Sabtu, 10 Julai 2010

Apabila Keyakinan tiba...


 
MIKE TYSON MENANGIS DI RAUDAH

MADINAH, 7 Julai: Bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson, kelihatan menangis ketika berada Raudah semalam dan menganggap dirinya bertuah kerana berada di satu daripada taman syurga.


Lawatan Tyson ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah ditemani Ketua Persatuan Dakwah Kanada, Shahzad Muhammad.

Kata Shahzad, Tyson menjadi begitu emosional ketika mengucapkan salam kepada Rasulullah (SAW) “Dia menangis lebih setengah jam ketika berdiri di depan makam Nabi sambil mengangkat tangannya.

“Tyson terus berada di kawasan Raudah selama beberapa jam untuk bersolat, membaca al-Quran dan berzikir,” katanya.

Dia kemudian menukar pakaian untuk mengenakan ihram sebagai persediaan mengerjakan umrah.

Sementara itu, kedatangan Tyson menarik perhatian orang ramai yang berpusu-pusu untuk melihatnya dari dekat.

Sesetengah pihak sanggup menunggu berjam-jam di hotel didiaminya berhampiran Masjid Nabawi semata-mata mahu mengambil gambarnya. Malah, dia terpaksa diiring pengawal keselamatan untuk ke masjid bagi menunaikan solat Zuhur kerana orang terlalu ramai berada di laluan berkenaan.

Tindakan Tyson mengenakan tutup kepala bagi mengelak daripada dikenali juga gagal dan dia terus diekori peminatnya. Tyson berkata, dia memang gembira diterima baik orang ramai di Tanah Suci.

“Cuma, saya harap tidak diganggu dan biarkan saya menikmati pengalaman beribadah di sini,” katanya.


Ketika berada di Kazakhstan minggu lalu, bekas peninju itu berkata, dia amat takut kepada Allah. - Agensi

------------------------------------------------------------
Komentar :

Sesungguhnya Manusia ada 5 jenis :

Lahir Islam mati Iman
Lahir Islam mati dalam dosa besar dan munafik
Lahir islam mati murtad ke;luar islam
lahir kafir mati juga kafir
lahir kafir mati islam

Agaknya di mana kedudukan kita nanti...

"Ya Muqollibal Qulub Thabit qalby ala deenik wa ala too atik "

Jagalah, bajainya suburinya selalu IMAN (baca : keyakinan) kerana ianya MUTIARA berharga dibawa ke alam sana...

Isu Mike Tyson dan lain -lain adalah sebuah pencarian dan pengembaraan kerohanian dan iktibar ..






Tiada ulasan:

Catat Ulasan