Khamis, 19 Ogos 2010

Sahur pada perpektif Ibnu Hajar Al-Asqolani


Bersahur untuk berpuasa merupakan tuntutan dan galakan daripada Rasulullah s.a.w. sebagaimana jelas disebutkan dalam sabda Baginda:

تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِى السَّحُورِ بَرَكَةً

Maksudnya: bersahurlah kamu semua, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan - [Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Apakah kepentingan bersahur pada waktu itu sehingga ia digambarkan sebagai satu keberkatan?

Menurut Imam Ibnu Hajar al-Asqalani ketika menghuraikan hadith ini di dalam bukunya Fathul Bari, keberkatan pada amalan bersahur itu membawa beberapa makna. Berikut adalah ringkasan daripada apa yang beliau nyatakan :

1- keberkatan dengan maksud ganjaran dan pahala daripada Allah SWT.

2- keberkatan dengan makna ia memberikan kekuatan dan mengurangkan keletihan bagi mereka yang akan berpuasa.

3- keberkatan kerana waktu sahur adalah waktu untuk berdoa dan beribadah.

4 - ia merupakan satu sunnah Rasulullah s.a.w.

5 - ia merupakan amalan yang membezakan kita dengan ahli kitab yang mana mereka tidak bersahur.

6- memberikan kekuatan untuk menunaikan ibadah.

7- mengingatkan kita untuk berniat bagi puasa.

8- membuka peluang untuk bersedekah untuk orang-orang yang bersahur bersama.

9- mengelakkan akhlak buruk yang mungkin timbul kerana terlalu lapar.

10-Malaikat mendoakan orang-orang yang bersahur.

Semoga Allah SWT memberikan 'keberkatan' ini untuk kita ....hanya dengan bersahur yang mungkin dilihat kecil, tetapi ia amat besar nilainya...

Rujuk Kitab Fathul Baari..

_____________________________________________________________________________

Kini sudah di hari ke 9 ramadan...pantasnya waktu meninggalkan kita
Apakah sudah diterima maqbul puasa kita yea..?

Jom kita sama-sama berusaha dan berusaha sesungguhnya dalam memaknakan erti Ramadan lalu puasa kita berbekas kepada sifat akhlak buruk kita yang mazmuah kepada mahmudah

Berikut gambar aktiviti UHEI seiring Ramadan bagi mencanai SS kepada adik2 atlet Malaysia di Bukit Jalil...ada idea dan pandangan ..sila kan?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan