Kita pernah ditanya : ‘apakah makanan terbaik untuk pelajar tahfiz agar mereka laju menghafaz dan susah nak lupa?
Satu soalan ’simple’ tetapi memerlukan penjelasan bernuansa ‘Ilahiyah, saintifik dan praktikal’ untuk membahaskannya.
Memang benar, semua orang inginkan ‘keajaiban’ berlaku ketika menghafaz Al-Quran. Dan jenis mukjizat yang selalu dibincangkan termasuklah topik makanan.
Soalnya, adakah kita benar-benar perlukan makanan bertaraf mukjizat seperti ‘hidangan dari langit’ yang diterima Nabi Musa untuk itu? Atau, adakah cukup dengan mengambil ‘7 biji kismis doa tuan guru’ setiap pagi maka ia sudah memadai? Mungkin barangkali, maksudnya telah dinaiktaraf kepada ’scientific based food’ berbentuk nutrien vitamin A-to-Z hasil penyelidikan saintifik terkini?
Itu satu. Keduanya, apa tujuan utama pengambilan makanan bergizi? Untuk melajukan hafazan, sudah tentu, tetapi adakah ia benar-benar InsyaAllah berkesan, atau wujud prasyarat lain lebih utama selain ‘jenis makanan minda terbaik untuk anak?’
Tidak kiralah samada jawapan yang anda bayangkan sekarang termasuk ‘kismis doa campur air yasin malam jumaat’ atau ‘Vitamin E, A dan B complex yang dihadam sekaligus’, jawapan kepada persoalan ini memang memerlukan penulisan yang agak panjang untuk menjelaskannya.
Semoga tips ni dapat membantu kawan-kawan yang anak-anaknya masuk tahfiz..
Jawapan sudikan lah lungsuri website ustaz asyraf klik disini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan