Khamis, 26 Ogos 2010

Kekuatan Kerohanian Atlet menuju...



Pengisian rohani untuk atlet


2010/08/26 METRO

SELAIN persiapan fizikal dan mental atlet negara ke Sukan Komanwel dan Sukan Asia, mereka juga bakal mendapat pengisian rohani.

Ketua Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) Majlis Sukan Negara (MSN), Ustaz Mohammad Hasnol Bin Abu Bakar berkata, satu program menumpukan aspek kerohanian akan diadakan di sesi latihan pusat peringkat akhir di IOI Palm Garden Resort di Putrajaya dari 19 hingga 25 September ini.

“Antara program kerohanian yang akan diadakan ialah tazkirah, majlis bacaan Yassin dan doa selamat disertai pegawai dan atlet beragama Islam,” katanya.


Menurut beliau, sempena Ramadan, atlet beragama Islam yang menginap di asrama MSN turut mengerjakan sembahyang Terawih beramai-ramai.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pengisianrohaniuntukatlet/Article

layari www.msn-uhei.blogspot.com/






Rabu, 25 Ogos 2010

Separuh Masa Kedua daa..



“Wahai orang-orang yang beriman, puasa telah diwajibkan ke atas kamu sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas generasi sebelum kamu, mudah-mudahan (dengan puasa itu) kamu bertaqwa” [al-Baqarah 2: 183]

Sahabat,

Kita sudah pun masuk ke separuh kedua bulan Ramadhan. Separuh kedua ini biasanya adalah pusingan penentu. Jika kita umpamakan Ramadhan ini seperti perlawanan bola sepak, separuh masa kedua bukan lagi ruang untuk cuba-cuba mengintai pihak lawan, berkhayal mencari strategi dalam bayangan atau sekadar berlari turun naik padang tanpa arah tujuan. Semua orang sudah mesti tahu apa peranan masing-masing dan sudah tiba masanya untuk bertindak dan menyerang.

Apakah jaringan kita setakat separuh masa kedua ini?


Andai masih 0-0, perlu dikaji apa yang tidak kena. Maksiat kita tinggalkan, tapi kebaikan tidak kita lakukan. Tambah-tambah lagi jika maksiat ditinggalkan hanya semata-mata “rakan syaitan jin dan manusia” tertambat dan bukannya kerana dorongan mahu mendampingi Tuhan. Jangan lupa, buat sesuatu kerana selain Allah itu riya’, meninggalkan sesuatu kerana selain Allah juga adalah riya’.

Andaikata kita sudah mendahului dengan jaringan 1-0, syukurlah kepada Allah. Namun kita belum selamat. Pasukan Nafsu masih terlalu hampir untuk membuat jaringan persamaan, mereka tidak henti-henti menyerang sedangkan pertahanan kita semakin keletihan. Tambahlah bilangan bola yang berjaya dibawa melepasi pertahanan Pasukan Nafsu yang degil itu. Biar jarak kemenangan kita itu berada di zon selamat, bukan sentiasa di atas urat.

Tambah-tambah dekat nak Raya, penyokong pasukan nafsu semakin bersesak-sesak masuk ke gelanggang. Pekiknya makin menggerunkan. Jangan pula kalian lemah semangat kerananya. Kita pasukan Tuan rumah, harus menang sekurang-kurangnya di gelanggang sendiri.

Namun, kalau sudah masuk pusingan kedua, masih lemah ditinggalkan masa, hubaya hubaya… kamu di ambang kekalahan. Piala Taqwa itu bakal jatuh ke tangan orang lain, iaitu ke tangan Pasukan Nafsu yang memang diketahui tidak kenal dan kenang nilai Piala Taqwa. Ia hanya mahu mengalahkan pasukan kita, ia hanya mahu melihat Piala Taqwa itu tidak berada di tangan kita.

Apakah musim depan kita masih berpeluang untuk masuk gelanggang? Tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan, bahkan jurulatih terhandal pun tahu masa yang ada di tangan kita hanyalah sekarang. Masa lalu telah berlalu, masa hadapan tak pasti kesampaian. Dan masa sekarang yang ada di tangan kita, hanya tinggal separuh masa kedua… apakah masih ada ruang untuk berlengah?

“Jibril datang kepadaku dan berkata, ‘Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadhan, namun setelah bulan itu habis dan ia tidak mendapat ampunan, maka jika mati ia masuk Neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakan: Amin!. Aku pun mengatakan: Amin! “ (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Shahihnya)

ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Ahad, 22 Ogos 2010

HALAL ATAU !!!



Salam ukhuwwah.

Buffet Ramadhan

Kebelakangan ini media massa asyik mengulang-ulang kes buffet Ramadhan di hotel-hotel yang tiada sijil halal.Saya masih ingat,Ramadhan yang lalu perkara ini pun telah dibincangkan juga.Ini menunjukkan keprihatinan pihak berwajib terhadap isu halal ini.Dalam masa yang sama ia memberi kita satu signal bahawa,isu ini masih belum selesai iaitu kepekaan tentang isu halal masih rendah di kalangan pengusaha makanan serta pengguna itu sendiri.

Halal bukan sekadar tidak mencuri:

Samalah seperti bekerja.Sesetengah orang hanya melihat rezeki yang dicarinya halal kerana dia tidak mencuri.Jarang-jarang orang merenungkan keberkatannya dalam hal menjaga amanah waktu dan tugas yang diberikan.Maka terjadilah tidak hadir bekerja tetapi ada wakil yang mengetik kad kedatangan bekerja.Tidak cukup masa menanda kertas jawapan,buat timbangkati sahaja.Itulah kalau kita cakap memang orang tak suka sebab yang benar itu memang selalunya pahit.Hari ini jika terjadi di kalangan pelajar saya,saya dengan telus menyatakan pada mereka,kalau tidak hadir jadilah seorang yang gentleman iaitu mengaku sahajalah tidak hadir.Buat apa mohon rakan-rakan tandatangan kehadiran bagi pihak kamu.Itu kalau belajar mana nak dapat berkatnya?Kalau bekerjapun samalah macam tu dan paling penting minta dijauhkan sabitbabitkan hal ini dengan saya...Na'uzubillah.

Makanan halal:

Berbalik kepada perbincangan di atas,mencari yang halal adalah fardhu bagi Muslim.maka sewajarnya kita prihatin terhadap perkara dalam kehidupan kita seperti makanan,pakaian,wangian,pekerjaan dan lain-lain lagi.Perkara pertama ialah makanan yang halal.Allah itu Maha Pemurah,maka sebenarnya dalam dunia ini banyak benda yang halal atau hukum asalnya harus berbanding yang haram.Sesetengah bukan muslim cuma beranggapan yang tidak halal itu adalah khinzir dan anjing tapi tidak jelas tentang aspek kesucian yang lain seperti bab penyembelihan dan sebagainya.

Tahniah kepada seriusnya Encik Abdul Rashid Pengarah Bhg Khidmat Pengurusan MSN dalam mendapat sijil halal Jakim kepada staff cafetaria walaupun agak komplikated urusannya.Ini bagi memastikan kerohanian atlet pada sudut makanan terjaga dan terus terjaga..

Pengharaman Khinzir:

Biarpun di dalam Al-Qur'an dinyatakan "daging khinzir"tetapi jumhur ulama bersepakat bahawa sedangkan daging babi yang besar sifatnya itu diharamkan,apatah lagi yang kecil-kecil seperti bulu,kulit,usus dan lain-lain lagi.Walaupun demikian Allah itu pemurah maka dalam keadaan darurat masih dibolehkan makan khinzir sekadarnya untuk menahan diri dari mati.Bahan dari khinzir masih diharuskan kepada pasukan perubatan jika sumber-sumber yang lain tidak diperolehi.

Namun saya terpanggil dengan perkongsian program Tanyalah Ustaz(Ahad:15.08.2010).Dalam program tersebut,ustaz menerangkan bahawa binatang bernama khinzir ini diciptakan Allah lebih kurang macam pokok kelapa iaitu sifatnya yang serba-guna.Khinzir,bulunya,dagingnya,kulitnya hatta ususnya ada manfaat kepada manusia.Namun kita jangan lupa bahawa kajian sains menerangkan bahawa paa khinzir terdapat kurang lebih 33 jenis cacing pita yang mendatangkan penyakit.Dalam keserbagunaannya itu Allah letakkan pengharaman,supaya menilai sejauh mana taabbud hamba padaNya,subhanaAllah.

Kemudian ustaz membincangkan tentang wangian yang disifatkan dibubuh alkohol.Menurut ustaz,semua arak adalah alkohol dan bukan semua alkohol adalah arak.Adakah memakai minyak wangi boleh memabukkan seseorang?Maka alkohol yang tidak bersifat arak diharuskan penggunaannya.Namun jika masih was-was,ditinggalkan itu lebih baik.Hm...banyak persoalan halal haram ini kan?

Selain dari yang halal kita jangan lupa disekalikan di dalam perintah Allah kesucian"halalan tayyiba".Maka perlu direnungkan kembali makanan yang kita masak adakah mencapai piawaian halal dan suci.Apatah lagi jika kita membelinya bukan?

Dahulu sibuk tentang pembelaan ikan keli di bawah kumbahan najis khinzir.Maka apakah pula hukumnya memakan ikan keli tersebut?Disepakati bahawa sifat asalnya adalah harus,tetapi apabila makanan yang dimakan untuk membiakkan dan membesarkan ikan tadi adalah najis maka,najislah hasilnya.maka sewajarnya kita jauhi.Begitulah juga dengan bahan tenusu,jika lembu atau kambing yang diperah susunya tadi makan najis,maka wajarlah dielakkan kita mengambilnya.Selain itu disentuh juga perihal orang tua-tua dahulu kalau mahu menyembelih lembu,kambing,kerbau,ayam dan itik masing-masing akan dikurung sekurang-kurangnya tiga hari bagi membersihkan proses penghadaman ternakan tersebut dan dijaga makan-minumnya supaya tidak dicurigai memakan najis.Begitulah prihatinnya masyarakat dahulu yang rata-rata tidaklah dipantau sangat soal isu halal ini.

Kalau ingin disenaraikan sangat banyak kan?Pakaian kita,barang kegunaan seharian,makanan huh sangat banyak.maka,sebaiknya pilihlah yang dikeluarkan muslim itu yang paling dekat dengan Allah,insyaAllah.Semoga urusan kita mencari yang halalan toyyiban dipermudahkanNya,amin.

Pengajaran:

Halal bukan setakat ia bukan khinzir atau anjing,namun lebih luas dari itu.Bagaimanapun jangan melupakan aspek ketegaran dan keanjalan yang disediakan oleh Allah SWT sebagai pemudahcara kita.Dalam banyak keadaan pilihlah keluaran Muslim.Ingat,mencari yang halal itu adalah satu kewajipan bagi Muslim.

Insyallah 1minit berkaitan pengarah2 di MSN dari uhei akan dikeluarkan untuk sama2 mengambik cakna bersama. jika tidak kita siapa lagi!

Wallahu a'lam.


Gigi dan Anda!


Sengaja isu ini masukkan pada entry terkini kerana apabila menziarhi bonda di sg buloh , bonda mengadu sakit gigi begitu juga zaujah ku tempohari..ini merisaukan ku kenapa ya..! lagi pun gigi juga anggota mulut yang diberikan AMARAN supaya dijagai dari mengumpat dan kata2 zuur Mengiut Imam Ibnu hajar dalam fathul baari menukilkan pendapat Baidhowi bhw jika terjebak zzur tiada apa-apa pahala atau ganjaran PUASA . buang boras jer...( kata org kampung saya)

Artikel ini ada sikit info

Mungkin ada yang pandang remeh tentang kecantikan dan kebersihan gigi mereka tapi sebenarnya ia turut membantu membaiki penampilan seseorang.

Bayangkan, wajah sikit punyalah cun. Memang tangkap lelehlah. Tiba- tiba tengok gigi, hancus! Rupanya rongak! La! Tak ke haru tu? Jadi, siapa cakap tak penting menjaga gigi? Tapi tahukah kamu bahawa gigi juga mampu merungkap rahsia peribadi diri? Wah! Ini yang menarik! Apa kata kamu baca saja artikel ni ek!

Jarang dan kecil
Mereka yang memiliki bentuk gigi sebegini dikatakan suka menilai diri orang lain. Pasti ada saja yang kena pada pandangan mata mereka. Tapi yang tak syoknya, dia sibuk menilai orang lain tapi tak suka orang lain menilai atau mengkritik dirinya, Tak patut! Selain itu, dia juga sukar mengalah, Tapi kadangkala mengalah itu perlu. Apatah lagi kalau memang kamu yang bersalah. Beralah sajalah!

Bersaiz sederhana dan rata
Cantiknya gigi dia . Teratur sekali dipandang, macam gigi palsu pulak. Tapi gigi original tau. Agaknya apakah kriteria mewakili bentuk gigi seperti ini? Orang yang memiliki bentuk gigi sebegini adalah seorang yang baik hati dan suka menolong. Bak kata orang, ringan tulanglah. Kalau ada yang minta bantuan, pasti tak dikecewakan. Sebenarnya mereka ini ingin sentiasa membahagiakan orang lain. Boleh juga mereka tumpang gembira. Untungnya dapat kawan/ kekasih macam mereka ni kan?

Besar dan jarang .
Aduh! Rupanya orang yang bergigi besar dan agak jarang jaraknya antara satu sama lain ini bersifat iri hati dengan kejayaan orang lain. Tak elok macam tu. Itu kan dah rezeki mereka. Buat apa nak dengki. Menyakitkan hati kamu saja. Leb ih baik kamu belajar untuk terima kenyataan dan jangan asyik nak berdengki. Selain itu, sifat negatif kamu juga, seorang yang keras kepala. Mulalah tarik muncung 44 inci kalau tak diikuti kemahuan. Tapi awas, mer eka ini sanggup melakukan apa saja demi memastikan apa yang dikehendaki itu diperolehi. Bahayanya! Sebagai kekasih/teman mereka, kamu harus berbanyaklah bersabar dengan sikap mereka itu apatah lagi dengan sikap manja yang dibuat buat tu. Erk! Gelemannya!

Jongang dan kecil
Mak oi! Jangan ingat semua orang yang gigi ‘ke depan’ tu tak cantik . Ada juga yang masih kelihatan manis dan cantik. Apapun, apa pula maksud pemilik bentuk gigi ini? Sekiranya giginya berbentuk agak jongang dan kecil, bermakna dia masih lagi bertolak ansur dengan orang lain. Maknanya keras kepalanya itu bertempat dan masih boleh dibawa berunding. Kata orang tu, dalam keras ada lembutnya!

Jongang dan besar
Fuyoo! Benteng pertahanan kena kuat dan kukuh. Banyaklah bersabar kalau ada teman/kekasih seperti mereka ini. Menduga iman sungguh! Kamu haruslah kena banyak bersabar dan tahan saja dengan mulut celupar mereka tu. Mereka juga mudah mengeluh dan tak pernah puas hati dengan apa yang telah dimiliki. Sikap itu ada positifnya kerana mereka mudah menempa kejayaan dan akan sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik. Selainitu, mereka ini agresif orangnya dan ringan tulang!

Tidak tersusun
Kadangkala tengok orangnya memang cantik. Tapi bila dia tersenyum menampakkan giginya yang tak begitu rata dan sekata, mengurangkan kecantikan yang dimilikinya itu. Namun kata orang, biarpun giginya tak cantik tapi hati budinya ‘cantik’. Usah kerana tengok gigi tak cantik maka ingat perangai pun tak berapa cantik juga. Mereka ini merupakan teman bicara yang amat memahami. Tidak rugi menjadikan mereka ini sebagai tempat meluahkan hati kerana mereka sentiasa mendengar dan memberi nasihat. Mereka juga berpengetahuan luas biarpun sikapnya kebudak-budakan kadangkala merimaskan. Selain itu, mereka juga pandai membahagiakan orang lain.

Seolah masuk ke dalam
Bila diperhatikan, struktur giginya seolah ‘ke dalam’ sikit. Ia menandakan bahawa mereka seorang yang pemalu dan suka menyembunyikan sikap sebenar diri mereka tapi mereka agak pasif. Selalunya mereka ini bersikap pendiam dan tidak begitu pandai bergaul dengan orang lain. Selain itu, mereka juga cukup pandaimenyimpan rahsia kecuali kepada orang yang benar-benar telah meraih kepercayaan mereka.

Kecil dan tersusun
Selalunya berwajah keanakan dan tampak semakin menarik dengan gigi yang kecil dan tersusun indah itu. Mereka yang memiliki gigi sebegini dikat akan suka menolong orang dan boleh dipercayai percakapan mereka. Aduhai! Beruntungnya mereka yang memiliki kekasih seperti ini kerana mereka seorang kekasih yang hebat!


Naik berat juga!


Berdasarkan pengalaman Ramadan lalu, yang mana lebih kerap berlaku kepada anda? Adakah berat badan berkurang atau makin bertambah menjelang Aidilfitri? Kalau turun pun, biasanya berat badan bertambah semula dengan cepat, khususnya pada minggu pertama raya.

Bahkan ada yang mengadu berat badan bertambah sehingga 3 kilogram dalam masa tidak sampai 2 minggu selepas Hari Raya pertama! Tidak kurang juga yang berat badannya makin bertambah walaupun berpuasa sebulan.

Kedua-dua senario di atas adalah perkara biasa yang disebabkan tabiat pemakanan sepanjang Ramadhan.

Bagi yang mahu mengurangkan berat badan, bulan puasa masa paling sesuai untuk memulakan usaha ini kerana Ramadhan memberi peluang kita melakukan 'pembersihan badan' secara menyeluruh.

Mudah, Tapi Banyak Godaan

Langkah perlu dilakukan cukup mudah, iaitu hanya dengan menjaga pemakanan, melebihkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan minum banyak air — sekurang-kurangnya satu liter sehari, khususnya air masak.

Namun, bukan mudah untuk minum air sebanyak itu pada waktu malam kerana menyebabkan seseorang kerap ke tandas, tetapi ia perlu dilakukan bagi melancarkan sistem badan dan mengelak masalah ketika berpuasa.

Malah, untuk mengamalkan tabiat pemakanan sihat juga sebenarnya lebih mudah disebut daripada dilaksana, tambahan pula pada Ramadhan biasanya muncul beraneka jenis makanan yang jarang ditemui pada bulan lain.

Selain itu, kemunculan ramai peniaga sambilan yang kreatif menyukarkan lagi usaha ini kerana hati mana tidak tergoda melihat kepelbagaian lauk-pauk untuk berbuka, apatah lagi jika cara masakannya memenuhi selera kita.

Harus diingat bahawa Ramadhan sebenarnya bulan mendidik hati dan diri untuk bersabar serta lebih berdisiplin, terutama apabila menghadapi makanan. Masalahnya, ramai 'terlupa' dan kalau boleh mahu mencuba semua jenis makanan ketika berbuka, sedangkan kita mempunyai 30 hari puasa.

Perkara ini menyebabkan kita terdorong untuk mengambil makanan yang tidak diperlukan dan biasanya ia berakhir dengan pembaziran.

Minum Air Secukupnya

Cara terbaik untuk berbuka ialah memulakan dengan hidangan ringan seperti diamalkan Nabi Muhammad SAW iaitu kurma dan air.

Minuman terbaik ialah air masak. Boleh berbuka dengan air manis tetapi jangan minum terlalu banyak kerana kemanisan itu menyebabkan kita cepat letih ketika berpuasa.

Lebih banyak minum air masak, lebih baik. Untuk bulan puasa, saranan minum air 7 hingga 8 gelas air sehari (termasuk air manis, kopi dan teh) sebenarnya masih tidak mencukupi kerana kopi dan teh mempunyai kesan diuretik yang akan membuatkan kita kencing lebih banyak.

Tidak mahu kerap ke tandas pada waktu malam dan berasa perut 'terlalu penuh' menyebabkan ramai tidak minum air secukupnya. Namun tahukah anda, keletihan dan sakit kepala yang dialami kebanyakan orang sepanjang Ramadhan sebenarnya disebabkan kekurangan air dalam badan.

Kawalan Lebih Baik

Puasa diakui secara saintifik sebagai satu cara untuk mengekal dan meningkatkan tahap kesihatan. Banyak kajian menunjukkan kawalan gula rata-rata pesakit kencing manis adalah lebih baik pada Ramadhan berbanding bulan lain.

Begitu juga masalah tekanan darah tinggi, kolesterol dan obesiti. Antara masalah yang kerap dialami kebanyakan orang sepanjang Ramadhan ialah :

# Keletihan
# Pening
# Sakit kepala
# Sembelit
# Penghadaman terganggu
# Paras gula rendah
# Kejang otot
# Ulser peptik
# Pedih ulu hati
# Gastrik
# Mudah jatuh sakit
# Berat badan menurun
# Berat badan bertambah

Semua masalah yang disenarai di atas boleh diatasi dengan menjaga pemakanan. Pemakanan pada bulan puasa sama seperti hari tidak berpuasa, bezanya cuma waktu makan.

Lebih ringkas, lebih baik kerana selain memenuhi tuntutan agama dan menimbulkan keinsafan, puasa menjadi jalan mudah mengekalkan kesihatan. Justeru, berat badan kita patut kekal sepanjang berpuasa.

Menurunkan Berat Badan

Bagi yang ingin menurunkan berat badan, ini adalah waktu terbaik. Malah, usaha menurunkan berat badan lebih mudah pada bulan puasa kerana ketika kita kurang makan, kita masih menggunakan jumlah tenaga sama.

Kesan dapat dilihat lebih jelas jika kita turut melakukan senaman ringan seperti berjalan cepat sekurang-kurangnya selama 20 hingga 30 minit setiap hari. Ini kerana lemak adalah sumber tenaga yang paling sukar digunakan.

Lemak dalam simpanan hanya ditukar ke bentuk tenaga apabila kita melakukan aktiviti cergas yang membuat degupan jantung mencecah kadar degupan sasaran atau sehingga kita terasa mengah tetapi masih boleh bercakap. Ini dapat dilakukan apabila kita bersenam selama 20 hingga 30 minit.

Lanjutkan senaman anda pada waktu malam dengan solat tarawih kerana ada kajian mendapati solat terawih boleh membakar sehingga 200 kalori. Ini bersamaan dengan berjalan cepat atau menari selama 30 minit! Jadi anda mendapat 2 manfaat pada satu masa.

Walaupun ramai memberi alasan penat, bersenam ketika puasa boleh meningkatkan tenaga dan membuatkan badan lebih segar. Yang penting, ia dilakukan secara bersederhana, dilakukan dalam cuaca yang tidak terlalu panas dan berhenti apabila terasa penat.

Ia juga membantu memudahkan pesakit mengawal penyakit mereka, meningkatkan keseimbangan, menguatkan tulang, menyingkir toksik dari badan, meningkatkan sistem imun, menambah keanjalan otot dan lebih menarik, ia dapat memperbaiki bentuk badan.

Pilihan Makan Ketika Berbuka dan Sahur

Cara disarankan ialah memulakan berbuka dengan sajian ringan. Memadai berbuka dengan kurma, air, bijirin atau roti mil penuh. Hanya selepas solat Maghrib baru makan sajian lebih berat mengandungi sumber karbohidrat, protein dan serat.

Bagi yang mahu makan selepas solat tarawih, pilih makanan ringan seperti buah-buahan. Kita sepatutnya memberi 'badan' rehat daripada makanan sebelum tidur untuk mengelak makanan tidak sempat dihadam.

Sepatutnya sajian paling berat diambil ketika sahur. Usah tinggalkan sahur kerana sahur mempunyai banyak hikmatnya. Sahur bermakna hari baru sudah bermula. Ini sebabnya kita digalak melewatkan sahur dan jangan sambung tidur selepas makan.

Minum air sebanyak mungkin bermula daripada berbuka hinggalah bersahur. Jenis air termasuk sup, jus buah, minuman manis, kopi, teh dan air kosong.

Namun lebih baik jika melebihkan minum air kosong. Kalau mahu jus buah, pilih jus rendah gula atau buat sendiri. Elak minum jus buah daripada kordial kerana ia mengandungi banyak gula. Antara cara lain ialah bawa air diminum antara solat.

Jenis makanan yang perlu dielak? Makanan berlemak, berminyak dan bersantan. Ini termasuk kuih muih yang tinggi kandungan kalorinya. Kurangkan makanan bergoreng kerana ia boleh meningkatkan selera dan menyebabkan kita makan lebih banyak.

Makan perlahan-lahan dan kunyah makanan hingga hancur baru ditelan. Jika kita makan atau minum terlalu cepat, kita sebenarnya memasukkan banyak udara ke dalam badan yang menyebabkan masalah perut berangin. Selain itu elak minum minuman berkarbonat ketika berbuka kerana ia juga menyebabkan masalah ini.

Bagi individu yang mahu menguruskan badan, kurangkan makan kuih muih pada bulan puasa. Sentiasa cuba kurangkan pengambilan makanan, sama ada ketika berbuka atau sahur. Jika anda sukar menahan keinginan, belajar menolak apabila dipelawa berbuka secara bufet.

Biasanya pada penghujung Ramadan, ramai kurang berselera makan dan tidak banyak minum air. Ini menyebabkan berat badan mereka menurun.

Namun jangan salah sangka, berat yang hilang sebenarnya berat air dan ia akan kembali apabila kita mula makan seperti biasa ketika hari raya. Ini sebabnya ada yang mengadu berat badan mereka bertambah 2-3 kilogram pada minggu pertama Syawal.

Penurunan berat badan ideal ialah setengah kilogram seminggu atau 2 kilogram sebulan. Walaupun tidak menyarankan pengambilan buah-buahan sebagai sajian pertama ketika berbuka, ia boleh dilakukan bagi individu yang mahu mengurangkan berat badan kerana kandungan serat dalam buah membuatkan seseorang cepat kenyang. Melalui cara ini individu itu terhindar daripada makan makanan lain secara berlebihan.

Bagi yang berasa tidak sihat dan tidak berselera sepanjang Ramadan, adalah disarankan supaya mengambil makanan tambahan untuk mengelak masalah kekurangan zat dan keletihan melampau.

Makanan tambahan ini boleh diambil pada bila-bila masa, sama ada ketika berbuka atau sahur mengikut keselesaan masing-masing.

Sumber : http ://www . info-kesihatan-anda . blogspot . com/



Piawaian Puasa di hari ke 12



Salam ke 12 ramadhan di ucapkan kepada semua umat islam yang ade di muka bumi khasnya warga sukan yang terdiri dari pegawai sukan MSN, ISN dan KBS dan segala dalam jajahannya termasuk atlet dalam pelbagai program jurulatih . Semoga kita perolehi kebahagian pada bulan yang mulia ini. Semoga Kalian Dapat Menjalankan Ibadah Puasa Kali Ini Dengan Hati Yang Tenang & Sabar. Jika rasa nak berbuka rasa tak tahan kena ingat bahawa puasa yang tahun-tahun lalu pun tak terganti guane gamok !(loghat gannu)

'Next lap' kini pusingan kedua bulan ramadhan dah masuk, 10 hari yang pertama sudah ditinggalkan. wah! cepatnya masa berlalu. kita sebagai umat islam khasnya warga sukan wajar bersyukur kerana dapat hidup di muka bumi ini sehingga sekarang kerana dapat menjalani ibadah puasa iaitu bulan yang mulia. Suatu perjalanan kerohanian yang amat menarik untuk kita. Bayangkan setiap kita ada menjalani training tertentu. Ada yang training fizikal di waktu pagi, petang bahkan malam pun ada.. Fizikal test dan juga kelas mental..kelas ilmu..

Namun sedarkah bagaimana pula traning spiritual kita..sejauh mana dan darjah keseriusan kita! Sesungguhnya bulan Ramadhan adalah 'benchmark'nya..sebab apa? Ini kerana hanya nafsu menjadi saingan kita. Bukankah syaitan sudah diikat dan dibelenggu! Gentelman kita kerana face to face dengan hawa nafsu kita.

Banyak faedah boleh kita perolehi pada bulan ramadhan ini antara nye ialah:-

■Mengajar kita mengawal dan menguasai diri untuk mendapatkan kebaikan dan kejayaan bagi diri kita sendiri dalam menyempurnakan ibadah ini dan bersabar dalam melakukan ketaatan dan meninggalkan nafsu syahawat kita.

■Hikmah puasa juga ialah menjaga kesihatan tubuh badan hasil daripada berlapar diri pada siang hari sekaligus dapat memberi rehat kepada sistem penghadaman dan mengeluarkan simpanan makanan kita yang telah Allah ciptakan dalam tubuh kita yang menyebabkan keracunan dan mudarat terhadap tubuh kita.

■Selain itu kita boleh mendidik diri kita menjadi seorang yang penyabar untuk meninggalkan segala keinginan dirinya secara taat dan sukarela.

■Faedah puasa juga ialah dapat melembutkan hati dan menjinakkannya untuk mengingati Allah dan memutuskan dirinya daripada segala kesibukan dunianya.

Banyakkah faedah kita perolehikan pada al mubarak kali ini .

ohya apa khabar puasa kita di hari ke 12 ini ?

Adakah lebih baik dari yang lalu..!!

Bak pepatah " Anda buat Anda Dapat "







Khamis, 19 Ogos 2010

Sahur pada perpektif Ibnu Hajar Al-Asqolani


Bersahur untuk berpuasa merupakan tuntutan dan galakan daripada Rasulullah s.a.w. sebagaimana jelas disebutkan dalam sabda Baginda:

تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِى السَّحُورِ بَرَكَةً

Maksudnya: bersahurlah kamu semua, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan - [Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Apakah kepentingan bersahur pada waktu itu sehingga ia digambarkan sebagai satu keberkatan?

Menurut Imam Ibnu Hajar al-Asqalani ketika menghuraikan hadith ini di dalam bukunya Fathul Bari, keberkatan pada amalan bersahur itu membawa beberapa makna. Berikut adalah ringkasan daripada apa yang beliau nyatakan :

1- keberkatan dengan maksud ganjaran dan pahala daripada Allah SWT.

2- keberkatan dengan makna ia memberikan kekuatan dan mengurangkan keletihan bagi mereka yang akan berpuasa.

3- keberkatan kerana waktu sahur adalah waktu untuk berdoa dan beribadah.

4 - ia merupakan satu sunnah Rasulullah s.a.w.

5 - ia merupakan amalan yang membezakan kita dengan ahli kitab yang mana mereka tidak bersahur.

6- memberikan kekuatan untuk menunaikan ibadah.

7- mengingatkan kita untuk berniat bagi puasa.

8- membuka peluang untuk bersedekah untuk orang-orang yang bersahur bersama.

9- mengelakkan akhlak buruk yang mungkin timbul kerana terlalu lapar.

10-Malaikat mendoakan orang-orang yang bersahur.

Semoga Allah SWT memberikan 'keberkatan' ini untuk kita ....hanya dengan bersahur yang mungkin dilihat kecil, tetapi ia amat besar nilainya...

Rujuk Kitab Fathul Baari..

_____________________________________________________________________________

Kini sudah di hari ke 9 ramadan...pantasnya waktu meninggalkan kita
Apakah sudah diterima maqbul puasa kita yea..?

Jom kita sama-sama berusaha dan berusaha sesungguhnya dalam memaknakan erti Ramadan lalu puasa kita berbekas kepada sifat akhlak buruk kita yang mazmuah kepada mahmudah

Berikut gambar aktiviti UHEI seiring Ramadan bagi mencanai SS kepada adik2 atlet Malaysia di Bukit Jalil...ada idea dan pandangan ..sila kan?


Isnin, 9 Ogos 2010

cetusan amarah


Kebobrokan dan kebejatan generasi muda suadah sampai kemuncak

Siapa yang wajar disalahkan

Anak murid atau

guru yang kerja mendidik

atau ibu bapa yang sibuk bekerja mencari rezeki utnuk anak2..

atau suasana Biah atau kerajaan yang menguatkuasa undang-undang

Atau apa yang sebenar murid ini perlukan ...

Maybe dia ini tak dapat 'kasih sayang'dari mereka yang sepatutnya memberinya semasa dulu dia kecil

cuba lihat video ini..

http://syahirul.com/media-prima-harus-siarkan-video-ini/


Isnin, 2 Ogos 2010

Kisah Seorang Eksekutif (1)


Apa yang diceritakan oleh sahabat saya ( kisah benar )

Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.

Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di Gurun, Kedah.

Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.


Sewaktu beliau koma

Beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya . Beliau agak kebinggungan ketika itu.Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu. Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.


Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah yasin untuknya. Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah . Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima. Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.


Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang terjadi padanya kini. Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.Hanya tinggal 10 minit lagi. Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan, Jawan Malaikat "Ya:.

Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya dan berkata, Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian. Roshaizad bertanya, siapakah orang-orang itu. Malaikat menunjukkan mereka itu. Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat dzohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan. Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan dzhor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang Roshaizad tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.

Isteri beliau yang ada di sisinya turut menanggis dan juga saya. Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menanggis selepas sedar dari komanya.

Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda sekelian.

Apa yang disesalkan:

1.Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doanya amat ikhlas.

2.Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada saya kalaupun saya mati

3.Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doanya tidak ikhlas. termasuk dengan saya.

4.Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doanya tiada keikhlasan

5.Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.

6.Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh. Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.

7.Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.

8.Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.

9.Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar

10.Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.


Sahabat:

Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini. Ambillah ikhtibar dari cerita ini.Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.

Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. Luangkan masa bersama keluarga.Imarahkan masjid selalu. Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu. Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka.Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan. Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri. Selalulah memberi