dalam keadaan berDOA. lebih-lebih lagi selepas solat jangan dilepaskan peluang. Tidak kiralah impian anda itu nak jadi kaya, senang, sihat, lapang dan sebagainya asalkan ia positif di sisi tuhan. Kuasa doa ini sebenarnya hebat bahkan disebut hadis sebagai menjadi senjata bagi orang-orang mukmin dan 'mukhul' ibadah. Jika berdoa perkara baik dan sepenuh hati beserta adab sebagai hamba tuhan sudah tentu pasti dimakbulkan segala impian dan wawasan. Di sana ada adab berdoa dan masa mustajab doa yang wajar diperhalusi selalu.

2. Menghidupkan rasa syukur dalam hati agar dapat menikmati kebahagiaan dan ketenangan. Syukur ini mempunyai kuasa yang hebat pada manusia. Buatkan 1 buku Syukur. beli buku tiga lima. Tulis setiap nikmat yang dikecapi setiap hari. Sesunggunya apabila kita bangun di pagi hari, celik mata dapat melihat betapa indahnya dunia ini maka itu adalah antara nikmat besar hidup yang kita miliki berbanding mereka yang buta tidak nampak segala, gelap dan tidak mampu menikmati keindahan alam ini. Begitu juga nikmat kesihatan yang baik, yang mana memudahkan kita melakukan pkerja, urusan hidup membuat segala pekerjaan dgn sempurna juga perlu kita memanjatkan kesyukuran pada tuhan... Bersyukurlah dan Allah akan gandakan nikmatnya nanti. Dgn syukur kita menjadikan diri sebagai magnet kebahagiaan. Kita merasakan dunia ini luas dan penuh keistimewaan. Menyebabkan kita yakin diri dengan Allah bahawa segala rezeki itu datang dariNya.

 AR-RAZZAQ HUWALLAH.

3. Gunakan tenaga sabar sebagai penentu kejayaan kita. Tidak banyak orang yang bersabar di dunia ini. Semuanya mahu cepat, senang dan mudah sahaja sebaliknya sedikit yang mampu bersabar sebelum berjaya.  sabar itu banyak hikmahnya. 3 jenis Sabar yang disebut ulama antaranya, sabar dalam melakukan kebajikan. Orang yang bersabar itu mampu menempuh apa jua cabaran hidup. Bila dilanda musibah dia akan bersabar dan tidak melenting atau menyalahkan orang lain. Bila diuji dengan masalah maka dia akan tenang dan bersabar untuk menyelesaikan satu persatu masalahnya dengan penuh kesabaran. Bila sabar itu lekat di hati, maka tidak perlu risau apa jua yang menghalang di depan mata... Tidak perlu risau dengan kegagalan kerana berkat kesabaran dan istiqomah kita itu akan dibalas jua dengan kejayaan...Imam Bagawi dalam tafsirnya menyebut sabar ialah puasa sunat (kena banyak puasa sunat)


3 cara di atas boleh digunakan untuk mempraktikkan Hukum Tarikan atau Law of Attraction.

Jika diperhatikan ia sebenarnya adalah elemen-elemen kualiti 'attitude' seseorang. Jika mahu berjaya maka gunakan sepenuhnya 3 cara di atas sebaik mungkin.

Saya sudah mula praktikkannya untuk mencapai matlamat yang diingini. Dalam diri saya juga perlu mengenali erti sebenar kehidupan ini dengan lebih mendalam supaya kejayaan masa akan datang menjadi kenyataan adalah kurniaan rezeki Allah. Tidak perlu ego, lupa diri maupun takabbur sebaliknya bak kata pepatah semakin padi berisi semakin tunduk ke bawah..

 Dan itulah yang kita patut lakukan doa + syukur + sabar adalah satu nasihat azimat yang terbaik dalam hidup.

Moga pendedahan LUA ini dapat memberi manfaat kepada ummah.
Ilmu sebegini tidak banyak didedahkan,

SELAMAT DATANG ACHEH..

Isnin ini 26 september 2011 saya menemani Ateh ke sana  untuk latihan motivasi bersama 100 penggerak pengutkuasa syariah dinas syariah acheh..
pengalaman baru teruja...
bakal akan dikongsikan buat sahabat.


Selasa, 20 September 2011

“Hantu Bonceng” ada unsur hina Islam

“Hantu Bonceng” filem terbaru yang diarahkan oleh Ahmad Idham Ahmad Nazri dengan lakonan oleh Mohd Razizan Abd Razak [Zizan RL].

Baru-baru ketika saya ke Giant Kinrara bertemu dengan sahabat jurujual booth,beliau menunjukan 2 scene yang jelas boleh menimbulkan fitnah seolah-olah menghina Islam dan Kalimah syahadah

Babak 1 yang dilakonkan secara jelas menghina Rasulullah SAW apabila Zizan menyebut "Asyhadu anna Muhammadar Syaitan" yang membawa maksud "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan". Yang septutnya disebut "..Muhammadar Rasulullah..". Zizan terkejut dari tidur lalu bangkit mengungkap kalimah ini.


Adengan ke 2 ketika zizan dan kawannya memasuki surau mendengar tazkirah dari seorang ustaz. T-shirt merah yang dipakai oleh zizan DEATH...... yang mana huruf t ialah berlambangkan salib..ianya jelas. 

Kalimah syahadah bukan perkataan yang boleh dijenakakan atau dipersenda sedemikian rupa justeru ia membawa kesan yang boleh menggugurkan syahadah walaupun ia sekadar lakonan. Sementelah pula filem yang menjadi tontonan umum ini akan mencetus kekeliruan dan gambaran yang salah masyarakat terhadap Islam. Lebih berisiko apabila kelak ia turut merosakkan aqidah masyarakat awam.

Jangan biarkan filem menjadi medium untuk menghina, mempersenda dan memperkecilkan Islam di dalam negara ini.
Kepada para artis untuk meneliti dan membuat kajian terlebih dahulu mengenai skrip yang bakal dilakonkan oleh mereka. Sekiranya skrip tersebut mengandungi unsur-unsur yang dirasakan bertentangan dengan fitrah dan juga berpotensi untuk mencemarkan kemuliaan Islam maka bertanyalah kepada para ulamak .

Perkara ini juga mesti dilakukan oleh pihak penerbit, pengarah mahupun pelakon agar tidak mewujudkan suasana kontroversi seperti ini.
Ustaz Zaharuddin juga menyebut dalam FBnya :

Seorang hamba yg bercakap sesuatu kalimah @ ayat tanpa mengetahui implikasi & hukum percakapannya, maka perkataan itu akan mencampakkannya ke dlm Neraka sejauh antara timur dan barat" (Riwayat Al-Bukhari). Justeru, perkataan yg diucapkan di dalam filem ini boleh termasuk dlm kategori hadis di atas walau ia dibuat tanpa maksud & kejahilan. Taubatlah wahai pelawak, jgn berlawak dgn kalimah2 suci, kelak menangis!.

Rujuk websitenya

Terkini.

Saadara zizan sudah meminta maaf dalam laman twitternya.
Insaf kerana Allah.
Semoga ini menjadi iktibar kepada penerbit, penulis skrip mahupun pelakon.

Isnin, 5 September 2011

Sepupu yang telah pergi..

Arwah Noramfaizul
Allah bersamamu

Arwah merupakan teman sepermainan semasa kecilku. Rumah neneknya di simpang tiga gombak masih tergambar di reruang mataku siapm riuh rendah dengan kejaran semasa kecil bersama us hasnil. Kami sering dimarahi sering juga dirotan.

Kemudian tika paknjang sekeluarga bermula berpindah awal tahun 80an bahkan kami pernah tidur dirumah serdang raya barunya serta sama-sama bertiga membersih dan menjaga barangan pindah malam pertama ketika permulaan Taman Serdang raya .

 Seingat baru mencecah darjah 4 rasanya ketika itu. Rapatnya kami sehingga dewasa. Beliau pernah menjadi senior di SAMER Rwang sebagi first batch dan ana adalah generasi yang ke 3. Ada kemungkinan ayah menghantarku sebab melihat abangnya Paknjang menghantar faizul ke samer yang baru buka dengan 1001 kedaifan namun bersar ertinya buat kami.Banyak cerita masamanis kenangan di rawang tika kami mula remaja disana. masing2 membawa haluan perjuangan masing-masing ketika usia memanjat kian dewasa. 

Beliau merupakan jurugambar bernama TV yang selalu datang ke MSN. Kekadang dia mencuit bahu saya.
Itupun ketika setelah selesai menjalankan tugas. 

Takziah buat keluarganya Isteri Puan NorAzrina Jaafar dan anak2
termasuk Pakanjang Maknjang serta ahli keluarga.

Allahyarham Noramfaizul Mohd Noor bersama anak2nya