Rabu, 6 April 2011

Sebab MALAS..


Anda seorang pemalas?
Atau anda seorang bos yang kecewa dengan sikap pekerja-pekerja anda yang malas dan lembap dalam melaksanakan tindakan? Jangan marah-marah.
Mungkin anda perlu melihat malas dalam horizon yang lebih luas.

Selain melihat malas lebih kepada masalah psikologi atau sikap individu,
malas juga boleh dilihat dari sudut kesihatan. Seseorang itu mungkin malas kerana mempunyai penyakit yang bersimptom kemalasan atau melibatkan hormon.


NASIHAT SYEKHUNA Imam al-Haddad

pernah ditanya mengenai ubat bagi orang yang merasa berat untuk melakukan kebajikan dan cenderung mengikut hawa nafsu.

Beliau menjawab:Ketahuilah bahawa malas beribadah dan cenderung mengikut hawa nafsu ini disebabkan oleh 4 perkara:

(1)
JAHIL,
cara mengatasinya ialah dengan menuntut ilmu yang bermanfaat;

(2)
LEMAH IMAN( letih sistem kepercayaan)
, cara mengatasinya ialah dengan bertafakkur mengenai kekuasaan Allah di langit dan bumi serta tekun beramal sholeh;

(3)
PANJANG CITA DUNIA
cara mengatasinya ialah dengan ingatkan mati dan menyedari bahawa kematian dapat datang setiap saat; dan

(4)
makan sesuatu yang syubhat,
cara mengatasinya ialah dengan bersikap warak dan sedikit makan.

jangan malas tutup aurat dengan sempurna

Tiada ulasan:

Catat Ulasan