Rabu, 5 Januari 2011

Kejutkan mereka yang "tidur"!


Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut:

Pertama:
seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata:
خرجت مع النبي صلى الله عليه وسلم لصلاة الصبح فكان لا يمر برجل إلا ناداه بالصلاة أو حركه برجله
“ Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.” (Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)

Kedua:
Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana menggangu orang yang solat.

Ketiga:
Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang.Rasulullah saw bersabda:

من بات على ظهر بيت ليس له حجار فقد برئت منه الذمة

“Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh). (Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)

Keempat:

Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena.
Nabi saw bersabda:
إذا كان أحدكم في الشمس فلقص عنه الظل وصار بعضه في الشمس وبعضه في الظل فليقم
“Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar.” (Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)

Kelima:
Tidur waktu subuh.
Nabi saw bersabda:
الصبحة تمنع الرزق
“Tidur subuh menegah rezki.” (Hr Ahmad – sanad lemah)
Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkannya dan berkata:
الأرزاق تقسم وأنت نائم
“Rezeki dibahagi2kan sedangkan engkau tidur.”


Keenam:
Tidur sebelum isya kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadis yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah ra dimana beliau berkata:
كان يكره النوم قبلها والحديث بعدها
“Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya dan sembangsembang selepasnya.” (Hr Bukhari - sahih)

Ketujuh:
Tidur lepas solat asar.
Nabi saw bersabda:من نام بعد العصر فاختلس عقله فلا يلومن إلا نفسه
" Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.” (Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)

Kelapan:
Tidur berseorangan di rumah. Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.

Kesembilan:
Perempuan yang tidur menelentang. Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama.Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.

Kesepuluh:

Seseorang yang tidur meniarap. Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:
إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)
Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)

Kesebelas:
Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail.
Nabi saw bersabda:
رحم الله رجلا قام من الليل فصلى وأيقظ امرأته فإن أبت نضح في وجهها الماء رحم الله امرأة قامتمن الليل فصلت وأيقظت زوجها فإن أبى نضحت في وجهه الماء
“Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya. Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan menegejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya. (Hr Abu Daud 1308 – perwai2nya thiqah)

Ke dua belas:
Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur. Nabi saw bersabda:
إن بلالا ينادي بليل فكلوا واشربواحتى ينادي ابن مكتوم
“Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka makanlan dan minumlah sehingga Ibnu Maktum mengumandangkan azan subuh.” (Hr Muslim)


Isnin, 3 Januari 2011

Tips Memulakan Segalanya..


7 Yang Membuat Bermotivasi Selalu

"Pagi" jeritan orang dari salah satu syarikat motivasi terkenal

Tips ini juga untuk pelajar-pelajar atau juga guru yang selalu ceria dan jammed atas jambatan ....hehe teruskan jihad dan juang anda..


Perkara terbaik yang anda patut lakukan adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.

Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.

Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Khasnya di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.

Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Termasuk jam 7.30 pagi di Ikim.fm dengan motivasi islamic. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.

Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.

Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk saje ke dalam kelas, pasang NIAT anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri untuk 2011

Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah

Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan

Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Ohya tips terakhir pastikan sehari anda dapat berorganisasi(baca:Solat berjemaah) 5 kali dan pastikan dapat baris yang terkedepan sekali

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri untuk dunia dan akhirat anda.

Bila lagi!

Anak-anak dah membesar..umur bertambah dan rumah kata pergi kubur kata mari..Ada berani !!

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

Rabu, 22 Disember 2010

Muharram 1432h, yang bersejarah






Hari ke 1( Rabu) 22hb Dis 2010

Hari-hari di bulan Muharram terus 'laju' meninggalkan kita.

Sudah 16 hari ianya pantas berlalu. tersentak diri ini ketika Hj Subri menyebutkan ketika aluannya dalam Majlis Perhimpunan Bulan Disember 2010 MSN tengahari tadi.

Hari ini bersejarah. Apa tidaknya sepanjang ingatan inilah kali pertama MSN mengadakan hari perhimpunan bersekali dengan Majlis Yaasin dan Doa selamat. kekadang ada yang sinis mengatakan bagaimana dengan non muslim dan yang pelik kekadang yang berkata itu orang yang kuat agama kononnya. situasi agak berbeza dengan mana-mana Jabatan lain.

Tahniah buat tuan PBT yang mahu berani melakukan perubahan buat kebaikan semua warga sukan. Tentu Datok KP bertuah mempunyai Pengarah yang senantiasa berusaha gigih untuk yang terbaik pada pandangan agama.

Majlis berjalan dengan lancar dengan ucapan Datok KP sekilas recall kembali kejayaan sukan dan yang penting peranan doa yang besar serta dengan keizinan Allah SWT segala nya terjadi. Kemudian mike bertukar tangan kepada sahabatku yang disayangi selalu Al-Fadhil Ustaz Imran Bin Nasohah Imam Masjid Darul Ehsan Subang Jaya.


Merasai nikmat halawatul iman apabila surah Yaasin dipimpin dengan bacaan tartil dengan paduan suara sesedap suara..kekadang pada beberapa ayat suara jantung Al-Quran ini mengalir tanpa sedar air mata di pipi..

Habis dengan bacaan diteruskan lagi dengan tahlil dan Doa serta tazkirah ringkas bertajuk 'Syukur'.

Tazkirah yang menekan akhlak bagi orang beriman ialah senantiasa bersyukur kepada Allah dengan menjaga tiag seri agama dan bersedekah. Beliau mengingatkan tentang pentingnya teknologi terkini digunakan untk merapatkan silaturrahim bukan menambah koleksi noda. Antara sentuhan tazkirah beliau berkaitan penggunaan fb dan kecanggihan hp Black Berry bertujuan memfitnah dan membawa berita palsu.

Seterusnya selepas Zohor terus ustaz mengingatkan kaifiat solat Hajat dan Sujud Syukur. Azan zohor tengahari itu sayu dengan laungan merdu ustaz Dahlan . Sujud Syukur ini adalah bersejarah kerana idea asala dari Encik Rozaki berjaya dijelmakan dalam majlis rasmi ini yang dihadiri ramai warga sukan.

Semoga usaha dakwah yang tidak pernah habis kepada warga sukan diberkahi dan dirahmatiNya Ameen...


Hari ke 2( Khamis) 23hb Dis 2010

Semalam rewang haatta leat malam. Pbt sanggup menyekang mata membantu bersama warga rewang yang setia. Datok Kp walau lewat malam pun sanggup datang melihat persiapa akhir di khemah masakan yang diketuai uncle macklin Amzah. Datok shahruddin datang menemani pbt dengan semabng isu semasa mneyerikan suasana panas. macama-macam orang ada.

Pagi itu suasana meriah. AJK lain bertungkus lumus menyiapkan. Selesai dhuha, ana berteleku memikir bait-bait doa sebagai senjata dakwah kepada semua. Bayangkan Jegathesan Tim MOM akan hadir selain pak menteri yang hebat berpidato sudah tentu Nicol Ann David ada, Lee Mun Yee pn ada ..so bagaimana dapat ana memanfaatkan suasana itu.

Jam 11pagi lebih kelibat anak yatim Darul Izzah memenuhi reruang lobi dewan komanwel. kemudian anak-anak berbaju kuning pula hadir memeriahkan suasana. AJK kerohanian seperti hjh siti,ustazah hidayah,zaidi, u.dahlan dah bersiap-siaga dengan posisi masing2.

Risau juga, semoga Allah permudahkan perjalanan majlis ini.

tepat jam 12.45 tengahari Yb Menteri hadir bersama KSU dan TKU bersama M.Jeghatesan duduk di tempat VVIP. Ucapan Aluan dan video klip sorotan ringkas menaikkan motivasi hadirin. Ucapan Yb Menteri mantop dengan recall kejayaan. Selepas penyampaian SHAKAM dan sumbangan kepada Darul Izzah (us Azfar) dan Rumah Bakti Nur Syaheera (Encik Johari) kemudian majlis sesi doa kesyukuran mengambil tempat.

Semoga dengan intipati doa tadi menyedarkan warga sukan. Atlet seperti Mohd Futra dan Normanizam (takraw) termasuk Lee Mun Yee dan Datok Nicol Ann David bahawa Allah yang mengatur segalanya..

Kekuatan hadir apabila keyakinan kepadaNya berpadu

bersatu dengan keimanan

Kalah atau Menang Dialah yang menentukan segalanya

Allah is The Great

The All Mighty God Allah

May Allah Bless us


Semoga usaha dakwah yang tidak pernah habis kepada warga sukan diberkahi dan dirahmatiNya

Ameen...

Isnin, 20 Disember 2010

Iktibar sebuah perjalanan HIDUP ...






Iktibar Hidup


..jam sudah 10 malam lebih Tiara Beachku ditinggalkan menuju KLIA Sepang..
erm berapa KM lagi yang perlu diterjah..
Angahku us Hasnil akan pulang dengan penerbangan KT 97 SV 5714..Penerbangan kedua terakhir buat jemaah haji Malaysia tahun ini...Kekadang di kala masa senggang dengan isteri jauh dimata dan anak2ku Along dan Angah ke kem.. terfikir dan berfikir mengenai Hidup ini

Mari kita melatih berfikir ...


Iktibar 1:

Suatu hari, sekumpulan orang soleh berhimpun untuk membicarakan tentang masalah pendek angan-angan. Orang pertama berkata, "Angan-anganku sudah pendek, sehingga ketika waktu pagi tiba, aku berkata bahwa diriku takkan hidup hingga petang." Dikatakan kepadanya, "Angan-anganmu itu panjang."

Orang kedua berkata, "Demi Allah setiap kali mengangkat kaki, aku tidak yakin dapat meletakkannya kembali di muka bumi," Dikatakan kepadanya, "Angan-anganmu itu panjang."

Orang ketiga pula berkata, "Demi Allah setiap kali menghembuskan nafas, aku tidak yakin dapat menghelanya kembali."

Dalam sebuah riwayat sahih disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w bertayammum sejurus selepas membuang hajat. Para sahabat berkata, "Ya Rasulullah, tempat air sangat dekat." Kata baginda, "Aku tidak tahu apakah aku boleh sampai ke tempat air itu." (HR Ahmad)

Iktibar 2:

Muawiyah bin Abu Sufyan hidup selama 80 tahun atau lebih. Dia pernah berkata, "Semua pakaian pernah aku pakai tetapi tiada yang melebihi pakaian takwa. Segala sesuatu telah aku nikmati tetapi tiada yang mengungguli kesabaran. Segala makanan telah kunikmati tetapi tiada yang sehebat bergaul dengan orang-orang soleh. Kelazatan yang tersisa dalam hidupku hanyalah duduk bersama saudara yang dapat mendekatkanku kepada Allah, aku menceritakan segala bebanku dan dia juga menceritakan segala bebannya."

Iktibar 3:

Pada suatu hari, seorang lelaki dari kabilah Ghifar yang sudah berusia 60 tahun dengan janggut panjang memutih hingga ke dada melalui sekumpulan anak kecil yang sedang bermain. Ketika melihat lelaki tua itu, anak-anak kecil tadi ketawa.

Lelaki itu berasa hairan lalu bertanya, "Mengapa kamu ketawa?"

Salah seorang daripada anak-anak kecil tadi membalasnya dengan soalan, "Wahai pakcik, berapa engkau membeli janggut ini?"

Jawab lelaki tua itu, "Wahai anakku, zaman telah menjualnya kepadaku tanpa ada harganya, dan diapun akan memberikan kamu janggut yang sama."

Amecam ! Sudahkah terfikir..

Teruskan berfikir...

dan mengambil MAKNA dari semua ini...

Sabtu, 18 Disember 2010

Cuti & exam @ berkursus




CUTI

Yer benar cuti sekolah suatu bagiku suatu yang mencabar

Buat seorang bergelar Ayah ianya mencabar bagaimana nak manage masa anak agar diisi dengan kepelbagaian program meningkat upaya diri

Tidak sahaja berteleku di hadapan makhluk bernama TV

Alhamdulillah setelah Along dan Angah telah menyertai Kem Rakan Muda Bestari di permulaan cuti di Asahan Melaka sebelah Gunung Ledang kini 2 minggu pula bersama Kem Hafazan Di Danau Desa anjuran PUM..

Semoga cerah masa depan dengan dekat dengan Al-Quran

Ohya ibunya pula terlalu sibuk. Simpati sungguh dengan semangatnya mahu dan terus mahu belajar. Walau terpaksa 2 minggu diinduksikan KURSUS UMUM MSN di PD dalam masa yang sama sanggup berulang alik dari PD ke UM 3 kali menghadapi exam akhir semester. Syukran kepada JK HR MSN yang membenarkan.

Siapa lagi drebarnya jika tidak suami yang menemani selalu..masa ini nak rasa kemampuan sebenar V6 sebenar sejauh 110km sehala.

Ayah juga sibuk dengan jadual kuliah yang tiada henti dan menyediakan 2 modul sesi kerohanian untuk INDUKSI bagi 36 anggota baru MSN.. 1)Kerjaya adalah Amanah 2)Mengapa Aku disini.

Anak-anak selalu diperingatkan bahawa hidup kita adalah untuk beribadah adalah matlamat kita. Matlamat yang Allah telah setkan dalam Al-Quran untuk khalifah macam kita.

Ibadah adalah belajar. Ibadah adalah life style kita orang Islam sehingga mati. Sebab itu ibu belajar mengejar cita dan begitu ayahmu. Tiada pilihan melainkan kejayaan dan kesungguhan.

Kesian juga mereka kurang dapat berjalan macam orang lain.Kekadang along ada bercerita kepada ku bahawa kawannya ada ke London bercuti dan ke Paris dan sebagainya.

Ermm namun alhamdulillah Water Challey telah dapat ditempah bermula 27 dan 28 Disember 2010 dapat kami anak beranak berkumpul dengan TENANG dan BAHAGIA untuk santai bersama

Kami sedar 2 anak sulong dan Angah akan masuk asrama tahun hadapan..

Hanya tinggal 2 orang sahaja akan menemani di rumah iaitu Izzul Hafeez dan Izzul Abror..

Yang pasti rasa rindu pula menggamit kepada along dan Angah..

Selasa, 14 Disember 2010

Harta dan Tanah !


Bagaimana seorang yang berpendapatan serendah RM600 setiap bulan mampu berjaya didalam perniagaan hartanah? Jeng, jeng, jeng… saya pasti anda tertanya-tanya betul ke ni? atau saja bagi “title” gempak-gempak? hmm..

Jawapan saya, memang betul! dan saya akan tunjukkan caranya.

Sebelum ini mungkin ada diantara kita yang merasakan industri hartanah bukanlah untuk mereka, kerana orang yang berada didalam pelaburan ini adalah orang kaya dan paling-paling pun mereka bergaji lumayan sebab itu mereka mampu membeli rumah atau bungalow mahal-mahal. Ada pula yang mengatakan kalau nak berjaya dengan industri ini kita kena berjaya dulu, lepas tu baru lah melabur didalam hartanah. Ini bisnes orang kaya, orang yang cukup-cukup makan macam kita ni mana ada peluang kat sini.

Pada mulanya saya juga berpendapat begitu, tetapi setelah saya “ber-chating” dengan seorang usahawan dan pelabur hartanah wanita ini saya mula merangka strategi untuk mempraktiskannya. Pernah dengar kata-kata popular dibawah?;

“I like thinking big. If you’re going to be thinking anything, you might as well think big.”


Jika anda pernah menonton siri “Apprentice”, pasti anda kenal Donald Trump, Kata-kata diatas banyak memberi inspirasi pada ramai usahawan untuk membina “mind set” usahawan yang cemerlang. Jadi bermula pada hari ini mulakan sesuatu yang kecil tetapi hasilnya akan menjadi sesuatu yang besar, biarlah ia mengambil 3,5 atau 10 tahun sekali pun. Yang penting anda dapat mencapainya.

Satu kes “study” dari seorang wanita biasa, yang juga tidak mempunyai latar pendidikan yang cemerlang seperti kawan-kawannya. Nama beliau adalah Pn. Rosmawati atau panggilan mesra kak Ros. Seorang usahawan yang pada dahulunya seorang pekerja biasa dan segalanya bermula pada akhir tahun 1998.

Pada waktu itu beliau mula memikirkan bagaimana caranya beliau dapat merubah keadaan keluarganya dan keluar dari tradisi kemiskinan. Beliau bekerja sebagai pembantu tadika yang berpendapatan RM600 setiap bulan. Waktu itu keadaan keluarga amat sukar dan ini menuntut kak ros mula berdikari dan mula menabung.

Bagaimana kak ros menabung? Mungkin ramai diantara kita yang menabung dari duit lebihan, tetapi kak ros menabung dari wang usaha kerasnya. Beliau tahu untuk berjaya beliau perlukan satu pengorbanan. Beliau mula merancang untuk memulakan bisnes kecil-kecilan. Apa bisnes kak Ros? saya tidak diberi maklumat tentangnya. Dari apa yang ditulis oleh beliau, perniagaan itu mampu memberi keuntungan sebanyak RM17.50 sen sehari. Dari keuntungan perniagaannya itu, beliau terus simpan tanpa diusik langsung. Setiap hari beliau dapat melihat duitnya makin berganda. Jika dikira-kira jumlah tabungannya beliau dapat menyimpan RM17.50 x 30 hari = RM525.00 sebulan. Didalam setahun beliau dapat mengumpul RM6’300.00 ringgit. Didalam 5 tahun beliau dapat mengumpul RM6’300.00 x 5 tahun = 31’500.00 ringgit. Setelah itu barulah beliau mula mencari-cari peluang pelaburan yang dirasakan berbaloi.

Dari pandangan beliau hanya hartanah sahaja mampu menggandakan wangnya didalam masa yang singkat. Tetapi ada satu masalah pula, dengan wang sebanyak itu apakah hartanah yang dapat dibelinya? Akhirnya beliau dapat tawaran istimewa untuk membeli tanah lot yang berharga RM30,000 dengan keluasan 5’000 kaki persegi.

Pada awalnya beliau hanya membeli tanpa melakukan apa-apa. Setelah beberapa lama merancang perniagaan yang sesuai, akhirnya tanah jenis pertanian itu telah diusahakan untuk penternakkan kambing. Dengan tekat kesungguhan beliau, tanah yang dibelinya itu mampu menternak hampir 200 ekor kambing yang sedia untuk dijual. Sejarah manis bagi beliau apabila sebanyak 70 ekor kambingnya dijual untuk hari raya korban.

Dari maklumat yang diberi, setiap ekor kambing dijual dengan harga RM800.00 x 70 ekor = RM56’000.00. Keuntungan yang sebanyak itu telah membuka lebih banyak peluang pada beliau dan keluarga. Setelah 2 setengah tahun mengusahakan ternakkan kambing. Datang seorang usahawan dari Kuala lumpur yang ingin membeli perniagaannya. Beliau ditawarkan RM500,000 untuk menjual segala bisnes ternakkannya itu, pada mulanya agak sukar membuat keputusan, tetapi setelah difikirkan kembali dengan pendapat ahli keluarga. Beliau telah menjual perniagaannya itu dengan harga yang dipersetujui.

Jadi mulalah kak Ros dengan wang sebanyak itu membeli beberapa lagi tanah yang murah-murah dan dipecah-pecahkanya. Setelah itu jual pada mereka yang ingin membelinya didalam bentuk plot. Dengan teknik seperti ini beliau kini telah mengumpul aset bernilai RM6 juta dan didalam bentuk tanah dan 3.2 juta lagi didalam bentuk hartanah seperti komersial dan rumah yang kebanyakkannya disewa.

Segala penat lelahnya kini telah berbaloi, Katanya kadang-kadang teringat masa mula-mula melabur dahulu. Rindu rasanya untuk mengeluarkan peluh seperi dulu. Walaupun kejayaannya tidak lah sehebat orang lain, tetapi kegigihan dan semangat untuk terus berusaha itu harus diteladani.

“What? another success story?” biar betul nih!
Yes! it’s. dan ia berdasarkan kisah sebenar Pn. Rosmawati dan keluarga dan rahsia ini dikongsi bersama kita semua.

Semoga mendapat satu idea dan manfaat dari artikel ini. Insyaallah..

rujuk info seterusanya
http://nazinfotech.blogspot.com/2010/11/tip-pelaburan-hartanah-untuk-mereka.html


Bahana Minuman !




Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.
Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna?

Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!


2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian ‘flush’. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan ‘citric asid’ yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?


3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!


4. Untuk menghilangkan kesan ‘corrosion’ atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

"cola-cola ibarat Bom jangka yg menbunuh"


6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke. gerenti hilang nyawa..

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!


8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!
Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.
Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran “Bahan Kimia Bahaya” atau”Bahan Penghakis : bahaya”. Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.
9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh…mesti buat overhaul ni!


10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo , F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.

Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!
Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.

DiIndia, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!

Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot?

Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/ penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.
Jadi, bagaimana pula dengan kita yang selamber jer minum coke tu..?? apakah kesannya keatas badan kita? sama2lah renungkan...

Sabtu, 11 Disember 2010

Mukjizat Nabi Musa terbongkar !




Memang manusia dalam mencari 1keyakinan amat memerlukan bukti dan hujjah
ana terjumpa dalam web site sahabat yang belum dikenali http://toyolkiut.blogspot.com yang ada mendetailkan hal ini..


September 2010..

akhirnya para saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil. kajian yang dilakukan oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.

Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.

kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.

saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air


bagi membuktikannya, satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalaman ke atas air sedalam beberapa meter itu. selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2km dan selebar 4.8km. sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.

terdahulu sebelum saintis berjaya membuktikan mukjizat nabi Musa itu adalah benar, pada tahun 1988 seorang ahli arkeologi bernama Ron Wyatt mendakwa beliau telah menemui beberapa bangkai roda kereta kuda kuno beserta tulang manusia dan tulang kuda di dasar Laut Merah yang mungkin milik Firaun dan bala tenteranya yang tenggelam di lautan sewaktu mengejar nabi Musa bersama para pengikutnya.

bukti penemuan itu diperkuatkan lagi apabila hasil ujian dan kajian yang dilakukan oleh Stockholm University terhadap struktur dan kandungan beberapa sisa tulang temulang tersebut menunjukkan bahawa ia telah berusia sekitar 3500 tahun silam iaitu sewaktu dengan sejarah kejadian nabi Musa membelah laut.

pasukan arkeologi terbabit juga menemui sesuatu yang amat menarik iaitu poros roda dari salah satu kereta kuda itu secara keseluruhannya telah tertutup oleh batu karang, sehingga bentuk aslinya sangat sukar dilihat secara jelas hingga kini. malah salah satu di antara beberapa bangkai kereta kuda itu memiliki sebuah roda dengan 4 jerijinya diperbuat daripada emas. mungkin inilah sisa dari roda kereta kuda yang ditunggangi oleh raja Firaun!


jika berpandukan peta geografi kini, bulatan merah yang ditandakan itu adalah lokasi di mana sejarah nabi Musa bersama pengikutnya menyeberangi laut Merah iaitu di Teluk Aqaba di Nuweiba. kedalaman maksimum sekitar perairan ini ialah 800m ke arah Mesir dan 900m ke arah Arab. manakala dari arah utara dan selatan lintasan penyeberangan (garis merah) kedalamannya mencapai 1500m. kecondongan aras laut dari Nuweiba ke arah Teluk Aqaba adalah sekitar 4darjah, dan dari Teluk Nuweiba ke arah daratan Arab pula ialah sekitar 6 darjah.

dengan andaian jarak antara Nuweiba ke Arab sekitar 1800m dan lebar belahan laut Merah yang kira-kira 900m, berapakah daya kekuatan alam yang diperlukan bagi membelah air laut tersebut serta bertahan untuk waktu yang cukup lama bagi membuka laluan nabi Musa serta ribuan pengikutnya itu?(ada sumber menyatakan jaraknya mencapai 7 km, dengan jumlah pengikut Nabi Musa sekitar 600ribu orang dan waktu yang ditempuh untuk menyeberang sekitar 4 jam).

menurut logik fizik, daya diperlukan adalah sebesar 2.8j Newton/m2 atau setara dengan tekanan yang diterima jika menyelam di kedalaman 280m. manakala kelajuan angin pula mestilah sekurang-kurangnya 108 km/jam sepanjang malam untuk dapat membelah dan mempertahankan belahan air laut tersebut dalam jangka waktu 4 jam! dan teori itu kini telah dibuktikan oleh saintis dan diumumkan pada September 2010..

ini membuktikan bahawa Allah itu Maha Berkuasa dan mukjizat yang diperturunkan kepada rasul pilihan-Nya adalah benar belaka walau sukar dibuktikan dengan akal fikiran.

mungkin kita tidak berapa jelas dengan teori sains yang rumit seperti kisah sejarah nabi Musa ini, tapi mungkin peristiwa tsunami yang berlaku di Acheh beberapa tahun lalu serta masih jelas diingatan boleh dijadikan contoh serta iktibar bahawa tiada apa yang mustahil boleh berlaku dalam sekelip mata..

wallahualam..











Mukjizat nabi Musa terbongkar

September 2010..

akhirnya para saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil. kajian yang dilakukan oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.

Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.

kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.

saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air


bagi membuktikannya, satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalaman ke atas air sedalam beberapa meter itu. selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2km dan selebar 4.8km. sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.

terdahulu sebelum saintis berjaya membuktikan mukjizat nabi Musa itu adalah benar, pada tahun 1988 seorang ahli arkeologi bernama Ron Wyatt mendakwa beliau telah menemui beberapa bangkai roda kereta kuda kuno beserta tulang manusia dan tulang kuda di dasar Laut Merah yang mungkin milik Firaun dan bala tenteranya yang tenggelam di lautan sewaktu mengejar nabi Musa bersama para pengikutnya.

bukti penemuan itu diperkuatkan lagi apabila hasil ujian dan kajian yang dilakukan oleh Stockholm University terhadap struktur dan kandungan beberapa sisa tulang temulang tersebut menunjukkan bahawa ia telah berusia sekitar 3500 tahun silam iaitu sewaktu dengan sejarah kejadian nabi Musa membelah laut.

pasukan arkeologi terbabit juga menemui sesuatu yang amat menarik iaitu poros roda dari salah satu kereta kuda itu secara keseluruhannya telah tertutup oleh batu karang, sehingga bentuk aslinya sangat sukar dilihat secara jelas hingga kini. malah salah satu di antara beberapa bangkai kereta kuda itu memiliki sebuah roda dengan 4 jerijinya diperbuat daripada emas. mungkin inilah sisa dari roda kereta kuda yang ditunggangi oleh raja Firaun!


jika berpandukan peta geografi kini, bulatan merah yang ditandakan itu adalah lokasi di mana sejarah nabi Musa bersama pengikutnya menyeberangi laut Merah iaitu di Teluk Aqaba di Nuweiba. kedalaman maksimum sekitar perairan ini ialah 800m ke arah Mesir dan 900m ke arah Arab. manakala dari arah utara dan selatan lintasan penyeberangan (garis merah) kedalamannya mencapai 1500m. kecondongan aras laut dari Nuweiba ke arah Teluk Aqaba adalah sekitar 4darjah, dan dari Teluk Nuweiba ke arah daratan Arab pula ialah sekitar 6darjah.

dengan andaian jarak antara Nuweiba ke Arab sekitar 1800m dan lebar belahan laut Merah yang kira-kira 900m, berapakah daya kekuatan alam yang diperlukan bagi membelah air laut tersebut serta bertahan untuk waktu yang cukup lama bagi membuka laluan nabi Musa serta ribuan pengikutnya itu?(ada sumber menyatakan jaraknya mencapai 7 km, dengan jumlah pengikut Nabi Musa sekitar 600ribu orang dan waktu yang ditempuh untuk menyeberang sekitar 4 jam).

menurut logik fizik, daya diperlukan adalah sebesar 2.8j Newton/m2 atau setara dengan tekanan yang diterima jika menyelam di kedalaman 280m. manakala kelajuan angin pula mestilah sekurang-kurangnya 108 km/jam sepanjang malam untuk dapat membelah dan mempertahankan belahan air laut tersebut dalam jangka waktu 4 jam! dan teori itu kini telah dibuktikan oleh saintis dan diumumkan pada September 2010..

ini membuktikan bahawa Allah itu Maha Berkuasa dan mukjizat yang diperturunkan kepada rasul pilihan-Nya adalah benar belaka walau sukar dibuktikan dengan akal fikiran. mungkin kita tidak berapa jelas dengan teori sains yang rumit seperti kisah sejarah nabi Musa ini, tapi mungkin peristiwa tsunami yang berlaku di Acheh beberapa tahun lalu serta masih jelas diingatan boleh dijadikan contoh serta iktibar bahawa tiada apa yang mustahil boleh berlaku dalam sekelip mata..wallahualam..