Rabu, 10 Februari 2010

Kemalangan o Kemalangan




PENDAHULUAN

Fenomena kemalangan jalan raya di Malaysia sejak akhir-akhir ini menjadi semakin berleluasa. Saban hari media cetak dan elektronik menyajikan berita kemalangan jalan raya yang mengerikan dan menyayat hati. Mangsa kemalangan jalan raya juga tidak mengenal usia sama ada golongan tua, dewasa, remaja ataupun kanak-kanak. Akibat daripada kemalangan jalan raya tersebut, mangsa akan mengalami kecederaan yang parah atau ringan atau mungkin terus menemui kematian. Pelbagai kesan berikutan kemalangan itu sama ada dari segi fizikal, mental atau emosi akan terus menghantui mangsa yang bernasib baik terselamat daripada maut.


Kemalangan jalan raya di Malaysia yang telah mengakibatkan insiden kematian iaitu kemalangan maut dan menghubungkaitkan insiden kematian itu dengan implikasinya terhadap kos kehilangan tenaga kerja di Malaysia.

Statistik kemalangan jalan raya Malaysia sejak kebelakangan ini menunjukkan bahawa lebih daripada 50% mangsa kemalangan terdiri daripada mereka yang berusia dalam lingkungan 20-35 tahun. Mereka ini merupakan golongan peringkat usia yang paling produktif dan berpotensi dari segi tenaga kerjanya. Mereka mempunyai tempoh masa antara 20-35 tahun lagi untuk menyumbang khidmat bakti kepada negara dalam apa jua bidang pekerjaan. Oleh yang demikian kehilangan nyawa golongan yang produktif ini akibat kemalangan jalan raya mempunyai implikasi yang amat besar kepada produktiviti tenaga kerja negara.

Kematian secara mengejut (untimely death) akibat kemalangan jalanraya menimbulkan kesan yang negatif kepada produktiviti negara. Kemajuan negara mungkin terjejas dalam tempoh jangkamasa yang panjang seandainya tren kematian akibat kemalangan jalan raya ini berterusan.


SENARIO KEMALANGAN JALAN RAYA DI MALAYSIA

Malaysia pada hari ini mempunyai jalinan infrastruktur jalan raya yang serba moden dan adalah antara rangkaian jalan raya yang terbaik di Asia Tenggara. Namun statistik kemalangan jalan raya di Malaysia (Laporan Polis DiRaja Malaysia,1990-1995) menunjukkan bahawa kadar kemalangan jalan raya di Malaysia semakin meningkat dan membimbangkan.


Komentar

Isu simpati dan sayu dengan kajiselidik kadar kemalangan dalam jalanraya sudah banyak diperkatakan. Namun marilah kita bermuhasabah bahwa yang sebenarnya kemalangan dalan jalan 'kehidupan' yang sedang dijalani kini sedang membarah dalam masyarakat. terbabas tersasar menyimpang dari jalan Allah..

Kembalilah kepada Allah sertai masjid, jemaah dan masyarakat menyampaikan Islam

Sekadar mengeluh dan simpati mengenai kadar kemalangan yang saban hari menjengah muka paper tak cukup...sedang diri sendiri pun 'kemalangan' dalam menentukan cara hidup..

Ayuh Ayuh ummahku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan