Khamis, 14 Oktober 2010

Tips Lap Top Anda!




1. Bateri

Elakkan daripada penggunaan bateri. Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri. Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter. Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula. Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.

2. Papan Kekunci.

Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk. Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak. Kalau boleh gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.


3. Skrin LCD

Lapkan ia selalu kerana mudah dimasuki habuk. Gunakan screen saver. Power management setkan pada Turn Off monitor in minutes. Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan. Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan Dead pixel.

4. Haba Panas

Pasikan komputer riba anda ada ruang untuk mengeluarkan haba panas. Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil. Jangan letakkan laptop anda di atas katil,karpet atau permukaan yang lembut yang boleh menyebabkan aliran udara kipas laptop anda tertutup.Ini akan menyebabkan laptop anda akan menjadi Overheating.

5. Surge Protector

Fungsinya sebagai menjaga perisian dan perkakasan daripada rosak. Disyorkan jenama APC, BELKIN atau TARGUS. Kelebihan APC - mempunyai bateri simpanan, line protection (tiada elektrik tapi masih boleh dihidupkan lagi) dan mempunyai amaran kehabisan bateri. Kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga HDD dan Power Supply.

6. Port

Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk. Gunakan berus atau berus gigi lama. Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan.

Tip2-tips umum :

- Jangan letak Laptop anda di pangkuan anda(di paha anda).

- Jangan letak laptop anda di kawasan yang basah.(juga minuman anda,Kebanyakan orang suka meletak
minuman mereka di sebelah laptop mereka ketika menggunakan laptop mereka)

- Jangan biarkan laptop anda berjemur di bawah matahari yang terik ataupun di dalam kereta ketika parking di bawah matahari.

- Pastikan laptop anda diletakkan di kawasan yang rata.Laptop yang terjatuh atau terhempap akan menyebabkan perkakasan dalam laptop tersebut terjejas.

- Seboleh-bolehnya jauhkan laptop anda dari magnet...

- Pastikan laptop anda diberi rehat,jangan dibiarkan ianya dipasang hampir sehari setiap hari(ketahanan laptop berbeza dengan PC biasa).ti


Rabu, 13 Oktober 2010

Cara nak soal Pesalah !


Di dalam Islam, kadangkala penyiasatan boleh berlaku secara terbuka yang melibatkan saksi yang ramai bagi mengelakkan berlakunya manipulasi bukti dan kerelaan saksi dan tertuduh yang terlibat.

Di dalam kitab Tabsirah Al-Ahkam ada meriwayatkan tentang seorang lelaki yang membawa harta yang banyak mengembara dengan sekumpulan lelaki. Tiba-tiba, lelaki tersebut tidak pulang bersama-sama rombongannya. Rombongan tersebut memberitahu kepada anak lelaki tersebut bahawa ayahnya telah meninggal. Anak itu bertanya ke manakah pergi hartanya yang banyak? Mereka menjawab tidak ada.

Kemudiannya anak kepada lelaki yang hilang tersebut membawa kes itu kepada Saidina Ali yang merupakan khalifah pada waktu itu. Mereka yang terlibat disoal-siasat seorang demi seorang secara berasingan. Soal siasat itu dihadiri oleh bukan sahaja keluarga mangsa, tetapi dihadiri juga penulis keterangan, saksi-saksi bebas bagi memastikan perjalanan soal siasat itu berjalan dengan adil.

Seorang demi seorang mereka yang tertuduh disoal dan memberikan jawapan dihadapan khalayak. Setiap tertuduh diambil dan ditulis maklumat tentang bagaimanakah keadaan lelaki yang mati itu, pada hari apakah beliau bertolak, dimanakah beliau singgah, apakah punca kematian, apa yang berlaku kepada hartanya yang banyak, siapakan yang memandikannya, siapakah yang mengkapankannya, siapakah yanag menyembahyangi jenazahnya, di manakah ia dikuburkan dan lain-lain soalan. Setiap seseorang menjawab di hadapan orang ramai dengan jawapan yang berlainan.

Setiap kali selesai penyiasatan setiap individu, Saidina Ali bertakbir yang juga turut disambut oleh orang ramai. Ini menyebabkan, tertuduh-tertuduh yang tidak mengetahui apakah jawapan sahabatnya yang sedang disoal siasat menyangka takbir tersebut dilaungkan oleh Saidina Ali dan orang ramai bersamanya justeru sahabatnya yang sedang disoal siasat sudah mengaku perbuatannya.

Dalam pusingan berikutnya, Saidina Ali dan orang-orang yang bersamanya melakukan perkara yang sama, iaitu melaungkan takbir di setiap akhir sesi soal jawab. Setiap tertuduh terbabit merasakan sahabat-sahabatnya telah mengaku dan setiap mereka akhirnya menceritakan perkara sebenar, iaitu mereka telah merampas harta lelaki tersebut dan seterusnya membunuhnya.

Apa yang ingin ditekankan di sini ialah, sewaktu soal siasat itu berlangsung, ia bukan sahaja di hadiri oleh keluarga si mangsa, tetapi juga di hadiri oleh saksi-saksi bebas, guna bagi mengelakkan manipulasi bukti dan statement pengakuan oleh mereka yang dituduh dan yang terlibat.

Realitinya, di dalam sistem perundangan konvensional langsung tidak memberikan hak keluarga mangsa untuk mengakses bukti-bukti dan juga statement-statement saksi dan tertuduh, berbeza dengan sistem Qisas Islam. Inilah dia ruang rasuah, korupsi dan manipulasi yang terdapat dalam sistem konvensional, tetapi tidak terdapat di sistem Islam.

Islam is The Best.

maybe inilah jawapan kepada yang bertanya Apa yang ISLAM boleh tawarkan dalam isu yang berlaku..

Artikel asal dari blog ustaz din tontowi



Hati-hati Guna Facebook!



Data peribadi facebook dibocorkan di torrent


Jika teman selalu bertanya kenapa tidak menggunakan nama sebenar di Facebook. kita tak perlu meletakkan nama sebenar kerana FB bukannya sebuah badan kerajaan yang memerlukan data peribadi kita yang sebenar. Facebook hanyalah satu laman sosial yang dimiliki oleh AS dan ada rumour s yg mengatakan hak milik Yahudi. So terpulanglah kat masing-masing nak guna nama sendiri atau nickname di FB . Mungkin bertujuan untuk mencari teman lama, menggunakan nama penuh di FB ada faedahnya.

Terkini dari BBC, data peribadi 100 juta pengguna Facebook telah dihimpun dan disebarkan di internet oleh seorang konsultan sekuriti di sebuah laman torrent. Torrent ialah satu aplikasi P2P yang membenarkan penggunanya download dari PC pengguna lain yang mahu berkongsi fail.

Ron Bowles menggunakan suatu program untuk mendapatkan profail pengguna Facebook, dan menghimpun data yang tidak disembunyikan oleh privacy setting oleh pengguna Facebook.

Pengguna FB yang telah memilih ’share ‘ sebagai setting FB mereka dikumpulkan dalam satu fail yang boleh di-download, mengandungi URL setiap profail pengguna Facebook yang boleh dicari, nama serta ID unik mereka.
Bowles mengatakan dia mengongsikan data yang dia perolehi tersebut untuk menyelesaikan masalah privasi, namun Facebook menyatakan data itu sudah menjadi informasi public.

File itu sendiri telah tersebar cepat di seluruh internet.

Di Pirate Bay, laman torrent terbesar dunia telah meyebarkan data tersebut dan di download oleh lebih dari 1.000 pengguna.

Seorang pengguna, yang menggunakan ID lusifer69, menggambarkan daftar pengguna Facebook itu memeranjatkan dan agak mengerikan.

Dalam pernyataan kepada BBC News, Facebook mengatakan informasi dalam daftar tersebut sudah beredar bebas di internet.

“Dalam kes ini, informasi yang setujui orang untuk dibuka ke publik dihimpun oleh seorang hacker dan sudah ada di Google, Bing, mesin-mesin pencari lain, dan juga Facebook, katanya.

Meski demikian, Simon Davies dari lembaga pengawas International mengatakan kepada BBC News bahwa Facebook sudah memberikan banyak peringatan bahwa kejadian semacam ini akan terjadi.

“Facebook semestinya sudah mengantisipasi serangan ini dan menyiapkan langkah untuk mencegahnya, kata dia.

Sebelumnya tahun ini pengguna Facebook melancarkan protes soal kerumitan setting privasi Facebook. Akibatnya, laman itu memudahkan kawalan privasi.

Facebook memiliki setting privasi default yangmembuat sebahagian informasi pengguna terbuka kepada publik. Pengguna FB sepatutnya tidak menggunakan setting default tadi.(bbc/bbc


Selasa, 12 Oktober 2010

Anda tahu Islamofobia !


Islamofobia-

Istilah kontroversi merujuk kepada prasangka dan diskriminasi pada Islam dan Muslim. Istilah ini digunakan pada tahun 1980-an tetapi menjadi popular selepas serangan 11 September 2001.

Pada 1997, Badan Amanah Runnymede mentakrifkan Islamofobia sebagai “rasa takut dan benci terhadap Islam lalu membawa kepada takut dan tidak suka kepada orang Islam,” juga menyatakan ia juga merujuk kepada amalan mendiskriminasikan orang Islam dengan mengasingkan mereka dari kegiatan ekonomi, sosial dan kehidupan masyarakat.
Islamofobia juga termasuk persepsi bahawa Islam mempunyai nilai yang tidak sama dengan budaya lain, lebih rendah dari nilai barat dan mempunyai ideologi politik yang ganas daripada (dikenali) sebagai satu agama.


Ahad, 10 Oktober 2010

Samy,Maher & kini Nazeel Azami




Nazeel sebagai penyanyi latar kepada Sami Yusuf di dalam album pertama beliau, al-Mu’allim.

Namun Nazeel Azami berdiri sendiri dengan sentuhannya yang banyak mengenengahkan seni muzik Bengali.

Genre yang menjadikan album DUNYA ini berada di kategorinya yang tersendiri, menambah khazanah Awakening Records pada menawarkan nasyid-nasyid Islami antarabangsa.


Mari kita ucapkan tahniah dan terima kasih kepada Inteam Records Sdn. Bhd. yang membawa album-album berkualiti tinggi ini ke pasaran Malaysia. Selepas Sami Yusuf dan Maher Zain, kehadiran anak kelahiran kota London bernama Nazeel Azami ini, harus diberi perhatian oleh peminat nasyid semua.

Suara yang lembut tetapi matang, mengalunkan sepuluh buah lagu di dalam album yang diterbitkan pada tahun 2006 ini. Ada rasa tenang yang muncul semasa kali pertama saya menumpukan pendengaran dan perhatian kepada album yang dibeli di Speedy Ampang Point ini. Ketenangan itu mungkin sebahagian daripada keberkatan yang dapat dirasakan, kerana ia terbit daripada kasih seorang anak yang setia menemani ibu yang gering, mengalunkan lagu-lagu yang berasaskan syair Bengali untuk mengurangkan kesakitan yang ditanggung, hingga ibu tercinta menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi Nazeel Azami.

Kenangan dan perasaan itulah yang dihimpun di dalam sebuah album yang sederhana, tetapi pantas sampai ke hati saya yang mendengarnya.

Dunya menampilkan lagu-lagu berikut:

Rahmanur-Rahim
Ishara
Realisation
Opening
Realisation
Knowledge
Salam
Traveller
Heart to Heart
Confession
Light

Nota asal : rujuk www.saifulislam.com


Selasa, 5 Oktober 2010

Tips Kereta Setiap Hari!


Harap dapat berkongsi dengan sahabat anda yang lain.

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa.

Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen)

Ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkab kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.

Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene.

Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan.. . dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.

Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini ialah :

1) Dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar.

Sesungguhnya Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila.

-------------------------

IKTIBAR :

kalau virus pun selalu nak rosak sistem immune kita
begitulah juga Virus 'Syaitan' yang senantiasa menipu kita dengan godaan nafsu dan alpa kepada Allah..JOM ZIKIR SOKM!


Rabu, 29 September 2010

Tips beli Rumah Lelong (catatan blogger kadikluang)




Perlu Tambahkan Ilmu : Baca Buku


Sebelum itu saya bersedia dulu dengan ilmu pengetahuan. Banyak beli buku berkenaan lelong dan hartanah dalam 4-5 biji buku yang saya beli sendiri. Harga setiap buku agak mahal juga RM 20 - 40 sebuah tapi ilmunya sangat bermanfaat pada saya. Kalau nak cari buku-buku macam ni di JB boleh ke Badan Cemerlang Angsana dan di Haris Jusco Tebrau City, buku dalam bahasa Melayu. Mac 2008 juga saya mengikuti kursus percuma di ILIM Bangi selama 3 hari berkenaan perbankan Islam. Kursus ini banyak beri pendedahan tentang prosedur pinjaman dan berkaitan dengan bank-bank.


Saya Tidak Pernah Memiliki Rumah Sendiri


Sebelum ini saya tak ada rumah, sejak bekerja 13 tahun, memang saya tak ada memiliki rumah. Pada saya, beli rumah baru adalah rugi. Kesimpulan yang saya buat ini setelah saya buat kajian dalam sektor hartanah ini. Tapi belilah rumah lelong, kita mungkin ada banyak untung di situ. Tapi lelong bukan sebarang lelong, kita kena buat kajian terperinci dulu. Saya buat kajian itu, dan hasil kajian itu tidak boleh saya dedahkan di sini. Ilmu ini terlalu mahal untuk didedahkan.


Tengok Sendiri Rumah Tu


Amat penting sebelum kita masuk lelong, kita tengok rumah itu dulu. Tapi ada satu peringatan, jangan dedahkan hasrat kita untuk beli rumah lelong ini pada sesiapa. Di kawasan itu, saya ada 3 orang yang saya kenal, 2 kerja di pejabat saya, seorang kerja wartawan sambilan. Perlu kaji kawasan itu strategik ke tidak, sewa biasa berapa di situ, jiran-jiran bagaimana dan lain-lain. Hasil tinjauan, rumah itu orang sewa antara 550- 650 sebulan, kedudukannya amat strategik.


Tanya Bank dulu


Saya pergi bank, ambil pamplet dan berbual dengan pegawai bahagian pinjaman. Tapi jangan dedahkan kepada orang bank itu rumah mana yang kita mahu ambil. Kalau terlepas cakap, kita bimbang dia pula yang beli senyap-senyap nanti., bukan nak menuduh, tapi berhati-hati. Kalau pinjaman 25 tahun pinjaman dan insuran tak sampai 300. Jadi kalau sewa 500, boleh untung 200 sebulan, waw boleh tahan. Saya buat kesimpulan, rumah itu boleh diambil dan jangan lepaskan peluang ini.


Saya tak ada senarai hitam bank atau muflis, tapi kalau ada sesiapa yang disenarau hitam bank, kena pastikan dulu. Jangan nanti dah ambil rumah, pinjaman kita tak lulus.


Buat Tinjauan Penyewa


Tujuan saya nak beli rumah itu untuk disewa, jadi kena kaji pasaran penyewa di situ. Hasil kajian, itu sangat strategik, terutama peniaga berhampiran, pekerja bank, pasaraya Mydin dan pekerja wisma Nanas. Sekali lagi kesimpulan saya, beliiiii.


Masuk Lelongan


Mei 2008, saya telefon pelelong dahulu, kemudian bayar deposit 5 peratus dari harga 45,000 iaitu 2,250 melalui bank draf. Pada tarikh lelongan, saya hadir awal, sejam sebelum lelongan. Alhamdulillah, hanya saya seorang saja yang membida, jadi saya dapat. Saya sangat gembira, walaupun tak beli rumah semahal rumah yang kawan-kawan sepejabat saya miliki, tapi saya tetap bangga. Inilah usaha permulaan saya dalam bidang lelongan hartanah.


Saya memerlukan 90 hari untuk menjelaskan baki 95 peratus dari harga tadi. Esoknya saya ke rumah tersebut bawa tukul besi dan kunci tombok baru berharga 9.90 untuk ganti kunci depan. Bila masuk, alhamdulillah, rumahnya ok, rumah itu baru 2 tahun, jadi masih baru lagi. Saya beli cat putih 2 tong dengan harga RM 60 siap berus dan cat sendiri. Pam kat tandas ada rosak sikit, betul sendiri dalam RM 5. Kemudian pasang kipas di ruang tamu dalam RM 60. Lepas tu masuk eletrik dan air, mahal juga tapi tak sampai RM 400.

Jiran Sebelah Seronok

Sedang saya mengecat, jiran sebelah, wanita dan anaknya datang menjenguk. Dia tanya, saya jawablah ini rumah saya beli. Dia tanya, nak duduk ke sewa, saya kata nak sewa, kalau boleh nak cari orang Melayu. Kemudian, kakak tu kata,

"Baguslah kalau Melayu sewa, sebab dulu Bangla yang duduk rumah ini dan anak perempuan akak kekadang risau nak keluar rumah". Kata kakak tu.

Saya pun memeng nak kasi Melayu sewa, murah sikit pun takpe, janji ada untung sikit. Jiran sebelah tu nampaknya seronok juga kalau dapat jiran Melayu. Saya beri no tel, dengan tujuan kalau ada orang nak cari rumah sewa, bole le tel saya. Petang tu juga pergi ke Mydin dan berbual dengan seorang pekerja Melayu, minta tolong tanyakan, kalau-kalau ada orang nak cari rumah sewa dan saya tinggalkan no tel.

Macam Goreng Pisang Panas

Beberapa hari, beberapa orang menelefon saya dengan ragam masing-masing. Ada anak dara yang baru lapor diri kat wisma Nenas nak duduk, dia dari Pahang. Cuma masalah dia, dia tiada kawan, kalau sewa seorang kira mahal juga. Kemudian dia tumpang rumah kawan dia. Ada wanita kerja kosmetik, dah tengok rumah tapi tak bagi jawapan. Ada juga orang baru kawin tengok, tapi pun tak beri jawapan. Pada saya, kalau letak deposit walaupun sikit pun kira ok ler dulu. Takper, siapa cepat dia dapat. Satu petang tu, dapat tel dari lelaki katanya pengurus pekerja bagi Mydin JB. Jumpa di Restoran Osman, saya kata sebulan RM 500, terus dia setuju dan bayar terus. Mudahnya.... Sikit-sikit rasa menyesal juga cakap 500, kalau cakap 600 kan bagus. Tapi takper, janganlah nak sewa tinggi sangat.

Lepas Mydin sewa tu, ada beberapa orang juga nak cari rumah sewa. orang yang datang tengok rumah sebelum ni pun ada juga buat keputusan. Itulah, lama sangat pikir, deposit pun tak letak. pada Melayu, saya kasi RM 450 pun dia lambat beri keputusan. Maaf ler, saya kira siapa cepat beri deposit tanda jadi. Saya mintak RM 50 jer deposit, bukan banyak.

Rupanya pekerjanya Bangla. Kesian kakak sebelah, dia kata pada saya, dapat jiran Melayu, tapi dapat jiran Bangla juga, sori yer kak. Tak per, tebalkan muka, saya pun bukan lagi nak ke rumah tu. Apa-apa kerosakan, Bangla tu akan betulkan dengan duit dia, jadi saya tak payah datang rumah tu pun tak per.

Kira untung ler

Proses loan dalam 2-3 bulan tapi saya dah boleh sewakan. Jadi duit deposit dan sewa 3 bulan pertama, dah boleh tampung kos saya bayar deposit lelong dan lain-lain. Bulan ketiga baru kena bayar bank. Bayar bank 235 sebulan dapat sewa 500, kira untung le tu. Berjayalah saya projek beli rumah lelong pertama. Alhamdulillah.
--------------------------------------------------
Ini merupakan catatan bolgger kadikluang..
boleh merujuk artikel asal yang boleh dikongsikan. Beliau ada mengingatkan tentang adab copy dan paste..syukran kerana sudi menasihatiku ini..sykran ustaz semoga bumi kelahiran ibuku di kem tentera Kluang bakal ku jejaki nanti.. http://kadikluang.blogspot.com/2010/01/rumah-lelong-pengalaman-saya-sendiri.html

Majlis Silaturrahim Aidifitri Bahagian Khidmat Pengurusan MSN



Alhamdulillah semoga Bahagian Khidmat Pengurusan MSN di bawah kepimpinan Encik Abdul Rashid Bin Yaakub dirahmati dan perjuangannya agar seluruh kekuatan pegawai dan anggota MSN khasnya staff Bahagian Khidmat Pengurusan yang meliputi Cawangan Pentadbiran ( Encik Rozaki), Sumber Manusia(Azrul Hisyam), Kewangan( Fahmi) dan Teknologi Maklumat(Irwan Kasbon) terus diberkati dan dilimpahi hidayah dan menjadi hambanya yang soleh dan solehah Ameen.Insyallah.

Hari ini (29 September 2010 Rabu) hari bersejarah pada jam 11.45 pagi sehingga 1 tengahari akan diadakan Majlis Silaturrahim Aidilfitri anjuran Bahagian Khidmat Pengurusan di tingkat 4 bangunan Pentabdiran MSN.

Ana seperti biasa bertanggungjawab membacakan doa sebelum Majlis bermula.

Berikut contoh teks doa semoga dapat bermanfaat untuk kita bersama terus menghayatinya.

Ameen.

الحمد كما ينبغى لجلال وجهك الكريم وعظيم سلطانك.
والصلاة والسلام على أشرف الانبياء والمرسلين وعلى ءاله وصحبه أجمعين.
اللهُمَّ انْشُرْنَا شُعُورُ الْمَحَبَّةِ بَيْنَنَا * وَارْبِطْ قُلُوْبَنَا بِالْكَرَاْمَةِ
وَاَحْسِنْ اَخْلاَقَنَا بِالنُّوْرِ وَالْهِدَاْيَةِ * وَثَبِّتْ قُلُوبَنَا بِكُلِّ الرِعَاْيَةِ

YA ALLAH, YA TUHAN KAMI
SEGALA PUJI DAN SYUKUR KAMI PANJATKAN
KE ATAS RAHMAT DAN NIKMAT
YANG DIKURNIAKAN KEPADA KAMI,
GOLONGKAN KAMI DARI GOLONGAN YANG SELALU BERSYUKUR YA ALLAH
اَللَّهُمَّ يَا مُـجِيْبَ السَّاْئِلِيْنَ
JADIKANLAH MAJLIS SILATURRAHIM AIDILFITRI ANJURAN BHG KHIDMAT PENGURUSAN INI SEBAGAI SUATU MAJLIS YANG DIBERKATI DAN DIRAHMATI
YA ALLAH YA TUHAN
DENGAN BERMULA MAJLIS AIDILFITRI INI SEMOGA PEGAWAI DAN ANGGOTA MSN DI BAWAH KEPIMPINAN YBHG DATO KETUA PENGARAH MSN MENDAPAT RAHMAT DARIMU , TERUS MERASAI NIKMAT SILATURRAHIM YANG BERKEKALAN DAN TERUS MENGHAYATI FITRAH AGAMA YANG DIKEHENDAKI DISISI MU.
YA ALLAH YA GHAFUR YA RAHIMUL BIL IBAD
KAMI MEMOHON DARI SIFAT IHSANMU AGAR
SATUKANLAH HATI-HATI KAMI YA ALLAH, ERATKAN LAGI TALI SILATURRAHIM SESAMA KAMI. PADUKANLAH TENAGA, IDEA DAN USAHA KAMI UNTUK MENCAPAI KECEMERLANGAN DAN KEGEMILANGAN HIDUP DI DUNIA DAN DIAKHIRAT
LINDUNGILAH KAMI DARI SEGALA KEMURKAANMU.
PERMUDAHKANLAH KAMI DALAM MELAKSANAKAN TUGAS.
KAMI MEMOHON KEREDHAAN
AGAR SEGALA USAHA KAMI DIRESTUIMU JUA

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِقَاءَنَا هَذَا بِالرَّحْمَة
وَافْتِراْقِنَا من بعده المَغْفِرَةَ وَاْلعِصْمَةَ وَخَاتِمُنَا بِالسَّعَادَةِ
ر ِبنا آتنا فى الدنيا حسنة وفى الآخرة حسنة وقنا عذاب النار
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه اجمعين والحمد لله رب العالمين

atau ada contoh doa dalam web youtube

http://www.youtube.com/watch?v=cLthAMDKHkg


Selasa, 28 September 2010

Nasihat kepada Atlet Sukan Komanwel 2010




Kerohanian seiring perjalanan

Tika menghadapi persiapan Sukan Komanwel yang penuh cabaran dan tekanan, tidak dinafikan bahawa aspek kerohanian memainkan peranan penting bagi memastikan atlet itu tabah bahkan bersemangat tinggi dalam meneruskan perjuangan ini.
Kesihatan rohaniah sememangnya diperlukan bagi menjamin kelangsungan perjuangan atlet selain fizikal, aspek lebih penting bagi manusia melepasi satu persatu dugaan mendatang ialah sejauh mana hubunganya dengan Allah.

Cara untuk tenangkan hati dan memantapkan minda sudah diajar Allah dalam al-Quran dan terbukti sangat berkesan; tonik paling berkesan itu ialah berzikir. Allah s.w.t berfirman:

“Ingatlah, dengan berzikir (mengingati Allah) jiwa kamu akan tenang".
(Surah Ar-Ra’ad, ayat 28)

Demikianlah indahnya Islam, agama yang tidak hanya tertumpu kepada ibadat kerohanian semata-mata malah menyeluruh (syumul) dalam semua aspek kehidupan. Malah, tips atau petua menjaga kesihatan juga turut disertakan dalam ajaran Islam.

Ingat Allah hati akan tenang, jarang ingat Allah hati akan kering, gersang serta tandus. Apabila banyak mengingati Allah, akan bertambah iman sehingga hati makin kuat, tidak takut ancaman, tidak gentar dengan musibah dan kekurangan, tidak cemburu dengan kelebihan orang lain serta memiliki sikap positif, mengikut segala suruhan-Nya dan meninggalkan larangan Allah.

Petua dan tip kerohanian yang elok di amalkan atlet Negara di saat genting ini seperti menggunakan waktu lapang di malam hari dengan menunaikan solat secara berjemaah dan membaca surah Yaasin sesama pasukan serta berdoa selamat. Selalu beristighfar dan berselawat. Solat hajat juga dianjurkan dibuat secara berkala dan berjemaah adalah lebih baik. Selalulah mengikuti nasihat dan mematuhi arahan dari masa ke semasa pegawai MSN yang ditugaskan lebih-lebih lagi CDM Ybhg Tan Sri Abd Halil Bin Abd Mutalib termasuk Pengurus Besar Encik Jefri bin Ngadirin.

Konsep berzikir bukan hanya menyebut nama Allah tetapi meliputi amal ibadat lain seperti menjaga solat, membaca al-Quran, melakukan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya, berbakti dan berkhidmat menaikkan nama dan menjaga maruah negara, mematuhi arahan jurulatih, menerima ketentuan dengan reda selepas beruasaha semaksima malah juga sifat sabar apabila ditimpa musibah dan syukur apabila mendapat nikmat kemenangan dan kejayaan(tidak lupa diri dengan bersedeqah dan berzakat).

Ingatlah kembali tips oleh Ustaz Haji Haslin Bin Baharim pada 23hb Set di Perhimpunan Atlet fasa Akhir di Palm Garden IOI Mall. Kerohanian berkaitan dengan Hatimu.
sejauh mana hati dibawa kepada Allah?

walau pun jauh dari tanahair ..

rujuk artikel...

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Atletperlumantaprohani_jasmani/Article