Isnin, 20 Disember 2010
Iktibar sebuah perjalanan HIDUP ...
Iktibar Hidup
..jam sudah 10 malam lebih Tiara Beachku ditinggalkan menuju KLIA Sepang..
erm berapa KM lagi yang perlu diterjah..
Angahku us Hasnil akan pulang dengan penerbangan KT 97 SV 5714..Penerbangan kedua terakhir buat jemaah haji Malaysia tahun ini...Kekadang di kala masa senggang dengan isteri jauh dimata dan anak2ku Along dan Angah ke kem.. terfikir dan berfikir mengenai Hidup ini
Mari kita melatih berfikir ...
Iktibar 1:
Suatu hari, sekumpulan orang soleh berhimpun untuk membicarakan tentang masalah pendek angan-angan. Orang pertama berkata, "Angan-anganku sudah pendek, sehingga ketika waktu pagi tiba, aku berkata bahwa diriku takkan hidup hingga petang." Dikatakan kepadanya, "Angan-anganmu itu panjang."
Orang kedua berkata, "Demi Allah setiap kali mengangkat kaki, aku tidak yakin dapat meletakkannya kembali di muka bumi," Dikatakan kepadanya, "Angan-anganmu itu panjang."
Orang ketiga pula berkata, "Demi Allah setiap kali menghembuskan nafas, aku tidak yakin dapat menghelanya kembali."
Dalam sebuah riwayat sahih disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w bertayammum sejurus selepas membuang hajat. Para sahabat berkata, "Ya Rasulullah, tempat air sangat dekat." Kata baginda, "Aku tidak tahu apakah aku boleh sampai ke tempat air itu." (HR Ahmad)
Iktibar 2:
Muawiyah bin Abu Sufyan hidup selama 80 tahun atau lebih. Dia pernah berkata, "Semua pakaian pernah aku pakai tetapi tiada yang melebihi pakaian takwa. Segala sesuatu telah aku nikmati tetapi tiada yang mengungguli kesabaran. Segala makanan telah kunikmati tetapi tiada yang sehebat bergaul dengan orang-orang soleh. Kelazatan yang tersisa dalam hidupku hanyalah duduk bersama saudara yang dapat mendekatkanku kepada Allah, aku menceritakan segala bebanku dan dia juga menceritakan segala bebannya."
Iktibar 3:
Pada suatu hari, seorang lelaki dari kabilah Ghifar yang sudah berusia 60 tahun dengan janggut panjang memutih hingga ke dada melalui sekumpulan anak kecil yang sedang bermain. Ketika melihat lelaki tua itu, anak-anak kecil tadi ketawa.
Lelaki itu berasa hairan lalu bertanya, "Mengapa kamu ketawa?"
Salah seorang daripada anak-anak kecil tadi membalasnya dengan soalan, "Wahai pakcik, berapa engkau membeli janggut ini?"
Jawab lelaki tua itu, "Wahai anakku, zaman telah menjualnya kepadaku tanpa ada harganya, dan diapun akan memberikan kamu janggut yang sama."
Amecam ! Sudahkah terfikir..
Teruskan berfikir...
dan mengambil MAKNA dari semua ini...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan