Isnin, 8 Februari 2010

Bapa Rosman Alwi Meninggal Dunia


Alwi Ahmad meninggal dunia

ARENA lumba basikal tanah air kehilangan seorang tokoh apabila bekas jurulatih berbasikal kebangsaan, Alwi Ahmad, 76, meninggal dunia, semalam selepas hampir setahun terlantar sakit di kediamannya di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

Bapa kepada jaguh berbasikal negara, Rosman Alwi, pernah dua kali diserang angin ahmar menyebabkan dia tidak mampu lagi berjalan atau bertutur seperti biasa.

“Allahyarham adalah mentor saya dan pemergiannya adalah satu kehilangan besar bagi saya,” kata Rosman ketika dihubungi semalam.



Lebih dikenali sebagai Pak Alwi, Allahyarham adalah atlit yang dihormati sekitar tahun 1950-an sebaris dengan nama besar seperti Shaharuddin Jaafar, Abdul Latif Wahab, Mansor Sawi, Malik Selamat, Kwa Chin Swee, Tay Bok Teck, Samat Kanawi dan Alwi Abdullah.

Alwi yang tidak kenal penat lelah berjaya membentuk Rosman menjadi jaguh pecut cukup disegani di Asia suatu ketika dulu. Bekas rakan sepasukan Alwi, Shaharudin Jaafar yang pernah bersama-samanya mewakili negara ke Sukan Asia dan Sukan Olimpik Munich amat terharu dengan pemergian Allahyarham yang dianggapnya legenda sukan berbasikal negara.

“Dia mengorbankan hidupnya untuk sukan berbasikal,” kata Shaharuddin.

Komentar..

Kami warga UHEI bergegas ke Datok Keramat..berbekalkan maklumat dari Encik Shah dan Puan Norrul Huda Ngah Cawangan Hal Ehwal Atlet bahawa alamat 47 Jln Keramat 18 KL dan kemudiannya kami tiba dalam keadaan jenazah sudah mulai berangkat ke tanah perkuburan. Kawasan rumah Allahyarham yang berdekatan Masjid dan Sekolah jalan agak sibuk..kelibat warga sukan terzahir dan khalayak yang datang menziarahi serta pegawai YAKEB pun ada. Apabila tiba ditanah perkuburan,jenazah sedang dikebumikan...
dapat mengucapkan takziah kepada Rosman Alwi di perkuburan dan berjabat tangan dengan Datok Wira Mazlan dan tan Sri Elyas Omar..Jalani Sidek pun ada..


Marilah kita membaca Al-Fatihah untuk arwah dan takziah kepada Rosman Alwi dan keluarga

Tiada ulasan:

Catat Ulasan