HARI HARI, HARI IBU
Kemungkinan lagu ini mampu mengembalikan memoir lama ketika
kita masih kecil lalu siapa yang senantiasa bersama kita..
Siapa yang menyokong kita..?
Tika ditimpa musibah kesdihan?
Tika mendapat tempat Berjaya ,siapa?
Memuliakan
ibu adalah dituntut sepanjang tahun sepenuhnya. Menghormati ibu, menuntut
keredhaannya, berkhidmat dan berbuat apa sahaja... kebaikan kepadanya adalah dituntut dengan tuntutan yang
tegas (wajib) sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan sunnah
Rasulullah s.a.w. Perkara ini sudah diketahui umum oleh mana-mana manusia.
HUKUM
MENYAMBUT HARI IBU - SUATU KHILAFIYAH YANG TAK PERLU DIPERTENGKARKAN
(Oleh
Syeikh Faisal Mawlawi):-
Memuliakan
ibu adalah dituntut sepanjang tahun sepenuhnya. Menghormati ibu, menuntut
keredhaannya, berkhidmat dan berbuat apa sahaja kebaikan kepadanya adalah
dituntut dengan tuntutan yang tegas (wajib) sebagaimana yang termaktub di dalam
al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Perkara ini sudah diketahui umum oleh
mana-mana manusia.
Cuma,
orang-orang Barat menjadikan sebagai adat dan budaya dengan menetapkan satu
hari dalam setahun untuk dijadikan sebagai Hari Ibu. Di mana pada hari itu
anak-anak menghulurkan hadiah kepada ibu mereka untuk memuliakan dan sebagai
tanda penghormatan.
Orang Islam
pula, dari sudut syarak, tidak ada perayaan/hariraya melainkan Idul Fitri dan
Idul Adha. Selain perayaan/hariraya ini, iaitu yang mengambil sempena sesuatu
perkara, maka ia tidaklah lebih dari hanya sekadar merayakan sempena sesuatu
itu sahaja. Contohnya, seperti apa yang dinamakan sebagai hari ibu, atau
perayaan untuk peringatan sesuatu peristiwa tertentu.
Jika kita
menganggap bahawa apa yang dinamakan oleh orang-orang barat sebagai hari ibu
itu sebagai hari memuliakan/menghormati ibu hanya sebagai tambahan sahaja
(kewajipan menghormati ibu telahpun siap kita laksanakan), maka di sana syarak
tidak menghalangnya. Yang ditegah oleh syarak ialah jika perayaan berkenaan
dianggap sebagai ‘id/perayaan dengan maksud syar’i. Begitu juga ditegah jika
pembatasan menghormati dan memuliakan ibu hanya pada hari berkenaan sahaja.
Jadi, jika dua perkara ini ternafi, maka tidak ada halangan untuk memuliakan
atau menghormati ibu pada hari ibu.
Dilarang
juga merayakan hari ibu kerana bertaklid kepada non muslim dan
bertasyabbuh/menyerupai/meniru2 mereka.
Kita
berpegang bahawa meniru-niru non muslim dan menyerupai mereka adalah tidak
dibenarkan pada perkara-perkara yang khusus untuk mereka sahaja serta tidak
mempunyai asas di dalam syariat kita. Adapun memuliakan ibu sebagaimana
diketahui umum memang mempunyai asasnya di dalam syariat. Oleh itu, perkara ini
tidaklah dapat dianggap sebagai meniru-niru/menyerupai non muslim yang ditegah.
When I am down and oh my soul, so weary
When troubles come and my heart, burdened be
Then I am still and wait here in the silence
Until you come and sit a while with me
(CHORUS)[2x]
You raise me up so I can stand on mountains
You raise me up to walk on stormy seas
I am strong when I am on your shoulders
You raise me up to more than I can be
(CHORUS)[2x]
You raise me up to more than I can be
When troubles come and my heart, burdened be
Then I am still and wait here in the silence
Until you come and sit a while with me
(CHORUS)[2x]
You raise me up so I can stand on mountains
You raise me up to walk on stormy seas
I am strong when I am on your shoulders
You raise me up to more than I can be
(CHORUS)[2x]
You raise me up to more than I can be
Tiada ulasan:
Catat Ulasan