Pagi ini 21 /10/2011 bertazkirah bertajuk 'Nilaian kita bersama Matlamat kita' bersama team sepaktakraw dalam persiapan menuju SEA GAMES 2011 Palembang.. Berbaki 21 hari lagi...
Mengingat-ingat bahwa aku akan mati adalah alat yang paling penting yang pernah aku jumpai untuk membantuku membuat keputusan besar dalam hidup." - Steve Jobs, 2005
Ketika Steve Jobs meninggal pada Rabu 5 Oktober 2011 waktu Amerika, segera sejumlah ucapannya yang terkenal kembali dikenang orang. beliau bukan hanya sekedar SEO apple yang sukses tapi lebih dari itu banyak Kata-kata nya yang bermakna begitu dalam, seorang dengan visi yang luar biasa.
Tetiba sebak di dada apabila mengingati beberapa sahabat yang sungguh bermotivasi yang terlebih dahulu mengadap Ilahi.
Sekadar menyebut beberapa sahabat yang hampir seperti
Ustaz Mohd Sham Abu Bakar ( Kemalangan ). Beliau diabadi dalam website ini oleh anak muridnya yang mengkagumi beliau.
Ustaz Rosli SMIP (denggi). sahabat senior yang mana kahlaknya dan method membekasi nurani ini, selain meruapakan sguru kepada adik lelaki saya semasa di SMIP Pucong. Arwah diabadikan dalam website ini.
Ustaz Khairul Azhar Shamsuddin (denggi).Beliau merupakan angkatan YDP Persatuan pelajar semasa di Mesir.Arwah Ydp negeri Sembilan. Arwah diabadi dalam website ini.
Semoga MATI terus memotivasikan kita menjadi insan yang HEBAT dan LUAR BIASA membina tamaddun diri,keluarga dan Dunia..
KUNCI KEHIDUPAN ini adalah penyerahan segala harapan kepada Tuhan..rintihan memohon nusrah dengan jiwa yang penuh pasrah kepada Allah..
Di situlah kita akan temui kecantikan putaran episod hidup..dalam diari perjalanan ini pasti kita temui kepahitan, kemanisan, kesilapan, keinsafan, kesakitan, kegembiraan dan segala macam cereka kehidupan..namun jika insan dari awal menyerah pasrah kepada Allah, insan akan dapat melihat kasih dan pertolonganNya di setiap celahan perjalanan..kembara hidup akan berjalan sehingga ke akhir hayat..
Hikmah dan bantuan Allah menjelma dalam pelbagai rupa dan cara..yang disangka dan yang tidak diduga..jika Allah memberi tiada tangan yang dapat menghalang..jika Allah menghalang tiada tangan yang dapat memberi..atas keimanan itu, maka berjalanlah kita menuju destinasi akhir..temuilah segala pahit dan manis..derita dan nikmat..dalam senyum kita menangis syukur..dalam tangisan kita tersenyum akur..ALLAH tidak akan mensia-siakan hamba yang bergantung kepadaNYA..teruslah percaya kepada janjiNYa :
SESIAPA YANG BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH MAKA ALLAH ITU CUKUP UNTUKNYA (Surah at-Talaq)
Maka yang wajib bagi kita ialah membina dan membersih jiwa agar hakikat tawakal benar-benar bersinar dalam kehidupan yang berputar..
Isnin,hari bersejarah. Kapal AirAisa ke Nanggroe Acheh Darussalam NAD bertolak terbang tepat jam 1 petang..Sesungguhnya dari pagi sibuk menyiapkan diri. kekadang sakit perut tak enak..kenapa sihh! memang psikologi jika ada perkara besar selalu tubuh manusia berubah..
Ateh zuhairi aku temaninya untuk menyampai dakwah (permakalahan) ke sana..jika tidak pasti sukar nak ke sana tanpa urusan..Peluang menyaksikan bahasa Allah 'al manzurah'
Di tangga fligt bertemu juga sahabat lama semasa di univ. Al-Azhar setelah 12 tahun tak berjumpa. saya kenal dia cuma dia lupa saya. Ustaz Ramdan Nanyan..aktivis persatuan anak perlis yang tinggal di temerloh pahang...dia bersama puan taharah dan 11 orang dalam rombongan ke achen berjalan-jalan(berwisata). banyak boleh diperkongsikan di sini.
Sejam setengah perjalanan akhirnya tiba di airpot Sultan Iskandar muda Aceh., kami menunggu wakil dinas Syariat islam ( JAKIM Aceh) namun hampa. Pak mahlizar dan puan taharah menawarkan bantuan menumpangi vannya ke Dinas. kami setuju sahaja. Alhamdulillah engkau hantar hamba2mu membantu. Dalam van,kami mengambil video banda aceh dan tepegun sebentar melihat Aceh secara langsung. kami tiba di Kantor Dinas (pejabat agama Aceh) terus bertemu Prof Dr Hj Rushdie Ali Muhammad yang pernah menjawat reaktor Ian Raniry Acheh..seterusnya kami dijamunya kari sapi makanan adat aceh.
Check in Grand aceh Hotel yang baru siap dalam 3 bulan lalu..di simpang surabya..semalaman hanya 300 ribu rupiah ..(Rm 100) ada berani..!
Rumah-rumah pasca tsunami dibina oleh negara China
Selasa 27 Sep 2011
Berwisata bersama labi-labi dan beca sungguh menyeronokkan. Naik labi-labi kami terkena 13 ribu rupiah untuk ke tempat kapal apung yang berat 13 ribu ton di bawa air tsunami sejauh 5 km dari laut. Namun kami lebih seronok naik beca. Motor yang ada 2 tempat duduk yang sempit.Selain ianya murah dapat merasi kegerunan yang tak dapat dirasi di sini.
Pak supir rizal meninggalkan kami di tengah banda aceh yang pernah dilanda tsunami amat sayu kerana tugasannya lagi persiapan rapat koordinasi belum siap.kami berjalan melalui deretan kedai..Tergambar bagaimana tika sesibuk ini suasan menjadi genting dengan pekikan "Air bah"Air Bah". Sempat juga masuk toko buku walau kecil namun pelbagai perkara didalam dengan pelbagai buku2 baru. Buku "Asyiknya Berfikiran Positif" sempat ku beli sesuai dengan LUA yang di jalankan ini.
Rabu 28 Sep 2011
Berdebar pagi ini. Bersarapan bersama hampir 100 karyawan kepalan dinas 23 kabupaten SeAceh di lobi Grand Aceh hotel. Inilah wajah2 penggerak Islam di acheh. "Anda dari malaysia ke",sapa salah seorang dari kabupaten tamiang. 'Ya ,bapak Tengku Naspi",jawabku sambil melihat tag nama dan menghirup kopi gayo acheh.
Setelah perasmian oleh wakil gabenur dengan ucaptama yang hebat. jam 11 pagi bermula sesi ateh. Moderator ialah Dr mujiburrahman Phd dari USM dalam bidang pendidikan. bayangkan 6 jam yang diperuntukan dengan 3 kali rehat mendebarkan. selain masalah bahasa atau dialek ,ateh pasti merasi sukar kerana dengan peringkat umur dan status. Namun semua berjalan baik denagn berkah dan bantuan allah swt
Setelah jam 6 petang, wajah2 peserta tampil ceria. puas. Ada yang menagis kesayuan memeluk ateh. sempat juga mengambil video dan gambar.
Harga atjceh tanah rencong sehingga dapat melaksanakan syaraih islam secara kaffah terlalu besar. Allah hantar 'bahasanya' iaitu Tsunami 2004. Bukan sekadar maksiat TNI di pantai Ulue Lhue musnah, Gam berdamai dengan Pemerintah indonesia bahkan melalui perjanjian helsinki 2005 acheh diberi kebenaran khas melaksana syariah. Ini kesimpulan ringkas dari diskusi hati ke hati dengan beberapa aktivis islam termasuk hakim rafiuddin, us hasanuddin DDI semasa rapat koordinasi Dinas Syariah secara kafaah 28-29 sep 2011..
Adakah umat Msia menanti tsunami juga untuk memberi laluan kepada perlaksanaan islam?
Khamis 29 Sep 2011
Hari terakhir sebelum pulang, kami berimpian menghabisi dengan melihat kesan tsunami dan membeli belah sebentar. Selepas subuh diimami oleh pak Amri dari jemaah tabligh.Sedap suaranya. Sempat juga ditanya pengalamannya semasa gempa dan tsunami. Selain masjid Baiturrahim yang terletak hampir dengan laut yang kekal fizikal dan perkuburan sebelah, kami terus ke tepi laut memandang jauh lalu disisinya bukit bukau menjadi saksi bisu disember 2004..Angin sepoi menyapa kami..kepiluan tak terkata.
Seterusnya ke muzium tsunami yang dibangunkan oleh pelbagai negara ongkosnya. Di sana kami masuk reruang yang bangunan dibuat dalam rekabentuk kapal,ada sesi video 8 minit dalam bilik gelap dan gambar yang cukup sadis. Perkuuran massal pula sempat kami datang dan membaca doa. Disini ribuan mayat dimasukkan secara 1 lubang.Nama Asmaallah diukir cantik menghiasi tembok sekelilingnya.
Maghrib kami berjemaah di Masjid baiturrahman. Imam Ustaz Ridwan Johan yang juga peserta RAKOR mengimami solat Maghrib berjemaah. Sura sekilas imam sudais. 8 saf jemaah lelaki memenuhi masjid. Seawala ana memasuki masjid ini cuma teruja dengan jiasan seolah macam masjid Nabawi..Sebelum itu sempat bertemu Su kelab remaja masjid baiturrahman sebelum kemundang azan.
Sejenak mendengar kuliah maghrib dari Drs. Tengku H.Abdul Ghani Isa SH.M.Ag mengenai tafsir ayat yang dibacakam Imam walau style lama namun cukup membekas...
Timpan
sejenis kueh Aceh..minum petang dapat rasa 3 keping
Jumaat 30 Sep 2011
Buat tanah berkah Nanggroe Aceh Darussalam NAD yang bakal ditinggalkan.
Sungguh kita Melayu serumpun,pelbagi kenekan masakan telah di nikmati seperti Nasi Ayam Lepas,Nasi ayam tangkap, Mee kocok, Mee acheh, sabu-sabu, rojak atjheh, ais buah segar, jus segar magga dan seterusnya bertemu pelbagai etnik melayu 11 jenis loghat bahasa daerah dengan pelbagai cerita benar kejadian tsunami benar-benar membekas jiwa memberi sebuah Makna Hidup..
Syukran khairal jazak Prof Dr Rushdie kepala dinas, pak m naz, pak maimon dan pak sufir rizal yang menjadi pengantin senja..
Budimu dibawa mati..Jom ke Acheh
Jam 12 tengahari tiba di Airpot Iskandar Syah Muda.perjalanan mengambil selama 1jam 30 minit sahaja.tiba di Lcct Sepang jam 4ptg dan tiba di rumah jam 6,45 petang .jalan sangat jammed dari sepang ke Bukit jalil
Malam selepas maghrib terus ke Taman Sri Putra Banting mengambil Izzah, singgah rumah Encik Mokhtar dan isteri yang akan ke haji jam 5 pagi Ahad..semoga selamat semuanya ameen.
Berhenti depan masjid taqwa (tempat belajar haji bagi orang banting) pulang rumah jam 10.30 malam lebih selepas berbual-bual ziarah.
Bahkan kesedaran mengaplikasikan ILMU pula adalah Luar Biasa ~Amazing~
Ilmu-ilmu hebat seperti ini wajar dihargai.
Ia membantu untuk terus mengembara kita menjalani dalam hidup lebih mudah, semakin dengan impian dan matlamat serta sedar segala kejayaan itu datangnya kerana Allah swt.
Kesempatan bertemu sahabat Zuhairi Mohd Nopiah memberi inspriasi besar dalam hidup. Gelaran 'Ateh' cukup merapatkan diriku dengannya melalui laman sosial fb.
Beberapa emel sudah berbalas namun kehendak Allah mengatasi segalanya selepas Tuan Fazrul Ismail hadir menjayakan CAB Bil 8/2001 di ambang Ramadan bertajuk 'Transformasi Ramadan", selepas itu Ateh mula menghubungiku selepas itu.
Akhirnya membawa sesi perbincangan dengan Encik Abd Rashid bin Yaakub Pengarah Khidmat Pengurusan MSN. Alhamdulillah berkat kesabaran dan bantuan Sdr zulkifli pegawai sumber manusia MSN dan satu program LUA berjaya dilaksana di bulan Ramadan dimana seramai 28 anggota MSNmelalui LUA dengan penuh minat dan inspirasi.
Sesungguhnya 3 hari berlalu dengan penuh makna, saya menjadi urusetia LUA memerhatikan sehalus mungkin modul LUA dengan titisan air mata. Sebuah kesedaran menusuk jauh dalam sudut jiwa mahu terus merubah. Hebat methodnya. Beliau juga alumni ESQ namun pendekatan memfokus satu modul menarik perhatian.
~AMAZING~
Ringkasnya sekiranya kita mengimpikan sesuatu perlulah amalkan 3 perkara. Ini yang disarankan oleh Ateh dalam sesi latihan LUA baru-baru ini. :
1. Menggunakan DOA sepenuhnya untuk berkomunikasi dengan Allah swt yang merupakan sumber segala tenaga & kekuatan. Pohon pada Yang Maha Kuasa apa jua keinginan yang positif dalam hidup . Selalu dalam keadaan berDOA. lebih-lebih lagi selepas solat jangan dilepaskan peluang. Tidak kiralah impian anda itu nak jadi kaya, senang, sihat, lapang dan sebagainya asalkan ia positif di sisi tuhan. Kuasa doa ini sebenarnya hebat bahkan disebut hadis sebagai menjadi senjata bagi orang-orang mukmin dan 'mukhul' ibadah. Jika berdoa perkara baik dan sepenuh hati beserta adab sebagai hamba tuhan sudah tentu pasti dimakbulkan segala impian dan wawasan. Di sana ada adab berdoa dan masa mustajab doa yang wajar diperhalusi selalu.
2. Menghidupkan rasa syukur dalam hati agar dapat menikmati kebahagiaan dan ketenangan. Syukur ini mempunyai kuasa yang hebat pada manusia. Buatkan 1 buku Syukur. beli buku tiga lima. Tulis setiap nikmat yang dikecapi setiap hari. Sesunggunya apabila kita bangun di pagi hari, celik mata dapat melihat betapa indahnya dunia ini maka itu adalah antara nikmat besar hidup yang kita miliki berbanding mereka yang buta tidak nampak segala, gelap dan tidak mampu menikmati keindahan alam ini. Begitu juga nikmat kesihatan yang baik, yang mana memudahkan kita melakukan pkerja, urusan hidup membuat segala pekerjaan dgn sempurna juga perlu kita memanjatkan kesyukuran pada tuhan... Bersyukurlah dan Allah akan gandakan nikmatnya nanti. Dgn syukur kita menjadikan diri sebagai magnet kebahagiaan. Kita merasakan dunia ini luas dan penuh keistimewaan. Menyebabkan kita yakin diri dengan Allah bahawa segala rezeki itu datang dariNya.
AR-RAZZAQ HUWALLAH.
3. Gunakan tenaga sabar sebagai penentu kejayaan kita. Tidak banyak orang yang bersabar di dunia ini. Semuanya mahu cepat, senang dan mudah sahaja sebaliknya sedikit yang mampu bersabar sebelum berjaya.sabar itu banyak hikmahnya. 3 jenis Sabar yang disebut ulama antaranya, sabar dalam melakukan kebajikan. Orang yang bersabar itu mampu menempuh apa jua cabaran hidup. Bila dilanda musibah dia akan bersabar dan tidak melenting atau menyalahkan orang lain. Bila diuji dengan masalah maka dia akan tenang dan bersabar untuk menyelesaikan satu persatu masalahnya dengan penuh kesabaran. Bila sabar itu lekat di hati, maka tidak perlu risau apa jua yang menghalang di depan mata... Tidak perlu risau dengan kegagalan kerana berkat kesabaran dan istiqomah kita itu akan dibalas jua dengan kejayaan...Imam Bagawi dalam tafsirnya menyebut sabar ialah puasa sunat (kena banyak puasa sunat)
3 cara di atas boleh digunakan untuk mempraktikkan Hukum Tarikan atau Law of Attraction.
Jika diperhatikan ia sebenarnya adalah elemen-elemen kualiti 'attitude' seseorang. Jika mahu berjaya maka gunakan sepenuhnya 3 cara di atas sebaik mungkin.
Saya sudah mula praktikkannya untuk mencapai matlamat yang diingini. Dalam diri saya juga perlu mengenali erti sebenar kehidupan ini dengan lebih mendalam supaya kejayaan masa akan datang menjadi kenyataan adalah kurniaan rezeki Allah. Tidak perlu ego, lupa diri maupun takabbur sebaliknya bak kata pepatah semakin padi berisi semakin tunduk ke bawah..
Dan itulah yang kita patut lakukan doa + syukur + sabar adalah satu nasihat azimat yang terbaik dalam hidup.
Moga pendedahan LUA ini dapat memberi manfaat kepada ummah.
Ilmu sebegini tidak banyak didedahkan,
SELAMAT DATANG ACHEH..
Isnin ini 26 september 2011 saya menemani Ateh ke sanauntuk latihan motivasi bersama 100 penggerak pengutkuasa syariah dinas syariah acheh..
pengalaman baru teruja...
“Hantu Bonceng” filem terbaru yang diarahkan oleh Ahmad Idham Ahmad Nazri dengan lakonan oleh Mohd Razizan Abd Razak [Zizan RL].
Baru-baru ketika saya ke Giant Kinrara bertemu dengan sahabat jurujual booth,beliau menunjukan 2 scene yang jelas boleh menimbulkan fitnah seolah-olah menghina Islam dan Kalimah syahadah
Babak 1 yang dilakonkan secara jelas menghina Rasulullah SAW apabila Zizan menyebut"Asyhadu anna Muhammadar Syaitan" yang membawa maksud "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan". Yang septutnya disebut "..Muhammadar Rasulullah..". Zizan terkejut dari tidur lalu bangkit mengungkap kalimah ini.
Adengan ke 2 ketika zizan dan kawannya memasuki surau mendengar tazkirah dari seorang ustaz. T-shirt merah yang dipakai oleh zizan DEATH...... yang mana huruf t ialah berlambangkan salib..ianya jelas.
Kalimah syahadah bukan perkataan yang boleh dijenakakan atau dipersenda sedemikian rupa justeru ia membawa kesan yang boleh menggugurkan syahadah walaupun ia sekadar lakonan. Sementelah pula filem yang menjadi tontonan umum ini akan mencetus kekeliruan dan gambaran yang salah masyarakat terhadap Islam. Lebih berisiko apabila kelak ia turut merosakkan aqidah masyarakat awam.
Jangan biarkan filem menjadi medium untuk menghina, mempersenda dan memperkecilkan Islam di dalam negara ini.
Kepada para artis untuk meneliti dan membuat kajian terlebih dahulu mengenai skrip yang bakal dilakonkan oleh mereka. Sekiranya skrip tersebut mengandungi unsur-unsur yang dirasakan bertentangan dengan fitrah dan juga berpotensi untuk mencemarkan kemuliaan Islam maka bertanyalah kepada para ulamak .
Perkara ini juga mesti dilakukan oleh pihak penerbit, pengarah mahupun pelakon agar tidak mewujudkan suasana kontroversi seperti ini.
Ustaz Zaharuddin juga menyebut dalam FBnya :
Seorang hamba yg bercakap sesuatu kalimah @ ayat tanpa mengetahui implikasi & hukum percakapannya, maka perkataan itu akan mencampakkannya ke dlm Neraka sejauh antara timur dan barat" (Riwayat Al-Bukhari). Justeru, perkataan yg diucapkan di dalam filem ini boleh termasuk dlm kategori hadis di atas walau ia dibuat tanpa maksud & kejahilan. Taubatlah wahai pelawak, jgn berlawak dgn kalimah2 suci, kelak menangis!.
Saadara zizan sudah meminta maaf dalam laman twitternya.
Insaf kerana Allah.
Semoga ini menjadi iktibar kepada penerbit, penulis skrip mahupun pelakon.
Arwah merupakan teman sepermainan semasa kecilku. Rumah neneknya di simpang tiga gombak masih tergambar di reruang mataku siapm riuh rendah dengan kejaran semasa kecil bersama us hasnil. Kami sering dimarahi sering juga dirotan.
Kemudian tika paknjang sekeluarga bermula berpindah awal tahun 80an bahkan kami pernah tidur dirumah serdang raya barunya serta sama-sama bertiga membersih dan menjaga barangan pindah malam pertama ketika permulaan Taman Serdang raya .
Seingat baru mencecah darjah 4 rasanya ketika itu. Rapatnya kami sehingga dewasa. Beliau pernah menjadi senior di SAMER Rwang sebagi first batch dan ana adalah generasi yang ke 3. Ada kemungkinan ayah menghantarku sebab melihat abangnya Paknjang menghantar faizul ke samer yang baru buka dengan 1001 kedaifan namun bersar ertinya buat kami.Banyak cerita masamanis kenangan di rawang tika kami mula remaja disana. masing2 membawa haluan perjuangan masing-masing ketika usia memanjat kian dewasa.
Beliau merupakan jurugambar bernama TV yang selalu datang ke MSN. Kekadang dia mencuit bahu saya.
Itupun ketika setelah selesai menjalankan tugas.
Takziah buat keluarganya Isteri Puan NorAzrina Jaafar dan anak2
termasuk Pakanjang Maknjang serta ahli keluarga.
Allahyarham Noramfaizul Mohd Noor bersama anak2nya
SEKALUNG BUAT AKTIVIS PENGGERAK QARYAH( pinjam istilah cikgu Azmi TERAS) DI-MANA SAHAJA ANDA BERADA ( hj ayub-Tmn Medan Baru, Hasni Tmn Megah Cheras *sekadar sebut beberapa nama dan dll)
KU BERDOA AGAR RUMAH ALLAH TEMPAT ANTUM BERJIHAD MENGIMARAHKANNYA MENJADI SAKSI
DI HADAPAN ALLAH
DI SAAT ORANG LAIN BERSAMA ANAK ISTERI,
ANDA MELUANGKAN BERSAMA BUAT JAMAAH DAN SURAU/MASJID