Ahad, 10 Oktober 2010
Samy,Maher & kini Nazeel Azami
Nazeel sebagai penyanyi latar kepada Sami Yusuf di dalam album pertama beliau, al-Mu’allim.
Namun Nazeel Azami berdiri sendiri dengan sentuhannya yang banyak mengenengahkan seni muzik Bengali.
Genre yang menjadikan album DUNYA ini berada di kategorinya yang tersendiri, menambah khazanah Awakening Records pada menawarkan nasyid-nasyid Islami antarabangsa.
Mari kita ucapkan tahniah dan terima kasih kepada Inteam Records Sdn. Bhd. yang membawa album-album berkualiti tinggi ini ke pasaran Malaysia. Selepas Sami Yusuf dan Maher Zain, kehadiran anak kelahiran kota London bernama Nazeel Azami ini, harus diberi perhatian oleh peminat nasyid semua.
Suara yang lembut tetapi matang, mengalunkan sepuluh buah lagu di dalam album yang diterbitkan pada tahun 2006 ini. Ada rasa tenang yang muncul semasa kali pertama saya menumpukan pendengaran dan perhatian kepada album yang dibeli di Speedy Ampang Point ini. Ketenangan itu mungkin sebahagian daripada keberkatan yang dapat dirasakan, kerana ia terbit daripada kasih seorang anak yang setia menemani ibu yang gering, mengalunkan lagu-lagu yang berasaskan syair Bengali untuk mengurangkan kesakitan yang ditanggung, hingga ibu tercinta menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi Nazeel Azami.
Kenangan dan perasaan itulah yang dihimpun di dalam sebuah album yang sederhana, tetapi pantas sampai ke hati saya yang mendengarnya.
Dunya menampilkan lagu-lagu berikut:
Rahmanur-Rahim
Ishara
Realisation
Opening
Realisation
Knowledge
Salam
Traveller
Heart to Heart
Confession
Light
Nota asal : rujuk www.saifulislam.com
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan