Ahad, 22 Ogos 2010
HALAL ATAU !!!
Salam ukhuwwah.
Buffet Ramadhan
Kebelakangan ini media massa asyik mengulang-ulang kes buffet Ramadhan di hotel-hotel yang tiada sijil halal.Saya masih ingat,Ramadhan yang lalu perkara ini pun telah dibincangkan juga.Ini menunjukkan keprihatinan pihak berwajib terhadap isu halal ini.Dalam masa yang sama ia memberi kita satu signal bahawa,isu ini masih belum selesai iaitu kepekaan tentang isu halal masih rendah di kalangan pengusaha makanan serta pengguna itu sendiri.
Halal bukan sekadar tidak mencuri:
Samalah seperti bekerja.Sesetengah orang hanya melihat rezeki yang dicarinya halal kerana dia tidak mencuri.Jarang-jarang orang merenungkan keberkatannya dalam hal menjaga amanah waktu dan tugas yang diberikan.Maka terjadilah tidak hadir bekerja tetapi ada wakil yang mengetik kad kedatangan bekerja.Tidak cukup masa menanda kertas jawapan,buat timbangkati sahaja.Itulah kalau kita cakap memang orang tak suka sebab yang benar itu memang selalunya pahit.Hari ini jika terjadi di kalangan pelajar saya,saya dengan telus menyatakan pada mereka,kalau tidak hadir jadilah seorang yang gentleman iaitu mengaku sahajalah tidak hadir.Buat apa mohon rakan-rakan tandatangan kehadiran bagi pihak kamu.Itu kalau belajar mana nak dapat berkatnya?Kalau bekerjapun samalah macam tu dan paling penting minta dijauhkan sabitbabitkan hal ini dengan saya...Na'uzubillah.
Makanan halal:
Berbalik kepada perbincangan di atas,mencari yang halal adalah fardhu bagi Muslim.maka sewajarnya kita prihatin terhadap perkara dalam kehidupan kita seperti makanan,pakaian,wangian,pekerjaan dan lain-lain lagi.Perkara pertama ialah makanan yang halal.Allah itu Maha Pemurah,maka sebenarnya dalam dunia ini banyak benda yang halal atau hukum asalnya harus berbanding yang haram.Sesetengah bukan muslim cuma beranggapan yang tidak halal itu adalah khinzir dan anjing tapi tidak jelas tentang aspek kesucian yang lain seperti bab penyembelihan dan sebagainya.
Tahniah kepada seriusnya Encik Abdul Rashid Pengarah Bhg Khidmat Pengurusan MSN dalam mendapat sijil halal Jakim kepada staff cafetaria walaupun agak komplikated urusannya.Ini bagi memastikan kerohanian atlet pada sudut makanan terjaga dan terus terjaga..
Pengharaman Khinzir:
Biarpun di dalam Al-Qur'an dinyatakan "daging khinzir"tetapi jumhur ulama bersepakat bahawa sedangkan daging babi yang besar sifatnya itu diharamkan,apatah lagi yang kecil-kecil seperti bulu,kulit,usus dan lain-lain lagi.Walaupun demikian Allah itu pemurah maka dalam keadaan darurat masih dibolehkan makan khinzir sekadarnya untuk menahan diri dari mati.Bahan dari khinzir masih diharuskan kepada pasukan perubatan jika sumber-sumber yang lain tidak diperolehi.
Namun saya terpanggil dengan perkongsian program Tanyalah Ustaz(Ahad:15.08.2010).Dalam program tersebut,ustaz menerangkan bahawa binatang bernama khinzir ini diciptakan Allah lebih kurang macam pokok kelapa iaitu sifatnya yang serba-guna.Khinzir,bulunya,dagingnya,kulitnya hatta ususnya ada manfaat kepada manusia.Namun kita jangan lupa bahawa kajian sains menerangkan bahawa paa khinzir terdapat kurang lebih 33 jenis cacing pita yang mendatangkan penyakit.Dalam keserbagunaannya itu Allah letakkan pengharaman,supaya menilai sejauh mana taabbud hamba padaNya,subhanaAllah.
Kemudian ustaz membincangkan tentang wangian yang disifatkan dibubuh alkohol.Menurut ustaz,semua arak adalah alkohol dan bukan semua alkohol adalah arak.Adakah memakai minyak wangi boleh memabukkan seseorang?Maka alkohol yang tidak bersifat arak diharuskan penggunaannya.Namun jika masih was-was,ditinggalkan itu lebih baik.Hm...banyak persoalan halal haram ini kan?
Selain dari yang halal kita jangan lupa disekalikan di dalam perintah Allah kesucian"halalan tayyiba".Maka perlu direnungkan kembali makanan yang kita masak adakah mencapai piawaian halal dan suci.Apatah lagi jika kita membelinya bukan?
Dahulu sibuk tentang pembelaan ikan keli di bawah kumbahan najis khinzir.Maka apakah pula hukumnya memakan ikan keli tersebut?Disepakati bahawa sifat asalnya adalah harus,tetapi apabila makanan yang dimakan untuk membiakkan dan membesarkan ikan tadi adalah najis maka,najislah hasilnya.maka sewajarnya kita jauhi.Begitulah juga dengan bahan tenusu,jika lembu atau kambing yang diperah susunya tadi makan najis,maka wajarlah dielakkan kita mengambilnya.Selain itu disentuh juga perihal orang tua-tua dahulu kalau mahu menyembelih lembu,kambing,kerbau,ayam dan itik masing-masing akan dikurung sekurang-kurangnya tiga hari bagi membersihkan proses penghadaman ternakan tersebut dan dijaga makan-minumnya supaya tidak dicurigai memakan najis.Begitulah prihatinnya masyarakat dahulu yang rata-rata tidaklah dipantau sangat soal isu halal ini.
Kalau ingin disenaraikan sangat banyak kan?Pakaian kita,barang kegunaan seharian,makanan huh sangat banyak.maka,sebaiknya pilihlah yang dikeluarkan muslim itu yang paling dekat dengan Allah,insyaAllah.Semoga urusan kita mencari yang halalan toyyiban dipermudahkanNya,amin.
Pengajaran:
Halal bukan setakat ia bukan khinzir atau anjing,namun lebih luas dari itu.Bagaimanapun jangan melupakan aspek ketegaran dan keanjalan yang disediakan oleh Allah SWT sebagai pemudahcara kita.Dalam banyak keadaan pilihlah keluaran Muslim.Ingat,mencari yang halal itu adalah satu kewajipan bagi Muslim.
Insyallah 1minit berkaitan pengarah2 di MSN dari uhei akan dikeluarkan untuk sama2 mengambik cakna bersama. jika tidak kita siapa lagi!
Wallahu a'lam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan