Rabu, 28 Julai 2010

Bermotivasi seperti dia....


Bermotivasi Wahai Da'ie


"
Iktibar Daripada Kisah Para Rasul


Dalam menempuh liku-liku perjuangan, kadang kala keyakinan menjadi goyah. Kadang kala terasa ingin berehat daripada amanah ini. Boleh jadi kerana merasa sedikitnya insan yang menyahut seruan dakwah ini. Justeru, diri merasa amat kerdil dan sepi dalam berjuang. Boleh jadi kerana rintangan yang terpaksa dihadapi. Amat berat sehingga terpaksa berpenat lelah dan berkorban apa sahaja. Tiada yang pelik kerana Rasulullah s.a.w. juga pernah berduka kerana mehnah dan tribulasi yang terpaksa ditempuh bersama para sahabat ridhwanullah ajma’in. Lantas Allah S.W.T. menjemput baginda mengembara dalam pakej satu malam dari Makkatul Mukarramah ke Baitul Maqdis kemudian di angkat ke Sidratul Muntaha. Daripada peristiwa inilah, Rasulullah dan para sahabat menjadi lebih bermotivasi untuk berjuang di jalan Allah S.W.T.



Banyak pengajaran yang diperoleh oleh Rasulullah dan ummat Islam daripada peristiwa ini. Di antaranya ialah ganjaran yang baik bagi orang-orang yang beriman dan pembalasan yang buruk bagi orang-orang yang kufur kepada Allah S.W.T. Inilah berita gembira bagi seluruh ummat Islam. Satu perkara yang membakar semangat Rasulullah ialah dapat bertemu dengan sekalian Rasul. Setiap Rasul menghadapi mehnah dan tribulasi yang bukan sedikit jika dibandingkan dengan apa yang dihadapi oleh manusia biasa. Marilah kita mengambil sedikit iktibar pengubat duka dengan menjiwai apa yang dihadapi oleh para Rasul.


Nabi Nuh a.s.


Janganlah kita bersedih kerana sedikitnya pengikut atau manusia yang sudi menerima risalah Islam. Nabi Nuh a.s. telah berdakwah selama 950 tahun! Tempoh yang begitu panjang. Malangnya, hanya 80 orang yang mengikuti ajarannya. Jika kita membahagikannya dengan tahun bererti dalam sepuluh tahun hanya seorang yang beriman! Apa yang lebih memeritkan, anaknya sendiri tidak mahu bersama dengannya walaupun di saat nyawa di hujung tanduk ketika bala air bah besar.

Nabi Luth a.s.

Janganlah kita bersedih lantaran ada di antara keluarga kita yang belum mengikuti atau menerima perjuangan yang kita dokong. Mari kita selami kedukaan Nabi Luth a.s. Baginda beriman kepada bapa saudaranya Nabi Ibrahim dan mendampinginya dalam semua perjalanan dan sewaktu mereka berada di Mesir. Baginda berdepan dengan masyarakat yang amat rosak akhlaknya terutama merompak dan homoseksual. Lebih mendukacitakan, baginda dikhianati oleh isterinya sendiri yang kufur kepada Allah dan RasulNya.

Nabi Ibrahim a.s.

Nabi Ibrahim a.s. berdepan dengan kaumnya yang enggan menerima ajaran Islam. Baginda juga diperintahkan oleh Allah S.W.T. untuk member peringatan kepada Raja Namrud yang mengaku sebagai Tuhan. Dakwah Nabi Ibrahim kepada kaumnya bukan sahaja tidak diterima bahkan akhirnya beliau dihumban ke dalam api besar yang marak. Allah S.W.T. menyelamatkan Nabi Ibrahim a.s. daripada kejahatan kaumnya dan juga Raja Namrud sekalipun bapanya sendiri tidak sedikit pun menghulurkan pertolongan kepada baginda.

Nabi Isa a.s.

Nabi Isa putera Maryam hanya mempunyai 12 orang pengikut yang setia. Merekalah yang disebut sebagai al-Hawariyyun di dalam al-Quran.

Nabi musa a.s.

Nabi Musa a.s. berdepan dengan Firaun, seorang raja yang zalim dan mengaku sebagai Tuhan. Firaun mempunyai kekecualian iaitu memelihara Nabi Musa a.s. sejak kecil yang merupakan bayi daripada Bani Israel. Dia tidak membunuh Nabi Musa setelah dipujuk oleh isterinya, Asiah. Seorang permaisuri yang beriman walaupun berada di sisi suami yang sangat kejam dan kufur. Menerima wahyu daripada Allah, Nabi Musa diperintahkan untuk berdepan dengan Firaun yang juga merupakan bapa angkatnya. Mulai dengan hujah yang baik, akhirnya pembalasan Tuhan sampai kepada Firaun yang tetap kufur kepada Allah.


Nabi Muhammad s.a.w.


Nabi Muhammad s.a.w. sebelum diangkat menjadi Rasul begitu disayangi oleh kaum kerabatnya dan masyarakat Quraisy di Makkah. Namun, setelah baginda menyampaikan seruan Ilahi, Abu Lahab adalah penentang yang paling awal di kalangan Kaum Musyrikin Makkah. Abu Lahab adalah bapa saudara baginda sendiri yang begitu baik dengan baginda sejak kecil lagi. Bayangkan betapa sedihnya Rasulullah s.a.w. berdepan dengan orang yang dikasihi dan pernah mengasihinya.

Hidayah Milik Allah

Janganlah bersedih kerana kurangnya manusia bersama dengan kita atau tiadanya insan yang kita sayang bersama mendokong perjuangan ini. Sesungguhnya tugas kita hanyalah memberi peringatan. Sedang hidayah adalah milik Allah. Dia berikan kepada sesiapa yang dikehendakinya. Jangan kita menilai keberjayaan dakwah pada hasilnya tetapi pada usahanya dan niatnya.


“Maka, berikanlah peringatan (Wahai Muhammad, kepada manusia, dan JANGANLAH BERDUKACITA kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah pemberi ingatan. Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu). Akan tetapi, sesiapa yang berpaling (dari kebenaran) serta kufur ingkar... Maka Allah akan menyeksanya dengan azab seksa yang sebesar-besarnya.”


(Surah An-Nahl : 36)


-----------------------------------------------------------------------------

Tahniah buah Skuad UHEI dan kawan-kawan PSJ


Semenjak MATAFIS uhei dan kwan2 agak sibuk...macam2 program digerakkan untuk golongan warga sukan (adakah mereka tersedar)..MATAFIS 2010 ke CAB kepada LARALK kepada PeaCe dan terakhir MPPQ bulan Ogos...untuk perhimpunan bulanan Atlet pada khamis 29 julai ade Spiritual talk bertajuk "ahlan ramadhan" oleh penceramah jemputan.

Ana pula terpaksa bergegas ke kursus penulisan teks khutbah JAWI 2011 di TTDI..
buat anak buah di UHEI tahniah..

Anda terbaik dan pasukan terbaik..selalulah betulkan niat kalian..sebagai pemimpin senantiasa berusaha berbuat terbaik..dan sanggup berkerja sampai tak dang minum makan...tak lupa ahli PSJ yang bertamu di Puchong tempohari..kepada Kcp anda boss yang menjiwai kehendak anak-anak buah semoga Allah merahmatimu..

Dulu tika bersama sebuah ngo..berpunca datang kekecewaan tertentu menikam kepimpinan bahkan ianya AMANAH sebagai orang dalam dan langsung tak menggambarkan AKHLAK dalam berorganisasi lalu diri ini mengundur kerana diri tidak sesuai bersama, betapa seriusnya ..Itulah keputusan namun keputusan tetap keputusan ..mahu atau tidak,suka atau tidak suka....

Akhirnya keje dakwah tetap berjalan...pastikan dan pastikan..

Jom jadikan diri kita umpama atau seperti As-Syahid Hasan Al-Banna..teringat bhw diri ini pernah bertemu dengan anaknya di cairo dahulu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan