Jumaat, 11 Mei 2012

Blog yang terbengkalai & jiwa di pugar

Sesudah melalui episode getir di Sea Games sebagai pengawai pengiring kontijen atlet ke Palembang.
Banyak peristiwa yang diri ini lalui mendidikku sekaligus mengenal erti diri dan makhluk ciptaannya.
18 hari cukup menginsafi diri lebih-lebih lagi rakan sebilik cikgu Harun Osman telah pergi meninggalkan dunia ini .

Hampir 6 bulan tak mampu mengetuk taip keyboard kebetulan pihak ICT di tempat bertugas telah menukar dengan pc opis yang lebih canggih (Bukan lagi monitor besar) tapi monitor yang sekeping sahaja. Ianya juga turut membantutkan usaha mahu menulis sedikit sebanyak.

Namu setelah mendapat nasihat beberapa sahabat. Insyallah demi jihad dalam penulisan sebagai saham di alam sana, kenapa tidak dikorbankan masa dan idea!
betul tak?

Orang lain boleh kenapa saya tidak?

Kata -kata motivasi senatiasa membangkitkan dinoma diri.

Saya mencuba dan dapat mengupdate twitter di alamat ibnusyabab dan FB mohammad hasnol abu bakar yang berbaju harimau belang.
Itu sahaja yang terdaya.

Namun setelah memikir budaya menulis wajar dipugarkan, saya mesti melakukan anjakan pradigma.

Tajuk blog akan berkisar mengenai tajuk idea berdasarkan setipa kelas pengajian dan pengalkaman hidup yang dilalui.

Ini cara dapat dikongsikan bersama pembaca selain ianya sebagai sejarah hidup untuk dibaca oleh anak-anaka saya kelak.

Tadi semasa Maghrib, ramai sungguh berbaju merah di Bukit Jalil. Dulu ramai yang kuning kini warna merah. Namun yang penting adakah hati kita secerah putih apabila menemuiNya kelak di akhirat.

Sungguh perjuangan memutihkan hati telah lama bermula..
Jom bersama..

Kalau dengan taipan keyboard boleh membawa putihnya hati dan juga melalui penulisan mengaktifkan Blog ibnusyabab..
why not!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan