Rabu, 29 September 2010

Tips beli Rumah Lelong (catatan blogger kadikluang)




Perlu Tambahkan Ilmu : Baca Buku


Sebelum itu saya bersedia dulu dengan ilmu pengetahuan. Banyak beli buku berkenaan lelong dan hartanah dalam 4-5 biji buku yang saya beli sendiri. Harga setiap buku agak mahal juga RM 20 - 40 sebuah tapi ilmunya sangat bermanfaat pada saya. Kalau nak cari buku-buku macam ni di JB boleh ke Badan Cemerlang Angsana dan di Haris Jusco Tebrau City, buku dalam bahasa Melayu. Mac 2008 juga saya mengikuti kursus percuma di ILIM Bangi selama 3 hari berkenaan perbankan Islam. Kursus ini banyak beri pendedahan tentang prosedur pinjaman dan berkaitan dengan bank-bank.


Saya Tidak Pernah Memiliki Rumah Sendiri


Sebelum ini saya tak ada rumah, sejak bekerja 13 tahun, memang saya tak ada memiliki rumah. Pada saya, beli rumah baru adalah rugi. Kesimpulan yang saya buat ini setelah saya buat kajian dalam sektor hartanah ini. Tapi belilah rumah lelong, kita mungkin ada banyak untung di situ. Tapi lelong bukan sebarang lelong, kita kena buat kajian terperinci dulu. Saya buat kajian itu, dan hasil kajian itu tidak boleh saya dedahkan di sini. Ilmu ini terlalu mahal untuk didedahkan.


Tengok Sendiri Rumah Tu


Amat penting sebelum kita masuk lelong, kita tengok rumah itu dulu. Tapi ada satu peringatan, jangan dedahkan hasrat kita untuk beli rumah lelong ini pada sesiapa. Di kawasan itu, saya ada 3 orang yang saya kenal, 2 kerja di pejabat saya, seorang kerja wartawan sambilan. Perlu kaji kawasan itu strategik ke tidak, sewa biasa berapa di situ, jiran-jiran bagaimana dan lain-lain. Hasil tinjauan, rumah itu orang sewa antara 550- 650 sebulan, kedudukannya amat strategik.


Tanya Bank dulu


Saya pergi bank, ambil pamplet dan berbual dengan pegawai bahagian pinjaman. Tapi jangan dedahkan kepada orang bank itu rumah mana yang kita mahu ambil. Kalau terlepas cakap, kita bimbang dia pula yang beli senyap-senyap nanti., bukan nak menuduh, tapi berhati-hati. Kalau pinjaman 25 tahun pinjaman dan insuran tak sampai 300. Jadi kalau sewa 500, boleh untung 200 sebulan, waw boleh tahan. Saya buat kesimpulan, rumah itu boleh diambil dan jangan lepaskan peluang ini.


Saya tak ada senarai hitam bank atau muflis, tapi kalau ada sesiapa yang disenarau hitam bank, kena pastikan dulu. Jangan nanti dah ambil rumah, pinjaman kita tak lulus.


Buat Tinjauan Penyewa


Tujuan saya nak beli rumah itu untuk disewa, jadi kena kaji pasaran penyewa di situ. Hasil kajian, itu sangat strategik, terutama peniaga berhampiran, pekerja bank, pasaraya Mydin dan pekerja wisma Nanas. Sekali lagi kesimpulan saya, beliiiii.


Masuk Lelongan


Mei 2008, saya telefon pelelong dahulu, kemudian bayar deposit 5 peratus dari harga 45,000 iaitu 2,250 melalui bank draf. Pada tarikh lelongan, saya hadir awal, sejam sebelum lelongan. Alhamdulillah, hanya saya seorang saja yang membida, jadi saya dapat. Saya sangat gembira, walaupun tak beli rumah semahal rumah yang kawan-kawan sepejabat saya miliki, tapi saya tetap bangga. Inilah usaha permulaan saya dalam bidang lelongan hartanah.


Saya memerlukan 90 hari untuk menjelaskan baki 95 peratus dari harga tadi. Esoknya saya ke rumah tersebut bawa tukul besi dan kunci tombok baru berharga 9.90 untuk ganti kunci depan. Bila masuk, alhamdulillah, rumahnya ok, rumah itu baru 2 tahun, jadi masih baru lagi. Saya beli cat putih 2 tong dengan harga RM 60 siap berus dan cat sendiri. Pam kat tandas ada rosak sikit, betul sendiri dalam RM 5. Kemudian pasang kipas di ruang tamu dalam RM 60. Lepas tu masuk eletrik dan air, mahal juga tapi tak sampai RM 400.

Jiran Sebelah Seronok

Sedang saya mengecat, jiran sebelah, wanita dan anaknya datang menjenguk. Dia tanya, saya jawablah ini rumah saya beli. Dia tanya, nak duduk ke sewa, saya kata nak sewa, kalau boleh nak cari orang Melayu. Kemudian, kakak tu kata,

"Baguslah kalau Melayu sewa, sebab dulu Bangla yang duduk rumah ini dan anak perempuan akak kekadang risau nak keluar rumah". Kata kakak tu.

Saya pun memeng nak kasi Melayu sewa, murah sikit pun takpe, janji ada untung sikit. Jiran sebelah tu nampaknya seronok juga kalau dapat jiran Melayu. Saya beri no tel, dengan tujuan kalau ada orang nak cari rumah sewa, bole le tel saya. Petang tu juga pergi ke Mydin dan berbual dengan seorang pekerja Melayu, minta tolong tanyakan, kalau-kalau ada orang nak cari rumah sewa dan saya tinggalkan no tel.

Macam Goreng Pisang Panas

Beberapa hari, beberapa orang menelefon saya dengan ragam masing-masing. Ada anak dara yang baru lapor diri kat wisma Nenas nak duduk, dia dari Pahang. Cuma masalah dia, dia tiada kawan, kalau sewa seorang kira mahal juga. Kemudian dia tumpang rumah kawan dia. Ada wanita kerja kosmetik, dah tengok rumah tapi tak bagi jawapan. Ada juga orang baru kawin tengok, tapi pun tak beri jawapan. Pada saya, kalau letak deposit walaupun sikit pun kira ok ler dulu. Takper, siapa cepat dia dapat. Satu petang tu, dapat tel dari lelaki katanya pengurus pekerja bagi Mydin JB. Jumpa di Restoran Osman, saya kata sebulan RM 500, terus dia setuju dan bayar terus. Mudahnya.... Sikit-sikit rasa menyesal juga cakap 500, kalau cakap 600 kan bagus. Tapi takper, janganlah nak sewa tinggi sangat.

Lepas Mydin sewa tu, ada beberapa orang juga nak cari rumah sewa. orang yang datang tengok rumah sebelum ni pun ada juga buat keputusan. Itulah, lama sangat pikir, deposit pun tak letak. pada Melayu, saya kasi RM 450 pun dia lambat beri keputusan. Maaf ler, saya kira siapa cepat beri deposit tanda jadi. Saya mintak RM 50 jer deposit, bukan banyak.

Rupanya pekerjanya Bangla. Kesian kakak sebelah, dia kata pada saya, dapat jiran Melayu, tapi dapat jiran Bangla juga, sori yer kak. Tak per, tebalkan muka, saya pun bukan lagi nak ke rumah tu. Apa-apa kerosakan, Bangla tu akan betulkan dengan duit dia, jadi saya tak payah datang rumah tu pun tak per.

Kira untung ler

Proses loan dalam 2-3 bulan tapi saya dah boleh sewakan. Jadi duit deposit dan sewa 3 bulan pertama, dah boleh tampung kos saya bayar deposit lelong dan lain-lain. Bulan ketiga baru kena bayar bank. Bayar bank 235 sebulan dapat sewa 500, kira untung le tu. Berjayalah saya projek beli rumah lelong pertama. Alhamdulillah.
--------------------------------------------------
Ini merupakan catatan bolgger kadikluang..
boleh merujuk artikel asal yang boleh dikongsikan. Beliau ada mengingatkan tentang adab copy dan paste..syukran kerana sudi menasihatiku ini..sykran ustaz semoga bumi kelahiran ibuku di kem tentera Kluang bakal ku jejaki nanti.. http://kadikluang.blogspot.com/2010/01/rumah-lelong-pengalaman-saya-sendiri.html

Majlis Silaturrahim Aidifitri Bahagian Khidmat Pengurusan MSN



Alhamdulillah semoga Bahagian Khidmat Pengurusan MSN di bawah kepimpinan Encik Abdul Rashid Bin Yaakub dirahmati dan perjuangannya agar seluruh kekuatan pegawai dan anggota MSN khasnya staff Bahagian Khidmat Pengurusan yang meliputi Cawangan Pentadbiran ( Encik Rozaki), Sumber Manusia(Azrul Hisyam), Kewangan( Fahmi) dan Teknologi Maklumat(Irwan Kasbon) terus diberkati dan dilimpahi hidayah dan menjadi hambanya yang soleh dan solehah Ameen.Insyallah.

Hari ini (29 September 2010 Rabu) hari bersejarah pada jam 11.45 pagi sehingga 1 tengahari akan diadakan Majlis Silaturrahim Aidilfitri anjuran Bahagian Khidmat Pengurusan di tingkat 4 bangunan Pentabdiran MSN.

Ana seperti biasa bertanggungjawab membacakan doa sebelum Majlis bermula.

Berikut contoh teks doa semoga dapat bermanfaat untuk kita bersama terus menghayatinya.

Ameen.

الحمد كما ينبغى لجلال وجهك الكريم وعظيم سلطانك.
والصلاة والسلام على أشرف الانبياء والمرسلين وعلى ءاله وصحبه أجمعين.
اللهُمَّ انْشُرْنَا شُعُورُ الْمَحَبَّةِ بَيْنَنَا * وَارْبِطْ قُلُوْبَنَا بِالْكَرَاْمَةِ
وَاَحْسِنْ اَخْلاَقَنَا بِالنُّوْرِ وَالْهِدَاْيَةِ * وَثَبِّتْ قُلُوبَنَا بِكُلِّ الرِعَاْيَةِ

YA ALLAH, YA TUHAN KAMI
SEGALA PUJI DAN SYUKUR KAMI PANJATKAN
KE ATAS RAHMAT DAN NIKMAT
YANG DIKURNIAKAN KEPADA KAMI,
GOLONGKAN KAMI DARI GOLONGAN YANG SELALU BERSYUKUR YA ALLAH
اَللَّهُمَّ يَا مُـجِيْبَ السَّاْئِلِيْنَ
JADIKANLAH MAJLIS SILATURRAHIM AIDILFITRI ANJURAN BHG KHIDMAT PENGURUSAN INI SEBAGAI SUATU MAJLIS YANG DIBERKATI DAN DIRAHMATI
YA ALLAH YA TUHAN
DENGAN BERMULA MAJLIS AIDILFITRI INI SEMOGA PEGAWAI DAN ANGGOTA MSN DI BAWAH KEPIMPINAN YBHG DATO KETUA PENGARAH MSN MENDAPAT RAHMAT DARIMU , TERUS MERASAI NIKMAT SILATURRAHIM YANG BERKEKALAN DAN TERUS MENGHAYATI FITRAH AGAMA YANG DIKEHENDAKI DISISI MU.
YA ALLAH YA GHAFUR YA RAHIMUL BIL IBAD
KAMI MEMOHON DARI SIFAT IHSANMU AGAR
SATUKANLAH HATI-HATI KAMI YA ALLAH, ERATKAN LAGI TALI SILATURRAHIM SESAMA KAMI. PADUKANLAH TENAGA, IDEA DAN USAHA KAMI UNTUK MENCAPAI KECEMERLANGAN DAN KEGEMILANGAN HIDUP DI DUNIA DAN DIAKHIRAT
LINDUNGILAH KAMI DARI SEGALA KEMURKAANMU.
PERMUDAHKANLAH KAMI DALAM MELAKSANAKAN TUGAS.
KAMI MEMOHON KEREDHAAN
AGAR SEGALA USAHA KAMI DIRESTUIMU JUA

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِقَاءَنَا هَذَا بِالرَّحْمَة
وَافْتِراْقِنَا من بعده المَغْفِرَةَ وَاْلعِصْمَةَ وَخَاتِمُنَا بِالسَّعَادَةِ
ر ِبنا آتنا فى الدنيا حسنة وفى الآخرة حسنة وقنا عذاب النار
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه اجمعين والحمد لله رب العالمين

atau ada contoh doa dalam web youtube

http://www.youtube.com/watch?v=cLthAMDKHkg


Selasa, 28 September 2010

Nasihat kepada Atlet Sukan Komanwel 2010




Kerohanian seiring perjalanan

Tika menghadapi persiapan Sukan Komanwel yang penuh cabaran dan tekanan, tidak dinafikan bahawa aspek kerohanian memainkan peranan penting bagi memastikan atlet itu tabah bahkan bersemangat tinggi dalam meneruskan perjuangan ini.
Kesihatan rohaniah sememangnya diperlukan bagi menjamin kelangsungan perjuangan atlet selain fizikal, aspek lebih penting bagi manusia melepasi satu persatu dugaan mendatang ialah sejauh mana hubunganya dengan Allah.

Cara untuk tenangkan hati dan memantapkan minda sudah diajar Allah dalam al-Quran dan terbukti sangat berkesan; tonik paling berkesan itu ialah berzikir. Allah s.w.t berfirman:

“Ingatlah, dengan berzikir (mengingati Allah) jiwa kamu akan tenang".
(Surah Ar-Ra’ad, ayat 28)

Demikianlah indahnya Islam, agama yang tidak hanya tertumpu kepada ibadat kerohanian semata-mata malah menyeluruh (syumul) dalam semua aspek kehidupan. Malah, tips atau petua menjaga kesihatan juga turut disertakan dalam ajaran Islam.

Ingat Allah hati akan tenang, jarang ingat Allah hati akan kering, gersang serta tandus. Apabila banyak mengingati Allah, akan bertambah iman sehingga hati makin kuat, tidak takut ancaman, tidak gentar dengan musibah dan kekurangan, tidak cemburu dengan kelebihan orang lain serta memiliki sikap positif, mengikut segala suruhan-Nya dan meninggalkan larangan Allah.

Petua dan tip kerohanian yang elok di amalkan atlet Negara di saat genting ini seperti menggunakan waktu lapang di malam hari dengan menunaikan solat secara berjemaah dan membaca surah Yaasin sesama pasukan serta berdoa selamat. Selalu beristighfar dan berselawat. Solat hajat juga dianjurkan dibuat secara berkala dan berjemaah adalah lebih baik. Selalulah mengikuti nasihat dan mematuhi arahan dari masa ke semasa pegawai MSN yang ditugaskan lebih-lebih lagi CDM Ybhg Tan Sri Abd Halil Bin Abd Mutalib termasuk Pengurus Besar Encik Jefri bin Ngadirin.

Konsep berzikir bukan hanya menyebut nama Allah tetapi meliputi amal ibadat lain seperti menjaga solat, membaca al-Quran, melakukan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya, berbakti dan berkhidmat menaikkan nama dan menjaga maruah negara, mematuhi arahan jurulatih, menerima ketentuan dengan reda selepas beruasaha semaksima malah juga sifat sabar apabila ditimpa musibah dan syukur apabila mendapat nikmat kemenangan dan kejayaan(tidak lupa diri dengan bersedeqah dan berzakat).

Ingatlah kembali tips oleh Ustaz Haji Haslin Bin Baharim pada 23hb Set di Perhimpunan Atlet fasa Akhir di Palm Garden IOI Mall. Kerohanian berkaitan dengan Hatimu.
sejauh mana hati dibawa kepada Allah?

walau pun jauh dari tanahair ..

rujuk artikel...

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Atletperlumantaprohani_jasmani/Article


Khamis, 23 September 2010

Apa pun sebenarnya Qiamat sudah Hampir!





Berita Dongeng Sci Future - Meteor menghentam bumi tahun 2019


Laporan NASA oleh Wally bahawa pada tahun 2019 satu meteor akan menghentam bumi iaitu satu tahun sebelum munculnya Al Masih Dajjal . Meteor itu dijangkakann akan menghentam negara USA dan menengelamkan keseluruhan Negara tersebut yg pada ketika itu Negara kuasa besar itu sedang mempersiapkan tenteranya dan ketumbukan besar tentera lautnya berada di tepi perairan berdekatan negara arab utk memerangi Mahdi r.a dan tenteranya


Walaubagaimanapun pihak NASA menjangkakan pelanggaran itu dikategorikan sebagai jarang kemungkinan berlaku ,sekiranya orbit meteor itu tepat pun pihak USA akan menembak meteor itu sebelum sampai ke ruang udara bumi atau menghantar setalit pelencung orbit .


sekiranya pelanggaran ini berlaku nascaya USA tidak akan wujud pada tahun 2020 dan ketumbukan tenteranya termengong-mengong belayar tanpa bantuan Washinton . Maka mudahlah bagi Mahdi r.a dan tenteranya membereskan mereka .

rujuk tanya-ustaz.blogspot.com

Jika di mesir bagaimana di tempat lain?



Apabila Yang Baik dikatakan Buruk

By SALAH NASRAWI (AP) – beritaislamglobal.blogspot.com

CAIRO — Seorang ulama muda menengking wanita muda kerana mengangkat penutup muka ketika bercakap dengannya di jalanan, dan berhujah dengan warga Mesir lain yang mengikuti cara hidup dan nilai-nilai barat. Pengikut-pengikutnya pula memukul sesiapa yang menentang.

Inilah imej pengasas Ikhwanul Muslimin (IM) yang cuba ditonjolkan dalam satu siri TV yang disiarkan di Mesir bertujuan mendedahkan salahlaku pergerakan pembangkang terbesar di negara itu hanya tiga bulan sebelum pilihanraya umum diadakan.

Para penyokong IM menuduh kerajaan pimpinan Hosni Mubarak menggunakan program TV tersebut sebagai alat propaganda untuk memburukkan kumpulan fundamental Islam dengan cara menggambarkan IM sebagai golongan fanatik yang menentang golongan sekular yang berfikiran barat dan bercita-cita untuk mewujudkan masyarakat Islam di Mesir.

Ashraf el-Sherif, seorang ahli sains-politik, bagaimanpun,berkata program itu mempunyai kesan yang sebaliknya.

"Apa yang siri itu telah lakukan ialah menukar dinosaur kepada fenomena politik yang hidup," kata el-Sherif, yang menjadi pensyarah di American University in Cairo. "Sekarang, IM bukan lagi kumpulan yang diharamkan, seperti yang diwar-warkan kerajaan. Mereka telahpun masuk ke dalam setiap rumah, jalanan dan kedai kopi di Mesir."

IM tidak mendapat kepercayaan ramai warga Mesir tetapi berupaya meraih sokongan melalui rangkaian perkhidmatan sosial yang mereka wujudkan. Ia adalah pergerakan politik pembangkang paling besar dan tersusun, yang memberi cabaran kuat kepada kerajaan yang semakin dikritik sejak akhir-akhir ini.

Kumpulan yang diasaskan pada 1928 itu, diharamkan pada 1954 kerana dituduh menggunakan ‘kekerasan’. Sejak meninggalkan kaedah ‘ganas’ itu, mereka telah dapat melebarkan kehadiran mereka di peringkat antarabangsa dan menyertai pilihanraya Mesir sebagai parti bebas. Kemuncaknya, berlaku kejutan dalam pilihanraya parlimen 2005 apabila mereka telah memenangi 20 peratus dari 454 kerusi, dan sejak dari itu, pihak berkuasa telah memenjarakan lebih 5,000 orang ahlinya atas pelbagai ‘kesalahan’.

Mesir akan mengadakan pilihanraya parlimen dalam bulan November tahun ini dan pemilihan presiden tahun depan.

Drama TV , bertajuk "Al-Jamaah," atau "Kumpulan," telah menjadi antara siri drama Ramadan yang digemari ramai tahun ini. Semasa bulan puasa, drama berbentuk lipur lara dan siri mini telah menjadi kegemaran tradisi bagi orang Islam yang berehat sambil menonton di rumah selepas berbuka.

Ia diterbitkan oleh Albatros Film Production dengan kerjasama siaran TV milik kerajaan. Drama ini dilaporkan menarik paling banyak iklan komersil berbanding 60 drama yang lain.

Drama tersebut berkisar tentang satu kes mahkamah baru-baru ini yang mana IM dituduh terlibat mewujudkan militia di kalangan pelajar, kemudian menggunakan flashback untuk menceritakan tentang kisah di awal penubuhannya.

Para pengkritik berkata drama tersebut mempunyai fakta sejarah yang tidak tepat, yang menyebabkan ahli-ahli IM mendakwa skripnya adalah ekspresi pandangan dan polisi kerajaan yang sememangnya mengganggap kumpulan itu adalah tempat melahirkan pelampau.

"Drama yang betul-betul bertukar menjadi propaganda politik," kata Abdel-Gelil al-Shernouby, editor laman web IM.

Penulis skrip, Waheed Hamed (gambar bawah), yang terkenal dengan pandangan sekularnya, mengaku tidak begitu terikat dengan fakta bagi tujuan produksi itu. Tetapi beliau menegaskan bahawa drama tersebut dibuat berdasarkan dokumen-dokumen milik kumpulan, termasuk memoir dan hasil tulisan pengasasnya Hassan al-Banna.



Al-Banna, yang dibunuh pada 1949, digambarkan sebagai seorang yang konservatif, ulama yang tidak bertolak ansur yang menengking wanita yang tidak bertudung dengan sempurna dan menyerang warga Mesir yang mengikut cara hidup dan nilai-nila Barat.
Seorang guru sekolah yang karismatik, al-Banna menubuhkan kumpulan itu dengan matlamat menjalankan sistem yang dipandu oleh Syariah.

Beliau menjelajah ke pelusuk kampung untuk berdakwah dan menyeru kearah kebangkitan Islam di masjid, sekolah dan kedai kopi. Pergerakan ini kemudiannya tersebar dari Indonesia ke Morocco, dengan ramai pengikut di AS dan Eropah. Dari situlah munculnya kumpulan politik Islam yang lain- termasuk pergerakan Hamas Palestine.

IM telah dituduh melakukan pembunuhan dan serangan bersenjata terhadap penentang-penentang politik.

"Sesiapa yang mengenali IM akan tahu segala pembohongan (oleh media) kerajaan itu dan (drama) ini akan membuatkan mereka yang tidak mengenali IM berusaha untuk lebih mengenali kumpulan ini dan mungkin barangkali akan menyertainya," kata pemimpin tertinggi Mohammed Badie (gambar bawah)



Kumpulan ini telah menggiatkan usaha meningkatkan imej mereka melalui video, laman rangkaian sosial ala-Facebook yang dikenali sebagai Ikhwanbook, yang mengiklankan satu matlamat untuk "menyebarkan kesedaran nilai-nilai kesederhanaan Islam."

Penulis pro-kerajaan berkata IM tidak akan dapat memadam sejarah hitam mereka.

"Warga Mesir tahu bahawa IM bercita-cita untuk menubuhkan sebuah Negara Islam yang akan menindas penentang-penentangnya," tulis Abdel Moneim Saeed (gambar baah), ahli parti pemerintah dan pengerusi lembaga akhbar milik kerajaan Al-Ahram. "Ini adalah satu permusuhan kepada semua apabila anda berusaha kembali ke Zaman Pertengahan


Selasa, 21 September 2010

Tsunami Maher Zain 14 Okt 2010




TSUNAMI MAHER ZAIN

Jom ikut perkembangannya..selepas Samy Yusuf (Iran) kini Maher Zain pula..
kagum dengan mereka yang suka mempelbagai sasaran dakwah dan menjiwai segala peluang menggapai mad'u

Jika anda peminat inilah masanya bersama ikon remaja terkini..
Bawa anak dan remaja bersama anda..jangan lupa RMnya (bersama tiketnya)

Tiket serendah RM70 sahaja..

Anak-anak menjadi minat Bahasa Inggeris dengan menghafaz liriknya

NOTA mengenai Album Maher Zain

Semangat yang menebal membela saudara yang jauh dimata dekat di hati melalui 'Palestine will be Free'
Bangkit berjuang walau penat dan dikeji musuh melalui 'Awaken'
Letih berjuang berjuang ,alpa,gaflah dan mahu berehat teringat 'Rest The life'
Bertambah kebesaran Allah dan Kagum keajaiban alam melalui 'Open Your Eyes'
Jika ada permasalahan,sulit mencari jalan keluar melalui 'Insyallah'
Rasa selalu menyatakan syukur melalui 'Thank You Allah'
Selalu rasa dekat dengan Rasullulah melalui 'Always Be There'
Bagi penganti baru bugar mekar melalui 'Barakalhhulakuma'

Dan banyak lagi...http://www.youtube.com/watch?v=S7JbzOYKVds&feature=related

Jumaat, 17 September 2010

Ahlan Syawal ! penguji kita bersifat .......


ISTIQOMAH KAH!!



RAMADAN sudah meninggalkan kita. Syawal bagai tuan rumah menjemput kehadiran kita. Namun, apakan daya, begitulah putaran hidup kita di dunia ini yang sentiasa berputar dan beredar mengikut ketentuan Allah.

Bersama-sama kita terus berdoa " Allahuma baligna ramadhan" agar kita diberi kesempatan umur dan usia untuk bertemu tahun depan.

Harapan kita supaya segala pengabdian dan pengajaran yang berlaku sepanjang Ramadan MAQBUL lalu menjadikan kita seorang yang lebih berkualiti sesama manusia dan di hadapan Allah(IHSAN)

Ohya, Kita bukan saja sedih dengan pemergian Ramadan sahaja tetapi yang perlu sangat disedihkan ialah apa saja yang kita dapat bahkan pelajari semasa beribadat sepanjang tempoh sebulan lalu dapat di teruskan. Tentu setiap dari kita ada mendapat sesuatu IKTIBAR dari ramadhan 1431 yang lalu kan!

Bayangkan dengan rakaat malam yang berbilang-bilang, rajin masuk solat berjemaah, berselawat setiap malam dilaungkan, 30 kali bangkit awal malam bersahur, belajar menepati waktu etc dengan berbuka awal (hatta hafal time maghrib), setiap malam membaca 1 juzuk Al-Quran dan suka bersedekah pantang jumpa peti masjid RM..dimasukkan dan lebih-lebih lagi malam terakhir dengan Qiamullail sana sini dengan nama-nama sifu Qiam seperti Tuan Guru Ustaz Hj Othman Ibrahim dan Sahabatku ustaz Hj Imran Nasoha merupakan Imam Masjid darul Ehsan Subang Jaya. Menikmati Keindahan Solat Tasbih selamat sejam setengan 2 rakaat (Azamku sebulan mesti sekali buat..zaujah kena bantu ini)

Perkara paling susah untuk dilakukan ialah bagaimana hendak menjadi insan istiqamah dengan amalan-amalan ramadaniyyah.

Ada orang sepanjang Ramadan ke surau tidak pernah tinggal tetapi selepas Ramadan, dia tidak lagi ke surau. Itu tidak istiqamah namanya.( terbayang wajah-wajah mereka di malam terawih tetapi bile Syawal macam tak mahu dah mai surau..pelik kan!)

Ketika Ramadan selalu baca al-Quran atau membuka mashaf tetapi selepas Ramadan dia berhenti membaca al-Quran atau tak dah pegang mashaf tunggu tahun depan (yang ada pegang Buku Yaasin malam jumaat). Mujur di sini ada MPPQ sebulan sekali dapat juga pegang juga mashaf..

Bersedekah umpama dermawan mulia sampai keluar news paper dan Tv , hebat bukan main bersungguh mencari anak yatim sana sini namun apabila Ramadan berlalu, dia kembali menjadi bakhil lagi kedekut wang hanya untuk dunia mahupun perutnya semata-mata..(Ada yang jawab bahawa duit dah abis bersedeqah di bulan Ramadan, time nak jimat hehehe)

Itu juga tidak istiqamah namanya. Sedangkan istiqamah adalah sifat Muslim sejati.

Rasulullah pernah bersabda maksudnya: “Rambut aku menjadi uban kerana surah Hud.” Ayat 112 surah Hud yang sangat banyak Nabi fikirkan ialah ayat yang berbunyi maksudnya: “Hendaklah kamu beristiqamah terhadap apa yang aku perintahkan.” Kerana terlalu banyak memikirkan ayat itu hingga rambut Rasullulah menjadi uban.

Maksud ayat itu ialah Rasul berfikir bagaimana hendak melaksanakan perintah Allah lagi dan lagi sehingga mati bertemu dengan Allah. dan pada masa yang sama bagaimana juga hendak menanggung risiko tindak balas dan ancaman daripada kaum musyrikin kota Makkah.

Tips mendapat sifat Istiqamah.

Pertama, banyakkan berdoa. Doa khusus ialah minta Allah anugerahkan pada kita supaya sentiasa beristiqamah. Doa sebenarnya satu visi.
Jika di minda ada tergambar untuk mendapatkan istiqamah sudah tentu jadi pendorong, apabila malas akan teringat pada visi.

Kedua, berkawanlah dengan mereka yang komited dengan kebaikan. Kawan baik ialah kawan yang membantu kita berbuat baik. Kawan baiklah kawan yang mendorong kita ke syurga. kawan yang baik ialah kawan yang menghalang kita daripada terjerumus ke neraka.

Ketiga, untuk beristiqamah ialah dengan menulis matlamat yang kita nak capai dan lekatkan di mana-mana tempat di rumah atau pejabat serta mudah dilihat.
Ia bertujuan supaya kita tidak mudah lupa maklumlah Ramadan datang setahun sekali.

Keempat, apabila sudah dapat kita tunaikan amalan yang kita nak beristiqamah, iaitu apabila amalan itu sudah mula sebati dengan jiwa kita buatlah kenduri iaitu raikanlah kejayaan kita itu dengan doa selamat dengan menjemput sahabat terdekat.

Kelima ialah dengan berdialog dengan diri sendiri. Biar diri kita yang memujuk diri sendiri dengan membandingkan istaqamah orang-orang dulu. Sekiranya mereka dapat melakukannya kenapa kita tidak? Mereka juga manusia seperti kita.

Keenam, bayangkan pahala besar yang menanti kita apabila kita dapat beristiqamah.

Artikel asal segemen tazkirah remaja oleh ustaz zawawi yusof Metro 17 Sep 2010
--------------------------------------------------------------------

Sekadar catatanku mendapat Istiqomah :

Jika Anda AJK surau masjid jom istiqomah menggerak aktiviti imarah surau masjid..panggil pengsisi berkaitan recomfirm jadual mereka dan buat pengumuman.Jangan tunggu sebulan sibuk beraya sana sini sampai masjid sepi dengan pengimarahan. ( Ini banyak terjadi jika Ajk masjid tak tak faham fungsi sebenar masjid)

Jika Anda suami dan seorang Ayah- terus mendidik anak2 dan zaujah untuk berpuasa 6 Syawal mencari ganjaran setahun berpuasa..

Jika Anda isteri,ibu dan anak terus membina diri dengan kekuatan kerohanian dengan berpuasa membendung kedahsyatan Nafsu yang jahat

Jika Anda penjawat awam berjawatan Ketua WAJAR berfikir apa yang wajib diteruskan untuk anggota selepas ranadhan?
Jika Tadarus setiap Zohor lalu bagaimana selepas ini

Anda adalah Apa yang Anda lakukan Selepas Ramadhan!



Selasa, 14 September 2010

Isu Sosilawati - 1sudut pandang



Menurut laporan akhbar sama, isteri jutawan itu, S. Usharani, 24 tahun dilaporkan datang ke Malaysia membuat laporan polis di Banting berhubung kehilangan suaminya Januari lalu.

Persoalannya, mengapa hanya setelah kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan 3 mangsa lain hampir terbongkar, baharulah 4 kes 'kehilangan' mangsa sebelum ini timbul kembali?

Apakah status kertas siasatan dibuka polis sebelum ini? X-files? Apakah perincian laporan berhubung 4 kes lain itu? Siapakah mangsa lain dilaporkan 'hilang'?

Setakat ini Akhbar Kosmo Online melaporkan mangsa lain, 2 berketurunan India dan Melayu.

Menurut Datuk Seri Bakri, kertas siasatan baharu akan dibuka berhubung kes 'kehilangan' jutawan warganegara India terbabit.

Saya yakin, majoriti rakyat Malaysia dan keluarga semua mangsa ingin mengetahui perkembangan siasatan 4 kes sebelum ini.

Lebih menarik, kes kehilangan Datuk Sosilawati dan mangsa lain dikhabarkan terbongkar apabila polis menyerbu ladang ternakan ayam terbabit hasil maklumat Usahrani. Mengapa tindakan itu tidak dilaksanakan sebelum ini? Sedangkan informasi sama dimaklumkan kepada polis pada awal tahun ini, sewaktu suami wanita itu dilaporkan hilang?

Untuk rekod, Ketua Polis Negara baharu dilantik semalam, Tan Sri Ismail Omar berazam akan melaksanakan tanggungjawab bersandarkan kuasa diperuntukkan kepada beliau. Mengarahkan pegawai dan anggotanya menyiasat dan menyelesaikan kes x-files itu akan membuktikan komitmen dan ketelusan Pasukan Polis Diraja Malaysia, PDRM.

Bagaimana jika mangsa sebelum ini juga dibelasah, dibunuh, dibakar dan abu mayat mereka dicampakkan ke dalam sungai?

Jika kegiatan jenayah itu benar berlaku, kredebiliti PDRM pasti akan dipertikaikan banyak pihak kerana laporan polis telah dibuat. Setakat ini, pada hemat saya, tiada pihak mampu menidakkan secara total kebarangkalian itu.

Sukar untuk dibayangkan, menurut akhbar sama, 4 mangsa terakhir dibakar menggunakan kaedah 'tradisi', mayat dibakar bersama najis lembu, cow dung dan renjisan minyak petrol, cara berkesan mampu melupuskan bahan bukti dalam tempoh di antara 30 minit dan sejam.

Kes kehilangan 8 individu terbabit harus terus disiasat secara terperinci tanpa mengira status, bangsa dan agama mangsa dan suspek.

rujuk asal dari blog Mazidul

--------------------------------------------------------------------

Fikirkan untuk iktibar !

1) Benarlah kata-kata " Annas ala dinni mulukihim "
Majoriti rakyat akan hidup mengikut cara hidup kepimpinan mereka..
Jom kita pilih,angkat dan sokong kepimpinan bersih telus lagi mulus menjadi ketua dan pemimpin negeri dan negara kita.
Hari ini kes pembunuhan sudah dianggap biasa..menjadi topik utama dada akhbar tanpa mengira masa dan bulan termasuk bulan puasa..

2) Mengapa ada double standard ! Keadilan WAJIB ditegakkan. Pihak berwajib akan dipertanggungjawabkan dan rakyat memerhatikan setiap langkah mereka.

3) Saya menyeru agar pihak berkuasa memerhatikan balik persoalan cerita filem atau drama yang berkaitan keganasan dan xxx agar ditapis untuk generasi kini..
sebelum ramadhan Kerajaan Indonesia ada mengharamkan kelucahan melalui internet maka wajar Kerajaan Malaysia tercinta mengikutinya. Mungkin ada yang kata ianya mustahil tetapi persoalan apakah sudah ada langkah awal dari pihak yang ada KUASA membendung sehingga tidak menjadi seperti sekarang.

4) Hatta sekarang semua waris (etc Isteri Kamaruddin pegawai CIMB, abang arwah Sosilawati )yang terbunuh mengharapkan agar penjenayah dihadap ke mahkamah dan dikenakan hukuman setimpal...
Agaknya apa yang setimpal dan maksud setimpal itu..melainkan kembali kepada Hukum Allah. Manusia kini sudah tiada gerun dengan undang-undang ciptaan manusia.

Wahai pemimpin di tangan Anda kuasa perubah..
Wahai rakyat ubahlah negara ini melalui undi kekuatan anda kepada yang mahu kembali kepada Allah dan syariatnya..

Ya Allah persaksikan dakwah ku ini agar tiada menjadi hujjah keatas ku. Ameen

Sebagai 1Sudut pandang



Rabu, 8 September 2010

ADAB-ADAB MENYAMBUT ‘ID (HARI RAYA)



Ada berapa hari raya yang disyariatkan di dalam Islam?

Ada dua sahaja iaitu hari raya fitrah (عيد الفطر) pada 1 Syawal dan hari raya korban (يومَ الأضحْى) pada 10 Dzul-Hijjah. Dalilnya ialah hadis dari Anas r.a. yang menceritakan; tatkala Nabi s.a.w. tiba di Madinah (selepas hijrahnya), penduduk Madinah mempunyai dua hari kebesaran di mana mereka menyambutnya dengan mengadakan permainan-permainan. Lalu baginda bertanya mereka; “Hari apakah yang kamu sambut ini?”. Mereka menjawab; “Dua hari yang kami biasa menyambutnya (dengan mengadakan permainan) pada masa jahiliyah”. Maka Nabi s.a.w. bersabda kepada mereka;

قَدْ أَبْدلَكمُ الله بِهِمَا خَيْراً منهما: يومَ الأضحْى ويوْمَ الْفِطْر
“Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik dari dua hari (yang kamu sambut) itu iaitu; hari raya korban dan hari raya fitrah”. (Riwayat Imam Abu Daud dan an-Nasai dengan sanad yang soheh)

Kenapa hari raya dinamakan ‘Id (العيد) dalam bahasa Arab?

Al-‘Id (العِيْد) adalah pecahan dari kalimah al-‘aud (العَوْد) yang bermaksud kembali. Dinamakan hari raya dengan nama demikian kerana ia kembali (yakni berulang-ulang) pada setiap tahun atau kerana kegembiraan akan datang kembali dengan munculnya hari raya pada setiap tahun.

Apa yang sunat dilakukan pada malam hari raya?

Disunatkan menghidupkan malam dua hari raya (yakni hari raya fitrah dan hari raya korban) dengan ibadah sama ada mengerjakan solat-solat sunat, membaca al-Quran, berzikir dan sebagainya. Ini kerana terdapat hadis di mana Nabi s.a.w. bersabda;

مَنْ أَحْيَا لَيْلَةَ الْفِطْرِ وَلَيْلَةَ الأَضْحَى لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوْتُ الْقُلُوْبُ
“Sesiapa menghidupkan malam hari raya fitrah dan malam hari raya korban, nescaya tidak akan mati hatinya pada hari mati hati-hati”. (Riwayat Imam at-Thabrani dari ‘Ubadah r.a.)

Yang dimaksudkan mati hati ialah terbelenggu hati dengan dunia. Ada yang berpendapat maksudnya ialah menjadi kafir. Dan ada juga yang memberi erti; ketakutan hari kiamat.

Selain itu, digalakkan juga memperbanyakkan doa pada malam hari raya kerana doa pada malam tersebut adalah mustajab. Imam Syafi’ie berkata di dalam kitabnya al-Umm; “Telah sampai kepada kami bahawa dikatakan; ‘Sesungguhnya terdapat lima malam dimustajabkan doa iaitu; pada malam jumaat, malam hari raya korban, malam hari raya fitrah, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Sya’ban’”. (Mughni al-Muhtaj, jil. 1, hlm. 426, al-Majmu’, 5/47).

Adakah harus berpuasa pada hari raya?

Diharamkan berpuasa pada hari raya sama ada hari raya fitrah atau hari raya korban. Ini kerana hari raya adalah hari menikmati makanan dan minuman. Terdapat hadis dari Abu Hurairah r.a. yang menceritakan;

أَنَّ رَسُولَ اللهِ -صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ-: نَهَىَ عَنْ صِيَامِ يَوْمَيْنِ: يَوْمِ الأَضْحَىَ وَيَوْمِ الْفِطْرِ
“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. menegah dari berpuasa pada dua hari; hari raya korban dan hari raya fitrah” (Riwayat Imam Muslim).

Apakah amalan-amalan yang sunat dilakukan pada hari raya?

1. Menyambut hari raya dengan laungan takbir dan memuji Allah

Pada hari raya kita digalakkan bersungguh-sungguh membesarkan Allah dengan melaungkan takbir, tahlil, tahmid dan tasbih. Sabda Nabi s.a.w.;

زَيِّنُوْا الْعَيْدَيْنِ بِالتَّهْلِيْلِ وَالتَّكْبِيْرِ وَالتَّحْمِيْدِ وَالتَّقْدِيْسِ
“Kamu hiasilah dua hari raya dengan tahlil, takbir, tahmid dan taqdis”. (Riwayat Abu Na’im dari Anas r.a.)

Ini menjadi petanda kepada kita bahawa hari raya di dalam Islam adalah hari untuk mengagungkan Tuhan dan menzahirkan syiar agama, bukan hari untuk berseronok dan bersuka-ria semata-mata.

Takbir pada hari raya ada dua jenis;

a) Takbir Mursal atau Muthlaq (المرسل أو المطلق) iaitu takbir yang tidak terikat dengan sesuatu keadaan di mana ia dilaungkan dengan suara yang kuat di jalan-jalan raya, di masjid-masjid, di pasar-pasar, di rumah dan sebagainya di waktu siang atau malam.

b) Takbir Muqayyad (المقيد) iaitu yang dilaungkan selepas menunaikan solat sahaja.

Kedua-dua jenis takbir ini akan kita huraikan di hujung nanti di bawah tajuk khusus.

2. Mandi sunat

Disunatkan mandi hari raya sekalipun tidak berhasrat untuk menghadiri majlis solat hari raya kerana hari raya adalah yaum az-zinah iaitu hari perhiasan. Sunat mandi ini adalah berdasarkan amalan sahabat di mana Imam Malik meriwayatkan dari Nafi’ yang menceritakan;

أَنَّّ ابْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ كَاْنَ يَغْتَسِلُ يَوْمَ الْفِطْرِ قَبْلَ أَنْ يَغْدُوَ
“Sesungguhnya Ibnu Umar r.a. mandi pada hari raya fitrah sebelum keluar pada pagi hari raya”. (Riwayat Imam Malik dalam al-Muwatta’. Menurut Imam Nawawi; atsar ini adalah soheh)

Begitu juga dikiaskan kepada mandi hari jumaat. Selain dari mandi disunatkan juga menggunting atau mencukur rambut, memotong kuku dan menghilang bau-bau di badan dan pakaian kerana hari tersebut adalah hari raya, maka disunatkan perkara-perkara tersebut dengan dikiaskan kepada hari jumaat. Menurut Imam Ibnu Rusyd; sunat mandi hari raya adalah ijma’ ulamak. (Lihat; Bidayatul-Mujtahid, jil. 1, hlm. 283).

Bilakah masanya untuk mandi?

Masuknya waktu disunatkan mandi ialah apabila tiba tengah malam. Berkata Imam al-Muzani; “Aku menyukai agar mandi hari raya itu dilakukan selepas terbit fajar” (al-Majmu’, 5/10).

3. Berwangi-wangian dan dan memakai pakaian baru.

Berdalilkan hadis dari Hasan bin Ali r.a. –cucu Rasulullah- yang menceritakan; “Rasulullah s.a.w. memerintahkan kami pada dua hari raya supaya memakai pakaian sehabis elok yang kami perolehi, berwangi dengan wangian paling harum yang kami perolehi dan supaya kami menyembelih korban dengan binatang paling gemuk yang kami miliki”. (Riwayat Imam al-Hakim dan at-Thabrani).

Berkata Imam Ibnul-Qayyim; “Nabi s.a.w. memakai untuk dua hari raya pakaian baginda yang paling cantik. Baginda mempunyai jubah khusus yang dipakai baginda untuk dua hari raya dan juga hari jumaat”.

Adakah berwangian dan berbaju baru itu hanya disunatkan untuk orang yang ingin keluar mengerjakan solat hari raya sahaja?

Tidak. Ia disunatkan kepada semua orang termasuk yang tinggal di rumah kerana hari raya adalah hari perhiasan (يوم الزينة). Bagi yang memiliki hanya satu pakaian, ia disunatkan membasuh pakaian itu untuk hari raya sebagaimana juga hari jumaat.

4. Beramai-ramai menghadiri tempat solat hari raya

Disunatkan pada hari raya umat Islam keluar beramai-ramai ke tempat solat hari raya termasuk kaum wanita (sama ada tua atau muda, yang berkahwin atau belum berkahwin, yang suci atau dalam haid) untuk sama-sama bertakbir, mendengar khutbah dan berdoa. Ummu ‘Athiyyah r.a. menceritakan;

“Kami (para wanita di zaman Nabi s.a.w.) diperintahkan supaya keluar pada hari raya (ke tempat solat) sehingga kami mengeluarkan anak gadis dari tabir/tirainya (*yakni kami mengeluarkan anak gadis kami dari biliknya untuk membawa mereka bersama-sama ke tempat solat), dan sehingga perempuan-perempuan yang kedatangan haid juga turut sama keluar di mana mereka duduk di belakang orang ramai; bertakbir bersama dengan takbir mereka dan berdoa bersama dengan doa-doa mereka serta mengharapkan keberkatan hari tersebut dan kesuciannya” (Riwayat Imam Bukhari).

Di mana ditempatkan wanita yang dalam haid?

Wanita yang kedatangan haid, mereka hendaklah ditempatkan di bahagian belakang orang ramai dan dipisahkan dari tempat sembahyang atau masjid. Menurut Imam Nawawi; kedudukan mereka hanya setakat pintu masjid sahaja. Sabda Rasulullah s.a.w.; “Adapun wanita-wanita yang haid, maka mereka hanya turut sama menghadiri perhimpunan kaum muslimin dan doa mereka dan mereka duduk terpisah dari tempat sembahyang orang ramai”. (Riwayat Imam Bukhari dari Ummu ‘Athiyyah r.a.)

Dalam riwayat yang lain; “Dan wanita-wanita haid hendaklah berada di belakang orang ramai di mana mereka bertakbir bersama mereka” (Riwayat Imam Muslim dan Abu Daud dari Ummu ‘Athiyyah r.a.).

Adakah harus wanita keluar dengan bersolek?

Tidak harus kaum wanita keluar dengan bersolek, bertabarruj dan berwangian. Sabda Rasulullah s.a.w.; “Janganlah kamu menegah hamba-hamba Allah yang perempuan (yakni kaum muslimat) dari mendatangi rumah-rumah Allah. Namun hendaklah mereka keluar dalam keadaan tidak berwangian”. (Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)

Adakah harus keluar jika dikhuatiri mendatangkan fitnah? Bagaimana dengan wanita yang dalam eddah kematian suami?

Tidak harus mereka keluar jika dikhuatiri boleh mendatangkan fitnah. Begitu juga, tidak harus keluar wanita yang masih berada dalam iddah kematian suaminya.

Adakah kanak-kanak juga sunat dibawa bersama?

Ya, sunat membawa bersama kanak-kanak yang telah mumayyiz.

5. Keluar awal ke tempat solat (kecuali imam)

Disunatkan hadir ke masjid atau tempat solat awal pagi selepas subuh kecuali imam di mana ia disunatkan hadir pada waktu solat hari raya hendak dilaksanakan.

Imam disunatkan hadir lebih awal –untuk memimpin solat- pada hari raya korban supaya solat dapat dilakukan lebih awal dan dengan itu dapat memanjangkan waktu untuk melaksanakan ibadah korban (kerana binatang korban sunat disembelih selepas imama selesai dari solat hari raya). Adapun pada hari raya fitrah, imam disunatkan melewatkan sedikit hadir untuk memimpin solat bagi memberi lebih masa kepada kaum muslimin untuk membayar zakat fitrah (kerana zakat fitrah afdhal dikeluarkan sebelum solat hari raya).

6. Menikmati juadah sebelum keluar (khusus bagi hari raya fitrah)

Disunatkan pada hari raya fitrah menikmati sedikit makanan sebelum keluar ke masjid atau tanah lapang bagi menunaikan solat. Sebaik-baiknya memakan buah tamar dan dengan bilangan yang ganjil. Adapun pada hari raya korban disunatkan menahan diri dari makan sehinggalah pulang dari menunaikan solat hari raya.

Diriwayatkan dari Ibnu Buraidah dari bapanya r.a. (seorang sahabat) yang menceritakan; “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak keluar pada hari raya fitrah melainkan setelah baginda makan dan baginda tidak makan pada hari raya korban melainkan setelah beliau pulang”. (Riwayat Imam Ibnu Majah dan at-Tirmizi. Hadis ini adalah hasan menurut Imam Nawawi)

Anas r.a. juga menceritakan; “Adalah Rasulullah s.a.w. tidak keluar pada pagi hari raya fitrah melainkan setelah baginda makan beberapa biji tamar. Baginda makan tamar-tamar itu dengan bilangan yang ganjil’”. (Riwayat Imam Bukhari)

7. Keluar berjalan kaki dan melalui jalan berbeza ketika pulang

Disunatkan pergi ke tempat solat atau ke masjid dengan berjalan kaki dalam keadaan tenang. Apabila pulang, disunatkan melalui jalan yang lain dari jalan yang dilalui ketika pergi tadi. Ibnu ‘Umar r.a. menceritakan; “Rasulullah s.a.w. keluar untuk menunaikan solat hari raya dengan berjalan kaki dan pulang dengan berjalan kaki”. (Riwayat Imam Ibnu Majah)

Imam Bukhari meriwayatkan dari Jabir r.a.; “Adalah Nabi s.a.w. pada hari raya baginda melalui jalan yang berbeza (yakni ketika pergi melalui satu jalan dan ketika pulang melalui jalan yang lain)”. Dari Ibnu ‘Umar r.a.; “Sesungguhnya Rasulullah pada hari raya melalui satu jalan (ketika keluar menunaikan solat hari raya), kemudian baginda pulang dengan melalui jalan yang lain”. (Riwayat Imam Abu Daud dan al-Hakim)

Antara hikmahnya menurut ulamak ialah; supaya kedua-dua jalan serta penduduk sekitarnya dari kalangan manusia dan jin menjadi saksi kepada baginda dan juga untuk menzahirkan syiar Islam.

8. Segera mengeluarkan zakat fitrah sebelum solat hari raya.

Disunatkan bersegera mengeluarkan zakat fitrah sebelum solat hari raya dikerjakan. Ibnu Umar r.a. menceritakan; “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. menyuruh agar dikeluarkan zakat fitrah sebelum keluar pada pagi hari raya untuk mengerjakan solat”. (Riwayat Imam at-Tirmizi)

Mengeluarkan zakat fitrah selepas selesai solat hukumnya adalah makruh di sisi imam mazhab empat. Malah ada pandangan menyatakan; haram.

9. Menyembelih korban (bagi hari raya korban)

Digalakkan menyembelih korban pada hari raya korban dengan seekor kambing atau sebagainya bagi orang-orang yang mampu.

Barra’ bin ‘Azib r.a. menceritakan; “Rasulullah s.a.w. telah berkhutbah kepada kami pada hari raya korban di mana baginda bersabda; “Sesungguhnya perkara pertama untuk kita memulakan hari kita ini ialah dengan kita menunaikan solat (yakni solat hari raya), kemudian kita pulang dan berikutnya kita menyembelih korban….”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

10. Mengucapkan tahniah, menzahirkan kegembiraan dan bersalam-salaman

Digalakkan pada hari raya mengucapkan tahniah sempena kedatangan hari raya, melahirkan rasa gembira dan seronok dan bersalam-salaman sesama kaum muslimin. Mengucapkan tahniah bersempena kedatangan hari raya adalah amalan para sahabat, oleh itu ia disyari’atkan. Al-Hafidz ibnu Hajar berkata; kami meriwayatkan dengan sanad yang baik (hasan) dari Jubair bin Nufair yang menceritakan; “Adalah para sahabat Rasulullah s.a.w. apabila saling bertemu pada hari raya, maka berkata sebahagian mereka kepada sebahagian yang lain; ‘Semoga Allah menerima dari kami dan dari kamu’”. (Fathul-Bari ‘ala Soheh al-Bukhari)

Adapun galakan bersalam-salaman adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang bersabda; “Tidak ada dua orang muslim yang berjumpa, lalu mereka berdua saling berjabat tangan melainkan akan diampunkan bagi kedua-dua mereka sebelum mereka berpisah lagi”. (Riwayat Imam Abu Daud dari Anas r.a. dengan sanad yang soheh menurut Imam Nawawi)

Mengenai galakan menzahirkan kegembiraan, terdapat hadis Rasulullah s.a.w. yang menyebutkan; “Senyumanmu di hadapan wajah saudara kamu adalah sedekah bagimu”. (Riwayat Imam at-Tirmizi dari Abu Zarr r.a.)

Adakah harus mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas menunaikan solat hari raya?

1. Bagi imam, dimakruhkan melakukan sebarang solat sunat sebelum dan selepas mengerjakan solat hari raya kerana berlawanan dengan sunnah Nabi s.a.w.. Ibnu ‘Abbas r.a. menceritakan; “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. keluar pada hari raya korban dan hari raya fitrah, lalu baginda menunaikan solat sunat hari raya dua rakaat. Baginda tidak mengerjakan sebarang solat sebelumnya dan begitu juga selepasnya”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Malah apabila ia sampai di masjid tidak perlu ia menunaikan solat tahiyyatal-masjid, akan tetapi terus memimpin solat hari raya. Solat tahiyyatal-masjid dengan sendirinya terhasil bersama solat hari raya itu.

2. Adapun selain dari imam, tidaklah dimakruhkan mengerjakan solat sunat sebelum atau selepas solat hari raya. Ini kerana waktu tersebut bukanlah waktu yang ditegah mengerjakan solat. Selain itu, terdapat riwayat dari Abu Barzah yang menceritakan bahawa Anas r.a., al-Hasan r.a. dan Jabir bin Zaid r.a. mengerjakan solat pada hari raya sebelum keluarnya imam.

Adakah harus bergembira pada hari raya?

Harus, malah disunatkan, akan tetapi hendaklah tidak membabitkan perkara-perkara yang haram. Di dalam hadis Anas r.a. tadi diceritakan; tatkala Nabi s.a.w. tiba di Madinah (selepas hijrahnya), penduduk Madinah mempunyai dua hari kebesaran di mana mereka menyambutnya dengan mengadakan permainan-permainan. Lalu baginda bertanya mereka; “Hari apakah yang kamu sambut ini?”. Mereka menjawab; “Dua hari yang kami biasa menyambutnya (dengan mengadakan permainan) pada masa jahiliyah”. Maka Nabi s.a.w. bersabda kepada mereka; “Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik dari dua hari (yang kamu sambut) itu iaitu; hari raya korban dan hari raya fitrah”. (Riwayat Imam Abu Daud dan an-Nasai dengan sanad yang soheh).

Di kitab Subulus-Salam, Imam As-Son’ani menyimpulkan berdasarkan hadis di atas; hadis ini menjadi dalil bahawa menzahirkan kegembiraan-kegembiraan ketika hari raya adalah disunatkan dan ia antara syari’at Allah kepada hambaNya. Ini kerana yang digantikan hanyalah hari raya. Adapun adat sambutan yang dilakukan oleh mereka iaitu mengadakan permainan-permainan (untuk menzahirkan keseronokan dan kegembiraan) tidak disentuh oleh Rasulullah s.a.w.. Ini menunjukkan ia adalah harus pada hari raya. Namun hendaklah dipastikan tidak ada unsur yang dilarang oleh Syarak dan tidak memalingkan dari ketaatan. (Subulus-Salam, jil. 1, bab. Solatul-Idaian).

Adakah harus mendengar nyanian dan berhibur pada hari raya?

Ya, harus dengan syarat nyanyian dan hiburan yang bersih dari maksiat dan munkar. Syeikh Ali as-Shobuni berkata; “Oleh kerana har-hari raya adalah hari keseronokan dan kegembiraan bagi kanak-kanak dan orang dewasa, lelaki dan juga wanita, maka Syarak telah mengharuskan hiburan yang bersih dan permainan yang tidak ada sebarang unsur maksiat padanya, bertujuan untuk menimbulkan kegembiraan dalam hati sekelian manusia, supaya mereka merasai kebesaran hari raya dan keindahannya”.

Saidatina Aisyah r.a. menceritakan; “Abu Bakar masuk kepadaku sedang bersamaku dua orang budak perempuan Ansar yang sedang menyanyi dengan syair/ungkapan yang saling diucapkan (antara dua puak) Ansar (yakni ‘Aus dan Khazraj) dalam peperangan Bu’ats. Aisyah menerangkan; mereka berdua bukanlah penyanyi. (Melihat hal tersebut), Abu Bakar lantas berkata; “Apakah serunai-serunai syaitan di rumah Rasulullah?”. Hari itu adalah hari raya. Maka Rasulullah s.a.w. berkata; “Wahai Abu Bakar, sesungguhnya bagi setiap kaum ada hari rayanya dan ini adalah hari raya kita”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Takbir pada hari raya

Apakah dalil disunatkan bertakbir pada hari raya?

Diantara dalilnya ialah riwayat dari Ummu ‘Athiyyah r.a. yang menceritakan; “Kami (para wanita) diperintahkan supaya keluar pada hari raya (ke tempat solat) sehingga kami mengeluarkan anak gadis dari tabir/tirainya (*yakni kami mengeluarkan anak gadis kami dari biliknya untuk membawa mereka bersama-sama ke tempat solat), dan sehingga perempuan-perempuan yang kedatangan haid juga turut sama keluar di mana mereka duduk di belakang orang ramai; bertakbir bersama dengan takbir mereka dan berdoa bersama bersama dengan doa-doa mereka serta mengharapkan keberkatan hari tersebut dan kesuciannya”. (Riwayat Imam Bukhari)

Siapakah yang disunatkan bertakbir?

Disunatkan bertakbir pada hari raya bagi lelaki dan perempuan, kanak-kanak (yang mumayyiz) dan orang dewasa, orang dalam negeri atau sedang bermusafir. Termasuklah wanita-wanita yang haid atau lelaki-lelaki yang berjunub. (al-Majmu’, 5/42).

Ketika bertakbir, adakah disunatkan meninggikan suara?

Ketika mengucapkan takbir disunatkan dengan suara yang tinggi untuk menzahirkan syi’ar agama. Diriwayatkan dari Nafi’ yang menceritakan;

كان ابن عمر يكبر يوم العيد في الأضحى والفطر ويكبر ويرفع صوته
“Adalah Ibnu Umar r.a. bertakbir pada hari raya korban dan juga hari raya fitrah; ia bertakbir dan meninggikan suaranya”. (Riwayat Imam ad-Daruqutni dan al-Baihaqi)

Namun dikecualikan kaum wanita; mereka hendaklah bertakbir dengan suara perlahan. Dalam kitab Kifayatul-Akhyar, pengarangnya menjelaskan; “Disunatkan mengangkat suara dengan takbir bagi para lelaki sahaja, tidak bagi perempuan”. (Lihat halaman 151)
Berapa jenis takbir hari raya?

Takbir pada hari raya ada dua jenis;

1. Takbir Mursal atau Muthlaq (المرسل أو المطلق) iaitu takbir yang tidak terikat dengan sesuatu keadaan di mana ia dilaungkan dengan suara yang kuat di jalan-jalan raya, di masjid-masjid, di pasar-pasar, di rumah dan sebagainya di waktu siang atau malam.

2. Takbir Muqayyad (المقيد) iaitu yang dilaungkan selepas menunaikan solat sahaja (sama ada solat fardhu, jenazah atau solat-solat sunat).

Bilakah bermulanya takbir mursal dan bila pula berakhir?

Takbir mursal atau muthlaq bermula sebaik sahaja terbenam matahari pada malam hari raya (sama ada hari raya fitrah atau hari raya korban), dan ia berterusan hinggalah apabila imam mula mengangkat takbir bagi menunaikan solat hari raya. Firman Allah;

وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
“…dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu bertakbir membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”. (al-Baqarah: 185)

Berkata para ulamak; ayat di atas menjadi dalil disunatkan melaungkan takbir pada hari raya fitrah dan dikiaskan kepadanya hari raya korban.

Bilakah bermulanya takbir muqayyad dan bila berakhir?

a) Bagi hari raya korban, takbir muqayyad bermula bermula dari solat subuh hari ‘Arafah (iaitu tanggal 9 Dzulhijjah) hinggalah selepas solat asar pada hari Tasyrik terakhir (yakni hari raya ke empat).

Diriwayatkan dari ‘Ali dan ‘Ammar r.a. yang menceritakan; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. bertakbir bermula dari hari ‘Arafah (selepas) solat subuh dan memutuskannya (yakni berhenti bertakbir) selepas solat asar hari terakhir Tasyriq”. (Riwayat Imam al-Hakim. Menurut Imam al-Hakim; hadis ini sanadnya soheh)

b) Bagi hari raya fitrah, bermula dari solat maghrib pada malam hari raya dan berakhir selepas solat subuh pada pagi hari raya.

Adakah takbir hari raya dilaungkan selepas zikir solat atau sebelumnya?

Melaungkan takbir didahulukan dari membaca zikir-zikir selepas sembahyang bagi takbir muqayyad. Adapun takbir mursal, membaca zikir-zikir selepas solat didahulukan dari melaungkannya. (Lihat; al-Kifayah Li Zawil-‘Inayah, hlm. 85)

Apakah lafaz takbir yang sunat dilaungkan?

Ada dua pandangan ulamak;

Pandangan pertama (Imam Ahmad); Lafaznya ialah;

الله أكبر، الله أكبر، لا إله إلا الله، والله أكبر، الله أكبر، ولله الحمد

Iaitu lafaz takbir (الله أكبر) hanya disebut dua kali sahaja. Lafaz ini berdalilkan riwayat dari Ibnu ‘Umar r.a. dan Ibnu Mas’ud r.a.. Imam Ibnu Abi Syaibah meriwayatkan dari Abi al-Aswad yang menceritakan; “Adalah Abdullah bin Mas’ud r.a. bertakbir bermula dari solat subuh hari ‘Arafah hingga ke solat Asar hari an-Nahr (yakni hari raya korban) dengan melafazkan;
الله أكبر الله أكبر لا إله إلا الله والله أكبر الله أكبر ولله الحمد
(Menurut Syeikh Syu’aib al-Arnaudh dan Syeikh ‘Abdul-Qadier al-Arnaudh; para perawi hadis ini adalah tsiqah. Lihat; Zadul-Ma’ad, jil. 1, hlm. 449, fasl Hadyihi s.a.w. fil-‘Idain).

Pandangan kedua (mazhab Syafi’ie); lafaznya ialah;

الله أكبر الله أكبر الله أكبر، لا إله إلا الله، الله أكبر، الله أكبر، ولله الحمد
“Allah maha besar, Allah maha besar, Allah maha besar. Tidak ada Tuhan melainkan Allah. Allah maha besar. Allah maha besar. Milik Allah lah segala puji-pujian”.

Iaitu lafaz takbir (الله أكبر) disebut tiga kali. Mengucapkan takbir tiga-tiga kali menurut Imam Abi Ishaq as-Syirazi adalah berdalilkan riwayat dari Ibnu Abbas r.a. (al-Muhazzab, bab at-Takbir). Berkata Imam Ibnu Hajar; “Sesungguhnya Ibnu ‘Abbas dan Jabir bertakbir tiga-tiga kali sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam ad-Daruqutni dengan sanad yang dhaif. Dan telah berkata Imam Ibnu ‘Abdil-Barr; “Terdapat riwayat yang sahih dari Umar, Ali dan Ibnu Mas’ud bahawa mereka melaungkan takbir tiga-tiga kali iaitu (الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر). (Lihat; tahqiq/ulasan Dr. Mahmud Matraji terhadap kitab al-Majmu’, bab at-Takbir, 5/36. Lihat juga; Nailul-Authar, 3/315).

Imam as-Syafi’ie dalam kitabnya al-Umm menyukai agar ditambah kepada takbir di atas selepas tiga kali mengucapkannya;

اللّه أكْبَرُ كَبيراً،والحَمْدُ لِلَّهِ كَثيراً، وَسُبْحانَ اللَّهِ بُكْرَةً وأصِيلاً، لا إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ، وَلا نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدينَ وَلَوْ كَرِهَ الكافِرُون، لا إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ، لا إِلهَ إِلاَّ اللّه واللَّهُ أكْبَرُ
“Allah maha besar dengan sebesar-besarnya. Segala puji-pijian milik Allah dengan sebanyak-banyaknya. Maha suci Allah di waktu pagi dan petang. Tidak ada Tuhan melainkan Allah. Kami tidak menyembah melainkanNya sahaja dalam keadaan kami mengikhlaskan agama untukNya, sekalipun orang-orang kafir membenci. Tidak ada Tuhan melainkan Allah satu-satunya. Dia telah mengotakan janjiNya dan telah menolong hambaNya serta mengalahkan tentera-tentera bersekutu (dengan kekuasaanNya) semata-mata. Tidak ada Tuhan melainkan Allah. Allah maha besar”.

Tambahan ini menurut Imam Abu Ishaq as-Syirazi dalam al-Muhazzab, di ambil dari zikir Nabi s.a.w. ketika Sa’i di atas bukit Safa. (al-Majmu’, 5/36).

Wallahu a’lam.

http://fiqh-am.blogspot.com/2009/09/adab-adab-menyambut-id-hari-raya.html

-----------------------------------------------------------

Alhamdulillah pada 7hb jam 10 pagi bergegas kami sekuarga ke KLIA menghantar AyahIbu dan Angah menunaikan umrah bersama Erna travel. terserempak dengan Ustaz HAji Azlisyam johor.. neliau rakan seperjuangan semasa di Mesir dahulu. Seingat tika diamanahkan Ydp Anak-Anak KL mesir beliau adalah Ydp Anak Johor..

Seluruh Ahli keluarga ipar duai dan anak saudara cucu berhimpun.. Gambar telah diambil..Insyallah akan cuba dimuat turunkan disini..

Along sekuarga berdoa AyahIbu dan Angah selamat bergerak bermusafir ke sana selamat pergi dan pulang dan dipermudahkan ibdaha di sana..Nampaknya tahun ni tiasa tangan ayahIbu mahu ddiciumi..

Sayu dan Syahdu..

Anak kecilku Izzul Abror benar2 tidak sehat dan terus kami ke klinik Mesra di keramat dan selepas itu menghantar pulang Bibik petang itu ke puchong dan dalam amukan 'jammed' akhirnya dapat terus bersama jemaah Masjid Darul Ehsan Subang untuk tazkirah berbuka damn kulaih maghrib..Sedap sungguh lauk berbuka oleh Imam Imran

Itulah malam pertama dapat berterawih bermsa us Hj Imran Nasoha sahabat karibku.. memang suaranya ada taste ..

Malam itu selepas terawih terus ke Setapak umah Achik Limah mengambil baju raya Alhamhdulillah cantik dan kemas buatan tangan nya..

tetiba hp berdering ada atlet mahu ke Turki ada games nak bayar zakat fitrah..termasuk 3 staff..Nanti dalam sejam ustaz akan tiba sana..

namun tersenggok2 ngantuk sepanjang jalan dari Setapak ke Bukit Jalil..

jam 11.45 mlm baru tiba..sungguh penat tubuhku ini..

Itulah coretan di malam ke 29 malam yang diramal Imam Al-Ghazali bahawa malam Al-qadar berlaku jika puasa bermula hari rabu...

wallahuaklam.




Selasa, 7 September 2010

Dakwah seiring hari-hari ramadan




Ya Allah terima usaha mencari makna sebuah kehidupan sementara..

Keyakinan Ya 1keyakinan mendepani cabaran hidup

Berikut beberapa tempat yang telah ku kunjungi min ajli dakwah islamiyyah seiring ramadhan

Surau Bukit Anggerik

Surau Taman Megah Batu 9 Cheras KL

Surau Taman Cuepavc Bt 12

Masjid Kuning Batu 10 Cheras

Surau MIMOS TPM
Surau Jumaat ILP Kuchai lama

Surau Kuarters bdr Sri Permaisuri

Masjid Alam damai KL

Surau Al-Falah pantai dalam KL

Surau Al-Hijrah Taman Medan KL

Surau Al-Falah Bandar Tasek Selatan

Surau Jumaat DBP KL

Surau Au2a

Surau Al-Azizah Au1a

Surau Al-Ehsan Wangsa majus Seks 2

Masjid Penjara Kajang

Masjid Negeri Shah Alam

Surau MAB orang Buta Briekfield KL



Semoga usaha dakwahku diterima

kemuncak apabila YB Jamil Khir Menteri yang menjaga agama telah menyampaikan sumbangan kepada seluruh guru Takmir yang menjayakan program pengimarahan masjid dan surau jumaat sepanjang tahun ini di Dewan Muktamar Tkt 11 Pusat Islam semalam.

tetiba terjumpa website uhei dahulu http://www.freewebs.com/unitdakwah/index.htm

Jumaat, 3 September 2010

Bersukan boleh berbuka !

Bersukan bermain bola boleh berbuka

BERLIN 6 Ogos - Pemain bola sepak profesional muslim mungkin boleh makan seperti biasa menjelang bulan Ramadan bermula Rabu depan berikutan satu kata sepakat telah dilakukan di antara para pemimpin Islam dan pegawai sukan Jerman. Dewan Pusat Muslim di Jerman telah membuat perbincangan bersama badan bola sepak profesional negara itu dan meminta nasihat dari ulama Islam bagi menyelesaikan pertikaian terhadap pemain yang berpuasa.



Universiti Al-Azhar di Kaherah membuat kesimpulan bahawa pengecualian dari berpuasa di bulan Ramadan boleh dilakukan oleh pemain profesional. Pihak berkuasa terkemuka di Sunni Islam, Al- Azhar menulis, “kontrak di antara pemain dan pasukan memerlukan pemain memberikan persembahan terbaik dan jika ini adalah satu-satu sumber pendapatan mereka, yang memaksa bermain ketika puasa, mereka dibenarkan untuk makan.” - AFP



Sumber: Utusan Malaysia Online.



--------------------------------------------------------------



Masa UF di Mesir dulu, heboh bila mufti Mesir Dr. Nasr Farid keluarkan pendapat, pemain bola yang mewakili negara (Mesir) di luar negara pada bulan Ramadan dibolehkan untuk berbuka. Pendapat beliau mendapat kecaman daripada pelbagai pihak. UF sendiri hairan bila mufti Mesir mengeluarkan pendapat macam tu. Kalau tidak silap hujah yang digunakan ialah pemain-pemain tu mewakili negara dan berjuang menaikkan nama negara.



Bagi UF hujah tu memang kabur kerana illat itu tidak mundabitah. Menurut perbahasan Usul Fiqh, antara illat atau sebab dirukhsahkan (dibolehkan) berbuka puasa ketika Ramadan ialah sakit atau musafir. Ia dianggap uzur Syarie namun perlu mengqada semula puasa yang ditinggalkan itu. Bagi UF kalau pemain bola Mesir bermain dalam sesuatu kejohanan di luar negara, sepatutnya illat yang digunakan ialah musafir. Dalam erti kata lain pemain bola Mesir boleh untuk tidak berpuasa kerana mereka sedang bermusafir. Musafir ialah rukhsah yang dijamin oleh Syariat.



Perkara ini boleh dilihat dalam perbincangan “azimah” (hukum asal) dan “rukhsah” (hukum yang diringankan) dalam ilmu Usul Fiqh. Tidak timbul isu mencabar hukum berpuasa yang qat’ie. Cuma janganlah makan atau minum secara terang-terangan ketika permainan. Ia boleh menimbulkan fitnah, apatah lagi Mesir selalu menayangkan perlawanan secara langsung yang melibatkan pasukan negaranya.



Kalau dikatakan kenapa perlunya bermain bola di bulan Ramadan dan tidakkah ia perkara lagha. Jawapannya sesuatu kejohanan bola sepak terutama di negara bukan Islam tidak mengambil berat pun isu puasa atau tidak. Malah di Mesir sendiri, liga bola sepaknya berjalan seperti biasa di bulan Ramadan. Sepanjang UF menonton perlawanan bola di tv Mesir dalam bulan Ramadan, tidak perasan pula ada pemain bola yang minum ketika permainan.



Di Malaysia, liga bola sepak memang dihentikan pada bulan Ramadan. Takpelah sebab kita yang menganjurkannya dan FAM diterajui oleh mereka yang beragam Islam. Namun kalau terlibat dengan kejohanan yang dianjurkan oleh orang bukan Islam kita terpaksa mengikut jadual yang ditetapkan.



Mengenai isu lagha bermain bola masih boleh dibahaskan kerana hukum asal riadah (termasuk main bola) adalah harus. Ia boleh menjadi haram jika ada unsur-unsur haram seperti meninggalkan solat dan sebagainya. Berseluar pendek haram di sisi mazhab Syafi’i kerana aurat lelaki antara pusat dan lutut. Manakala dalam mazhab Maliki ada aurat mukhaffafah (lutut) dan aurat mughallazah (kemaluan). Jadi mendedahkan lutut tidak dianggap berdosa. Maksud UF isu aurat adalah isu yang khilaf di kalangan ulama.



Berbalik kepada isu puasa dan bola, jika bermusafir maka ia adalah illat dirukhsahkan untuk berbuka. Bila disebut rukhsah, maknanya bukan wajib berbuka tetapi terpulang kepada seseorang itu sama ada meneruskan puasanya atau pun berbuka. Jika dia berpuasa itu lebih baik, namun jika dia berbuka tidak berdosa tetapi perlulah mengqadanya semula.



Keratan akhbar utusan di atas yang UF petik tu adalah isu berbeza dengan apa yang UF ulas di atas. Kalau bermusafir memang tidak ada masalah. Kalau pemain-pemain Islam yang bermukim dan bermain dengan kelab-kelab bola di Eropah, maka menurut laporan akhbar utusan tu dah ada “ijtihad” yang membolehkan untuk tidak berpuasa.



Sukar juga untuk menentukan keabsahan illat yang digunakan tu. Masih dan tetap akan menjadi perdebatan hangat di kalangan para ulama. Kalau salah pun ijtihad yang dibuat, ulama yang terlibat mengeluarkan pandangan tu tetap mendapat pahala. Itupun disyaratkan ulama yang mempunyai ilmu, bukannya mereka yang jahil. Wallahu A’lam Bi al-Sawab.



www.usulifaqih.com


Khamis, 2 September 2010

Qiamullail : Pesta Ibadah seiring Mubarak



Opick - Rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

powered by lirik lagu indonesia



Alhamdulillah sudah 2 malam ganjil berturut mendapat jemputan mengimami Solat Qiamullail bermula di surau Al- Azizah Au1a (Tuan Haji Omar) seterusnya pada malam ke 23 mendapat jemputan dari Tuan Haji Abd Ghani Ajk Masjid Bukit Indah Ampang..

Nostalgia usik tmenjadi guru Arabic di Al-Azizah kepada jemaah veteran mengimbau motivasi lamaku dan begitu juga ketika pengalaman versi zaman JAIS 'aktif' mengambalialih surau Fatimah Zahra' juga mengorak motivasi diriku mencari makna sebuah KEYAKINAN diri mencari REDHO Allah..

Sepanjang 25 km pagi dari permukiman Bukit Jalil wira wmy 4539 yang sudah 5 tahun berkhidmat memecut membelah MRR2 dan tiba di masjid jam 4.09 pagi. Hatiku berzikir dan mendengar lirik lagu Opick bertajuk rapuh...

Alhmdulillah setelah 2 tahajud bersama alunan munajat serta 2 rakaat sunnat taubat dan di akhiri dengan solat hajat dan doa pagi tepat jam 5.00 pagi..

Semasa bersahur bersama jamaah masjid terasa suatu keindahan yang tak tergambar dengan bilangan jemaah yang ramai. Inilah berkahnya apabila masjid diimarahkan oleh mereak yang benar2 berjiwa agama.

Tahniah ustaz Syukri Harun sahabat lama yang kini memimpin AJK masjid Bukit indah..

Ohya sifu Qiamullai Al-Fadhil ustaz Haji Othman Hj Ibrahim sedang berada di ibu negara antara lokasi di masjid darul Ehsan dan masjid Al-falah..survey lah untuk kebaikan dunia dan kahirat.


Sterusnya berpenglaman menjadi Imam Qaim malam ke 25 di Masjid negeri Shah Alam..pimpin 8 rakaat Tahajud sahaja..kemudian diselang seli dengan munajat..

Pada malam ke 26 pula Alhamdulilah dapat bersama Pengarah Penajara Kajang dan satfnya berqiam di Majid penjara kajang..bermula jam 4am agak lewat kerana tersesat jalan..

Alahmdulillah 2 taubat dan 4 rakaat tasbih berjya di ditamatkan hatta jam 5.13 pagi..

Bersahur dan berkuliah suboh hattan jam 7.13 pagi..

kemudia terus ke surau saujana Impinan dan sempat dengan zikir ustaz wan noh dan terus terlelap dalam perdana hatta jam 10.30 pagi...

berikut sedikit nota berkaitan QIAMULLAIL untuk perkongsian bersama. yang diambil dari rahsiakite.wordpress.com


“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah solat tahajjud pada waktu malam, selain daripada sedikit masa (yang tidak dapat tidak untuk berehat) iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya: dan bacalah al-Quran dengan tartiil”

(Surah al-Muzammil ayat 1-4)


MUKADDIMAH

Fizikal, intelek, emosi, dan rohani merupakan aspek utama dalam diri setiap insan.

Fizikal dibina dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Akal pula dibina dengan menuntut ilmu. Manakala emosi pula dibina dengan mendidik dan membentuk hati supaya tergolong dalam kriteria mahmudah dan dijauhkan dari sifat mazmumah. Rohani pula dapat dibina dengan menperbanyakkan ibadah ruhiyyah ikhlas semata-mata kerana Allah.

Oleh itu qiyamullail merupakan salah cara membina rohani yang mantap dan seterusnya menjadi penjana jatidiri setiap mu’min. Usaha ini tentunya memerlukan azam, kekuatan, ketabahan, dan pengorbanan kerana nafsu, iblis dan tenteranya sentiasa berusaha memenuhi ruang dan peluang yang ada.

PENGERTIAN

Qiyamullail ialah bangun pada waktu malam (menghidupkan malam) dengan beribadat kepada Allah seperti bersolat, membaca al-Quran dan berzikir semata-mata mengharap keredhaan Allah.

SEJARAH QIAMULLAIL

Pada awalnya qiamullail wajib bagi rasulullah dan para sahabat. (Lihat surah al-Muzammil 1-10)

Namun setelah setahun disyari’atkan amalan itu menjadi sunad muakkad bagi setiap umat Islam .Namun ia tetap wajib ke atas Nabi Muhammad S.A.W. (Lihat surah al-Muzammil 20)

SEBAB NUZUL AYAT

Diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim daripada Ibrahim al- Nakhi di mana Nabi sedang berselimut dengan lihaf maka Jibril datang menemui baginda dan menyampaikan wahyu.

HIKMAH QIYAMULLAIL

· Meningkatkan keimanan individu

· Meninggikan darjat disisi Allah

· Dapat beribadah dengan lebih khusyuk

· Mendidik jiwa bersyukur dengan nikmat kesihatan dan nikmat waktu malam yang tenang

· Melatih diri menjadi insan bertakwa

· Melatih diri menperbanyakkan amalan sunat

· Mendidik jiwa melawan nafsu dan syaitan

· Menyedari bahawa manusia dicipta untuk beribadah

· Melatih diri mengharap keredhaan Allah

· Memberi ketenangan jiwa (emosi)

· Memberi kesihatan (fizikal)

· Menajamkan akal fikiran

· Meneguhkan kekuatan rohani

· Menambahkan rasa kekerdilan di sisi Allah dan bertawakkal kepadaNya.

· Melatih diri bersikap khauf(takut) dan roja’(berharap) kepada Allah .

· Dan lain –lain lagi hikmah ganjaran Allah untuk hamba-hamba ikhlas dan istiqamah

KELEBIHAN QIAMULLAIL

· Dimakbulkan doanya dan masin perkataan.

· Tenang hati dan fikirannya

· Dimurahkan rezeki

· Dihormati masyarakat

· Dilindungi Allah daripada khianat manusia.

· Jika dia pemimpin ,dia akan disegani

· Dan banyak lagi (Perlu difahami bahawa segala kelebihan adalah nikmat Allah bergantung kepada rahmat Allah . Allah berhak mengurniakan apa sahaja yang dikehendakiNya)

WAKTU-WAKTU QIYAMULLAIL

Waktu untuk solat malam ialah selepas isya’ sehingga sebelum masuk subuh. Bagi solat tahajjud, kita digalakkan untuk tidur dahulu walaupun seketika.

Waktu yang paling utama ialah sepertiga malam terakhir.

“Puasa yang lebih disukai oleh Allah ialah puasa Nabi Daud dan solat yang disukai oleh Allah ialah solat Nabi Daud. Baginda tidur pertengahan malam, bangun sepertiganya (solat) lalu tidur seperenamnya.Baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari”

H.R. Jamaah selain At-Tarmizi

PANDUAN BANGUN AWAL

· Makan malam awal (sebelum Maghrib) dan tidak makan makanan yang berat selepas waktu Isya’

· Tidak melakukan bekerja terlalu penat pada waktu siang.

· Elakkan diri daripada melakukan daripada melakukan maksiat

· Berniat ikhlas mengharap keredhaan Allah

· Membaca tiga ayat terakhir Surah al-Kahfi dan niatkan dalam hati agar dapat bangun pada waktu yang diniatkan

· Mematuhi adab-adab tidur

ADAB-ADAB QIYAMULLAIL

· Berniat sebelum tidur untuk Qiyamullail

“Barangsiapa yang tidur sedang dia berniat akan bangun untuk bersolat di malam hari, tetapi dia terus tertidur hingga pagi, ditulis baginya apa yang telah diniatkannya dan tidurnya itu merupakan rahmat Allah kepadanya”

H.R. An-Nasai dan Ibn-Majah

Sanad Sahih daripada Abu Darda’ R.A.

· Tidur mengikut adab-adab yang digariskan

· Berdoa, bersuci, bersugi, berwudu’ dan memakai pakaian bersih setelah bangun daripada tidur

· Keluar dan memandang ke langit lalu berdoa(rujuk buku panduan qiamullail) dan membaca sepuluh ayat terakhir surah Ali-Imran

· Memulakan solat malam dengan solat dua rakaat yang ringan, selepas itu solatlah seberapa banyak yang disukai

· Membangunkan dan mengajak ahli keluarga dan rakan-rakan turut serta berqiyamullail

“Apabila seseorang membangunkan isterinya di malam hari lalu kedua-duanya bersolat/bersolat dua rakaat bersama-sama, ditulislah baginya dalam golongan orang-orang yang mengingati Allah”

H.R. Abu Daud

Sanad Sahih drp Abu Hurairah R.A.

· Menghentikan solat dan tidur apabila mengantuk dan teruskan apabila hilang perasaan mengantuk

· Beribadah sekadar yang mampu lalu dikekalkan (istiqamah) dan jangan ditinggal kecuali darurat.

· Muhasabah diri berkenaan amalan dan perjalanan hidup kita sepanjang hari.

AMALAN-AMALAN SUNAT KETIKA QIYAMULLAIL

· Solat sunat tahajjud

“dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam dan kerjakanlah solat tahajjud sebagai solat tambahan bagimu. Semoga tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari qiamat ditempat yang terpuji.”

Al-Isra’ 79

“Sebaik-baik solat selain drp solat fardhu ialah solat malam”

H.R. Muslim

· Solat sunat tasbih, taubat, istikharah,hajat, mengqada’ solat fardhu, solat mutlak, dan solat sunat yang lain.

· Solat witir

· Berzikir, bertasbih dan bertahmid

· Membaca al-Quran

· Dan amalan-amalan lain seperti muhasabah dan memikirkan keagungan dan kekuasaan Allah

PENUTUP

Qiamullail merupakan sunnah Nabi, amalan para shiddiqin, orang –orang soleh,dan golongan yang mengakui kehinaannya di sisi Allah yang maha Pengasih dan Penyayang dan sebaik –baik ganjaran ,nikmat ,dan rezeki hanyalah Allah S.W.T.

Adakah kita tidak menyedari keutamaan mencontohi sunnah Rasulullah ? Adakah kita lupa kadar peratusan dosa dan maksiat yang tidak terhingga banyaknya dalam buku catatan di kiri dan kanan kita? Adakah amalan kita sudah mengatasi amalan para ‘abid yang bermujahadah dengan ibadah malam mereka?Adakah kita lupa bahawa hanya amalan dan taqwa yang menjadi bekalan pada masa yang telah dijanjikan itu ?………..

Marilah kita bersama-sama berusaha mempertingkatkan keilmuan, keimanan, ketaqwaan dan amalan kita agar kita sentiasa di bawah perlindungan dan inayah Allah dan seterusnya menghayati dan merealisasikan wawasan

khoiru ummah dan menjadi khalifah yang menepati segala amanah yang di pikul.

Masa depan agama bangsa dan negara di tangan kita…dan generasi yang akan datang merupakan amanah kepada kita…

Dan mampukah kita menjawab di hadapan Allah tentang keburukan,kemungkaran ,kemaksiatan dan kelemahan yang diwariskan kepada generasi akan datang

Yang mana kita turut mendapat bahagian dalam saham yang besar nilainya ini ?

Fikirkan dengan mata hati yang sentiasa dilimpahi nur Ilahi
---------------------------------------------------
Qiamullail jadi sunat selepas asalnya fardu

BAGI umat Islam solat lima waktu sehari semalam adalah ibadat fardu yang wajib dilaksanakan, malah ketika sakit pun, ada kaedah yang boleh diamalkan.

Rasulullah s.a.w ketika datang seorang lelaki dari kalangan penduduk Najd dan bertanya mengenai Islam, lalu Baginda menjawab, maksudnya: “Lima waktu solat sehari dan semalam.”

Begitupun, Islam memberikan galakan kepada umatnya untuk melakukan ibadat tambahan supaya dapat mendekatkan lagi diri dengan Yang Maha Esa seperti solat tahajud atau ibadat qiamullail.

Ahli fiqah seperti mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali bersepakat mengatakan ibadat qiamullail disyariatkan. Ia berdasarkan kepada al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w.

Malah, qiamullail menjadi amalan kepada generasi soleh terdahulu.

Ibn Hajar al-Asqalani menceritakan kisah gurunya al-Hafiz al-Iraqi: “Sesungguhnya aku melaziminya dan aku tidak pernah melihatnya meninggalkan qiamullail. Bahkan ia sudah menjadi kebiasaan baginya.”

Dalam al-Quran ada menjelaskan mengenai qiamullail sebagaimana diperhatikan dalam surah al-Isra, bermaksud: “Dan, dari sebahagian malam bertahajudlah kamu sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu menempatkanmu di tempat yang terpuji.” (al-Isra’:79)

Saad bin Hisham bin Amir pernah meminta daripada Aisyah r.a: “Ceritakanlah kepadaku mengenai qiam Rasulullah.” Lalu Aisyah berkata: “Tidakkah engkau membaca ayat [wahai orang yang berselimut]?” Jawab Saad: “Ya, aku pernah baca.”

Aisyah menjelaskan: “Sesungguhnya Allah azzawajalla memfardukan qiamullail di awal surah ini. Lalu Nabi dan sahabatnya bangun melakukan qiamullail setahun. Allah menahan (tidak menurunkan) penutupnya (penutup surah ini) selama dua belas bulan di langit sehingga Allah menurunkan takhfif (keringanan) pada akhir surah ini. Maka qiamullail menjadi sunat selepas fardu.”

Berdasarkan ayat dari surah al-Muzammil jelas menunjukkan pada asalnya solat Tahajud adalah wajib, tetapi kemudian ia dinasakhkan dengan ayat selepasnya, bermaksud: “Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahawasanya kamu bangun selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama seperduanya, atau sepertiganya; dan segolongan dari orang yang bersamamu; padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang.

“Ia mengetahui bahawa kamu tidak dapat mengira kadar masa itu, lalu Ia menerima taubatmu: maka bacalah apa yang mudah dari al-Quran.

“Ia juga mengetahui bahawa akan ada antara kamu orang yang sakit; dan yang lainnya orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari kurniaan Allah dan yang lainnya orang yang berjuang di jalan Allah.

“Maka bacalah apa yang mudah bagimu daripadanya; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas).

“Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan untuk dirimu, tentulah kamu akan mendapat balasannya di sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Ibnu Abbas pernah berkata: “Tatkala turun permulaan ayat al-Muzammil, mereka (kalangan sahabat) bangun mengerjakan solat dalam sebahagian bulan Ramadan, sehinggalah turunnya ayat akhir surah ini, sedangkan antara permulaan ayat dan akhirnya ialah tempoh setahun.”

Ulama berselisih pendapat dalam menentukan apakah qiamullail diwajibkan kepada Rasulullah. Ini hasil daripada perbezaan tafsiran terhadap ayat 79 dari surah al-Isra’.

Ibnu Abbas berpendapat kewajipan qiamullail dikhususkan kepada Rasulullah. Pendapat Ibnu Abbas ini disokong oleh ramai ulama seperti Imam Syafie dalam satu pendapatnya. Ia turut disokong oleh kebanyakan ulama mazhab Maliki dan ditarjih oleh at-Tabari dalam tafsirnya.

Pandangan ini berdasarkan ayat di atas, iaitu perkataan ‘tambahan’ bermaksud tambahan ke atas kefarduan yang sudah Allah tetapkan ke atasnya. Hadis Nabi mengukuhkan lagi pendapat ini iaitu hadis diriwayatkan at-Tabrani: “Tiga perkara ia adalah fardu ke atasku dan bagimu ia adalah sunat. Iaitu solat witir, siwak dan qiamullail.”

Pendapat kedua ialah pendapat Mujahid bin Jabir yang menegaskan qiamullail adalah sunat ke atas Nabi. Pendapat beliau turut disokong oleh as-Syafie dalam satu pendapatnya yang lain.

Bagaimanapun, qiamullail bagi umat Islam adalah satu ibadat sunat yang sangat dituntut dan tidak wajib. Banyak dalil yang menunjukkan kelebihan mengerjakannya sama ada daripada al-Quran, sunnah atau ijmak ulama.

Dalam hadis berbunyi: “Sebaik-baik solat selepas solat fardu ialah solat pada waktu malam.” (Hadis riwayat Muslim)

Orang yang mendirikan solat malam mendapat kebaikan dan kerahmatan, sebagaimana dijelaskan dalam al-Quran, bermaksud: “Sesungguhnya orang yang bertakwa ditempatkan dalam syurga, dengan mata air mata air terpancar. Mereka mengambil apa yang diberikan oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan diakhir malam mereka beristighfar kepada Allah.” (az-Zariyat:15-18)