Isnin, 17 Januari 2011

Contoh Surat Rayuan Haji


Contoh Surat Rayuan Haji


Pagi tadi Hajah Siti Aishah kerani pentadbiran UHEI bertanyaku bagaimana nak buat rayuan.Ana tersentak. Baru teringat ini musim untuk buat rayuan ke tanah suci."Hjh nak buat apa", kan hajah dah hajah!"tanyaku lagi.Baru sedar ana belum haji dan dia dah berhajjah sejak 2008 lagi. Katanya nak menolong warga msn buat rayuan..

Begini cuba try searh dalam internet dan beginilah surat rasmi yang telah dibegger untuk perhatian pengunjung Blog. Semoga dapat amal jariah bersama yang dah pergi atau yang masih berazam berusaha untuk kesana.




(BERIKUT BUKAN NAMA SEBENAR)

IBRAHIM BIN KASSIM
09-06-05 PPR Desa Tun Razak
56000 Kuala Lumpur.

SAIDIN HAMZAH
No. 19 Jalan 8 Kg. Malaysia
Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur

AHMAD JAILANI BIN JAMALUDIN
02-01-11 PPR STW Desa Tasik
Cheras
56000 Kuala Lumpur.

17 Januari 2011.


BAHAGIAN PENGENDALIAN HAJI,
Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji,
201, Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur.

Tuan,

RAYUAN UNTUK MENDAPATKAN PENEMPATAN HAJI BAGI TAHUN HIJRAH 1432 /TAHUN MASIHI 2011.

No. Akaun : 630501044553510
No. Akaun : 060701000014049
No. Akaun : 010601000260113
Kami dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

2. Untuk makluman tuan, kami adalah merupakan golongan warga emas yang belum berkesempatan mengerjakan haji sebelum ini kerana tidak berkemampuan. Dengan ini kami merayu kepada pihak tuan untuk mendapatkan tempat haji pada tahun 1432 Hijrah/ Tahun 2011 Masihi berdasarkan sebab-sebab berikut:
2.1. Usia kami yang dianggap lanjut dan semakin meningkat ini akan menghalang kami daripada mengerjakankan ibadat haji dengan sempurna sekiranya kami tidak dapat menunaikannya dalam masa yang terdekat.
2.2. Kesihatan kami yang masih baik pada masa sekarang akan memberikan keyakinan kami untuk megerjakan ibadat haji dengan sempurna berbanding dengan masa hadapan di mana dengan kelanjutan usia berkemungkinan kesihatan akan terjejas.

2.3. Kami telah mengikuti kelas belajar Mengerjakan Haji 16 siri di masjid di tempat kami.
2.4. Kami berharap pihak tuan akan meneliti dan seterusnya menerima rayuan ini dengan kadar yang segera supaya kami dapat melengkapkan diri dengan persediaan untuk menunaikan ibadat haji.
3. Di atas pertimbangan perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih,

Yang Benar,


( NAMA ) ....................................................
No K/P 540205086328 (57 Tahun)




( NAMA ) ....................................................
No K/P :510914085478 (60 Tahun)



(NAMA)
.....................................................
No. K/P:591220025830 (52 Tahun)

12 ulasan: