Saya,Imam zakaria,Hj Halid & Dato' Rahman |
Antara saat yang tidak dapat dilupakan ialah keterujaan diri untuk melihat sendiri bagaimana agaknya program tahlil di bumi Indochina. Hari selasa (30 Okt 2012) selepas menempuh perjalanan darat yang melepasi 8 jam dari Phnom Penh melalui kampung Champa menuju sempadan Vietnam dan terus ke Ho Chin Minh.Kota selertan Veitnam.
Majlis itu diadakan selepas isyak di masjid nguen trai,pinggir Ho Chin Minh. Apabila bas kami bas no 3 tiba, tetamu dari Kedutaan belum tiba. Hanya wakil dari Syarikat GLC Petronas sahaja sudah tiba. kami sempat beramah mesra dengan warga islam dari kalangan orang muda muslim. yang muda sibuk menyiapkan hidangan dan golongan veteran pula berbincang dengan urusetia dalam masjid.
Solat isyak diimamikan oleh Ybhg Ketua Pengarah JAKIM Datok Othman Mustapa. Selepas tahlilan kami dihidangkan dengan ucapan balas dari imam Zakaria dan wakil kedutaan Konsul Jeneral Tuan Shazili.
Selepas itu apa lagi makan malam jamuan aqiqah ala masakan melayu champa. Sedap sungguh macam manis seperti masakan orang kelantan. Ketika makan jamuan aqiqah malam itu,tetiba teringat wajah anak2 along razali, izzul abror dan anak fallanie.
Moga allah swt terima 'tebusan' pewaris jihad anak-anak kita.
Allahu fasyad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan