Assalamualaikum.
Tinggal beberapa hari sahaja lagi, kita akan menyambut kedatangan bulan ramadhan al-mubarak yang mulia ini. Di kesempatan ini, ingin memohon salah dah silap sekiranya ada, tersalah kata, menyinggung perasaan sesiapa sahaja, yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.
Ramadhan Tahun ini lebih bermakna. Tinggal beberapa hari sahaja lagi, kita akan menyambut kedatangan bulan ramadhan al-mubarak yang mulia ini. Di kesempatan ini, ingin memohon salah dah silap sekiranya ada, tersalah kata, menyinggung perasaan sesiapa sahaja, yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.
Mengharapkan tahun ini, ramadhan lebih bermakna untuk kita pertingkatkan amalan kerohanian kita berbanding amalan duniawi kita. Insyallah, jika kita ikhlas melakukan ibadah Allah kerana keredhaan semata-mata, pastinya ada keberkatan.
Dalam sebuah hadits yang lain daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Puasa itu bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum, akan tetapi puasa yang sebenar-benarnya ialah menahan diri daripada kata-kata yang sia-sia dan kata-kata yang keji.”Sembahyang terawikh.
Insyallah, kalau diberi kesihatan dan masa untuk beribadah, bersama-samalah kita memakmurkan surau/masjid berdekatan dengan rumah kita.
Kurangkan:
- Tidur yang berlebih-lebihan diwaktu siang
- bercakap-cakap perkara duniawi hingga tak ingat dunia
- Melihat benda-benda yang mendatangkan keinginan
- Berkumur-kumur dengan berlebihan.
- Zikir
- Menjamu makan, terutamanya anak-anak yatim piatu. memuliakan mereka sangat digalakkan.
- membaca Al-quran secara konsisten
- Bersedekah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan