Isnin 26 Sep 2011
Ateh zuhairi aku temaninya untuk menyampai dakwah (permakalahan) ke sana..jika tidak pasti sukar nak ke sana tanpa urusan..Peluang menyaksikan bahasa Allah 'al manzurah'
Di tangga fligt bertemu juga sahabat lama semasa di univ. Al-Azhar setelah 12 tahun tak berjumpa. saya kenal dia cuma dia lupa saya. Ustaz Ramdan Nanyan..aktivis persatuan anak perlis yang tinggal di temerloh pahang...dia bersama puan taharah dan 11 orang dalam rombongan ke achen berjalan-jalan(berwisata). banyak boleh diperkongsikan di sini.
Sejam setengah perjalanan akhirnya tiba di airpot Sultan Iskandar muda Aceh., kami menunggu wakil dinas Syariat islam ( JAKIM Aceh) namun hampa. Pak mahlizar dan puan taharah menawarkan bantuan menumpangi vannya ke Dinas. kami setuju sahaja. Alhamdulillah engkau hantar hamba2mu membantu. Dalam van,kami mengambil video banda aceh dan tepegun sebentar melihat Aceh secara langsung. kami tiba di Kantor Dinas (pejabat agama Aceh) terus bertemu Prof Dr Hj Rushdie Ali Muhammad yang pernah menjawat reaktor Ian Raniry Acheh..seterusnya kami dijamunya kari sapi makanan adat aceh.
Check in Grand aceh Hotel yang baru siap dalam 3 bulan lalu..di simpang surabya..semalaman hanya 300 ribu rupiah ..(Rm 100) ada berani..!
Rumah-rumah pasca tsunami dibina oleh negara China |
Selasa 27 Sep 2011
Berwisata bersama labi-labi dan beca sungguh menyeronokkan. Naik labi-labi kami terkena 13 ribu rupiah untuk ke tempat kapal apung yang berat 13 ribu ton di bawa air tsunami sejauh 5 km dari laut. Namun kami lebih seronok naik beca. Motor yang ada 2 tempat duduk yang sempit.Selain ianya murah dapat merasi kegerunan yang tak dapat dirasi di sini.
Pak supir rizal meninggalkan kami di tengah banda aceh yang pernah dilanda tsunami amat sayu kerana tugasannya lagi persiapan rapat koordinasi belum siap.kami berjalan melalui deretan kedai..Tergambar bagaimana tika sesibuk ini suasan menjadi genting dengan pekikan "Air bah"Air Bah". Sempat juga masuk toko buku walau kecil namun pelbagai perkara didalam dengan pelbagai buku2 baru. Buku "Asyiknya Berfikiran Positif" sempat ku beli sesuai dengan LUA yang di jalankan ini.
Rabu 28 Sep 2011
Berdebar pagi ini. Bersarapan bersama hampir 100 karyawan kepalan dinas 23 kabupaten SeAceh di lobi Grand Aceh hotel. Inilah wajah2 penggerak Islam di acheh. "Anda dari malaysia ke",sapa salah seorang dari kabupaten tamiang. 'Ya ,bapak Tengku Naspi",jawabku sambil melihat tag nama dan menghirup kopi gayo acheh.
Setelah perasmian oleh wakil gabenur dengan ucaptama yang hebat. jam 11 pagi bermula sesi ateh. Moderator ialah Dr mujiburrahman Phd dari USM dalam bidang pendidikan. bayangkan 6 jam yang diperuntukan dengan 3 kali rehat mendebarkan. selain masalah bahasa atau dialek ,ateh pasti merasi sukar kerana dengan peringkat umur dan status. Namun semua berjalan baik denagn berkah dan bantuan allah swt
Setelah jam 6 petang, wajah2 peserta tampil ceria. puas. Ada yang menagis kesayuan memeluk ateh. sempat juga mengambil video dan gambar.
Harga atjceh tanah rencong sehingga dapat melaksanakan syaraih islam secara kaffah terlalu besar. Allah hantar 'bahasanya' iaitu Tsunami 2004. Bukan sekadar maksiat TNI di pantai Ulue Lhue musnah, Gam berdamai dengan Pemerintah indonesia bahkan melalui perjanjian helsinki 2005 acheh diberi kebenaran khas melaksana syariah. Ini kesimpulan ringkas dari diskusi hati ke hati dengan beberapa aktivis islam termasuk hakim rafiuddin, us hasanuddin DDI semasa rapat koordinasi Dinas Syariah secara kafaah 28-29 sep 2011..
Adakah umat Msia menanti tsunami juga untuk memberi laluan kepada perlaksanaan islam?
Khamis 29 Sep 2011
Hari terakhir sebelum pulang, kami berimpian menghabisi dengan melihat kesan tsunami dan membeli belah sebentar. Selepas subuh diimami oleh pak Amri dari jemaah tabligh.Sedap suaranya. Sempat juga ditanya pengalamannya semasa gempa dan tsunami. Selain masjid Baiturrahim yang terletak hampir dengan laut yang kekal fizikal dan perkuburan sebelah, kami terus ke tepi laut memandang jauh lalu disisinya bukit bukau menjadi saksi bisu disember 2004..Angin sepoi menyapa kami..kepiluan tak terkata.
Seterusnya ke muzium tsunami yang dibangunkan oleh pelbagai negara ongkosnya. Di sana kami masuk reruang yang bangunan dibuat dalam rekabentuk kapal,ada sesi video 8 minit dalam bilik gelap dan gambar yang cukup sadis. Perkuuran massal pula sempat kami datang dan membaca doa. Disini ribuan mayat dimasukkan secara 1 lubang.Nama Asmaallah diukir cantik menghiasi tembok sekelilingnya.
Maghrib kami berjemaah di Masjid baiturrahman. Imam Ustaz Ridwan Johan yang juga peserta RAKOR mengimami solat Maghrib berjemaah. Sura sekilas imam sudais. 8 saf jemaah lelaki memenuhi masjid. Seawala ana memasuki masjid ini cuma teruja dengan jiasan seolah macam masjid Nabawi..Sebelum itu sempat bertemu Su kelab remaja masjid baiturrahman sebelum kemundang azan.
Sejenak mendengar kuliah maghrib dari Drs. Tengku H.Abdul Ghani Isa SH.M.Ag mengenai tafsir ayat yang dibacakam Imam walau style lama namun cukup membekas...
Timpan sejenis kueh Aceh..minum petang dapat rasa 3 keping |
Jumaat 30 Sep 2011
mantop
BalasPadam