Rabu, 13 Oktober 2010
Cara nak soal Pesalah !
Di dalam Islam, kadangkala penyiasatan boleh berlaku secara terbuka yang melibatkan saksi yang ramai bagi mengelakkan berlakunya manipulasi bukti dan kerelaan saksi dan tertuduh yang terlibat.
Di dalam kitab Tabsirah Al-Ahkam ada meriwayatkan tentang seorang lelaki yang membawa harta yang banyak mengembara dengan sekumpulan lelaki. Tiba-tiba, lelaki tersebut tidak pulang bersama-sama rombongannya. Rombongan tersebut memberitahu kepada anak lelaki tersebut bahawa ayahnya telah meninggal. Anak itu bertanya ke manakah pergi hartanya yang banyak? Mereka menjawab tidak ada.
Kemudiannya anak kepada lelaki yang hilang tersebut membawa kes itu kepada Saidina Ali yang merupakan khalifah pada waktu itu. Mereka yang terlibat disoal-siasat seorang demi seorang secara berasingan. Soal siasat itu dihadiri oleh bukan sahaja keluarga mangsa, tetapi dihadiri juga penulis keterangan, saksi-saksi bebas bagi memastikan perjalanan soal siasat itu berjalan dengan adil.
Seorang demi seorang mereka yang tertuduh disoal dan memberikan jawapan dihadapan khalayak. Setiap tertuduh diambil dan ditulis maklumat tentang bagaimanakah keadaan lelaki yang mati itu, pada hari apakah beliau bertolak, dimanakah beliau singgah, apakah punca kematian, apa yang berlaku kepada hartanya yang banyak, siapakan yang memandikannya, siapakah yang mengkapankannya, siapakah yanag menyembahyangi jenazahnya, di manakah ia dikuburkan dan lain-lain soalan. Setiap seseorang menjawab di hadapan orang ramai dengan jawapan yang berlainan.
Setiap kali selesai penyiasatan setiap individu, Saidina Ali bertakbir yang juga turut disambut oleh orang ramai. Ini menyebabkan, tertuduh-tertuduh yang tidak mengetahui apakah jawapan sahabatnya yang sedang disoal siasat menyangka takbir tersebut dilaungkan oleh Saidina Ali dan orang ramai bersamanya justeru sahabatnya yang sedang disoal siasat sudah mengaku perbuatannya.
Dalam pusingan berikutnya, Saidina Ali dan orang-orang yang bersamanya melakukan perkara yang sama, iaitu melaungkan takbir di setiap akhir sesi soal jawab. Setiap tertuduh terbabit merasakan sahabat-sahabatnya telah mengaku dan setiap mereka akhirnya menceritakan perkara sebenar, iaitu mereka telah merampas harta lelaki tersebut dan seterusnya membunuhnya.
Apa yang ingin ditekankan di sini ialah, sewaktu soal siasat itu berlangsung, ia bukan sahaja di hadiri oleh keluarga si mangsa, tetapi juga di hadiri oleh saksi-saksi bebas, guna bagi mengelakkan manipulasi bukti dan statement pengakuan oleh mereka yang dituduh dan yang terlibat.
Realitinya, di dalam sistem perundangan konvensional langsung tidak memberikan hak keluarga mangsa untuk mengakses bukti-bukti dan juga statement-statement saksi dan tertuduh, berbeza dengan sistem Qisas Islam. Inilah dia ruang rasuah, korupsi dan manipulasi yang terdapat dalam sistem konvensional, tetapi tidak terdapat di sistem Islam.
Islam is The Best.
maybe inilah jawapan kepada yang bertanya Apa yang ISLAM boleh tawarkan dalam isu yang berlaku..
Artikel asal dari blog ustaz din tontowi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan