Selasa, 23 Februari 2010

Hari- Hari Terakhir Rasulullah.


Amat bermanfaat.

Rasululllah saw mula mengadu sakit pada penghujung bulan Safar tahun ke-11 Hijrah. Pada mulanya baginda keluar ke Baqi' al-Gharqad di tengah malam lalu memohon keampunan kepada mereka.

Isnin, 22 Februari 2010

Asal usul Maulid




SEJARAH RINGKAS

Perayaan Maulidur rasul telah diasaskan oleh kerajaan Fatimiah di Mesir. Kerajaan Fatimah telah merayakan perayaan ini secara besar-besaran. Bukan hanya hari jadi Rasulullah saw sahaja yang dirayakan, tetapi juga ahli keluarga Nabi saw seperti Zainab, Hassan, Hussain (r.a.). juga dirayakan. Bahkan mereka juga merayakan kelahiran Nabi Isa as.

Sabtu, 20 Februari 2010

Seronok Buang Tabiat


4 cara bagaimana anda boleh membuang tabiat buang
masa ini:

Tips Apabila Azan Dikumandangkan




Adab Etika ketika Azan

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan, banyak fadhilatnya . Jika lagu Kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?

Jumaat, 19 Februari 2010

Anda : Pengurus Masa !


Tetiba aje kita sudah di minggu ke3 dalam bulan febuari 2010..dan tetiba sudah masuk bulan rabiul Awal.. minggu depan sudah cuti lagi ( hari Jumaat) Dalam post kali ini, saya ingin berkongsi dengan semua pembaca sekalian tentang petua atau cara yang saya amalkan dalam usaha untuk mendapatkan masa yang berkat.

Sama-samalah kita cuba amalkan yer.

Rabu, 17 Februari 2010

Keluarga ummah ambang... ?????


Kita saat ini berada di tengah-tengah arus deras pergeseran nilai sosial dalam masyarakat kita. Pergeseran nilai sosial tampak pada kecenderungan makin permisifnya keluarga-keluarga di masyarakat kita. Keluarga tidak lagi dilihat sebagai ikatan spiritual yang menjadi medium ibadah kepada Sang Pencipta. Nikah-cerai hanya dilihat sekadar proses formal sebagai kontrak sosial antara dua insan yang berbeza jenis. Perkahwinan kehilangan makna sebenar dimana Allah menjadi saksi atas ijab-kabul yang terjadi.

Isnin, 15 Februari 2010

Maulid datang lagi






Tidak lama suasana masyarakat kita kembali kepada suasana kerohanian.

Yang saya maksudkan ialah kedatangan Bulan Rabiul Awal yang terkenal dengan sambutan

Maulidurrasul..

Tak kira di mana pun hatta

Kampung, taman perumahan, Jk penduduk, Ajk surau dan masjid samada peringkat daerah mahupan peringkat organisasi..p

asti ada bertanya "bila nak start mesyuarat ini tuan pengerusi? terus menggaru kepala tuannya,

setiausaha!! bila dan apa bentuk tahun ini? nak berceramah one way atau nak berforum? sure penceramah 'terkenal' dah penuh schedule nya..

tahun berarak ke atau berhimpun sahaja,...?

seronok dilihat kepada kerenah sahabat-sahabat di pihak yang menganjurkan program seumpama ini.

Rasa bangga dan kagum dengan kesungguhan mereka menjayakan untuk membentuk suasana bi’ah solehah di tempat masing-masing..

di tempat kerja masing-masing..

Tentukan Posisi kita

Anda pengerusi..

segera tentukan tarikh dan arahkan tuan setiausaha..

Anda setiausaha

..terus ajer taip surat panggilan meeting dan beggerkan kertas blue print cadangan aktiviti.

Anda bendahari..berfikir ligat mengneai

berapa kos tahun ini atau usahakan penaja bersama..dan disarankan buat program maulid secara

kerjasama..lagi jimat dan tambah kenalan dari organisasi lain

Anda AJK kecil..

pastikan kerja kali ini tersusun dan buat ontime dan date line ditepati..

Anda di posisi chef..( teringat chef wan dapat gelaran Datok..tahniah),

Masak sedap-sedap..baca surah insyirah supaya hadirin dibuka pintu hati datang surau masjid tak kira musim tertentu ajer..

last sekali..

jika anda penceramah..

teruskan penuhi undangan dan jangan overlap dan jangan batalkan tanpa hal urgent dan hendaklah

cari pengganti supaya program yang dibuat berjaya..,

Terpenting pada 26 Jumaat nanti hari cuti maulid, apa kata datang ke Majlis berdasarkan banner

ini ..

khasnya anda yang berada di sekitar perumahan Batu Caves dan Taman Koperasi Polis..

temui saya di sana...

Ahad, 14 Februari 2010

Kedudukan Hari Kekasih- Pandangan Islam



HUKUM MENYAMBUT VALENTINE DAY


Sebagaimana yang telah termaktub di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.:

Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. – al-Hajj : 67



Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959.

Oleh itu hendaklah umat Islam hanya membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu 3 kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Mawlid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Qur’an dan lain-lain lagi. Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam malah ianya berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masehi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabdanya: Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512.

Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini merupakan satu upacara yang berhubung-kait dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian sebagaimana yang telah ana paparkan sebelum ini. Justeru itu bagi mereka yang menyambut hari tersebut ditakuti dia tergolong dalam ke dua golongan tersebut sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. di atas. Apabila seseorang itu merayakannya bermaksud untuk mengenang kembali peristiwa kematian St. Valentine maka tidak disangsikan lagi bahawa perbuatan tersebut boleh menyebabkan pelakunya terkeluar dari agama Islam. Apabila dia tidak bermaksud sedemikian dan menyambut Hari Valentine sekadar untuk bersuka-ria maka dia sebenarnya telah melakukan suatu kemungkaran yang besar kerana sambutan hari tersebut menyerupai perbuatan golongan yang durhaka kepada Allah S.W.T.. Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat yang tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal. Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Syaikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar.”

Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). – al-Israa’ : 32

Sebagaimana yang telah dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 10 Februari 2007, Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahaya Mohamed Yusof telah menegaskan bahawa kes remaja hamil anak luar nikah meningkat pada akhir Februari dan awal Mac. Beliau berkata: “Sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu mereka lupa diri ketika menyambut Hari Memperingati Kekasih atau Valentine’s Day. Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam, kemudian mengambil pil khayal hingga tidak sedar terlanjur lalu hamil.”

Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredhai Allah S.W.T.. Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar)". –Al-Baqarah (2) : 120

Oleh itu mereka mempopularkan sambutan Hari Valentine ini di negara-negara Islam dan menampakkan sambutannya sebagai satu perkara yang begitu romantis serta indah bagi pasangan-pasangan yang ingin membuktikan perasaan cinta mereka. Inilah sebenarnya sikap syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyalurkan perbuatan maksiat agar kelihatan seperti satu perkara yang baik dan diamalkan oleh manusia tanpa rasa berdosa. Firman-Nya Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik". – al-Hijr (15) : 39-40

Bersandarkan kepada hujah-hujah di atas maka para ulamak telah merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah diharamkan bagi seluruh umat Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.

Justeru itu hendaklah pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya untuk menghalang budaya golongan yang ingkar kepada ALLAH ini dari diamalkan oleh umat Islam di Malaysia. Media Massa sepatutnya dihalang dari memasyhurkan sambutan Hari Valentine ini kepada umat Islam. Sebagai gantian media massa perlu digunakan untuk menyebarkan fatwa-fatwa para ulamak yang mengharamkan sambutan Hari Valentine.

WASSALAM....

Jumaat, 12 Februari 2010

Kepelikan Ciptaan Allah - Sempena Maulid 2010


suasana awan di Uruguay baru baru ini



Lihat Ajaibnya Hebatnya Allah

Namun lebih ajaib dunia sempena kelahiran Rasulullah s.a.w

"Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah al-Mukarramah sebagai pembuka rahmat di pelosok alam semesta.Kelahiran baginda menjadi seribu satu tanda bahawa baginda akan menjadi utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama dalam sejarah Islam.



Baginda mempunyai kelebihan luar biasa, bukan sahaja dilihat dalam konteks sebelum kelahirannya tetapi dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan. Peristiwa luar biasa ini disebut sebagai Irhas. Irhas bermaksud satu perkara luar biasa bagi manusia yang normal dan hanya diberikan kepada bakal nabi.

Irhas dikategorikan kepada tiga:

1. Irhas yang dinyatakan di dalam kitab yang tidak boleh diubah atau dipinda.

2. Alamat-alamat kerasulan yang dibuktikan melalui perkhabaran daripada orang alim melalui ilham dan sebagainya.

3. Kejadian luar biasa yang berlaku semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.


Sehubungan itu, masih ramai masyarakat Islam yang sebenarnya tidak mengetahui peristiwa di sebalik kelahiran baginda. Ini kerana masih banyak lagi rahsia yang belum tersingkap. Oleh itu penulis terpanggil untuk menyingkap kembali peristiwa di sebalik kelahiran baginda Junjungan Besar s.a.w.

Sebenarnya banyak keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Pertama, semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bondanya, Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil.

Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia.

Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.

Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi.

Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.

Ketiga, peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentera bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi.

Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah.

Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.

Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa.

Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata `Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.''

Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa.

Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman.

Semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria. Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat.

Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.

Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan dua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa. Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan ``Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''.

Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.

Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan.

Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, ``Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, ``telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.''

Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.

Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.

Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah. Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat. Dalam riwayat yang sahih dan masyhur, ketika baginda diasuh oleh ibu susunya iaitu Halimatus Sa'diah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau.

Begitu juga binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak. Selain itu, Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian baginda.

Halimah dan suaminya juga beberapa kali melihat tompokan awan kecil di atas kepala melindungi baginda daripada panas matahari.

Ketika berusia empat tahun, sedang baginda bermain-main dengan saudara susuannya, tiba-tiba datang malaikat mendekati baginda iaitu malaikat Jibril dan Mikail.Lalu membelah dada baginda dan mengeluar kan segumpal darah dan mencuci gumpalan darah itu dengan salji. Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan darah itu dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu diletakkan semula di tempatnya. hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 : Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)?

Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda adalah khatamun nubuwwah, penutup segala nabi.

Perkara -perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, sekali gus sebagai bukti kerasulannya.


Nota :

Musim maulid sudah kembali, semalam bersama jemaah surau al-muhajirin www.suraukajangutama.blogspot.com/ menyampaikan kuliah bertajuk 'haqqullah wa haggul ibaad"

..bersyukur dapat bertemu saudara2 baru seperti Encik Azman (webmaster), sdr jai al-joholi sahabat us nizam dan Sdr Rosli (yang call)

semoga ukhuwwah diterima Allah..

Tertarik kpd cerita sdr jai bhw surau ini sJpatutnya berharga 600 ratus ribu tetapi dapat dibuat dengan harga 300 ribu sahaja

Erm..menariknya..tahniah buat AJK surau..

lepas kuliah diajak En Rosli pekena teh tarik dan mee goreng bersama jamaah tetapi tak boleh selalu


Ohya Anda bermaulid nanti di mana? Di sini mrk akan berarak pada pagi 7 Mac nanti..

selamat bercuti dan berhati dalam pemanduan

Khamis, 11 Februari 2010

Mengakses Internet semasa di luar negara




Internet

merupakan kemudahan perhubungan yang penting untuk setiap masa. Walaupun anda berada di luar negara, Internet masih boleh diakses dengan menggunakan pelbagai kaedah.



1. WiFi

Cara termudah untuk mengakses Internet adalah dengan menggunakan kemudahan WiFi yang banyak digunakan di Lapangan terbang dan kedai-kedai kopi.

2. Internet Kiosk

Internet Kiosk percuma dan berbayar boleh didapati di kebanyakaan tempat awam. Pastikan anda telah melakukan arahan Logout sebelum beredar. Sesetengah kiosk membenarkan anda menyalin data kedalam USB drive untuk disimpan.

Untuk menggunakan Internet Kiosk berbayar, sediakan wang seperti yang diperlukan secukupnya. Ada juga kiosk yang boleh dibayar melalui kad kredit dan juga menggunakan akaun Skype.

3. Telefon bimbit

Kebanyakan negara mempunyai persefahaman perayauan untuk membolehkan Internet diakses melalui syarikat telekomunikasi tempatan. Walaubagaimanapun kaedah ini tidak digalakan kerana ianya melibatkan kos yang tinggi. Namun begitu ianya sesuai untuk mengemaskinikan maklumat secara terus-menerus melalui aplikasi yang terdapat didalam telefon bimbit, seperti Facebook dan Twitter.

Sesetengah sambungan WiFi boleh digunakan secara percuma jika anda melakukan perayauan menggunakan sistem telekomunikasi mereka.

rujuk www.drivetime.azlipaat.com


Jawamiul Kaleem


Kata Yang Ringkas tetapi mendalam

Dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma, beliau berkata, “Aku berada di belakang Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pada suatu hari. Beliau berkata kepadaku, “Wahai anak, sesungguhnya aku akan ajari engkau beberapa kalimat:




1.

“Jagalah Allah niscaya Allah menjagamu”
Yaitu dengan melaksanakan perintah-perintah Allah serta menjauhi larangan-larangan-Nya, Allah akan menjaga dunia dan akhiratmu.

2.

“Jagalah Allah, niscaya engkau akan dapati Allah di hadapanmu”
Jagalah batasan-batasan dan hak-hak Allah. Engkau akan mendapati Allah memberikan taufiq kepadamu serta membantumu.

3.

“Jika engkau meminta, mintalah kepada Allah. Jika engkau meminta bantuan, minta bantuanlah kepada Allah”.
Maksudnya, jika engkau meminta bantuan dalam perkara dunia maupun akhirat, maka mintalah kepada Allah. Lebih-lebih dalam perkara yang tidak dimampui melainkan hanya oleh Allah saja, seperti menyembuhkan orang sakit, meminta rizki, maka ini adalah perkara yang khusus bagi Allah saja.
(Hal ini telah disebutkan oleh An-Nawawi dan Al-Haitami)

4.

“Ketahuilah, meskipun seluruh umat berkumpul untuk memberikan satu pemberian yang bermanfaat kepadamu, tidak akan bermanfaat hal itu bagimu, kecuali jika itu telah ditetapkan Allah. Dan jika mereka berkumpul untuk memudharatkanmu dengan sesuatu, maka mereka tidak dapat memudharatkanmu kecuali dengan sesuatu yang telah Allah tentukan”
Maksudnya adalah beriman kepada takdir yang telah Allah tulis terhadap manusia, baik maupun jeleknya.

5.

“Pena-pena telah diangkat dan lembar-lembar telah kering”
(HR. At-Tirmidzi dan beliau berkata hadits ini hasan shahih).
Maksudnya, tawakkal kepada Allah disertai dengan mengambil sebab, karena Rasulullah bersabda kepada pemilik unta, “Ikatlah untamu kemudian bertawakkallah”. (Hadits hasan, riwayat At-Tirmidzi).

Pada riwayat selain At-Tirmidzi:
6. “Kenalilah Allah di masa lapang, maka Allah akan mengenalmu di masa sulit”.
Tunaikanlah hak-hak Allah dan hak-hak manusia di kala lapang, maka Allah akan menyelamatkanmu di waktu kesempitan.

7. “Ketahuilah bahwa apa yang (ditakdirkan) luput darimu tidak akan menimpamu dan apa yang (ditakdirkan) menimpamu tidak akan luput darimu”
Jika Allah menahan sesuatu darimu, maka tidak akan sampai padamu. Dan apabila Allah memberimu sesuatu, maka tidak akan ada yang bisa menahannya.

8. “Ketahuilah bahwa pertolongan menyertai kesabaran”
Pertolongan untuk menghadapi musuh dan terhadap diri sendiri itu sesuai dengan kesabaran.

9. “Sesungguhnya ada kelapangan bersama kesusahan”
Kesusahan yang menimpa seorang yang beriman akan disusul oleh kelapangan setelahnya.

10. “Dan sesungguhnya bersama dengan kesulitan itu ada kemudahan”
(Dihasankan oleh pentahqiq Kitab Jami’ul Ushul dengan penguat-penguat hadits tersebut).
Kesukaran yang dirasakan oleh seorang muslim, maka akan datang setelahnya satu atau dua kemudahan.

Rabu, 10 Februari 2010

Beginilah Perjalanan Pejuang Ilmu




"Dr Aafia Siddiqui

Dr Aafia Siddiqui, rakyat Pakistan yang mempunyai 144 Ijazah dalam Neurology dari pelbagai Universiti di dunia. Beliau satu-satunya Pakar Neurologi dalam dunia yang mempunyai PHD dalam bidang Neurologi dari Universiti Harvard.

Dr Aafia Siddiqui adalah seorang yang alim dan hafal Al-Quran. Tiada seorang pun rakyat Amerika yang mampu menandingi kelulusan beliau. Malangnya , dia telah diculik bersama 3 orang anaknya oleh FBI di Karachi yang membantu Pakistan memerangi rangkaian Al-Qaeda.

Sekarang dia berada di penjara USA. Telah hilang ingatan kerana penderaan fizikal, psikologi dan penderaan seksual. Yang sedihnya lagi dia dipenjarakan bersama banduan lelaki.

Inilah akibatnya apabila Islam dan lemah. Sanggup bersekongkol dengan pihak kafir menyeksa saudara sesama agama.

Komentar

Hebatnya ujian seseorang yang berilmu dalam mencari redha Allah di dunia bertentangan dengan redha makhluk..

Marilah kita terus mendoakan beliau dalam solat hajt kita selalu..

dan kita banding diri kita dengan beliau yang hidup mencari ilmu dan ujuian yang dihadapinya dengan diri kita...

Kemalangan o Kemalangan




PENDAHULUAN

Fenomena kemalangan jalan raya di Malaysia sejak akhir-akhir ini menjadi semakin berleluasa. Saban hari media cetak dan elektronik menyajikan berita kemalangan jalan raya yang mengerikan dan menyayat hati. Mangsa kemalangan jalan raya juga tidak mengenal usia sama ada golongan tua, dewasa, remaja ataupun kanak-kanak. Akibat daripada kemalangan jalan raya tersebut, mangsa akan mengalami kecederaan yang parah atau ringan atau mungkin terus menemui kematian. Pelbagai kesan berikutan kemalangan itu sama ada dari segi fizikal, mental atau emosi akan terus menghantui mangsa yang bernasib baik terselamat daripada maut.


Kemalangan jalan raya di Malaysia yang telah mengakibatkan insiden kematian iaitu kemalangan maut dan menghubungkaitkan insiden kematian itu dengan implikasinya terhadap kos kehilangan tenaga kerja di Malaysia.

Statistik kemalangan jalan raya Malaysia sejak kebelakangan ini menunjukkan bahawa lebih daripada 50% mangsa kemalangan terdiri daripada mereka yang berusia dalam lingkungan 20-35 tahun. Mereka ini merupakan golongan peringkat usia yang paling produktif dan berpotensi dari segi tenaga kerjanya. Mereka mempunyai tempoh masa antara 20-35 tahun lagi untuk menyumbang khidmat bakti kepada negara dalam apa jua bidang pekerjaan. Oleh yang demikian kehilangan nyawa golongan yang produktif ini akibat kemalangan jalan raya mempunyai implikasi yang amat besar kepada produktiviti tenaga kerja negara.

Kematian secara mengejut (untimely death) akibat kemalangan jalanraya menimbulkan kesan yang negatif kepada produktiviti negara. Kemajuan negara mungkin terjejas dalam tempoh jangkamasa yang panjang seandainya tren kematian akibat kemalangan jalan raya ini berterusan.


SENARIO KEMALANGAN JALAN RAYA DI MALAYSIA

Malaysia pada hari ini mempunyai jalinan infrastruktur jalan raya yang serba moden dan adalah antara rangkaian jalan raya yang terbaik di Asia Tenggara. Namun statistik kemalangan jalan raya di Malaysia (Laporan Polis DiRaja Malaysia,1990-1995) menunjukkan bahawa kadar kemalangan jalan raya di Malaysia semakin meningkat dan membimbangkan.


Komentar

Isu simpati dan sayu dengan kajiselidik kadar kemalangan dalam jalanraya sudah banyak diperkatakan. Namun marilah kita bermuhasabah bahwa yang sebenarnya kemalangan dalan jalan 'kehidupan' yang sedang dijalani kini sedang membarah dalam masyarakat. terbabas tersasar menyimpang dari jalan Allah..

Kembalilah kepada Allah sertai masjid, jemaah dan masyarakat menyampaikan Islam

Sekadar mengeluh dan simpati mengenai kadar kemalangan yang saban hari menjengah muka paper tak cukup...sedang diri sendiri pun 'kemalangan' dalam menentukan cara hidup..

Ayuh Ayuh ummahku

Selasa, 9 Februari 2010

Hari Ini dalam Sejarah



Lawatan sambil belajar dan belajar..


Ketua Jawatankuasa Pemuda/i Persekutuan Seruan Islam Selangor Wilayah(Jamiyah) Ustaz Mohammad Hasnol Abu Bakar telah melakukan lawatan singkat ke Mesir baru-baru ini pada 18 Mei 2009 bagi menjalinkan perhubungan dengan Badan Kebajikan Anak Wilayah Mesir ( BKAWM) dan pihak pengurusan Asrama MAIWP Ybhg Ustaz Abdul Halim Sulaiman yang juga ahli Jamiyah. Ziarah ukhuwwah dalam tempoh 10 hari ini bertujuan memperkenalkan Jamiyah kepada warga BKAWM sebagai Badan bukan Kerajaan Islam
( NGOS) alternatif kepada sumbangan kepada masyarakat di Ibukota.

Ustaz Mohammad Hasnol Abu Bakar juga merupakan YDP pertama Badan Kebajikan Anak Kuala Lumpur semasa ditubuhkan pada 1998 berkata “ Reruang Dakwah di lembah Klang terbuka melalui mempelbagaikan kemahiran dakwah melalui aktiviti yang menjadi kecenderungan belia remaja seperti rekreasi dan sukan dengan acuan Islam” ujar beliau yang juga Ketua Unit Hal Ehwal Islam di Majlis Sukan Negara yang menyediakan program kerohanian ‘spiritual strength’ kepada atlet Malaysia.
Ziarah Ukhuwwah yang akan diadakan ini bertujuan meningkatkan motivasi dan membentuk minda warga Kuala lumpur agar menebalkan lagi belief system kehidupan seorang daie azhari walaupun sudah berkerjaya dan berkeluarga nanti tetap menyumbang dalam masyarakat lembah kelang berpaksi keimanan yang jitu kepada Allah Rabbul Alamin dan rukun iman yang lain. Ini amat perlu kerana sebagai bekalan mendepani cabaran kehidupan yang mendatang di samping sebagai persiapan menghadapi mad’u yang pelbagai di lapangan..

Program ini diadakan khas untuk warga BKAWM terdiri dari kalangan siwa Azhar yang menginap asrama MAIWP sebagai penerangan mengenai sejarah asal usul Jamiyah dan beberapa cabaran dakwah di Ibu kota telah disampaikan oleh Ketua Pemuda Jamiyah dalam beberapa sesi termasuk sesi Ifthor Jamaie BKAWM sempena menghadapi peperiksaan Daur Mayu. Setakat ini, anggaran seramai 200 orang hadirin akan hadir pada program tersebut.

Ustaz Halim Sulaiman Pengurus MAIWP Mesir khusyuk mendengar penjelasan..
Ydp BKWM Mohd Hisham Zakaria sedang membaca Buletin Jamiyah

Buletin Jamiyah sedang dibelek…
Pengurus Asrama MAIWP dah jadi ahli Jamiyah ke?

Ketua Pemuda Jamiyah menyerahkan senaskhah Buletin Jamiyah
Bergambar dengan aktivis mahasiwa Wilayah di Mesir..

Isnin, 8 Februari 2010

Bapa Rosman Alwi Meninggal Dunia


Alwi Ahmad meninggal dunia

ARENA lumba basikal tanah air kehilangan seorang tokoh apabila bekas jurulatih berbasikal kebangsaan, Alwi Ahmad, 76, meninggal dunia, semalam selepas hampir setahun terlantar sakit di kediamannya di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

Bapa kepada jaguh berbasikal negara, Rosman Alwi, pernah dua kali diserang angin ahmar menyebabkan dia tidak mampu lagi berjalan atau bertutur seperti biasa.

“Allahyarham adalah mentor saya dan pemergiannya adalah satu kehilangan besar bagi saya,” kata Rosman ketika dihubungi semalam.



Lebih dikenali sebagai Pak Alwi, Allahyarham adalah atlit yang dihormati sekitar tahun 1950-an sebaris dengan nama besar seperti Shaharuddin Jaafar, Abdul Latif Wahab, Mansor Sawi, Malik Selamat, Kwa Chin Swee, Tay Bok Teck, Samat Kanawi dan Alwi Abdullah.

Alwi yang tidak kenal penat lelah berjaya membentuk Rosman menjadi jaguh pecut cukup disegani di Asia suatu ketika dulu. Bekas rakan sepasukan Alwi, Shaharudin Jaafar yang pernah bersama-samanya mewakili negara ke Sukan Asia dan Sukan Olimpik Munich amat terharu dengan pemergian Allahyarham yang dianggapnya legenda sukan berbasikal negara.

“Dia mengorbankan hidupnya untuk sukan berbasikal,” kata Shaharuddin.

Komentar..

Kami warga UHEI bergegas ke Datok Keramat..berbekalkan maklumat dari Encik Shah dan Puan Norrul Huda Ngah Cawangan Hal Ehwal Atlet bahawa alamat 47 Jln Keramat 18 KL dan kemudiannya kami tiba dalam keadaan jenazah sudah mulai berangkat ke tanah perkuburan. Kawasan rumah Allahyarham yang berdekatan Masjid dan Sekolah jalan agak sibuk..kelibat warga sukan terzahir dan khalayak yang datang menziarahi serta pegawai YAKEB pun ada. Apabila tiba ditanah perkuburan,jenazah sedang dikebumikan...
dapat mengucapkan takziah kepada Rosman Alwi di perkuburan dan berjabat tangan dengan Datok Wira Mazlan dan tan Sri Elyas Omar..Jalani Sidek pun ada..


Marilah kita membaca Al-Fatihah untuk arwah dan takziah kepada Rosman Alwi dan keluarga

Sabtu, 6 Februari 2010

Rahsia Lelaki & Wanita : Anda kah!


FAKTA

Rahsia Wanita


Wanita suka digoda

Wanita mengambil masa untuk dirangsang, bermula dengan otaknya dulu sebagai persediaan awal untuk menjalin hubungan intim.

Wanita tidak suka diancam dengan kehadiran wanita lain.

Wanita suka dihargai dan diberikan perhatian.

Wanita gemar bercerita termasuk mengenai hal remeh temeh.

Rahsia Lelaki


Hubungan intim amat penting bagi lelaki.

Rasa bangga apabila dipuji seolah-seolah merasakan telah melakukan sesuatu yang hebat.

Lelaki gemarkan isteri yang ada sifat kelakar.

Lelaki suka menikmati sifat kewanitaan seorang isteri, jadi jangan terlalu kasar dengannya.

Lelaki sukakan wanita yang cekap.

Aqal - 'Tajamkan' Nikmat Hebat ini



Bagaimana mengeksploitasi anugerah Tuhan?

Pertama: Mendengar dan memerhati.

Seperti kata Brian Tracy, penulis buku Maximum Achievement, "Asalnya, sumber tunggal yang terbesar berada di antara dua telinga anda (maksudnya otak). Kini, kekayaan berada dalam kekuatan otak bukan otot." Betul, ramai orang bekerja keras (membina otot) tetapi tidak cemerlang. Tetapi kalau anda work hard and work smart - itulah yang sebaik-baik pendekatan.

Kedua: Yakin.

Seperti kata Napoleon Hill dalam bukunya, Think and Grow Rich, "Apa saja yang dapat difahami dan diyakini oleh fikiran, dapat dicapai oleh fikiran."

Ketiga: Bekerja keras untuk merealisasikannya.

Seorang ahli motivasi berkata: "Menggunakan otak seperti meneroka hutan belantara. Akhirnya anda akan bertemu jalan keluar. Kalau tidak anda harus membinanya sendiri."

Buku Rahsia Minda Hebat tulisan dua orang perunding motivasi yang tak asing lagi di negara kita iaitu Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood dan Muhammad Zakaria merubah segalanya. Mereka menggabungkan ilmu syariat dan psikologi dengan pengalaman dan pemerhatian untuk dicurahkan kepada pembaca. Apa kata mereka?

"Seperti anda, kami juga bukanlah asalnya orang yang semula jadi dianugerahkan bakat yang hebat oleh Tuhan. Tapi kami sendiri yang mengubahnya, berusaha dan bekerja keras. Ini bukan pula bermakna kami telah mencapai kecemerlangan yang sangat tinggi. Sebenarnya anda mempunyai kemampuan untuk mencapai kejayaan yang lebih baik daripada apa yang telah kami lalui.

Anda yakin?"

Mereka mengakui bahawa ramai anak-anak didik mereka - yang boleh dipanggil adik atau anak telah laju ke hadapan mencipta kecemerlangan. Ada yang sudah menjadi ulama besar. Ada yang sudah menjadi jutawan. Ada yang telah meraih gelaran profesor dan tan sri. Bekalan mereka cuma satu - menggembeling anugerah akal dan minda yang diberi Tuhan kepada mereka. Betapa tidak, kekuatan akal diberitahu oleh Norman Cousins dalam bukunya Head First: The Biology of Hope, "Sistem cakerawala dengan jutaan galaksinya pun tidak mampu menandingi kecanggihan otak manusia yang menakjubkan. Otak manusia adalah cermin ketidakterhinggaan - tidak ada batas, ruang lingkup, atau kapasiti bagi otak untuk tumbuh secara kreatif."

Buku ini yang diterbitkan oleh syarikat penerbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. dengan warna penuh ini merupakan salah sebuah buku terbaru yang menyorot satu perspektif yang sangat penting tentang otak dan minda. Buku ini sangat menarik kerana isi kandungannya menyentuh hampir keseluruhan aspek minda termasuklah perihal otak secara saintifik, 'menyihatkan minda' menurut perspektif Islam, mencerdaskan minda melalui aktiviti fizikal, pemerhatian, pemakanan, psikologi dan motivasi dan kaedah mencerdaskan akal bayi.

Semua aspek ini dikupas dengan begitu mendalam dan disampaikan dalam konsep buku-majalah yang sangat menarik dan tidak membosankan. Gambarajah yang jelas di samping permainan warna yang baik menjadikan buku ini sesuai dibaca oleh semua peringkat umur. Malah, sesetengah fakta yang kompleks telah dipermudahkan dalam bentuk doa untuk diamalkan, carta, jadual, foto, nota ringkas, petikan dan kisah-kisah menarik yang berkaitan.



TIDAK dapat dinafikan bahawa akal adalah anugerah Tuhan yang tertinggi kepada seorang insan. Malah lebih tinggi daripada nilai sebuah nyawa. Kalau diberi nyawa sekalipun tanpa dibekalkan akal, anda tak ubah seperti seekor haiwan.

Tujuan Tuhan menganugerahkan akal kepada manusia ialah untuk mengurus alam ini. Sebab itu akal mesti dijaga. Akal didatangkan oleh Tuhan dalam dua bentuk. Secara fizikal (yang dinamakan otak) dan secara rohani (yang dinamakan minda). Banyak unsur-unsur yang mempengaruhi pencapaian dan kecemerlangan akal antaranya; keturunan, kesihatan, pemakanan, suasana sekeliling dan orang yang paling hampir atau paling disayangi.

Minda yang hebat mampu melahirkan manusia yang super hebat. Manusia yang super hebat mampu membawa perubahan atas muka bumi bukan sahaja untuk dirinya, keluarga dan masyarakat malah untuk manusia sejagat.

Tetapi ramai manusia yang mensia-siakan hidup kerana tidak membangunkan akal dan minda. Inilah manusia yang biasa-biasa sahaja - merasa cukup dengan apa yang menimpa dirinya dan tidak punya kekuatan untuk berubah. Sedangkan Tony Buzan berkata dalam bukunya Make The Most of Your Mind, "Otak ibarat raksasa yang sedang tidur."

Untuk maklumat lanjut mengenai buku ini, sila hubungi 03-62754070 ataupun sila layari www.telagabiru.net.my dan www.telagabiru-tbsb.blogspot.com.

Jumaat, 5 Februari 2010

Ceramah Khas Wakil Rabithah Ulama Palestin (Subang Jaya)


Dimana dan Bila?

February 4, 2010
6 February 2010
7:45 pm to 8:45 pm

Ceramah Khas Wakil Rabithah Ulama Palestin
Bersama:
Sheikh Hussein KS Awawidah
(Penasihat Kanan Rabithah Ulama Palestin)
Sheikh Ziad SM Al-Qishawi
(Koordinator Bantuan Kemanusiaan Antarabangsa, Rabithah Ulama Palestin)
Tempat:
Masjid Darul Ehsan
Jalan SS 15/2E,
47500 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
(Berhadapan Subang Parade)
Tarikh:
Sabtu 6 Feb 2010
Masa:
Selepas solat Maghrib


Datanglah beramai-ramai mendapatkan perkembangan terkini saudara/i kita di Palestin.
Jangan lupa ajak rakan-rakan, jiran, sanak saudara! Kita semua ada peranan untuk Palestin.
Peluang untuk anda menjana saham akhirat — kutipan sumbangan kepada Palestin akan diadakan.

Komentar :

Tengahari Jumaat tadi sempat ke masjid negara menyampaikan tazkirah gantian last minit walaupun asalnya di Pantai dalam (mohon uzur dengan rasa kurang sihat) ..first time menyampaikan seramai itu dalam suasana khusyuk..

Difahamkan ramai yang memenuhi antara yang menghadiri perbicaraan kes L***T bekas TPM tidak jauh dari Masjid..Kaget juga di khabarkan bahawa 2 sykh dari palestin yang buta juga ada di masjid mendengar tazkirah..UStaz saidin yang info..

Then,..Ana menyampaikan Hadis Qudsi menceritakan situasi ddi padang mahsyar keistimewaan orang yag melakukan kebaikan sesama manusia..dihukum masuk Surga Allah..perbulalan anatara daud as demham Allah diceritakan kemabali kepada sahabat ra dari nabi SAW..

Semoga dapat manfaat bersama..dan dapat mkn tghr bersama sykeh tersebut...tq HALUAN khasnya Sdr Noorazman M.Shamsudin Chairman Haluan Palestin..

Hari Jumaat- Pantang Larang


dosa jual beli hari jumaat


sebagai ingatan kita bersama...


Sudah menjadi kebiasaan, disebabkan hari Jumaat adalah hari kerja di Malaysia, lelaki yang bekerjaya terpaksa terkejar-kejar mengambil waktu rehat tengahari untuk makan tengahari dan juga menunaikan solat fardhu Jumaat secara berjemaah. Namun, dalam ketika itu, ramai yang tidak sedar setiap minggu, mereka mungkin membeli makanan yang berulamkan dosa.

Sebelum ini, saya pernah mengulas berkenaan hal ini melalui siaran ‘Tanyalah Ustaz TV9' dan juga wawancara bersama Utusan Malaysia. Namun melihat kepada kekerapan dan kurang sensitiviti kalangan umat Islam di Malaysia khususnya. Satu penulisan ringkas yang khusus berkenaan hal ini adalah perlu.


Persoalan jual beli yang terus berlangsung di kalangan peniaga dan pembeli lelaki selepas azan pada hari Jumaat perlu dipandang serius atau ia akan berterusan. Lebih kurang menyenangkan, apabila melihat peniaga-peniaga ini berkhemah di luar masjid, mengambil untung atas perkumpulan umat Islam yang ingin menunaikan solat Jumaat, sedang mereka menjadi penyebab kepada dosa.

PENGHARAMAN JUAL BELI SELEPAS AZAN DI HARI JUMAAT

Solat Jumaat adalah wajib hanya ke atas lelaki baligh dan bukan wanita. Justeru setiap urusniaga di antara wanita dengan wanita selepas azan pertama atau kedua dikumandangkan pada hari Jumaat adalah sah dan harus. Justeru, ia tidak termasuk di dalam perbincangan para ulama dan bukan pula fokus artikel ini. Ia adalah satu keharusan yang disepakati oleh keempat-empat mazhab terbesar dalam Fiqh Islam.
Demikian juga halnya bagi mereka yang tidak wajib solat jumaat kerana sebab lain seperti sakit, musafir dan sebagainya.

Perbincangan hukum hanya berkisar kepada para lelaki, sama ada peniaga lelaki, pembeli lelaki atau kedua-duanya sekali yang sihat, baligh dan tidak bermusafir.

Asas hukum adalah dari surah al-Jumaat ayat 9 yang maksud-Nya:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِي لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
Ertinya :Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari Jumat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.


AZAN PERTAMA ATAU KEDUA?
Walaupun telah ijma'[1] di kalangan ulama akan pengharaman jual beli berdasarkan ayat di atas, mereka berbeza ijtihad dalam menentukan pengharaman itu jatuh selepas azan pertama atau kedua.

Perlu difahami bahawa azan Jumaat di zaman Nabi s.a.w, Abu Bakar as-Siddiq r.a dan Umar r.a hanyalah sekali sahaja, iaitu di ketika khatib (imam) naik ke atas mimbar untuk memulakan khutbah. Di zaman pemerintahan khalifah Uthman r.a, bilangan umat Islam bertambah lalu diperkenalkan azan kedua dan seterusnya ketiga (berfungsi sebagai iqamah).

Namun, hasil daripada kewujudan lebih dari satu azan selepas zaman Uthman, para ulama sekali lagi perlu berijtihad dalam menentukan azan manakah yang mesti tiada lagi jual beli selepasnya. Mazhab Maliki dan Hanbali jelas dan tegas bahawa pengharaman adalah selepas azan kedua iaitu di ketika khatib sudah naik ke atas mimbar, ia juga bertepatan dengan suasana di ketika turunnya ayat Al-Quran, para masa hayat baginda Nabi s.a.w.[2]

Imam At-Tohawi Al-Hanafi menegaskan :-
المعتبر الأذان عند المنبر بعد خروج الإمام ، فإنه هو الأصل الذي كان للجمعة على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم
Ertinya : Azan yang terpakai (dalam hal ini) adalah yang ketika keluar imam di atas mimbar, maka itulah yang asal sebagaimana Jumaat di zaman baginda Nabi s.a.w (Mukhtasar at-Tohawi, hlm 24)

Namun demikian, ulama mazhab Hanafi kelihatan mempunyai berbilang pandangan dengan majoriti di antara mereka berijtihad azan kedua adalah ‘pasti haram', cuma terdapat sebahagian besar mereka yang juga berpendapat pengharaman bermula sejak dari azan pertama (azan masuk waktu) lagi atau selepas tergelincirnya matahari pada hari tersebut.[3] Ini bermakna, mazhab Hanafi lebih tegas dalam hal ini dan disepakati oleh keempat-empat mazhab, berjual beli selepas azan kedua adalah haram.

Imam Ibn Kathir Al-Syafie menyebut :
اتفق العلماء على تحريم البيع بعد النداء الثاني
Ertinya : Para ulama bersepakat berkenaan pengharaman jualbeli selepas azan kedua ( Tafsir Ibn Kathir, 4/367)


BERDOSA SAHAJA ATAU AQAD JUGA BATAL?

Walaupun berjualbeli di waktu itu adalah haram yang beerti berdosa atas si penjual dan pembeli, namun adakah aqad jual beli mereka terbatal?

Jika kesalahan ini dilakukan, dosa yang ditanggung adalah satu peringkat, manakala sah batal transaksi itu pula adalah satu peringkat yang lain. Jika aqad tidak sah, beerti pemilikan harga yang diperolehi oleh penjual adalah batal dan demikian juga pemilikan pembeli ke atas barangan beliannya. Jika itu berlaku, beerti kedua-dua mereka menggunakan harta milik orang lain dan berterusan keadaan itu sehingga akhir hayat mereka dalam keadaan penuh syubhat dan bermasalah.

Dalam hal ini, para ulama tidak sepakat dalam menanggapi kesahihan atau terbatalnya aqad. Para Ulama terbahagi kepada dua kumpulan :

Pertama : Aqad adalah sah dan hanya dosa ditanggung oleh penjual dan pembeli. Ia adalah ijtihad dari mazhab Hanafi, Syafie dan sebahagian Maliki.

Kedua : Aqad batal dan berdosa ; Ia adalah pendapat mazhab Hanbali dan majoriti Maliki.

Namun, berdasarkan penelitian, pendapat pertama adalah lebih kukuh, khususnya adalah rukun dan syarat jual beli telah semuanya dipenuhi, kecuali ia melanggar waktu jualan yang diharamkan sahaja, atas kesalahn itu dosa sahaja ditanggung tanpa pembatalan aqad.

Apapun, amat perlu umat Islam di Malaysia dan dimana sahaja untuk lebih berhati-hati dalam hal ini. Justeru, amat digalakkan agar dapat dinasihatkan kepada para peniaga dan semua warga Muslim yang wajib ke atas solat Jumaat untuk menghindari kesalahan ini. Kita bimbang,akibat kejahilan, ramai yang melanggarnya secara berulang kali.

KESIMPULAN

Kesimpulan, jual beli itu akan jatuh haram hanya apabila:
a) Dilakukan selepas azan kedua sewaktu imam berada di atas mimbar.
b) Dilakukan oleh lelaki (sama ada sebagai peniaga atau penjual) yang wajib solat Jumaat.
c) Mengetahui berkenaan hukum haram ini, dan wajiblah ke atas individu mukallaf untuk mempelajarinya. Wajib pula untuk menyampaikannya bagi yang mengetahui.
Saya amat berharap agar para khatib dapat mengingatkan perkara ini setiap kali mereka berada di atas mimbar, juga diingatkan oleh para bilal sebelum mereka melaungkan azan kedua. Digalakkan pula bagi orang ramai untuk mengedarkan tulisan ini di masjid-masjid bagi menyedarkan orang ramai.
Sekian,

Zaharuddin ABd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
26 Oktober 2009

meningkatkan metabolisma diri



10 Cara Untuk Meningkatkan Metabolisma Anda


1. Eat regularly.
Everytime you eat something, ia akan meninggikan your metabolisma for digestion.

2. Eat more.
Now here’s a tip you probably didn’t expect. Jangan go for drastic calorie cuts it’ll only slow
down your metabolsim!

3. Eat protein at every meal.
Protein chains are harder to break, making you burn more during digestion.

4. Eat fish and flax fat to encourage your fat cells to send the “I’m kenyang” signal to your
brain. This causes the brain to send the signal to your metabolism to burn more calories.

5. Turn to whole foods and grains.
They force your digestion process to work overtime.

6. Makan pedas-pedas :D
If you enjoy hot, spicy foods, take note: You can increase the amount of calories your body
burns during digestion.

7. Minum air sejuk.
Ia akan meninggikan your metabolism to heat up the water to body temperature.

8. Switch to healthy fats.
Switching from saturated fats (such as butter) to monounsaturated fats (such as olive or
canola oil) increases caloric burn.

9. Run harder.
Either by increasing your mileage or varying your intensity, termasuk interval training.

10. Lift weights.
The more muscle you have, the more calories you’ll burn all day long. And it only takes two
workouts a week to make a difference.

Selasa, 2 Februari 2010

berdakwah 1pasukan



Ubah-Di bulan febuari ini


Salam di Bulan kedua 2010

Marilah kita bersatu dalam mana-mana pertubuhan Islam samada yang berdaftar sebagai NGOS atau sebagainya.

Golongan pertama

Ada orang yang aktif dengan pertubuhan politik dan berpendapat itu sumbangan kepada ISLAM yang diyakini..silakan

Golongan kedua

Ada yang aktif dalam menggerakkan khalayak berhampiran dengan mereka bergerak sebagai AJK Surau atau Masjid ..silakan

Golongan ketiga

Ada yang aktif dengan NGOS ..ke san ke sini berdakwah..silakan

Golongan ke empat

Anda yang HANYA bersama Anak bini balik opis duduk depan TV melayan karenah anak-anak..silakan TAPI sampai bila..

Islam dihina

Agama dipijak

Allah diperseleweng makna dan maksud

Ummah dibunuh

Anda hanya berdiam sahaja

Anda melihat sahaja

Anda terus dengan cara hidup anda yang biasa-biasa sahaja


Ubah lah

dan jadilah seperti golongan satu hingga tiga diatas

Ini sebagai menyahut seruan Nabi SAW bermaksud :

" Hendaklah melazimi jamaah islam dan kepimpinan mereka"

Apa kata jom kita masuk ngo's ini

Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah (JAMIYAH)


hubungi En Rashid atau Puan Wan Maheran

03-40441951/50

untuk pendaftaran